Anda di halaman 1dari 9

Laksa Selangor..

Bahan2 A
1 kg ikan sardin
1 tin sardin dlm tin
1 kg bawang besar
1 labu bawang putih
1 cekak daun kesum
3 kuntum bjnga kantan
5 keping asam keping
Cili boh
Air
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan B
1 biji timun
10 biji Limau kasturi
1 biji salad
1 biji nenas
Cili padi atau cili merah
Telur rebus
Bawang merah potong2
Credit by kak ct
Laksa Selangor
Ramuan
1. Bahan bahan :
2. 1-2 paket mee kuning - dicelur/direbus sebentar
3. 1/2 ekor ayam - dipotong besar, cuci bersih & rebus (air rebusan jangan buang, ketepikan)
4. 1/2 paket kecil serbuk kari ayam
5. 3 keping asam gelugor
6. 2 liter air rebusan ayam- tak cukup boleh tambah air biasa
7. 2 kiub ayam
8. 2 sudu makan gula merah
9. 3 helai daun limau purut
10. garam & gula jika perlu untuk menyedapkan rasa
11. Bahan kisar (kisar betul-betul halus) :
12. 2-3 biji bawang besar
13. 4 ulas bawang putih
14. 3 batang serai
15. 1 kuntum bunga kantan
16. 6 tangkai cili kering
17. 4 helai daun limau purut
18. Bahan sambal tumis merah :
19. 1 sudu kecil gula
20. 2 senduk besar cili kering yang telah dikisar bersama dengan bawang merah dan bawang
putih serta belacan
21. telur rebus
22. tauhu
23. 1 sudu kecil garam halus atau secukup rasa
24. taugeh
25. Bahan sampingan :
26. botol kacang
27. daun bawang/daun sup
28. isi ayam rebus - disiat
29. limau kasturi - dibelah
30. fish cake
31. pegaga
32. kangkung

Cara Memasak
1. Langkah 1

Kuah :
Panaskan satu senduk minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau & pecah minyak.

2. Langkah 2

Kemudian tuang air rebusan ayam secukupnya. Letak asam gelugor, biarkan mendidih &
menggelegak.

3. Langkah 3

Masukkan kiub ayam, gula merah, garam & gula jika perlu dan daun limau purut, masak
sebentar dan rasakan kuah secukup rasa.
4. Langkah 4

Sambal tumis merah :


Panaskan sedikit minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak dan perasakan gula serta
garam. Sambal masak cantik tutup api.

5. Langkah 5

Cara hidangan :
Dalam mangkuk laksa, letak mee kuning dan bahan-bahan sampingan yang lain sedia
dinikmati.
♥ laksaselangori ♥

khamis, oktober 14, 2010

sumber : mingguan wanita

bahan-bahan untuk kuah

10 batang serai-dikisar halus


250 gm bawang merah-dikisar halus
2 kuntum bunga kantan-dikisar halus
30 helai daun limau purut (untuk dikisar dan dihiris)
6 keping asam gelugur
5 gm serbuk cili/cili kering
10 gm serbuk kari ayam
3 liter air rebusab ayam
garam dan gula merah secukup rasa
minyak untuk menumis
bahan lain

500 gm mi kuning (direbus hingga lembut)

bahan-bahan sambal tumis

50 gm bawang putih
100 gm bawang merah (dikisar)
100 gm belacan
300 gm cili kisar
minyak untuk menumis

bahan-bahan hiasan

udang harimau dan tauhu (digoreng)


kangkung dan tauge (dicelur)
isi ayam (direbus dan disiat)
telur (direbus dan dibelah 2)
daun pegaga & pudina
kacang botol (dihiris halus)
sayur asin
limau kasturi (dibelah 2)

cara membuat kuah

1.tumis bahan kisar. kacau sehingga kekuningan kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam.kacau
hingga pecah minyak.
2. masukkan air rebusan ayam dan asam gelugur, kemudian biarkan hingga mendidih.
3. masukkan daun limau purut, garam dan gula merah. kacau hingga sebati dan angkat.

cara membuat sambal


1. panaskan minyak secukupnya dan tumiskan cili boh dan juga bahan-bahan yang dikisar.
2. kacau dan biarkan hingga pecah minyak. angkat.

cara menghidang

masukkan mi ke dalam mangkuk. taburkan bahan-bahan hiasan. kemudian masukkan sedikit sambal tumis
sebelum dituangkan kuah atasnya.

laksa selangorii ♥

ahad, oktober 17, 2010

sumber : mingguan wanita

entah yang mana satu resipi laksa selangor yang betul.. yan ni pun aku ceduk dlm majah mingguan wanita..
lain sangat dgn laksa selangor i yang aku letak sblm ni...apa2 pun tulis jelah..

bahan-bahan

200 gm laksa-rebus dan toskan

1 biji timun-dihiris
1 ikat daun salad-dihiris

5 biji limau kasturi-belah 2

½ biji nanas-dipotong kecil

2 biji bawang besar-dihiris

2 batang bunga kantan-dihiris

1 botol otak-otak (aku rasa otak udang yg dlm botol kot) cara buat klik sini

10 biji cili merah-dihiris

bahan untuk kuah

1 kg ikan kembung-direbus, dibuang tulang, mesin isinya

500 gm cili kering-dimesin

10 biji bawang-dimesin

3 ulas bawang putih-dimesin

3 batang serai-dimesin

5 batang bunga kantan-dibelah 4

1 ikat daun kesum

sedikit belacan

15 keping asam gelugur

2 liter air

cara membuat

1. campurkan bahan kuah dengan air ke dalam periuk. masukkan asam keping. didihkan

2. bila mendidih masukkan bunga kantan dan daun kesum. masukkan garam secukup rasa.

3. hidangkan laksa dlm mangkuk. tabur bahan-bahan iringan dan curah kuah di atasnya.
4. sedia untuk dimakan.

Anda mungkin juga menyukai