Anda di halaman 1dari 16

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM (CTU101)

ULASAN ARTIKEL (IBADAT)

Kumpulan/Kelas : RAC1201I
Nama dan no. pelajar:-
1. MUHAMMAD FARIS ILHAM BIN MOHD TARMIZY (2023815836)
2. MUHAMMAD AMSYAR BIN ABDUL RAHMAN (2023456486)
3. NUR ADLINA BINTI MOHD ALI NIZAM (2023841438)
4. AINA MAISARAH BINTI AZHAR (2023247514)
5. NUR SYAZLIANI BINTI RAZALI (2023441708)

Nama pensyarah : MUHAMMAD SYAZANI BIN SATRI


ISI KANDUNGAN

Bil. Topik Muka surat Catatan

1. Pengenalan 2-3

2. Ulasan & Perbincangan 4 - 10

3. Rumusan & Refleksi 11 - 12

4. Analisis Kritis 13 - 15

1
PENGENALAN

Kami dari kumpulan 2 telah memilih dua (2) artikel untuk diulas di bawah tema ibadat.
Artikel pertama bertajuk 'Ibadah Solat Orang Buta Menurut Pandangan Ulama' yang ditulis
oleh Mohd Noor Daud, Abdul Munir Ismail & Abd Rahman Abd Ghani dari Jabatan
Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir dan mengurus bumi ini. Manusia merupakan makhluk sebaik-baik ciptaan-Nya
sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran. Sebagai khalifah Allah SWT, manusia
dibekalkan dengan pancaindera seperti pendengaran, penglihatan, hati dan anggota tubuh
badan. Namun, tidak semua makhluk termasuk manusia diciptakan oleh Allah SWT
mempunyai pancaindera yang sempurna. Dengan erti lain, ada yang cacat atau tidak
sempurna yang dikenali dengan panggilan Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya
(OKU). Ketidakupayaan tersebut berkemungkinan berlaku sejak dilahirkan dan ada juga yang
menjadi OKU kerana ditimpa kemalangan atau menghidapi penyakit tertentu.
Ketidakupayaan atau kecacatan adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan tidak
ada sesiapapun yang mahu dilahirkan dalam keadaan cacat dan tidak sempurna. Justeru itu,
mereka yang ditakdirkan sebegitu perlu menerima ketentuan tersebut dengan penuh redha
kerana itu bukanlah ukuran atau penilaian seseorang di sisi Allah SWT. Sebaliknya penilaian
yang akan dilihat kepada ketaqwaan seseorang. Perkara ini dinyatakan dalam hadis Nabi
SAW yang bermaksud berdasarkan riwayat Muslim:

“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada kepada tubuh badan kamu, tidak juga rupa
paras kamu, tetapi Allah SWT melihat kepada amalan kamu”.
Dalam riwayat yang lain disebut.
“Tetapi Allah s.w.t melihat kepada amalan kamu dan hati kamu”
(Muslim, t.t, jil.8,h.11).

Difahami daripada hadis ini bahawa OKU juga dibebankan dengan tanggungjawab
keagamaan seperti bersuci, solat, zakat, haji, puasa dan lain-lain.

2
Manakala artikel kedua bertajuk 'KONSEP NIAT MENURUT IMAM GHAZALI DARIPADA
PERSPEKTIF GELAGAT KEPENGGUNAAN' yang ditulis oleh Azwawida Abdullah, Mohd
Murshidi Mohd Noor & Syarifah Md Yusof dari Islamic Business School, Universiti Utara
Malaysia.

Islam mementingkan niat dalam setiap tindakan kerana sesuatu perbuatan adat boleh berubah
menjadi ibadat. Jika ditelusuri niat dalam teori Barat, mereka tidak menitikberatkan soal
pahala dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dalam hal ini, walaupun niat turut
dititikberatkan oleh para sarjana Barat selain Islam, namun yang membezakan kedua-duanya
adalah perkara ukhurawi yang disentuh oleh Islam. Niat individu adalah penting kerana ia
mampu mendorong seseorang bertindak dengan berhikmah dan membawa manfaat untuk hari
akhirat. Antara ulama yang banyak membincangkan tentang niat dalam aktiviti seharian
adalah Imam al-Ghazali. Kebanyakan kajian lepas yang berkaitan niat individu adalah
berasaskan teori yang diperkenalkan oleh Barat tanpa merujuk perbincangan teori Islam
mengenainya. Justeru itu, kajian ini bertujuan meneliti konsep niat dalam kepenggunaan
menurut pandangan Imam al-Ghazali yang merupakan seorang sarjana ulung dunia Islam.
Kaedah kajian adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini
mendapati niat akan menentukan pahala seseorang dalam aktiviti harian yang dilakukannya.
Oleh itu, pengguna perlu menetapkan niat yang betul dalam aktiviti seharian agar perbuatan
yang dilakukan bernilai di sisi Allah SWT.

