Anda di halaman 1dari 3

Guru Bahasa Tamil 7 (GBT 7)

Soalan Temu Bual untuk Penyelidikan


Bil Soalan Jawapan
1 Apakah pemahaman cikgu tentang KBAT? Pada pemahaman saya, KBAT adalah keadaan dimana pelajar dapat berfikir secara kritis
dan kreatif untuk menganalisis, membuat sintesis ,mencipta dan menilai hasil kerja
mereka dan juga merupakan keupayaan untuk menyelesaikan masalah .
2 Boleh tak cikgu senaraikan tahap-tahap pemikiran 1.mengaplikasi
KBAT? 2.menganalisis
3.menilai
4. mencipta
3 Adakah cikgu mengaplikasikan elemen KBAT Ya.
dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani? Jika ya apakah 1. Supaya murid dapat memahami maksud ceyyul dan mozhiyani dengan tepat dan
keperluannya? ini dapat membantu mereka untuk menjawab soalan peperiksaan dengan betul .
2. Dapat menghasilkan karya berupa karangan atau cerpen dengan menggunakan
Ceyyul atau moziyani yang sesuai.
3. Untuk menjadikan proses pdp berjalan dengan seronok

4 Bagaimanakah cikgu mengaplikasikan tahap pemikiran 1.Melalui Teknik menyoal yang menggunakan kata kunci KBAT
KBAT dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani di kelas? 2.Melalui tugasan yang diberikan yang berbentuk penyelesaian masalah atau membuat
keputusan
3.melalui aktiviti permainan semasa kokurikulum (contohnya-Persatuan Bahasa Tamil)

5 Apakah alat berfikir yang sering cikgu gunakan dalam 1.Soalan dan penyoalan
pengajaran? 2.peta minda

6 Boleh tak cikgu jelaskan sedikit tentang cara atau aktiviti 1.Guru menerangkan beberapa isu semasa- pelajar akan cuba cari Ceyyul/Moziyani yang
yang cikgu gunakan untuk mengajar KBAT dalam sesuai dengan isu
Ceyyul dan Mozhiyani? 2.Pelajar memberi ucapan dalam kelas selama 2-3 minit dengan menggunakan ceyyul
atau Moziyani yang mereka tahu
3.Pelajar menulis dialog yang ada penggunaan ceyyul/moziyani dan bentangkan dalam
kelas
4.melukis atau menggunakan gambar yang sesuai dengan Ceyyul/Moziyani
7 Apakah jenis bahan bantu mengajar bersesuaian dengan 1.Peta I think
elemen KBAT yang cikgu gunakan dalam pengajaran 2.gambar
Ceyyul dan Mozhiyani? 3.lagu
4.keratan akhbar/berita/cerita dari facebook/video/youtube
8 Apakah kata kerja KBAT yang sering cikgu gunakan Oleh kerana Ceyyul dan Moziyani sering menggunakan tahap pemikiran aplikasi, saya
dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani? biasa gunakan kata kerja seperti menyelesaikan/meramalkan/melaksanakan

9 Apakah pendapat cikgu tentang kepentingan KBAT 1.KBAT penting dalam pengajaran Ceyyul dan moziyani sebab ia menggalakkan pelajar
dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani? untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif dan bukan terima maksud yang diberi begitu
sahaja.
2.Bila ditanya kenapa,bagaimana ,apa kesan dan sebagainya, pelajar akan memberi
pendapat yang sesuai dengan masakini dan juga cara hidup mereka sekarang.

3.Mereka juga dapat bezakan dan kaitkan maksud ceyyul ikut kesesuaian masa (masa
lampau dan masa kini kerana ceyyul dan moziyani adalah teks klasik.
10 Adakah murid mengambil bahagian dengan seronok YA. Pelajar seronok kerana mereka boleh memberi apa sahaja pendapat /penerangan
dalam aktiviti KBAT yang cikgu laksanakan semasa tentang ceyyul/ Moziyani yang mereka pelajari sebelum guru memberi penerangan.
Pdp?

11 Bagaimanakah cikgu menguji keupayaan KBAT murid Saya akan menggunakan kata kunci seperti mereka bentuk,merancang,
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mencipta,membina atau menghasilkan dalam soalan/ tugasan yang diberi supaya objektif
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu dalam untuk menyelasaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran mencipta tercapai.
pengajaran dan penyampaian Ceyyul dan Mozhiyani? Contohnya, hasikan suatu sajak /cerpen yang menggunakan 4-5 moziyani

12 Sejauhmanakah aktiviti-aktiviti berteraskan KBAT yang 1.Pelajar dapat mengaplikasi ceyyul atau moziyani yang dipelajari melalui menjawab
cikgu gunakan itu berkesan dalam pengajaran dan soalan secara verbal dan latihan bertulis
penyampaian Ceyyul dan Mozhiyani? 2.Pelajar dapat membuat analisis tentang hasil kerja mereka
3.Pelajar menilai hasil kerja kawan secara peribadi atau kumpulan
4. Pelajar dapat menghasilkan karangan/cerpen yang mengandungi ceyyul atau moziyani

13 Apakah (tingkahlaku) reaksi murid apabila cikgu 1.Pelajar akan cuba untuk menjawab walaupun jawapan mereka salah kerana mereka ada
menggunakan soalan-soalan KBAT dalam Ceyyul dan peluang untuk memberi pelbagai jawapan yang sesuai.
Mozhiyani? 2. Pelajar cemerlang akan memberi jawapan secara logik.Pelajar lemah akan belajar
melalui jawapan yang diberi dengan betul oleh pelajar cemerlang.

3.Pelajar juga bebas memberi komen mereka terhadap jawapan kawan.


Jadi,ada pembelajaran dua hala antara mereka.

14 Adakah cikgu membuat perancangan untuk KBAT dalam Ya. Perancangan awal dalam RPH membantu pengajaran sebelum mulakan kelas
RPH untuk pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani sebelum
memulakan kelas?

15 Pada pendapat cikgu, apakah rasional pengajaran 1.KBAT dalam pengajaran Ceyyul dan Moziyani adalah selaras dengan Standard
KBAT dalam Ceyyul dan Mozhiyani? kandungan DSKP Bahasa Tamil yang lebih menumpu kepada aplikasi yang merupakan
elemen KBAT.
2.Ceyyul dan Moziyani mempunyai maksud tersirat .Penggunaan KBAT dapat bantu
pelajar untuk mencari maksud tersirat dan menggunakannya untuk membina
ayat,menyediakan situasi yang sesuai dengan Ceyyul dan Moziyani dan
menggunakannya dalam karangan dan cerpen.
3.Ceyyul dan Moziyani dapat menerapkan nilai murni jika disampaikan kepada
mereka dengan menggunakan cara aplikasi,menganalisis dan menilai
4. Pengajaran KBAT dalam Ceyyul dan Moziyani dapat membantu pelajar untuk menghayati
nilai estetika .Ini dapat membantu kesinambungan penggunaan dan penghayatan kehebatan
Bahasa Tamil sebagai Bahasa ibunda.
5. Pengajaran KBAT dalam Ceyyul dan Moziyani dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari Bahasa Tamil.

Anda mungkin juga menyukai