Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Langkah Perjuangan

Aku menunggu dengan penuh debaran. Entah apa yang bermain difikiran, aku
sendiri tidak pasti. Tapi yang pastinya saat yang ditunggu telah tiba. Aku
mendapat tahu bahawa abah telah tahu terlebih dahulu keputusan aku. Tidak
seperti orang lain, aku memang istimewa. Yelah apa tidaknya orang yang
pertama menerima keputusan untuk satu sekolah adalah abahku.

Tidak lama kemudian abah pulang dengan wajah yang biasa. Tapi aku
dapat mengagak bahawa abah kecewa. Dia tidak mahu menunjuk
kekecewaannya pada aku. Abah menghulurkan kertas pada aku. Ya Allah,
syukur tapi aku tahu bukan ini yang abah mahu. Aku tidak cemerlang seperti
rakan-rakan yang lain. Kesian aku pada abah. Aku telah gagal
membanggakannya. Memang ini semua salah aku. Aku leka dan lalai.

Malam itu aku berkurung di dalam bilik. Takut aku hendak keluar
walaupun untuk makan. Apatah lagi berdepan dengan abah dan mak. Yang
paling aku tidak sanggup berdepan dengan abah. Entahlah mungkin aku sedar
rasa kecewanya pada keputusan aku. Tapi aku pelik, aku tidak pula menangis
atau terlalu bersedih. Mungkin aku telah mengagak keputusannya.

Pagi itu aku terbangun dari tidur dan terus solat subuh. Lama juga aku
duduk di sejadah. Memikirkan apakah yang akan aku hadapi nanti. Masa depan
ku yang akan mendatang. Mampukah aku meneruskan perjuangan ini. Berdiri
atas kegagalan terbesar buatku. Terkenang aku wajah-wajah rakan-rakan aku
yang lain yang berjaya. Pasti mereka akan melangkah ke menara gading.
Aku......bagaimana dengan aku?
Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk, adikku melangkah masuk dan duduk di
sisiku. Dia memegang bahuku. Lantas berkata pada ku, “ Sabarlah Yang, ini
baru permulaan, jangan pernah mengaku kalah”. Aku termangu mendengar kata-
katanya. Walaupun dia masih muda tapi dia memahami perasaan aku. Aku bagai
dijentik dari mimpi. Aku perlu terus melangkah. Kegagalan ini satu pengajaran
dan titik tolak dalam hidupku. Aku perlu terus melangkah, berjuang walaupun
pernah jatuh pernah gagal. Perjuangan hidupku perlu diteruskan. Aku perlu terus
melangkah.

Anda mungkin juga menyukai