Niat adalah sesuatu yang sering dibincangkan dalam perihal ibadat khusus, seperti solat,
puasa, zakat dan haji. Niat merupakan unsur yang penting untuk mewujudkan sesuatu
tindakan. Jarang didapati suatu tindakan dilakukan tanpa adanya niat. Niat juga disebut
sebagai lintasan hati, tujuan dan perancangan (Khairul Bariyah, 2018; Abdul Rahman, 2003).
Niat yang baik akan menzahirkan tindakan yang baik dan bermanfaat untuk diri sendiri dan
masyarakat. Misalnya, niat yang baik dalam aktiviti berbelanja dapat menghindar timbulnya
masalah kewangan dikemudian hari. Contohnya, sikap individu yang berbelanja mengikut
keinginan diri, selain daripada mengakibatkan berlakunya pembaziran, ada kalanya mereka
tidak peduli sama ada sumber tersebut adalah halal atau sebaliknya. Oleh yang demikian,
menjadi satu keperluan bagi diri seorang Muslim untuk menetapkan niat yang baik dalam
melakukan aktiviti harian. Niat yang betul menerjemahkan hasil bermanfaat di dunia dan
akhirat

3
ULASAN & PERBINCANGAN

Isu utama yang diutarakan oleh penulis dalam artikel Ibadah Orang Buta Menurut Pandangan
Ulama ialah pengertian buta dari sudut bahasa, fiqh perubatan .Selain itu, isu yang diutarakan
berkaitan ijtihat orang buta menentukan waktu solat,hukum orang buta menghadap kiblat dan
ijtihad mereka menentukan kiblat.Seterusnya,topik yang dibahaskan ialah hukum orang buta
menentukan kiblat berpandukan Mihrab,hukum orang buta,bertaklid,hukum orang buta tiba-
tiba boleh melihat dan meragui tentang arah kiblat.Justeru itu,hal yang diketengahkan ialah
hukum jika orang buta melakukan solat tanpa petunjuk ketika bermukim atau ketika
bermusafir dan tersilap arah kiblat. Sedemikian itu,pekara yang dibincangkan ialah hukum
orang buta menjadi imam solat,keutamaan menjadi imam solat antara orang buta dan orang
celik,hukum mengikut orang buta menjadi imam,kewajiban solat Jumaat kepada orang buta.

Pengertian buta dari sudut umumnya adalah penglihatan merupakan pancaindera yang
menyalurkan sumber informasi kepada semua manusia.Pancaindera ini akan
menyempurnakan urusan harian seperti mengenal orang dan objek dan bersosial.Pancaindera
ini juga penting untuk proses perkembangan dalam hidup manusia.

Pengertian buta dari sudut bahasa ialah dalam Bahasa Arab adalah (ami) bagi lelaki disebut
(ama) dan bagi perempuan (amia’).Definisi (al’amie) iaitu buta pada pandangan Al-Azhari
dan az-Zabi ialah telah hilang pandangan pada kedua-dua mata.

Pengertian buta dari sudut fiqh ialah tidak jauh berbeza dengan maksud bahasa.Definisi
bahasa yang diterangkan jelas bahawa orang buta ialah mereka yang kehilangan penglihatan
mereka kerana kecacatan atau kelahiran (al-Lahham,2009:5);(Syamma’,1994:40).

Dari segi perubatan,istilah buta dirujuk pada teori undang-undang yang berpusat pada ruang
visual mata.Ruang visual adalahsatu lapisan daripada lapisan yang ada di dalam mata,tidak
kurang daripada 10 lapisan.Terdapat juga pandangan yang mengatakan orang buta adalah
mereka yang kehilangan upaya melihat keseluruhannya disebabkan genetik atau kecacatan.

Seterusnya,akan dibahaskan tentang ijtihad orang buta menentukan waktu solat.Syarat sah
solat adalah mengetahui dan meyakini bahawa telah masuk waktu solat tersebut.Ulama’ fiqh
telah bersependapat bahawa orang buta boleh berijtihad pada waktu-waktu solat sekiranya
tidak terdapat orang waras atau orang sempurna untuk memberitahu bahawa sudah masuknya
waktu solat.Menurut Hanafi,Maliki,Syafie dan Hanbali berpendapat solat dihukum sah jika
waktunya telah masuk dan seseorang itu meyakini masuknya waktu solat.

4
Di samping itu,hal yang dibahaskan ialah hukum orang buta menghadap kiblat dan ijtihad
mereka menentukan kiblat.Menurut sekumpulan ulama’,mengetahui arah kiblat adalah salah
satu syarat sah solat bagi orang yang berkemampuan.Mereka juga bersepakat mengatakan
orang buta tidak boleh berijtihad dalam menentukan kiblat tetapi boleh meniru (arah kiblat)
orang mukallaf yang arif. Hukum orang buta mengahadap kiblat menurut ulama’
Hanafi,Syafie dan Hanbali,orang buta hendaklah bertanya mengenai kiblat
tambahan.lagi,orang buta perlu berwaspada jika tiada orang yang boleh ditanya mengenai
kedudukan kiblat jika selepas selesai solat terdapat orang sekitar yang memaklumkan tentang
kedudukan arah kiblat yang salah,maka dia tidak perlu mengulangi solatnya jika diyakini
benar.

