Anda di halaman 1dari 18

Cawangan Melaka

FAKULITI:
PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

PROGRAM/KELAS:
MBA1193F

NAMA KURSUS:
ASAS EKONOMI ISLAM

KOD KURSUS:
CTU241

NAMA PENSYARAH:
USTAZ AZZAAT AHSANIE BIN LOKMAN

TAJUK TUGASAN:
PEMBAZIRAN MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI

AHLI KUMPULAN:
1. NURUL SHAZWANI BINTI MOHD RADZI (2022859676)
2. NUR IRDINA MAISARAH BINTI AZIZAN (2022463594)
3. DARWISYAH BINTI RIDZUAN AFFANDI (2022825504)
4. NUR ALIAH NABILAH BINTI BADRUL HISHAM (2022699604)

1
MUKA
NO ISI KANDUNGAN SURAT

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENGENALAN 4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

4.0 PUNCA-PUNCA PEMBAZIRAN MAKANAN 6-8

5.0 KESAN PEMBAZIRAN MAKANAN TERHADAP EKONOMI 9-10

6.0 CARA MENGELAKKAN BERLAKUNYA PEMBAZIRAN 11-13


MAKANAN

7.0 KEPENTINGAN MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK DALAM 14-15


MENGAWAL PEMBAZIRAN MAKANAN

8.0 KESIMPULAN 16

9.0 BIBLIOGRAFI 17-18

1.0 PENGHARGAAN

2
Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulilah kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan kertas kerja ini dengan lancar
dan disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini tidak dapat
disiapkan sepenuhnya tanpa kerjasama, usaha, dan sumbangan idea daripada semua ahli
kumpulan iaitu Nurul Shazwani, Nur Irdina Maisarah, Darwisyah, dan Nur Aliah Nabilah.
Kami sekumpulan telah berusaha dengan keras dan menggunakan sepenuh tenaga yang ada
serta kerjasama dalam menyempurnakan tugasan ini yang diberikan tajuk “Pembaziran
makanan dan kesannya terhadap ekonomi”. Sikap persefahaman yang baik dalam ahli
kumpulan dapat membantu segala cabaran dan halangan yang dilalui dalam menyiapkan
kertas kerja ini mudah diselesaikan.

Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kod kursus CTU241
Asas Ekonomi Islam kami iaitu Ustaz Azzaat Ahsanie Bin Lokman kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dan penerangan yang sempurna sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah
proses menyiapkan tugasan ini. Kami amat menghargai bimbingan dan sokongan beliau
dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja, tidak lupa juga kepada ibu bapa
dan rakan sekelas kami yang turut memberikan sokongan dan sentiasa bersama kami. Akhir
kata, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan di
dalam kertas kerja ini. Semoga Allah memberkati hasil usaha kami semua.

2.0 PENGENALAN

3
Kertas kerja ini membincangkan tentang pengenalan kepada “Pembaziran makanan
dan kesannya terhadap ekonomi”. Isu pembaziran makanan merupakan masalah yang agak
serius dan berlaku di setiap peringkat bermula dari proses pengeluaran hingga bagaimana
penggunaan makanan tersebut. Umum diketahui bahawa pembaziran makanan merupakan
satu isu moral terhadap individu yang mempunyai sikap membuang makanan lebihan atau
tidak makan makanan tersebut. Makanan merupakan satu keperluan asas yang penting dalam
diri bagi membolehkan kita untuk meneruskan kehidupan, namun terdapat segelintir manusia
yang tidak bersyukur atas pemberian rezeki yang diberikan oleh tuhan lalu membazirkannya
tanpa rasa bersalah dan simpati. Dalam islam, Allah S.W.T amat melarang umatnya untuk
melakukan pembaziran kerana sikap ini merupakan sebahagian daripada perbuatan yang
disukai dan dilakukan oleh syaitan. Sebagai umat islam, kita seharusnya menghargai sumber
rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T kerana sikap mengurangkan pembaziran makanan
dapat membolehkan kita untuk menghormati nikmat rezeki yang diberikan oleh tuhan kepada
kita.

