Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan dan Kaedah Pembinaan Batu Bata Interlok

Pengenalan 

Batu Bata Interlok


APAKAH BATU BATA INTERLOK (INTERLOCKING
BRICKS)
Secara amnya batu bata interlok adalah bahan binaan yang berbeza dengan batu-bata biasa. Ia

direkabentuk dengan reka bentuk khas sebagai batu bata pasang siap (interlocking bricks sistem)

yang merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan dan pengeluaran produk pembinaan bagi

mengantikan kaedah konvensional. Batu bata interlok boleh diusahakan sendiri tanpa perlu proses

bakar, tetapi melalui proses kimia. Susunan batu bata interlok tidak perlu mortar simen kerana

bersifat 'interlocking' Ia juga bersifat 'homogeneous',  tidak perlu kemasan cat dan anti fungus.

Pengusaha produk inovasi ini mendapat perhatian dan galakkan R&D tempatan untuk dikomersilkan

secara meluas.

Batu bata interlok dihasilkan daripada campuran tanah , pasir , simen dan air yang dimampatkan .

Kaedah pembuatannya mengunakan pemampat tekanan tinggi – Hydrulic Press, dalam

menghasilkan blok bata yang seragam mengikut reka bentuk yang dikehendaki mengikut keperluan

dan kesesuaian pembinaan.

KELEBIHAN PENGGUNAAN BATU BATA INTERLOK


1. Bata yang dihasilkan mempunyai bentuk yang sama, dihasilkan dengan penggunaan mesin

serta ketinggian setiap jenis bata adalah sama dan tepat. Ia untuk memudahkan pemasangan

sewaktu kerja menyusun bata dan memastikan kedudukan bata tegak dan lurus. Kerja

menyusun bata dapat dibuat tanpa memerlukan kepakaran tukang bata mahir.

2. Mortar tidak digunakan sewaktu kerja penyusunan bata bermula di lapisan kedua dan jumlah

penggunaan simen dikurangkan

3. Setiap bata yang dihasilkan mempunyai lubang di tengah berfungsi sebagai:-

a. Ruang untuk  steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan liquid mortar kedalam

lubang tersebut apabila bata telah disusun. Bancuhan yang telah memenuhi keseluruhan ruang

lubang akan membuat kestabilan dinding lebih kukuh

b. Laluan/ litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian elektrik dan laluan paip agihan air

(reticulation pipe).
4. Menjimatkan kos pembinaan rumah antara 15%-20% disebabkan oleh:

a. Penjimatan tenaga kerja mahir & kos upah

b. Menjimatkan kos bahan mentah (simen & besi)

c. Formwork tidak diperlukan (produk termasuk bata beam)

d. Lepaan (plaster) tidak diperlukane.

e. Penggunaan cat untuk bahagian yang perlu Sahaja

f.  Tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan

g. Tiang dan rasuk konkrit tetulang tidak diperlukan

h. Keperluan bahan mentah untuk membuat bata mudah dan senang diperolehi dan proses

pengeluaran juga memberi kelebihan dari segi persekitaran alam sekitar.

5. Dibandingkan dengan kaedah conventional masonry, kerja menyusun / mengikat

bata menjimatkan tempoh masa pembinaan dan kuantiti mortar yang digunakan terkawal dan

menjimatkan . Kawasan tapak pembinaan juga tidak terdedah kepada bahan buangan

terpakai serta keselamatan di kawasan kerja lebih selamat.

6. Kestabilan struktur dan ketahanan untuk pembinaan berasakan  Batu Bata Interlok

adalah baik dan menghasilkan ruang dalaman bangunan yang sejuk berbanding bangunan

berasaskan conventional masonry

7. Batu Bata Interlok  boleh dikeluarkan dalam skala yang kecil di kawasan tapak

pembinaan ( untuk mengurangkan kos masa & penghantaran ke tapak pembinaan). Proses

pengeluaran produk juga tidak melibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai ( jumlah

pekerja antara 4-6 pekerja)

8. Dari sudut teknikal, kaedah penggunaan Batu Bata Interlok ini sesuai digunapakai di

dalam pelbagai kerja-kerja yang melibatkan pembinaan

9. Dari sudut kewangan, kos pembinaan untuk sesuatu projek yang dijalankan dapat

dijimatkan dengan pengurangan tempoh masa siap, kos upah untuk pekerja mahir dan jumlah

pekerja dapat dikurangkan serta jumlah penggunaan bahan asas pembinaan seperti simen,

pasir, besi dan juga penggunaan formwork hanya di bahagian yang tertentu sahaja. 
Jenis-Jenis

Batu Bata Interlok


Kaedah Pembinaan

Batu Bata Interlok


1. Menyediakan rekabentuk dan pelan rumah berdasarkan modul batubata interlok. Lukisan kerja

(working drawings) dan lukisan jurutera juga disediakan untuk memudahkan kerja pembinaan.