Hukum orang buta menghadap kiblat berpandukan mihrab menurut para ulama',orang buta
tidak perlu menyentuh mihrab jika tiada orang yang boleh ditanya .Seterusnya,mazhab Maliki
menyatakan bahawa jika tiada orang yang boleh ditanya berkenaan kedudukan mihrab maka
beliau boleh memilih salah satu sudut di dalam masjid dan solat disitu. Jika terdapat orang
yang memberitahu orang buta tersebut bahawa kiblat itu salah,maka perlu diperbetulkan
kiblat tersebut.Mazhab Syafie' pula berpendapat orang buta perlu memastikan mihrab dengan
sentuhan terlebih dahulu. Begitu juga dengan orang yang normal dalam keadaan gelap.

Hukum orang buta bertaklid,taklid bermaksud menerima kata-kata orang lain tanpa
hujah.Berdasarkan huraian yang diberikan diatas,jika seseorang menerima kata-kata Nabi
atau ijmak ia tidak dinamakan bertaklid kerana kata-kata beliau merupakan satu
hujahan.Syarat orang ditaklid mestilah seorang muslim yang baligh,diyakini
berakal,seseorang yang amanah dan arif menggunakan petunjuk dalam menentukan
kiblat.Tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan yang merdeka mahupun hamba.Menurut
jumhur,jika seseorang itu tidak mengetahui arah kiblat dan tiada seseorang yang dapat
ditanya sedangkan waktu sudah berada dihujung waktu maka menjadi kewajiban dia
bertaklid.

Isu yang dibahaskan ialah hukum orang buta tiba-tiba boleh melihat dan meragui tentang arah
kiblat.Berdasarkan apa yang mazhab Hanbali dan Syafie',apabila orang buta melaksanakan
solat tiba-tiba boleh melihat,jika terdapat petanda yang boleh dijadikan petunjuk bagi
menentukan kiblat sedangkan dia tidak pasti dia menghadap arah yang betul,Maka solatnya
terbatal kerana dia telah menjadi ahli ijtihad.

Hukum jika orang buta melakukan solat tanpa petunjuk ketika bermukim atau ketika
bermusafir dan dia tersilap arah kiblat maka sekumpulan ulama' berpendapat jika seseorang
yang bermukim solat tersalah arah kiblat atau orang buta bersolat tanpa dalil maka wajib
mengulangi solatnya kerana bermukim bukan tempat berijtihad,orang bermukim mampu
menentukanmihrab dan mampu mencari orang lain yang boleh memaklumkannya dengan
yakin.Jika dia tidak bertanya dan solat kearah kiblat yang silap maka dia perlu mengulang
solatnya.
5
Seterusnya,hukum yang dibahaskan ialah tentang orang buta yang menjadi iman solat para
ulama bersependapat lebih afdal bagi orang yang memiliki kesempurnaan dan kelebihan
menjadi pemimpin.Hukum mendahulukan orang yang sedikit kekurangan hukumnya harus
Cuma makruh.Tetepi jikia orang yang mempunyai kelebihan itu bersetuju dengan pelantikan
tersebut maka hukumnya tidaklah makruh.Tetapi dalam hukum orang buta menjadi imam
ulama berbeza pendapat.Ulama Hanafi berpendapat adalah makruh orang buta menjadi imam
kerana dia tidak menjaga perkara-perkara najis.hukumnya sama seperti mendahulukan orang
fasikke atas orang tidak fasik.Hal ini kerana,dengan melantik mereka ini akan melarikan
jemaah atau para jemaah akan merasa tidak selesa.Hukum makruh diperkatakan atas dasar
kekurangan mereka miliki.Orang buta menghadap kiblat dengan pertolongan
orang.Berkemungkinan orang tersebut berpaling dari arah kiblat.Mungkin terdapat najis yang
terjatuh diatas pakaian dan tidak sedar kemudian menunaikan solat bergitu sahaja.Menurut
imam Maliki,makruh orang yang menjadi imam adalah mereka yang buta,terpotong tangan,
kaki atau lumpuh sekalipun mereka lebih alim atau bagus membaca al-Quran
(al-Maqdisi,1405H,jld 2:30).Namum menurut ulama syafie,orang buta atau celik adalah sama
hukumnya menjadi iman kerana masing-masing mempunyai kelebihan.Hal ini
kerana,menurut mereka orang buta tidak boleh melihat perkara yang melalaikan,hal ini
membuatkan mereka lebih khusyuk.Menurut ulama Hanbali pula,hukumnya ialah makruh
kerana golongan tersebut banyak melakukan kesalahan bacaan tetapi masih tidak mengubah
makna ayat.

