Anda di halaman 1dari 9

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM

TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

TUJUAN

1. Garis panduan ini bertujuan memastikan segala urusan penggunaan


peruntukan kewangan di bawah OS42000 bagi sekolah di bawah Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dilaksanakan mengikut tatacara/prosedur
kewangan dengan mematuhi dan mengikuti peraturan/pekeliling kewangan yang
sedang berkuat kuasa.

LATAR BELAKANG

2. Pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) bermula pada tahun 2015


setelah mendapat mandat dalam Mesyuarat Taskforce KPM Bil.1/2015 yang
dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KPPM. Program PST ini kemudiannya
dijenamakan menjadi TS25 yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal PTS KPM Bil.1/2017.

3. Hasrat TS25 adalah untuk melahirkan modal insan unggul melalui


pembelajaran yang menyeronokkan dengan pelibatan pembelajaran murid yang aktif
dan bermakna. Program ini akan disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan
berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti
yang padu.

4. Objektif program TS25 adalah untuk:

a) menggalakkan pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan


pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid;
b) pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim
bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang kreatif dan berkesan;
c) memperkasakan pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan
kemenjadian murid;
d) peningkatan capaian dan penggunaan ICT;
e) pelibatan aktif komuniti setempat; dan
f) pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental.

1
TATACARA PERBELANJAAN PERUNTUKAN

5. Tatacara perbelanjaan adalah seperti berikut :

5.1 Semua pembelian atau perbelanjaan yang akan dilakukan


menggunakan peruntukan ini mestilah untuk kegunaan aktiviti murid
sahaja berdasarkan perancangan Pelan Intervensi Transformasi
Sekolah (PInTaS) seperti berikut:

a) penyediaan bahan PdP berkaitan aktiviti melibatkan


Pembelajaran Abad Ke-21;
b) penganjuran dan penyertaan seminar, bengkel, kursus,
wacana, dialog atau forum untuk murid; dan
c) program perkongsian ilmu antara sekolah yang melibatkan
murid.

5.2 Perbelanjaan peruntukan ini TIDAK BOLEH digunakan bagi tujuan


berikut:

a) latihan untuk guru;


b) perolehan harta modal dan penyelenggaraan;
c) bayaran kepada penceramah program/aktiviti/projek; dan
d) program kokurikulum, sukan dan kesenian yang telah sedia ada.

TATACARA PENGURUSAN PERUNTUKAN

6. Tatacara pengurusan peruntukan adalah seperti berikut:


6.1 peruntukan ini diberi berdasarkan kepada enrolmen murid yang
berdaftar pada 31 Januari tahun semasa;

6.2 proses penurunan peruntukan TS25 setiap peringkat hendaklah


dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan
peruntukan tersebut;

6.3 peruntukan ini akan diturunkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri


(JPN) melalui Waran Peruntukan Kecil (WPK) oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). JPN akan menurunkan WPK ke
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Seterusnya, PPD akan
mengkreditkan terus peruntukan ke dalam Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan sekolah-sekolah tersebut – Rujuk LAMPIRAN 3

(pihak sekolah hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke


atas transaksi melalui akaun bank kerajaan);

6.4 Semua terimaan hendaklah dikeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01)


atas nama “Pegawai Pendidikan Daerah” dan ditulis “Peruntukan
Program Khusus Program Transformasi Sekolah” serta ditandatangani
oleh Pengetua/Guru Besar atau pegawai lain yang diberi kuasa
menandatangani resit. Terimaan hendaklah diakaunkan ke Buku Tunai
2
berdasarkan Resit Pejabat yang dikeluarkan. Salinan Resit hendaklah
diserahkan kepada PPD untuk tujuan rekod; dan

6.5 Semua terimaan dan bayaran hendaklah diakaunkan dengan segera


ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah Lajur
Pelbagai dan Akaun Subsidiari sebaik sahaja resit atau baucar
dikeluarkan.

TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM

7. Tatacara pelaksanaan program adalah seperti berikut:

7.1 Sekolah-sekolah di bawah TS25 hendaklah merancang dan


menyelesaikan pelaksanaan program/aktiviti/projek pada atau sebelum
31 Oktober tahun semasa.

7.2 Semua sekolah PTS hendaklah menyediakan kertas kerja kepada


Pengetua/Guru Besar masing-masing untuk mendapatkan kelulusan
rujuk LAMPIRAN 1;

7.3 Sekolah-sekolah tersebut hendaklah menyediakan laporan bertulis


serta bergambar seperti di LAMPIRAN 2 dalam tempoh 30 hari
selepas program/projek/aktiviti dilaksanakan dan didokumentasikan
bagi tujuan audit; dan

7.4 JPN/PPD yang terlibat dengan PTS hendaklah memantau


pelaksanaan program/aktiviti yang telah dirancang oleh sekolah-
sekolah tersebut. (sila rujuk LAMPIRAN 5)

AKAUNTABILITI

8. JPN/PPD hendaklah sentiasa mengingatkan Pengetua dan Guru Besar


supaya mematuhi Prosedur dan Pekeliling Kewangan yang sedang berkuat kuasa
seperti berikut:

8.1. Arahan Perbendaharaan;


8.2. Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61);
8.3 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550);
8.4 Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan;
8.5 Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (Edisi
2012);
8.6. Surat Pekeliling Kewangan KPM; dan
8.7. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan.

