Anda di halaman 1dari 13

PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING & PSIKOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA KAUSELING DENGAN KEPUJIAN

TEORI GUTHRIE

NAMA PELAJAR NO MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746
SHARIFAH NURHASIBAH BINTI SYED ISHAK M214011246

KOHOT :4
KOD KURSUS : KPM 6213
NAMA KURSUS : TEORI PEMBELAJARAN MANUSIA
NAMA PENSYARAH : PUAN KU HIDAYATULLAH BINTI KU ISMAIL KB,PA

1
Isi Kandungan

BAB 1 - RIWAYAT HIDUP EDWIN GUTHRIE...........................................................................................3


BAB 2 - TEORI TINGKAH LAKU DALAM PEMBELAJARAN......................................................................4
BAB 3: CIRI-CIRI TEORI BEHAVIORISTIK................................................................................................5
BAB 4: EKSPERIMEN GUTHRIE DAN HORTON......................................................................................6
BAB 5: TEORI PEMBELAJARAN GUTHRIE..............................................................................................7
5. 1 - HUKUMAN................................................................................................................................7
5.2 - DORONGAN...............................................................................................................................8
5.3 - NIAT...........................................................................................................................................8
5.4 - LUPA..........................................................................................................................................9
5.5 - TRANSFER TRAINING................................................................................................................9
BAB 6: KAEDAH YANG DIRUMUSKAN OLEH GUTHRIE.......................................................................10
6.1) Metode Treshold - Kaedah Ambang........................................................................................10
6.2) Metode Fatigue - Kelelahan ataupun Keletihan......................................................................10
6.3) Metode Incompatible Stimuli - Kaedah ransangan yang tidak selari.....................................11
BAB 7: PENDAPAT GUTHRIE TENTANG PENDIDIKAN.........................................................................12
BAB 8: RUJUKAN.................................................................................................................................13

2
BAB 1 - RIWAYAT HIDUP EDWIN GUTHRIE

Nama sebenarnya ialah Edwin Ray Guthrie dilahirkan pada 9 Januari 1886 hingga 21

April 1959. Beliau dilahirkan di Lincoln, Nebraska dan meninggal di Seattle, Washington.

Guthrie merupakan anak pertama dari 5 adik beradik.

Ayahnya bernama Edwin R. Guthrie dan emakya bernama Harriett Pickett Guthrie.

Ayahnya merupakan anak seorang paderi dan bekerja sebagai pengurus kedai piano manakala

emaknya pula merupakan anak wartawan dan bekerja sebagai guru di sekolah rendah.

Pada tahun 1920, Guthrie berkahwin dengan Helen Macdonald, yang membantunya

menterjemah Pierre Janet's Principles of Psychotherapy (1924). Anaknya, Peter M. Guthrie

yang lahir pada tahun 1926 juga menjejaki jejak langkah ayahnya iaitu menjadi profesor

psikologi di Kolej Carleton.

Guthrie merupakan ahli falsafah, ahli matematik dan seterusnya merupakan ahli

psikologi tingkah laku. Guthrie terkenal dengan konsep yang dibawa olehnya iaitu satu

hukum belajar, belajar satu percubaan.

Guthrie memperoleh ijazah dalam bidang matematik dan seterusnya master dalam

bidang falsafah dari University Nebraska. Selain itu, Guthrie memperoleh Ph. D dalam

bidang falsafah dari University Pennsylvania (1912). Setelah itu, dia bekerja sebagai pengajar

dalam bidang matematik di sekolah menengah sehingga dia ditawarkan jawatan sebagai

profesor falsafah di University Washington (1914).

Pada tahun 1919, Guthrie ditukarkan dari bahagian falsafah kepada bahagian

psikologi. Pada tahun 1943, dia menjadi dekan di sebuah universiti dan menjadi presiden

persatuan psikologi Amerika pada tahun 1945. Beliau juga merupakan profesor psikologi di

Universiti Washington dari tahun 1914 hingga 1952.

3
BAB 2 - TEORI TINGKAH LAKU DALAM PEMBELAJARAN

Terdapat banyak teori tingkah laku dalam pembelajaran. Antaranya ialah tingkah laku

iaitu behaviorisme hanya memandang individu dari aspek fizikal sahaja. Aspek fizikal

bermaksud sesuatu perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar iaitu visual seperti

perbuatan, pemakaian, pergerakan. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, tingkah laku

bermaksud kelakuan atau gerak geri. Ia bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda.

Menurut Lewis M. Beaker (2001) mentakrifkan bahawa tingkah laku ialah sebarang

perbuatan yang dilakukan secara sedar ataupun separa sedar, secara terus ataupun tidak.

