Anda di halaman 1dari 1

Nama: Rozaidi B.

Mat Redzuan

Soalan 1: Apakah kepentingan memiliki akhlak yang mulia menurut Al-Quran dan As-Sunnah?
Kongsikan kaedah-kaedah memiliki akhlak yang mulia?

Jawapan:
Menurut perspektif Islam, akhlak merupakan suatu sifat yang tertanam dalam diri manusia, dan
adalah perkara penting selepas iman. Didalam ajaran agama Islam, akhlak yang mulia merupakan
salah satu kayu ukur dalam menilai tingkat keimanan seorang mukmin. Sebagaimana sabda Nabi ‫صل‬
‫ هللا عليه وسلم‬:

‫َم ا ِمْن َش ْي ٍء َأْث َق ُل ِفْي ِمْي َز اِن اْلُمْؤ ِم ِن َي ْو َم اْلِقَياَمِة ِمْن ُخ ُلٍق َح َس ٍن‬
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat pada timbangan (kebajikan) seorang mukmin pada hari kiamat
daripada akhlak yang mulia” (HR At-Tirmidzi)

Jelas bahawa hadis diatas mengisyaratkan kita supaya berakhlak mulia, kerana ia merupakan amal
ibadah yang sangat berat timbangannya pada hari kiamat. Pentingnya akhlak mulia adalah sebagai
pelindung kepada seorang Muslim dari melakukan perkara buruk yang menyalahi akan apa yang
diperintahkan Allah ‫الى‬$$‫بحانه وتع‬$$‫ س‬dan ia juga merupakan asas keagungan umat Islam sepanjang
zaman. Ini kerana jika akhlak tidak menjadi perhiasan dan pakaian orang Islam maka mereka tidak
lagi menjadi umat yang disegani.

Antara beberapa kaedah untuk memiliki akhlak yang mulia yang dapat dikongsikan antaranya:
1. Menerusi tarbiah atau pendidikan yang berterusan dan mentaati syariat dengan melatih dan
membiasakan diri melakukan hal yang baik dan bermanfaat baik sehingga sikap tersebut
berjaya diterapkan dan sebati dengan diri.
2. Dengan pelaksanaan ibadah yang betul, sempurna dan ikhlas termasuk ibadah khusus yang
merangkumi hubungan dengan diri sendiri, hubungan sesama manusia, hubungan dengan
sekeliling dan hubungan dengan penciptanya.
3. Dengan mencontohi apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah ‫ صل هللا عليه وسلم‬kerana
akhlak baginda disebut sebagai akhlak Islam merupakan sebaik-baik contoh dalam
berakhlak.
4. Dengan segera bertaubat kerana ia merupakan langkah memperbaiki kesalahan yang telah
dilakukan dan merupakan jalan kembalinya manusia dari berbuat buruk ke arah yang lebih
baik dengan mengatur kelakuannya supaya kembali bersih.
5. Bergaul dengan orang-orang yang memiliki akhlak mulia dan menjauhi orang yang memiliki
akhlak yang buruk.

Anda mungkin juga menyukai