Isu tentang kewajipan orang buta dalam menunaikan solat jumaat juga dibahaskan.Terdapat
dua pandangan dalam pemasalahan ini.Pandangan pertama menyatakan bahawa orang buta
tidak wajib solat jumaat iaitu tidak perlu menghadiri solat jumaat walaupon terdapat orang
yang boleh membawa beliau secara percuma atau memberi upah.Pandangan ini dinyatakan
daripada Mazhab Abu Hanifah.Pandangan kedua, dinyatakan oleh jumhur ulama,sekiranya
orang buta tersebut mendapati orang yang boleh membawa mereka dengan upah atau secara
percuma.Tetapi orang buta tersebut perlu memberi upah sebagai tanda kekurangan beliau.

Isu yang diutamakan dalam artikel ini ialah hukum orang buta menjadi imam dan kewajiban
mereka menuaikan solat jumaat.Hal ini menarik kerana tidak semua orang didedahkan
dengan perkara begini,komuniti kita lebih menumpukan diri kepada perkara asas.Jadi kami
merasakan artikel ini sesuatu yang luar kotak kerana aman jarang kita membac tentang ibadat
orang buta.Kesimpulannya isu ini menarik pada pendapat kumpulan kami.

Artikel kedua membahaskan tentang Konsep Niat Menurut Imam Ghazali Daripada
Perspektif Gelagat Kepenggunaan.Terdapat beberapa isi yang diutarakan didalam artikel ini
iaitu Definisi niat dalam islam,Komponen niat,Konsep niat menurut Imam Ghazali,Niat
dalam kepenggunaan daripada perspektif Imam Al-Ghazali.

6
Pertama,Menurut Imam Ghazali(1989) perkataan niat,”qasad” dan “iradah” membawa
maksud sama.Al-Nawawi(1989) mendefinisikan niat dari sudut bahasa sebagai seseorang
melakukan sesuatu tindakan mengikut kemahuan.Al-Zuhailli(2010) mendefinisikan niat
sebagai keinginan dan tekad hati serta kehendak untuk melakukan atau mendapatkan sesuatu
tanpa rasa ragu-ragu.Umar Sulaiman(2002) turut menjelaskan bahawa niat merupakan
cetusan hati,halatuju dan kecenderungan kepada sesuatu matlamat yang ingin dicapai.Niat
dari sudut syarak pula bermaksud azam atau tekad melakukan sesuatu ibadat semata-mata
untuk mendekatkan diri dengan Allah.Al-Ghazali(1981) menyatakan bahawa niat sebagai
sifat hati yang mendorong sesuatu tindakan dengan dipengahruhi oleh ilmu tentang
islam.Beliau menjelaskan,niat sifatnya sebagai moderator antara ilmudan tindakan.Niat juga
adalah keinginan yang bersesuaian dengan maksud yang ingin dicapai sama ada pada masa
sekarang atau masa akan datang.Al-Nawawi(1989) menyatakan niat dari sudut syarak sebagai
gerak hati ke arah untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan untuk mencari keredhaan
Allah dan taat pada setiap perintah dan larangan-Nya,atau ikhlas.Al-Zuhaili(2010)
mendefinisi niat dari sudut syarak sebagai tekad hati untuk melakukan sesuatu amalam fardhu
atau amalan-amalan adat kebiasaan yang lain.Kesimpulanya berdasarkan pandangan
ulama,definisi niat lebih kepada beribadah kepada Allah dengan keikhlasan hati.

Justeru itu,artikel ini jugak bincangkan tentang komponen niat.Pertama ialah posisi
niat,Posisi niat adalah di hati keran aia merupakan tempat terbentuk sesuatu tujuaan,tetapi
niat yang dilafazkan dimulut ialah komponen niat yang sempurna.(Al-Zuhaili2010).Mazhab
Maliki dan Hanbali berpandangan lebih baik lafaz niat tidak dilafazkan kerana tiada dalil
daripada Rasulullah S.A.W dan para sahabat.Mazhab Hambali menyatakan lafaz niat
merupakan satu bidaah.Kesimpulanya semua ulama berpendapat posisi niat ialah dari
hati,tetapi berbeza dari sudut niat tersebut perlu dilafazkan atau tidak.Komponen niat yang
kedua ialah hukum niat,Majoriti ulama berpandangan hukum niat dalam ibadat khusus seperti
solat,puasa,haji dan lain-lain adalah wajib.Hal in kerana sebagai contoh rukun sah solat salah
satunya ialah niat.Hukum niat sunat bagi ibadat kebiasaan.Al-Zuhaili(2010) dalam karyanya
menegaskan niat dalam adat kebiasaan berfungsi untuk menentukan perbuatan tersebut
berubah menjadi ibadat dan menentukan akan mendapat balasan pahala atau dosa.Niat dalam
kebiasaan juga mampu menentukan perbuatan itu berubah menjadi kebajikan atau
maksiat.Ringkasannya,niat bagi ibadat khusus seperti solat,puasa adalah
diwajibkan.Manakala sunat bagi adat kebiasaan.