Tingkah laku juga ialah perbuatan yang memperlihatkan fizikal iaitu sebarang sikap yang

berasaskan nilai-nilai tertentu.

Selain itu, teori tingkah laku juga mengabaikan aspek-aspek mental. Menurut dewan

bahasa dan pustaka, mental adalah perkara yang berkaitan dengan akal, pemikiran, proses

intelektual. Ia bersinonim dengan minda, pemikiran, benak dan otak. Hal ini kerana, tingkah

laku hanya memandang dari aspek luaran sahaja, tidak melibatkan dengan aspek dalaman.

Di samping itu, teori tingkah laku ini juga tidak mengiktiraf kewujudan kecerdasan,

bakat, minat dan perasaan individu dalam pembelajaran. Menurut Dewan Bahasa dan

Pustaka, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal untuk berfikir seperti kepandaian dan

kepintaran. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, bakat ditakrifkan sebagai kebolehan semula

jadi ataupun kecekapan yang menjadi pembawaan sejak lahir. Minat pula didefinisikan

sebagai keinginan ataupun kecenderungan kepada sesuatu.

4
BAB 3: CIRI-CIRI TEORI BEHAVIORISTIK

Antaranya ialah mengutamakan unsur dan bahagian terkecil. Unsur ditakrifkan sebagai

bahagian terkecil daripada sesuatu perkara yang tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi dengan

sebarang proses kimia. Kecil pula bermaksud tidak besar, tidak luas, kuantiti yang sedikit.

Kedua, bersifat mekanistik. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pengertian

mekanistik ialah bukan dengan cara menjelaskan sesuatu seperti kejadian semula jadi yang

diandaikan sama seperti kelakuan sesuatu mesin yang kompleks.

Ketiga, menekankan peranan lingkungan. Lingkungan bermaksud sempadan iaitu

garisan yang mengelilingi sesuatu, bulatan dan lingkaran. Keempat, menekankan pentingnya

latihan. Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan bahawa latihan merupakan pelajaran atau

didikan untuk memahirkan seseorang itu.

Kelima, iaitu mementingkan pembentukan reaksi mahupun respon. Menurut Dewan

Bahasa dan Pustaka, pembentukan bermakna perihal iaitu perbuatan, usaha membentuk.

Reaksi pula didefinisikan sebagai gerakan atau aksi yang lahir kerana sesuatu pengaruh.

Respon pula bermaksud sambutan yang dilakukan ataupun yang disampaikan sebagai tindak

balas terhadap sesuatu perbuatan.

5
BAB 4: EKSPERIMEN GUTHRIE DAN HORTON

Pada tahun 1946, Guthrie dan George P. Horton telah melakukan satu eksperimen, dimana

melibatkan tingkah laku kucing di dalam kotak puzzle. Pemerhatian yang dibuat ini telah

dilaporkan di dalam buku yang bertajuk 'Cats in a Puzzle Box'. Eksperimen ini dijalankan

mempunyai kaitan dengan kotak yang dipakai oleh Thorndike dalam eksperimennya. Namun,

mereka melihat kucing-kucing itu keluar dari kotak dengan cara yang tersendiri dan berbeza-

beza.

Kesimpulan daripada eksperimen, respon khusus yang dipelajari oleh haiwan tertentu

adalah respon khusus yang dipelajari oleh haiwan tertentu, adalah respon yang dilakukan oleh

haiwan sebelum ini untuk keluar dari kotak berkenaan. Selain itu, respons ini akan sering

diulang lagi jika diletakkan di dalam kotak yang sama, pada waktu lain.

Guthrie dan Horton melihat bahawa setiap kali haiwan tersebut terlepas dari sangkar,

ia akan mengabaikan makanan yang dihidangkan untuknya. Walaupun haiwan tersebut

mengabaikan objek yang disebut 'penguat', kucing dapat keluar dari kotak dengan lancar,

walaupun dimasukkan sekali lagi ke dalam kotak itu.

Menurut Guthrie, pemerhatian ini memperkuatkan pendapatnya bahawa 'penguat'

(makanan) hanyalah susunan automatik untuk mencegah terjadinya 'unlearning'.

Kesimpulannya, setiap kejadian yang diikuti oleh respons yang diinginkan oleh haiwan akan

mengubah keadaan yang diberikan oleh ransangan. Sebagai contoh, kucing A akan menekan

tuas dengan punggungnya, kucing B dengan kepalanya, manakala C pula dengan kakinya.

