Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI : GORENG PISANG

MATLAMAT : Dapat mewujudkan suasana mesra, kerjasama dan kejelekitan


di kalangan peserta.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat ;


1. Yakin pada diri sendiri.
2. Menimbulkan daya saing yang positif.
3. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan.

BAHAN : Wisel

MASA : 60 minit

PESERTA : Semua peserta

TEMPAT : Dewan/ Bilik Darjah

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Fasilitator meminta peserta senyap dan mendengar arahan.


2. Fasilitator memperkenalkan kata kunci.
Contoh: PERHATIAN ….
3. Fasilitator menerangkan kata kunci supaya peserta memberi perhatian
setiap arahan fasilitator dan peserta hendaklah segera senyap.
Contoh: Fasilitator menyebut: “ PERHATIAN ”
Peserta menjawab “SKTK1”
Fasilitator menyebut: “SKTK1”
Peserta menjawab “…………………”

4. Fasilitator membahagikan peserta kepada 4 kumpulan yang seimbang mengikut


kumpulan jantina atau apa-apa yang difikirkan sesuai.
5. Fasilitator menerangkan cara menyanyikan lagu goreng pisang dan bagaimana cara
menyambutnya.
Contoh : Kumpulan 1 : Goreng Pisang ( 3 X ) sekarang.
Pisang apa ( 3 X ) sekarang .
Kumpulan 2 : Pisang Nangka ( 3 X ) sekarang.
6. Fasilitator memilih / mengundi satu kumpulan untuk memulakan nyanyian lagu
goreng pisang .
7. Kumpulan yang menjual diberi peluang untuk memilih mana – mana kumpulan bagi
menyambut nyanyian mereka menggunakan isyarat tangan.
8. Kumpulan yang tidak boleh menyambut nyanyian dianggap terkeluar dari
pertandingan mengikut kiraan ( 5 ) oleh fasilitator
9. Fasilitator hendaklah bertindak sebagai pengadil.
10. Permainan ini berterusan hinggalah tinggal satu kumpulan yang dianggap juara.

PROSES
RUMUSAN

1. Fasilitator meminta peserta memberi maklum balas tentang perasaan dan


pengalaman yang dialami melalui aktiviti ini.
2. Perbincangan menekankan kepada perasaan:
Contoh:
 Perasaan - keliru , seronok , puas hati dan sebagainya.
 Pengalaman - peka pada setiap arahan ,fokus tumpuan ,
 bekerjasama dan sebagainya.
3. Contoh perbincangan:
 Apa yang menimbulkan perasaan seronok?
 Apa yang menyebabkan keliru ?
4. Peringatan kepada fasilitator ;
Peserta tidak boleh mewakili perasaan peserta lain untuk perbincangan.
5. Peserta diingatkan supaya bekerjasama , berpakat dan berbincang dengan kawan-
kawan.
6. Peserta juga dinasihatkan supaya berbincang dengan orang tertentu sahaja.
7. Aktiviti ini boleh diulang semula setelah beberapa peringatan diberikan.

FALSAFAH

Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah aktiviti ini ;


1. Semangat kerjasama adalah sikap yang baik untuk mencapai cita - cita.
2. Kerja yang dilakukan dengan penuh perhatian akan mencapai kejayaan.
3. Hubungan yang baik antara pelajar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
sihat.
4. Berani tunggak kejayaan.
5. Orang yang ramai kawan tidak akan gagal dalam dunia.

Anda mungkin juga menyukai