2. Memancang tanda (setting out) kedudukan rumah di atas tapakbina berdasarkan pelan.

3. Membina asas (faundation) rumah berpandukan spesifikasi struktur yang disediakan oleh

jurutera. Aras papak lantai konkrit mestilah dipastikan rata dan lurus.

4. Menyapu satu lapisan bitumen cair serta memasang satu lapisan membran bitumen seterusnya

menurap satu lapisan simen motar setebal 2 inci. 

5. Menyusun lapisan pertama dinding dan tiang batu bata interlok di keseluruhan bangunan rumah

dengan merujuk kepada lukisan binaan yang disediakan.

6. Menyusun batu bata interlok untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga ketinggian 1 meter

atau 10 lapisan batu bata.

7. Memasang bar besi (saiz minima Y10) untuk setiap 1 meter lebar (memanjang) dan setiap 1

meter tinggi (menegak) dinding.

8. Memasang konduit pendawaian elektrik dan paip air.

9. Menuangkan sehingga penuh simen mortar (G1/1:3) kedalam setiap lubang batu bata pada

setiap 1 meter (10 lapisan bata) untuk mengikat dan mengukuhkan dinding. Limpahan simen

mortar yang terkeluar daripada celahan sambungan batu bata interlok hendaklah dibersihkan...

10. Menyusunpasang bata rasuk (beam brick) pada lapisan bawah dan lapisan atas kerangka pintu

dan tingkap dan dikukuhkan dengan bar besi.

11. Pada setiap 1 meter atau diatas setiap 10 lapisan bata dinding, bata rasuk akan disusun

pasang bertujuan untuk mengunci dinding bata tersebut. Begitu juga pada lapisan akhir dinding

bata sebagai pengganti rasuk konkrit atau besi.


12. Menyapu lapisan kalis air di permukaan dinding batu bata yang telah siap dipasang

samada dengan cara semburan atau menggunakan berus cat.

13. Memasang kekuda bumbung dan bahan penutup bumbung.

Contoh Rumah

Batu Bata Interlok


REKABENTUK RUMAH BATU BATA INTERLOK  
Hampir semua jenis rumah kediaman boleh direkabentuk dan dibina dengan menggunakan batu bata

interlok. walaubagaimanapun, terdapat dua aspek rekabentuk yang menjadi kekangan iaitu:

1. Susunatur pelan rumah adalah bersegiempat (bersudut tepat)

2. Semua ukuran dinding (panjang, lebar dan tinggi) adalah bergantung kepada jumlah

gandaan panjang jenis batu bata yang digunakan. 

Lain-lain prinsip rekabentuk dan pembinaan, seperti ukuran dan pembinaan asas rumah, siling dan

bumbung adalah sama dengan kaedah pembinaan konvensional.

Posted by T. Azman Shah at 7:10 AM 


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
3 comments:

1.

manrochimFebruary 18, 2022 at 3:29 PM

terima kasih informasi nya semoga bermanfaat untuk semuanya gaes


http://batubatajepara.com
Reply

2.

ihsanFebruary 18, 2022 at 3:30 PM

sekedar informasi.
jika di mayong adalah pusatnya genteng, maka di welahan situ adalah pusatnya
pembuatan bata welahan yang biasa banyak orang menyebutnya batu bata
welahan harga lebih murah karena langsung dari pengrajinnya.
semoga bermanfaat ya...
Reply

3.

ihsanFebruary 18, 2022 at 3:30 PM

terima kasih informasinya,


saya mau berbagi info juga tentang batu bata ya gaes...

salah satu batu bata berkualitas buatan tangan dari para pengrajin bata adalah bata
dari Jepara, untuk pemesanan, silakan bisa klik chat Whatsapp berikut ini.
Bp Sukadar » 0852-9275-8208 👈 click to chat
Reply

Newer PostOlder PostHome


Subscribe to: Post Comments (Atom)
DEMI MASA MANUSIA DLM KERUGIAN MALAIKAN YG BERAMAL SOLEH, BERPESAN DGN
HAK DAN KESABARAN
ABOUT ME

T. Azman Shah
View my complete profile

PELAWAT
BLOG ARCHIVE
 ►  2023 (1)
 ▼  2014 (11)
o ►  April (1)
o ▼  March (7)
 Penge
nalan
dan
Kaeda
h
Pembi
naan
Batu
Bata
Interlo
k
 Proses
Memb
ina
Ruma
h
Sendir
i
 Rekab
entuk
Ruma
h
Idama
n
Anda -
Conto
h
Ilustra
si 3D
 Cara`c
ara
Pecah
sempa
dan
Tanah
 Kabin
et
Dapur
Terkin
i
 Ruma
h
Bangl
o
seting
kat
keluas
an 38
x 58
Kaeda

h
Memb
ina
Ruma
h Atas
Tanah
Sendir
o ►  February (
3)
Picture Window theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai