Anda di halaman 1dari 1

Remaja merupakan aset negara yang tidak ternilai, sekaligus menjadi

pelaburan penting untuk menjamin masa depan negara. Namun, gelaja sosial
semakin menular dalam kalangan remaja. Hal ini tidak boleh dipandang enteng dan
perlu ditangani. Berikut merupakan cara-cara untuk menangani masalah remaja.

Pertama, dengan menerapkan nilai-nilai murni. Peningkatan masalah remaja


adalah berpunca daripada kurangnya nilai-nilai murni dalam diri mereka. Dalam hal
ini, ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menanam nilai-nilai murni
dalam anak agar mereka tumbuh menjadi remaja yang berakhlak mulia. Persis
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, jika sudah menjadi buluh, diraut
payah, dilentur patah. Oleh itu, pendiikan sejak kecil perlu dititikberatkan agar
masalah remaja dapat dibendung.

Kedua, mengadakan kempen kesedaran kerana remaja mudah lalai dan alpa.
Pengembangan teknologi mendedahkan remaja kepada unsur-unsur negatif seperti
merokok dan membuli. Pihak kerajaan perlulah bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk mengadakan kempen seperti mengadakan forum atau membuat poster.
Kesannya, remaja dapat mengetahui bahayanya gejala sosial.

Seterusnya, dengan menguatkuasakan undang-undang. Remaja merupakan


fasa di mana mereka mahu menerokai perkara baharu . Mereka mulai mencari
kebebasan dan bertindak tanpa berfikir baik dan buruknya. Oleh itu, pihak sekolah
perlu menggubal peraturan yang berkaitan dengan gejala sosial. Impaknya, mereka
akan berkelakuan baik dan menjauhi perkara yang buruk. Jelaslah, bahawa masalah
remaja boleh diatasi dengan kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak sekolah.

Tuntasnya, kita perlu berganding bahu dan bekerja keras dalam menangani
masalah remaja agar dapat menjamin masa depan negara.

Anda mungkin juga menyukai