Komponen ketiga ialah waktu niat,secara umum waktu niat ialah semasa tindakan tersebut
dilakukan.

7
Komponen keempat sekaligus komponen terakhir ialah syarat niat,terdapat lima syarat untuk
dipatuhi untuk memastikan niat diterima dalam islam.Pertama seseorang itu mestilah
beragama islam.Kedua,orang tersebut mesti mumaiyiz.Ketiga,orang yang berniat mesti
berakal.Keempat,orang yang berniat mesti mengetahui apa yang diniatkan.Kelima,orang
tersebut mestilah tidak melalukan sesuatu yang boleh membatalkan niat atau tindakan yang
diniatkan.Syarat ini digunakan untuk yang berniat untuk ibadat khusus.Para ulama tidak
membahaskan tetang niat bagi amalan harian.Bagaimanapun,kita mestilah memperbetulkan
niat ketika melakukan sesuatu perkara agar dapat memperolehi pahala bagi setiap amalan
harian yang dilakukan.

Seterusnya,bakal diulaskan isu utama,Konsep niat menurut Imam Al-Ghazali.Menurut Al-


Qardawi(2018)Imam al-Ghazali sebagai tokoh ulama yang ulung dalam perbincangan
brkenanan topik niat dan keikhlasan.Perkara dinyatakan begitu kerana beliau membicangkan
topik ini secara terperinci.Selain itu,beliau jugak mempratikan keikhlasan dalam diri beliau
setiap hari.Definisi niat yang dijelaskan oleh Imam Al- Ghazali adalah sifat hati mendorong
sesuatu tindakan dengan dipengaruhi ilmu dan kehendak dengan kemampuan.Beliau
menyatakan lagi,niat bersifat morderator antara ilmu dan tindakan.Niat juga keinginan yang
bersesuian dengan maksud yang ingin dicapai pada masa sekarang atau masa hadapan.Beliau
turut menjelaskan niat,kehendak,tujuan ialah perkataan yang membawa maksudnya
sama.Beliau turut membuat pencarian secara terperinci tentang keikhlasan.Beliau
menyatakan keikhlas penting kerana tanpa keikhlasan sesuatu tindakan tidak akan membawa
manfaat dari sudut akhirat,Cuma mendapat mafaat dari sudut dunia sahaja.Contoh,jika
seseorang itu membeli produk halal dengan niat untuk mematuhi perintah Allah maka dia
akan memperolehi manfaat dunia dan akhirat menurut konsep yang dinyatakan oleh Imam
Al-Ghazali.Menurut beliau lagi,niat dibahagikan kepada tiga katogeri.Pertama,niat yang
ikhlas kerana Allah.Kedua,niat yang bercampur antara ikhlas atau tidak ikhlas.Ketiga dan
yang terakhir,niat tidak ikhlas.Niat yang jelas dan mendapat pahala ialah niat yang ikhlas
kerana Allah.

Bagi Niat ikhlas kerana Allah,terdapat tiga konsep yang patut dipertimbangkan.Tiga konsep
ini bakal mendorong kepada niat yang ikhlas kerana Allah.Pertama,perasaan yang perlu
wujud ialah perasaan takut kepada azab Allah.Kedua,taat kepada syurga yang
dijanjikan.Ketiga sekaligus yang terakhir ialah cinta kepada Allah dan Rasul melebihi yang
lain.Niat ikhlas dengan rasa takut bermaksud seseorang melaksanakan kebaikan kerana takut
akan Allah.Niat kerana taat bermaksud melakukannya kerana mentaati perintah dan larangan
Allah.Selain itu,niat kerana mencintai Allah dan Rasul pula merujuk kepada seseorang
individu melakukan kebaikan kerana perasaan cinta akan terhadap Allah dan Rasul.Justeru itu
niat yang kedua pula niat yang bercampur antara ikhlas dan tidak ikhlas.Menurut beliau,3
keadaaan yang membuatkan niat bercampur antara ikhlas dan tidak ikhlas.Pertama,tujuan
atau niat tidak mengutamakan Allah tetapi perkara lain.Kedua,tujuan niat kerana Allah dan
perkara lain sama banyak.Ketiga,tujuan niat untuk perkara lain lebih kuat berbanding kerana
Allah.
8
Al-Ghazali(1981) menjelaskan niat bercampur antara ikhlas dan tidak ikhlas akan dihitung
pahalanya berdasarkan tujuan mana lebih kuat sebagai contoh seseorang ingin membeli
kereta mewah untuk memudahkan dia bergerak untuk berdakwah ke jalan Allah,tetapi
terdetik niat untuk dipandang tinggi oleh orang sekeliling tetapi tujuan ni Cuma
sampingan.Makanya,dia tetap mendapat pahala.Bagi seseorang yang membeli kereta mewah
bertujuan untuk riak tidak akan mendapat sebarang manfaat di akhirat,malahan mengundang
dosa kena besikap riak.

