Anda di halaman 1dari 4

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 3

PENGARANG DAN KARANGANNYA 4


BIODATA PENGARANG 4
MAKLUMAT KITAB 5

ANALISIS KITAB 6
METODOLOGI TAFSIRAN 6
KAEDAH TAFSIRAN 7
SISTEM PENULISAN 7
ANALISIS MAKNA PERKATAAN DAN AYAT 8-10
QIRAAT 11
HUBUNGAN ANTARA AYAT 12-13
PENGAJARAN DALAM SURAH 14-15
PERBAHASAN PERKATAAN 15
ASBABUN NUZUL 15-16
HUBUNGAN TEMPAT DAN WAKTU 16

KESIMPULAN 17

RUJUKAN 18

2
PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan petunjuk dan panduan yang sempurna untuk sekalian manusia,

diturunkan oleh Allah SWT kepada ketua sekalian nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad SAW

melalui perantaraan ketua malaikat iaitu Jibril AS. Memahami al-Quran tidaklah seperti

memahami bahan bacaan biasa namun memerlukan kepada rujukan kitab-kitab para ulama’

yang bersambung susur galur ilmu mereka kepada Rasulullah SAW.

Para sahabat tidak memerlukan kitab untuk menafsir al-Quran kerana segala

kemusykilan yang terdetik boleh terus ditanya secara langsung kepada baginda SAW. Namun

setelah berkembang Islam ke serata negara, kegiatan ilmu juga semakin pesat, lahir alim ulama

menulis kitab-kitab tafsir untuk menjaga keilmuan dan memelihara pemahaman berpandukan

al-Quran dan as-Sunnah supaya dapat dimanfaat daripada suatu generasi kepada generasi yang

lain.

Salah satu kitab tafsir yang tersohor ialah Tafsīr Al-Qur'ān Al-‘Azīm karangan Ibn

Kathir. Oleh kerana karangan imam ini menjadi salah satu kitab rujukan yang kerap disebut

bagi kitab-kitab tafsir lain juga bahkan nama kitab ini dan pengarangnya tidak asing dalam

kalangan para asatizah, pelajar-pelajar Pengajian Islam, maka tafsir sangat baik untuk dikaji

metod tafsir tahlili selaras dengan subjek yang dipelajari.

Sepertimana yang telah dipelajari dalam Subjek IQS3013 Tafsir Tahlili di dalam Tafsir

al-Munir karangan Dr. Wahbah Ibn Mustafa al-Zuhaili pada Surah al-Isra’, pelajar-pelajar akan

menelusuri perbincangan yang penting yang terdapat dalam tafsir tersebut seperti penjelasan

dari sudut Qiraat, Balaghah, Asbabun Nuzul, Mufradatul Lughawiyyah, Munasabah Ayat,

Fiqhul Ayat wal Ahkam dan lain-lain, begitulah juga metodologi analisis yang akan

diaplikasikan dalam artikel ini.

3
PENGARANG DAN KARANGANNYA

i. BIODATA PENGARANG

Nama sebenar tokoh yang besar ini ialah Ismail ibn ‘Amr ibn Kathir ibn Daw

Ibn Kathir. Beliau terkenal dengan nama Ibn Kathir. Para ulama’ ketika itu

memperakui ketinggian ilmunya dan memberi gelaran Imad al-Din (Tiang Agama) dan

gelaran yang lain baginya ialah Abu al-Fida’.

Beliau dilahirkan pada tahun 700H di Basrah, Iraq, berpindah ke Damsyik

bersama abangnya, Syria setelah ayah beliau meninggal dunia pada usia 7 tahun. Beliau

telah menerima ilmu pengetahuan daripada ramai ilmuan yang hebat seperti Abd al-

Wahhab, Ibn al-Suhnah, al-Amidi, Ibn ‘Asakir, Ibn al-Muzzi dan Ibn Taimiyyah.

Ibn Taimiyyah merupakan guru beliau yang paling banyak mempengaruhi

beliau dalam pembentukan ilmu, peribadi dan sikap. Cinta beliau kepada gurunya

sangat besar terbukti apabila beliau mewasiatkan untuk dikebumikan di sebelah

gurunya yang mulia dan beliau telah meninggal dunia pada 774H di Damsyik, Syria.

Tidak dinafikan nama Ibn Kathir menonjol dalam ilmu tafsir tetapi keilmuan

beliau tidak berhenti di situ. Malah, beliau yang alim dalam bidang hadis, sejarah Islam

dan Fiqh mengarang kitab-kitab dalam bidang-bidang tersebut. Antara karya beliau

selain tafsir ini ialah al Bidayah wa al-Nihayah, Ikhtisar ‘Ulum al-Hadis, Sharh Sahih

al-Bukhari, Tabaqat as-Syafi’iyah dan al-Muqaddimah.1

1
bin Abdullah, M. Z. (2020). IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Jurnal KIAS, 8(1),
h.2-3

4
ii. MAKLUMAT KITAB

Kitab karangan Imam Ibn Kathir ini telah disusun kembali oleh Dr.Abdullah

Bin Muhammad· Bin Abdurahman Bin Ishaq Al-Sheikh dalam Bahasa Arab dan telah

diterjemah kepada Bahasa Indonesia, mempunyai 8 jilid, diterbit Pustaka Imam as-

Syafie, Bogor, Indonesia. Kitab yang disusun dalam Bahasa Arab merupakan cetakan

pertama pada tahun 1414 H bersamaan 1994 M manakala kitab yang telah diterjemah

pula merupakan cetakan pertama pada tahun 1424 H bersamaan 2003 M. Kajian yang

akan dibincangkan adalah pada Surah al-Isra’ pada jilid 5. Jilid ini mempunyai 637

muka surat yang menceritakan tafsiran Surah al-Hijr sehingga Surah al-Mu’minun.2

2
Dr. 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh (1994), TAFSIR IBN KATHIR, Mu-assasah
Daar al-Hilaal Kairo, jilid 5

Anda mungkin juga menyukai