Seterusnya, pembaziran makanan yang berlaku dalam kalangan masyarakat muslim


bergantung pada diri sendiri kerana segelintir umat islam dikatakan tidak mempelajari dan
memahami ilmu agama yang cukup, serta menganggap pembaziran makanan isu yang remeh
sehingga mereka mengabaikan perkara tersebut. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak
mengetahui konsep pembaziran makanan dan bagaimana ianya memberi kesan yang negatif
dalam semua aspek termasuk ekonomi islam. Dalam ajaran islam, Masyarakat muslim tidak
hanya diajar tentang makanan yang halal dan haram untuk dimakan tetapi ianya juga
mengajar tentang cara untuk mengendalikan makanan tersebut dengan betul mengikut adab
dan etika yang diajar dalam islam serta menjauhi daripada perbuatan yang tidak disukai oleh
Allah S.WT. Hal ini perlu diambil tahu supaya kita diajar untuk menjadi manusia yang
bersyukur atas setiap kurniaan yang diberikan kerana makanan itu anugerah daripada Allah.
Oleh itu, kesedaran yang tinggi perlulah ditanam dalam diri masing-masing bagi mengatasi
isu pembaziran makanan.

Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini dilakukan bagi mengkaji punca berlakunya
pembaziran makanan, kesannya terhadap ekonomi, cara penyelesaian yang sewajarnya, serta
kepentingan menjadi pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran dari aspek ekonomi.
Kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang mendalam dan impak yang positif
terhadap semua individu sebagai panduan asas dalam kehidupan serta kesedaran yang tinggi
untuk mengurangkan masalah pembaziran makanan dalam konteks ekonomi yang beretika.

4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif-objektf yang telah dijalankan sepanjang menyiapkan kertas kerja ini bagi tajuk
Pembaziran akanan dan kesannya terhadap ekonomi adalah seperti berikut:

1. Mengetahui dan mendalami punca-punca pembaziran makanan yang sering berlaku di


dalam ekonomi negara kita.
2. Menyelidik kesan yang akan berlaku sekiranya pembaziran makanan terus dialami
dari aspek ekonomi.
3. Mengkaji langkah yang proaktif dalam mengatasi masalah pembaziran makanan agar
kestabilan ekonomi dapat dicapai dan memastikan kelestarian alam sekitar kekal
terpelihara.
4. Mengetahui kepentingan dalam menjadi pengguna yang bijak dalam mengawal
pembaziran makanan dari perspektif ekonomi.

5
4.0 PUNCA-PUNCA PEMBAZIRAN MAKANAN

Makanan merupakan sumber tenaga harian kita sebagai seorang manusia, akan tetapi
pembaziran acap kali berlaku dalam kalangan msyarakat sehingga menjejaskan pelbagai
aspek terutamanya ekonomi dalam negara.

Antara faktor pembaziran makanan adalah penyediaan dan pembelian makanan yang
berlebihan. Hal ini dikatakan demikian kerana terlalu mengikut hawa nafsu semata-mata
khususnya pada bulan ramadan. Menerusi laporan yang dibuat oleh Sinar Harian pada 9 April
2023, dalam tempoh 18 hari bermulanya rakyat Malaysia berpuasa, telah direkodkan
sebanyak 1.326.06 tan makanan yang tidak habis dijual, dibuang oleh peniaga bazar
Ramadan. Oleh itu, secara puratanya adalah 73.67 tan sehari sisa bahan makanan telah
dibuang iaitu bersamaan dengan berat 195 ekor gajah dewasa (Nor Syamira Liana Nor
Ashaha, 9 April 2023). Berdasarkan rekod statistik yang dibuat, boleh disimpulkan bahawa
kebanyakan peniaga di bazar Ramadan terlalu memberikan perhatian dalam mengejar
keuntungan semata-mata sehingga tidak sedar akan pembaziran makanan yang boleh berlaku.
Di samping itu juga, pembaziran dalam golongan pembeli pula adalah dikatakan kerana
apabila perasaan lapar telah menguasai diri seseorang, ianya boleh melonjakkan hawa nafsu
individu dengan begitu drastik sehingga ingin membeli sesuatu tanpa sempat berfikir akan
impaknya yang membawa kearah pembaziran. Tuntasnya, isu berkaitan pembaziran di bulan
Ramadan masih merupakan salah satu isu yang tidak dapat ditangani sehingga kini di mana
mampu untuk menjejaskan ekonomi sekarang serta masa hadapan. Tambahan lagi, kita
seharusnya, mengelakkan diri daripada bersikap terlalu boros sehingga berlakunya
pembaziran. Allah S.W.T berfirman “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin
serta orang yang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan
hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah
saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya” (Surah Al-Isra - 26-27 - Quran.com, 2023)