Isu akhir sekali yang dibincangkan ialah niat dalam kepenggunaan daripada perspektif imam
Al-Ghazali.Al-Ghazali(1981) telah membahagikan perbuatan manusia kepada tiga
bahagian,iaitu taat,harus,dan maksiat.Beliau menyatakan yang setiap pahala dan dosa
bergantung pada niat.Contohnya,seseorang makan makanan haram untuk mengeyangkan
perut yang lapar sedangkan mampu mencari makanan halal orang tersebut berdosa.Dia
berdosa kerana melanggar syariat walaupon niatnya baik.Manakala baginya harus bergantung
pada niat seseorang.Antara perbuatan harus dalam kategori kebiasaan seperti membeli
makanan,barang keperluan dan lain-lain.Walaupon dalam kategori harus niat boleh
menentukan sama ada perbuatan tersebut memberi manfaat di dunia dan diakhirat sekiranya
niatnya betul.Antara yang termasuk niat yang betul ialah membeli produk -produk
halal,menghindari perkara-perkara syubhat dan haram.Oleh itu,untuk mendapat ganjaran
diakhirat kelak seseorang itu perlu memastikan niat dia melakukan perkara hariannya kerana
Allah dan mematuhi syariat Allah.

Al-Ghazali(1981)menyatakan bahawa niat boleh meninggikan darjat seseorang walaupon


dalam melakukan aktiviti yang harus.Oleh itu,orang muslim dianggap lalai dan rugi jika tidak
berniat dalam setiap perbuatan yang dilakukan kerana Allah.Sekirannya seseorang memakai
minyak wangi kerana ingin mengikut sunnah Rasul akan diberikan ganjaran pahala manakala
bagi yang memakai wangian untuk bermegahan berdosa.Setiap perbuatan akan bernilai
sekiranya disertakan dengan niat yang ikhlas.Dengan niat yang betul perbuatan yang kecil
disisi manusia akan dipandang besar disisi Allah.

Kaedah kajian yang digunakan dalam artikel satu dan dua ialah tidak banyak bezanya artikel
satu dan dua mengunakan kaedah menganalisis isu dan hukum secara terperinci.Selain itu,
penulis artikel satu dan dua juga menggunakan kaedah membicangkan isu atau karya.

9
Terdapat juga beberapa perbezaan dalam kaedah kajian bagi artikel satu dan
dua.Pertama,artikel kedua menggunakan konsep metode kualitatif.Penilaian secara khusus
bagi karya Imam Al-Ghazali iaitu “Ihya Ulumuddin”.Seterusnya,kaedah untuk memperoleh
idea atau isu ada dengan mencari bahan-bahan.Kemudian,isu dan isi yang diperoleh akan
diringkaskan.Keistimewaan artikel dua ialah penulis mengadakan satu sistem pengkodan.

Penemuan berdasarkan artikel satu dan dua ialah kedua-duanya menitik beratkan dari sudut
ibadah dan menyatakan islam sangat tidak menyusahkan umatnya sebagai contoh orang buta
tidak perlu menunaikan solat jika tidak berkemampuan dan setiap umat islam mudah untuk
mendapatkan pahala dengan niat yang betul.Perbezaan bagi setiap artikel pula artikel satu
lebih kepada cara orang kelainan upaya menunaikan ibadah dan bagimana orang sekeliling
boleh membantu atau memain peranan dalam situasi tersebut.Manakala bagi artikel
kedua,lebih menitik beratkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.Menurut Imam
Al-Ghazali niat akan mentukan ganjaran bagi seseorang walaupon dia melakukan rutin
harian.Beliau jugak menyatakan bahawa jika niat benar perkara yang kecil disisi manusia
akan dipandang besar disisi Allah.

10
RUMUSAN & REFLEKSI

Berdasarkan artikel Ibadah Solat Orang Buta dapat disimpulkan bahawa hukum-hakam yang
disyariatkan kepada seseorang adalah mengambil kira kemampuan individu itu sendiri.
Walaupun terdapat prinsip hukum yang disyariatkan kepada manusia secara umum yang
dinamakan hukum ‘azimah, namun syarak tetapi meraikan keadaan manusia sehingga
mewujudkan hukum-hukum khusus yang dinamakan rukhsah kepada individu-individu
tertentu dalam situasi-situasi tertentu. Dari sini jelas bahawa agama tidak membebankan
manusia di luar kemampuan manusia dan inginkan kemudahan kepada mereka. Namun,
manusia masih dituntut menjadi hamba Allah SWT dengan mengabdikan diri kepadanya
dalam apa juga keadaan

Setelah menganalisis kembali artikel ini Ulama mungkin merenungkan bahwa keterbatasan
penglihatan merupakan ujian yang diberikan oleh Allah, dan solat adalah cara untuk menerima
ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan syukur. Ulama dapat meresapi bahwa ibadah solat
bagi orang buta dapat menciptakan keterlibatan spiritual yang mendalam, mengingat
ketergantungan mereka pada pendengaran dan perasaan untuk merasakan kehadiran
Allah.Beberapa ulama mungkin memberikan pandangan tentang fleksibilitas hukum dalam hal
adaptasi gerakan atau penggunaan alat bantu untuk memudahkan pelaksanaan solat oleh orang
buta.