6
BAB 5: TEORI PEMBELAJARAN GUTHRIE

Antaranya, satu hukum belajar. Teori yang dikemukakan oleh Guthrie adalah hukum

kontiguitas (law of contiguity) 1952 yang bermaksud "gabungan ransangan yang diikuti

gerakan akan menyebabkan pergerakan yang sama dilakukan kalau ransangan gabungan itu

muncul kembali iaitu dorongan dan respon".

Kedua, belajar merupakan satu percubaan. Prinsip one-trial learning (belajar satu

percubaan) juga menolak hukum frekuensi sebagai prinsip belajar. Belajar adalah hasil dari

yang terjadi disebabkan satu ransangan dengan satu respons dan konsep belajar akan

sempurna setelah gabungan ransangan dan respons.

5. 1 - HUKUMAN
Hukuman (Punishment) ditentukan oleh apa penyebab tindakan yang dilakukan oleh

organisma yang dihukum itu. Hukuman bekerja baik bukan kerana adanya rasa sakit yang

dialami oleh individu terhukum, tetapi kerana hukuman mengubah cara individu merespons

ransangan tertentu.

Contohnya, kebiasaan seorang anak hanya akan menggantung pakaiannya jika

mendapat omelan dari ibunya. Menyedari hal itu, ibunya terus memerintahkannya untuk

menggantungkan pakaian setiap kali dia tiba di rumah. Prosedur ini diulang beberapa kali,

dan tak lama kemudian anak tersebut belajar menggantungkan pakaian setiap kali dia masuk

kelas.

7
5.2 - DORONGAN
Maintaning Stimuli iaitu ransangan yang mempertahankan serta mengekalkan sesuatu

organisma untuk terus aktif sampai tujuannya tercapai. Setiap sumber ransangan akan tetap

berlaku, sama ada ransangan di luar mahupun di dalam. Contoh, seseorang itu merasakan

perasaan gelisah.

Kegelisahan ini menjadi maintaining stimuli. Contoh situasi, orang minum satu atau

dua gelas. Oleh itu, kegelisahannya mungkin akan berkurang. Menurut Guthrie, hasil ini

saling berkait hubungan antara kegelisahan dengan minum. Kerana, di waktu lain, jika

seseorang itu merasa gelisah, dia akan cenderung untuk minum lagi.

5.3 - NIAT
Respon yang dialihkan ke maintaining stimuli dinamakan intentions (niat). Respon itu

dinamakan niat kerana 'maintaning stimulation' dari dorongan biasanya berlangsung selama

tempoh waktu tertentu sehingga dorongan itu berkurang. Perlakuan yang dicetus oleh

'maintaining stimuli' mungkin nampak bertujuan atau diniatkan. Namun, Guthrie juga

menganggap itu boleh dijelaskan melalui hukum kontiguitas.

8
5.4 - LUPA
Ternyata, ketika Guthrie melakukan suatu percubaan, bukan hanya belajar sahaja yang dapat

tetapi dapat ditemui dengan lupa (forgetting). Menurut Guthrie, lupa disebabkan oleh

munculnya respons alternatif dalam suatu pola ransangan, pola ransangan itu kemudian akan

cenderung menghasilkan respon baru. Alternatif ialah pilihan, pola, corak.

Menurut Guthrie, lupa adalah bentuk sekat laku retroaktif (retroactive inhibition) yang

dahsyat iaitu fakta bahawa proses belajar yang lama dirawat oleh proses belajar baru.

Retroaktif ini mulai berkuat kuasa dari tarikh yang lalu ataupun yang diundur dari tarikh

berkuat kuasa. Lupa juga bukan disebabkan berkurang ransangan-respons secara pasif yang

bergantung pada berlalunya waktu. Namun, lupa melibatkan proses unlearning active, iaitu

proses belajar melakukan sesuatu yang lain dalam situasi tersebut.

5.5 - TRANSFER TRAINING


Jelaslah kini, bahawa Guthrie tak terlalu mengharapkan adanya 'transfer training'. Dia

mengatakan bahawa jika seorang pelajar belajar dua tambah dua di papan tulis, tidak ada

jaminan bahawa pelajar itu akan tahu bagaimana cara menambah dua dengan dua saat duduk

di kerusinya.

Menurut Guthrie, kita belajar apa yang kita lakukan dalam kehadiran ransangan

spesifik. Prinsip ini bukan hanya berlaku pada transfer belajar di kelas ke dalam dunia

sebenar. Tetapi, juga ke semua jenis belajar.