9. Pengetua/Guru Besar perlu membaca, memahami dan menguasai tatacara


pengurusan dan surat pekeliling kewangan dari masa ke semasa bagi mengelakkan
berlakunya salah urus pengurusan kewangan.

3
PELAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN

10. Bagi membantu proses kawalan dan pemantauan belanjawan serta


meningkatkan akauntibiliti dan integriti pengurusan kewangan dan perakaunan,
semua sekolah perlu menggunakan Sistem Perakaunan Kumpulan Wang
Sekolah (e-SPKWS) secara elektronik sepenuhnya mulai Januari 2016. (sumber
rujukan: Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia)

11. Semua sekolah yang telah diturunkan peruntukan PTS perlu mengemaskini
akaun kewangan. Laporan Prestasi Perbelanjaan hendaklah dikemukakan kepada
JPN yang diselaraskan terlebih dahulu oleh PPD masing-masing pada atau sebelum
3 hb. setiap bulan berikutnya (sila rujuk LAMPIRAN 4).

12. JPN hendaklah menyelaras dan mengumpul prestasi perbelanjaan sekolah


PTS masing-masing pada atau sebelum 5 hb. setiap bulan berikutnya dan dihantar
ke BPSH.

13. Sekolah PTS hendaklah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan


PTS dengan kekerapan 3 kali setahun iaitu pada bulan April, Julai dan Oktober.
Mesyuarat ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Laporan
Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PTS hendaklah dihantar kepada PPD untuk
tujuan perekodan.

14. Semua PPD dikehendaki melakukan pemeriksaan prestasi perbelanjaan


peruntukan TS25 pada setiap bulan bagi sekolah-sekolah di bawah TS25.

PENUTUPAN AKAUN

15. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan tidak berlaku sebarang


perbelanjaan tanpa peruntukan atau perbelanjaan melebihi peruntukan. Semua
pembayaran bagi tahun semasa mestilah diselesaikan dalam tahun kewangan
semasa juga.

PENUTUP

Garis panduan ini diharap dapat membantu PTS melaksanakan


program/aktiviti/projek berkaitan murid bagi tujuan mencapai hasrat dan
matlamatnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia


14 Februari 2017

4
LAMPIRAN 1

BUTIRAN MAKLUMAT KERTAS KERJA SETIAP PROGRAM / AKTIVITI /


PROJEK PTS UNTUK MENDAPAT KELULUSAN

1. Tajuk Program/Aktiviti/ Projek.

2. Latar Belakang.

3. Justifikasi.

4. Matlamat (Output/Outcome).

5. Tarikh, Masa, Tempat.

6. Sasaran peserta (bilangan pelajar).

7. Implikasi kewangan.

8. Tentatif program/projek/aktiviti.

9. Pelan kontigensi.

5
LAMPIRAN 2

FORMAT BORANG PELAPORAN PROGRAM / PROJEK / AKTIVITI

Laporan : Tajuk :………………………


(Program/Aktiviti/ Projek)

Tarikh/Hari :
Masa :
Tempat :
Bilangan kehadiran Guru :
Bilangan kehadiran Murid :

1) Aktiviti Yang Dijalankan

………………………………………………………………………………………………………………………………………
………..……………………………………………………………………………………………………………………………

2) Kekuatan Program/Projek/Aktiviti

………………………………………………………………………………………………………………………………………
……….…………………………………………………………………………………………………………………………….

3) Kelemahan Program/Projek/Aktiviti

………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

4) Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti

………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

5) Refleksi dan Impak Program/Projek/Aktiviti

………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………… …………………………………….

6
LAMPIRAN 3

CARTA ALIR
PENGAGIHAN PERUNTUKAN PTS

BAHAGIAN
KEWANGAN

BPG

turunkan sub-waran

BPSH

turunkan sub-waran

JPN

turunkan sub-waran

PPD

Kumpulan Wang Sekolah

SEKOLAH PTS

7
LAMPIRAN 4

CARTA ALIR
PELAPORAN PRESTASI KEWANGAN PTS

MULA

Laporan prestasi perbelanjaan mengikut


Sekolah melaksanakan sekolah PTS/PPD melakukan
Mesyuarat JK Kewangan PTS PPD/SEKOLAH pemeriksaan prestasi perbelanjaan
(3 kali setahun) pada setiap bulan
Sebelum atau pada 3 hb. bulan berikutnya

Mengumpul laporan prestasi


JPN kewangan

Sebelum atau pada 5 hb. bulan berikutnya

Selaraskan laporan prestasi


BPSH kewangan

Melapor prestasi kewangan ke


BPG Bahagian Kewangan

TAMAT

8
LAMPIRAN 5

CARTA ALIR
MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI / PROJEK
BAGI PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (PTS)

Mula

Sekolah membuat Pelan Intervensi Transformasi


Sekolah (PInTaS) bersama Rakan ELIT

PPD menilai, menyelaras dan mengesahkan


PInTaS setiap sekolah

Kertas kerja dihantar kepada PGB untuk


mendapat kelulusan mengikut PInTaS

Pembetulan dan PGB memproses kelulusan kertas kerja


penambaikkan Lulus

Program/projek/aktiviti mengikut peruntukan


yang diterima

JPN/PPD memantau pelaksanaan


program/projek/aktiviti

Laporan bertulis/bergambar dan didokumentasi

Tamat

Anda mungkin juga menyukai