Walapun mempunyai kekuragan dari segi fizikal,kita tidak boleh menggunakan alasan tersebut
untuk meninggalkan solat sebaliknya Allah s.w.t telah memberikan kemudahan kepada orang
yang mengalami kekurangan dari segi fizikal untuk melakukan ibadah kepadanya.Mereka juga
bukan sahaja diwabijkan solat malah diwajibkan untuk melakukan ibadah haji,puasa,zakat dan
lain lain.Akan tetapi rang yang sihat keselurahan badanya masih banyak yang meninggalkan
kewajipan nya sebagai orang muslim apatah lagi bagi orang kurang upaya (OKU)

Manakala untuk artikel yang kedua iaitu Konsep Niat Menurut Imam Al-Ghazali Daripada
Perspektif Gelagat Kepenggunaan dapat disarankan bahawa Niat adalah sesuatu yang amat
penting dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang Muslim niat yang sebenar perlu
diletakkan dalam setiap tindakan, termasukdalam aktiviti penggunaan seharian. Misalnya
11
dalam aktiviti makan minum, berbelanja dan lain-lain. Setiap tindakan dengan niat
ikhlas, iaitu niat kerana Allah dan mematuhi syariat akan membawa kebaikan di dunia dan
akhirat. Niat yang betul juga mampu membimbing seseorang daripada melakukan
sesuatu yang merugikan atau mendatangkan keburukan. Misalnya, dalam aktiviti
berbelanja sekiranya niat atau tujuan selain kerana Allah dan melanggarsyariat boleh
mendatangkan dosa serta tidak berpahala. Imam al-Ghazali telah memperincikan andaian
kiraan pahala niat. Beliau juga telah membahagikan niat kepada tiga kategoriiaitu niat ikhlas,
niat bercampuraduk dan niat tidak ikhlas. Konsep niat yang dibincangkan oleh Imam al-
Ghazali sangat sesuai diadaptasikan dalamaktiviti penggunaan. Hal ini kerana aktiviti
penggunaan sangat mudah dipengaruhi pendorong-pendorong lain selain Allah.

Dari pembacaan artikel ini kita dapat mengetahui pentingnya niat dalam kehidupan sehari-hari,
terutama sebagai seorang Muslim, membawa pemahaman mendalam tentang bagaimana setiap
tindakan harus dilandasi oleh niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas merupakan fondasi utama yang
dapat membedakan antara tindakan yang bernilai pahala dan tindakan yang mungkin sia-sia
atau bahkan berdosa.

Dalam konteks aktiviti sehari-hari seperti makan, minum, berbelanja, dan lain-lain, pemahaman
ini membawa kesadaran bahwa setiap tindakan tersebut dapat menjadi ibadah jika diiringi
dengan niat yang benar. Misalnya, saat makan dan minum, dengan niat yang ikhlas karena
Allah, setiap suapan dan tegukan dapat menjadi amalan yang diberkahi.

Aktivitas berbelanja juga menjadi bagian dari kehidupan sehari-hari yang perlu diiringi oleh
niat yang ikhlas. Dengan mengingat tujuan akhir dari segala tindakan, yaitu mendapatkan ridha
Allah, seseorang dapat menjauhi praktik-praktik yang tidak sesuai dengan syariat dan
memastikan bahwa tindakan tersebut mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Pentingnya niat yang benar dalam aktivitas sehari-hari juga dapat melindungi seseorang dari
potensi merugikan diri sendiri atau orang lain. Konsep niat yang dibahas oleh Imam al-Ghazali,
dengan membedakan antara niat ikhlas, niat bercampur aduk, dan niat tidak ikhlas, memberikan
panduan yang jelas tentang bagaimana seseorang dapat memastikan bahwa setiap tindakan
yang dilakukan bersifat benar-benar tulus dan mengikuti ajaran agama.

Dengan menyadari konsep ini, seseorang dapat membimbing dirinya sendiri dalam menjalani
kehidupan sehari-hari dengan penuh kesadaran dan kebermaknaan. Niat yang benar bukan
hanya menjadi kunci kesuksesan di dunia, tetapi juga membawa keberkahan di akhirat. Oleh
karena itu, penting bagi setiap Muslim untuk selalu merefleksikan niatnya dalam setiap
tindakan yang dilakukan, sehingga hidupnya menjadi lebih bermakna dan mendekatkan diri
kepada Allah.

12
ANALISIS KRITIS

1. Apakah penemuan ilmu pengetahuan baru daripada artikel Ibadah Solat Orang Buta
Menurut Pandangan Ulama yang anda peroleh sebagai seorang pelajar?