9
BAB 6: KAEDAH YANG DIRUMUSKAN OLEH GUTHRIE

6.1) Metode Treshold - Kaedah Ambang


: Kaedah ini digunakan untuk mencari petunjuk yang mencetuskan tabiat buruk dan

melakukan tindak balas lain apabila petunjuk muncul.

# Contoh

: Seseorang itu memberi alasan bahawa dia merokok kerana dia stres,

Namun begitu, jika stres lakukanlah aktiviti lain yang lebih memberi manfaat.

Kerana merokok itu memberikan kesan yang buruk pada kesihatan.

6.2) Metode Fatigue - Kelelahan ataupun Keletihan


: Membiarkan respons itu terus menerus sehingga tidak lagi menjadi fungsi dari ransangan.

# Contoh

: Seorang budak kecil bermain api, biarkan dia bermain api sehingga dia sedar bahawa

bermain api itu bahaya dan tidak seronok.

10
6.3) Metode Incompatible Stimuli - Kaedah ransangan yang tidak selari
: Menyediakan penanda aras kepada ransangan kerana boleh menyebabkan tindak balas

ataupun respon yang buruk

# Contoh

: Ibu memberikan anak patung kepada anaknya tetapi itu menyebabkan anak itu takut dan

gementar.

Oleh hal yang demikian, ibu itu mestilah menjadi ransangan yang dominan kepada anak itu

agar itu boleh bertenang dan relaks.

11
BAB 7: PENDAPAT GUTHRIE TENTANG PENDIDIKAN

Guthrie mencadangkan bahawa proses pendidikan hendaklah bermula dengan menyatakan

matlamat iaitu dengan menyatakan tindak balas ataupun respon tentang apa yang akan dibuat

terhadap ransangan.

Kedua, dia juga menganggap bahawa motivasi itu tidak terlalu penting, apa yang

diperlukan ialah pelajar itu mesti bertindak balas dengan sewajarnya terhadap ransangan

tertentu itu.

Ketiga, latihan adalah penting kerana ia boleh menimbulkan banyak ransangan untuk

menghasilkan respon ataupun tingkah laku yang dikehendaki. Hal ini kerana, setiap

pengalaman itu adalah unik. Oleh itu, seseorang itu perlulah belajar berulang kali untuk

mahir dalam sesuatu perkara ataupun bidang.

12
BAB 8: RUJUKAN

(dmaza, 2010)

(n.d.).

Apakah Aspek Fizikal. (n.d.). Retrieved from ms.myubi.tv: https://ms.myubi.tv/2282-what-are-


physical-aspects

Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Retrieved from prpm.dbp.gov.my:


https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tingkah+laku

dmaza. (1 Jun, 2010). Maksud dan Definisi Tingkah Laku. Retrieved from dmaza@art.blogspot:
http://dmaza.blogspot.com/2010/06/maksud-definisi-tingkah-laku.html?m=1

Edwin Ray Guthrie. (n.d.). Retrieved from Psychology.Fandom.Com:


https://psychology.fandom.com/wiki/Edwin_Ray_Guthrie

Guthrie, Edwin R. (1886-1959). (n.d.). Retrieved from Encyclopedia.Com:


https://www.encyclopedia.com/psychology/encyclopedias-almanacs-transcripts-and-
maps/guthrie-edwin-r-1886-1959

Hasna. (19 Mei, 2015). Teori Belajar Menurut Guthrie. Retrieved from hasnahamid.blogspot.com:
http://hasnahamid.blogspot.com/2015/05/teori-belajar-menurut-guthrie.html?m=1

Kurniawan, F. (07 Disember, 2012). Draft Makalah Edwin Ray Guthrie. Retrieved from
fahriikurniiawan.blogspot.com: http://fahriikurniiawan.blogspot.com/2012/12/edwin-ray-
guthrie-disusununtuk-memenuhi.html?m=1

Suhardin. (14 Jun, 2010). Biografi Edwin Ray Guthrie. Retrieved from tanowali.blogspot.com:
http://tanowali.blogspot.com/2010/06/biografi-edwin-ray-guthrie.html?m=1

Teori Belajar dan Pembelajaran Menurut Edwin Guthrie. (21 Jun, 2015). Retrieved from
miftahuljannah2015.blogspot.com: http://miftahuljannah2015.blogspot.com/2015/06/teori-
belajar-dan-pembelajaran-menurut_27.html?m=1

Teori Belajar Edwin Ray Guthrie. (15 Mei, 2012). Retrieved from fitrika1127.blogspot.com:
http://fitrika1127.blogspot.com/2012/05/teori-belajar-edwin-ray-guthrie.html?m=1

13

Anda mungkin juga menyukai