Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN MINGGU KE-3

1.Jelaskan maksud istilah yang berikut :


i)Lestari
Keupayaan untuk mengekal pada kadar tertentu atau peringkat
Sumber:Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

ii)Kelestarian
Keadaan yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal
Sumber:Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

iii)Dokumentasi
Bahan yang penting dan perlu dimuatkan ke dalam sesebuah buku ilmiah dan buku pengajian
tinggi ialah rujukan,nota,kutipan dan bibliografi
Sumber:Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat

2.Jelaskan maksud kelestarian bahasa dalam konteks penggunaan bahasa etnik masing-
masing.
Dalam mengekalkan kelestarian bahasa dalam konteks penggunaan bahasa Iban telah meningkat
sekaligus menjadikan bahasa Iban sebagai satu medium perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Bak kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata bahawa
semua kaum fasih bertutur dan memahami bahasa Iban dengan baik. Penggunaan Bahasa Iban
dapat memberi impak besar dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan penerbitan buku.

3.Pada pendapat anda,apakah cara yang sesuai untuk memastikan kelestarian bahasa
etnik dalam generasi Y dan Z dapat diteruskan.
Antara cara yang sesuai untuk memastikan kelestarian bahasa etnik dalam generasi Y dan Z
dapat diteruskan ialah dengan melalui peranan ibu bapa,ibu bapa boleh menggunakan dan
mempraktikkan bahasa etnik dan seharusnya mendorong anak-anak menggunakan bahasa etnik
dalam berinteraksi dan berkomunikasi sesama ahli keluarga.Penggunaan bahasa etnik sewajarnya
bermula dari rumah agar anak-anak terbiasa dengan penggunaan bahasa etnik dalam kehidupan
seharian mereka.Selain itu,sokongan pendidikan formal dalam pengajaran subjek bahasa etnik di
sekolah haruslah diberikan.Pelajar amatlah diggalakkan untuk mengambil subjek bahasa etnik
masing-masing di sekolah sebagai subjek elektif.Hal ini dapat mengelakkan berlakunya
kepupusan bahasa etnik dalam generasi dan zaman yang serba moden ini,dimana penggunaan
Bahasa Inggeris lebih diutamakan.Akhir sekali,festival etnik dapat diadakan setiap tahun untuk
memperkenalkan budaya dan bahasa etnik kepada orang luar dan terutamanya kepada generasi
muda agar belajar untuk melestarikan bahasa etnik mereka masing-masing.

NAMA : LORESSA IDA ANAK JUSTUL


NAMA KUMPULAN : ETNIK IBAN
AHLI KUMPULAN :
1)LORESSA IDA ANAK JUSTUL
2)THALIA SERENI ANAK AMI
3)AMELIA LIKA ANAK GAYAH
4)JEZZTIN ANAK NGINDANG

Anda mungkin juga menyukai