• Memperluas wawasan keilmuan saya tentang hukum dan tata cara ibadah solat bagi
orang buta. Sebelumnya saya tidak mengetahui ada keringanan dan kelonggaran tertentu
bagi orang buta dalam ibadah solat.
• Memperoleh wawasan baru tentang adanya perbedaan pendapat ulama dalam masalah
hukum ibadah bagi orang buta. Hal ini mengajarkan saya untuk berpikir kritis dan bijak
dalam menyikapi perbedaan pendapat.

2. Adakah artikel tersebut dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara berfikir tentang
perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?

• Memberi kesan bahwa aturan agama bersifat fleksibel dan universal. Meski orang buta
diberi keringanan, tapi esensi kewajiban solat tetap dipenuhi. Ini mengajarkan agama
sangat menghargai kemampuan individu.
• Mengubah pandangan saya bahwa menjalankan ibadah itu tidak selalu harus seragam.
Ada ruang penyesuaian berdasarkan kondisi khusus seseorang. Yang terpenting adalah
niat dan upaya maksimal.

3. Bagaimanakah anda menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kehidupan anda sebagai
soerang pelajar?

• Meningkatkan rasa syukur atas nikmat kesehatan yang diberikan Allah SWT dengan
menjalankan ibadah solat dengan khusyuk dan tertib.
• Lebih peduli dan membantu teman atau kerabat yang memiliki keterbatasan fisik dalam
melaksanakan ibadah, misalnya teman tunanetra.
• Menerapkan sikap fleksibel dan bijak dalam beragama sesuai tuntunan agama dan
kemampuan diri, tidak kaku dan ekstrem.

13
4.Sekiranya anda melakukan kajian seperti dibancangkan dalam artikel yang anda pilih,apakah
ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningatkan kualiti kajian?

Ada beberapa hal yang dapat saya lakukan untuk meningkatkan kualitas kajian yang pertama
memperluas tinjauan pustaka dengan menggali pendapat ulama dari berbagai mazhab fikih,
tidak hanya terpaku pada satu mazhab tertentu. Ini untuk mendapatkan pandangan yang lebih
komprehensif. Yang kedua melakukan kajian lapangan dengan mewawancarai orang buta untuk
mendapatkan data dan masukan langsung dari mereka terkait kesulitan dan harapan dalam
menjalankan ibadah solat.

1.Apakah penemuan ilmu pengetahuan baru daripada artikel Konsep Niat Menurut Imam
Ghazali Daripada Perspektif Gelagat Kepenggunaan yang anda peroleh sebagai seorang
pelajar?

• Mendapatkan pemahaman mendalam tentang konsep niat menurut Imam Ghazali yang
merupakan salah satu ulama Muslim terkemuka.

• Mengetahui bahwa menurut Imam Ghazali, niat merupakan unsur fundamental dalam
ibadah karena dapat mempengaruhi kualitas dan penerimaan ibadah oleh Allah SWT.

2. Adakah artikel tersebut dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara berfikir tentang
perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?

• Membuat saya lebih menyadari pentingnya niat dalam setiap amal ibadah yang saya
jalankan. Sebelumnya saya kurang memikirkan masalah niat ini.

• Mengubah mindset saya bahwa ibadah bukan sekedar ritual formalitas, tapi
membutuhkan niat ikhlas karena Allah.

• Memberi kesan untuk selalu intropeksi diri tentang kemurnian niat saya dalam
beribadah dan beramal saleh. Apakah sudah cukup ikhlas atau masih dipengaruhi motif
lain.

14
3. Bagaimanakah anda menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kehidupan anda sebagai
soerang pelajar?

• Lebih memperhatikan niat sebelum melakukan aktivitas, baik ibadah maupun aktivitas
duniawi. Ini akan membuat aktivitas saya lebih bernilai di sisi Allah SWT.

• Berusaha memurnikan niat dalam beribadah agar tidak dicampuri unsur riya' dan
sum'ah. Melakukan ibadah semata-mata karena Allah SWT.

• Memperbanyak muhasabah diri untuk introspeksi niat yang terkadang masih


terkontaminasi oleh niat-niat terselubung.

4.Sekiranya anda melakukan kajian seperti dibancangkan dalam artikel yang anda pilih,apakah
ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningatkan kualiti kajian?

Beberapa hal yang dapat saya lakukan untuk meningkatkan kualitas kajian adalah yang pertama
menyertakan implikasi praktis dari konsep niat bagi peningkatan kualitas keberagamaan umat
Islam masa kini. Yang kedua memperluas tinjauan pustaka tidak hanya merujuk pemikiran
Imam Ghazali, tapi juga ulama lainnya seperti Ibnu Qayyim, Ibnu Taimiyah, dll. Akhir sekali,
melengkapi analisis dengan data hasil observasi atau wawancara terhadap subjek penelitian
tentang implementasi konsep niat dalam kehidupan sehari-hari.

15

Anda mungkin juga menyukai