Anda di halaman 1dari 3

BUKU 1

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SAMSUDDIN BIN MOHAMAD


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ................................................................
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


PENGANTAR SINTAKSIS BAHASA MELAYU
1. Tajuk Buku:
AHMAD KHAIR MOHD NOR
2. Pengarang:

3. Tahun
2008
diterbitkan:
UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini mengandungi 14 Bab dan 169 muka surat. Bab 1
membincangkan tentang sintaksis sebagai subsistem tatabahasa.

Buku ini merupakan Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan.


Buku ini merupakan cetusan pemikiran ke arah
memperkayakan konsep keilmuan dalam pelbagai bidang
seperti perkembangan, pembelajaran, strategi pe- ngajaran
dan pendidikan kaunseling.

Setelah membaca buku ini saya dapati semua huraian dalam


buku ini merangkumi konsep, kaedah, teori dan teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya
pemikiran yang kreatif dan sistematis. Buku ini
membicarakan salah satu aspek penting dalam tatabahasa
iaitu ayat.

berdasarkan pembacaan saya, bidang pembicaraan ayat


yang ditulis dalam buku ini merupakan bidang yang sukar
untuk dikuasai oleh kebanyakan orang. Saya dapati buku ini
turut membincangkan setiap konsep asas dalam sintaksis
dan memberikan penjelasan berserta contoh bagi setiap
konsep tersebut. Dengan demikian, pembaca sama ada
pelajar atau guru akan dapat mengetahui bagaimana ayat
terbentuk, malah membimbing mereka yang menghadapi
kesukaran dalam menguasai aspek ayat dalam bahasa
Melayu agar dapat membiasakan diri mereka membina ayat
yang baik dan berkesan.

Buku ini ditujukan kepada pelajar sekolah, pra universiti,


maktab perguruan, pelajar universiti yang mengkhusus
dalam linguistik dan guru-guru sekolah yang mengajar
tatabahasa. Dengan pendekatan yang mudah, buku ini
mampu memperluas pemahaman dan pengetahuan pembaca
dalam menguasai aspek ayat bahasa Melayu.

Buku baik untuk dibaca sebagai bahan tamabahan untuk mengayakan


kemahiran bahasa. Buku ini memberi manfaat kepada saya.
6. Manfaat/ 1. Dapat menambah ilmu tentang ilmu tatabahasa.
pengajaran yang 2. Dapat mengetahui tentang kaedah dan teori tatabahasa.
diperoleh 3. Dapat mengetahui bagaimana ayat terbentuk.
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan: SAMSUDDIN BIN MOHAMAD

Anda mungkin juga menyukai