Selain itu, kurangnya kecekapan dalam proses pengendalian makanan dalam negara
juga merupakan salah satu punca pembaziran makanan berlaku di negara kita. Berdasasrkan
rekod telah dianggarkan 30 hingga 50 peratus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran di
Malaysia tidak sampai kepada pengguna dan dibuang atas pelbagai asbab (Tan Su Lin, 8
September 2016). Antaranya adalah bahan mentah yang tidak disimpan dan dibungkus
dengan betul sebelum membuat penghantaran atau sebelum diimport masuk ke dalam

6
Malaysia. Hal ini kebiasaannya berlaku apabila perjalanan penghantaran mengambil masa
yang terlalu lama di atas perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kesesakan lalu lintas,
kedudukan sesebuah negara yang terlalu jauh antara satu sama lain, dan keselamatan
makanan serta prosedur-prosedur yang perlu dilakukan mengambil masa yang terlalu lama
dan banyak lagi, dimana kesegaran bahan mentah tersebut boleh terjejas di atas perubahan
suhu yang tidak sesuai serta pengambilan masa yang terlalu lama untuk di import masuk ke
dalam Malaysia. Kebanyakan sayur-sayuran seperti bawang merah,bawang putih, brokoli,
cendawan, bendi, kacang keledek, tomato dan cili diimport dari negara China, India,Thailand,
Australia dan Singapura,manakala buah-buahan seperti tembikai,pisang,nanas dan juga
rambutan di negara kita dibekalkan dari negara Afrika, Australia, India, Thailand, dan China
(The Star 7 April 2016). Di samping itu, kita juga mempunyai pembekal di dalam Malaysia
sendiri iaitu pembekal sayur-sayuran dari Cameron Highland, Pahang, walaubagaimanapun di
atas perubahan suhu yang agak berbeza di setiap negeri serta tempat-tempat yang lain, hal ini
mampu menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi cepat rosak dan terpaksa
dibuang kerana kualiti bahan mentah tersebut tidak dapat diselamatkan walaupun perjalanan
penghantaran bahan mentah boleh mengambil masa kurang daripada 24 jam. Tuntasnya,
pihak berkuasa terutamanya seharusnya tidak memandang enteng berkaitan dengan cara
pengendalian dan proses bahan mentah supaya dapat menjaga kualiti bahan mentah serta
supaya bahan mentah dapat dibekalkan kepada pengguna dengan selamat dan berkualiti
untuk mengelakkan daripada pembaziran yang berleluasa berlaku.

Seterusnya, ialah makanan yang telah tamat tarikh luputnya juga menjadi salah satu
asbab mengapa pembaziran makanan sering berlaku. Contoh mudah yang kita boleh lihat
adalah seperti roti dan produk tenusu seperti keju, susu, yogurt, dan banyak lagi. Kebanyakan
masyarakat membeli produk-produk ini dalam kuantiti yang besar dan banyak untuk
melakukan pelbagai pencuci mulut mahupun juadah minum petang, akan tetapi masyarakat
acap kali bersikap acuh tak acuh dalam pembelian bahan-bahan ini kerana sikap malas untuk
keluar rumah sehingga membeli dalam kuantiti yang banyak dan pada akhirnya terpaksa
dibuang kerana telah tamat tempoh. Produk-produk seperti ini mempunyai tamat tempoh
yang begitu cepat untuk rosak kerana bahan-bahan yang digunakan mengandungi bakteria-
bakteria yang aktif yang mampu mempercepatkan pembiakan bakteria di dalam makanan
tersebut. Di samping itu juga, dari pandangan sebuah pasaraya pula adalah apabila sesebuah
syarikat tidak memandang serius dalam pengendalian makanan yang hampir tamat tempoh
ini, boleh menyebabkan syarikat tersebut terpaksa mencari alternatif lain untuk

7
mengembalikan modal di atas barang yang telah tamat tempoh itu. Sebagai contoh, Lotus
sering kali membuat promosi “Clearance Stock” serta mempromosikan dengan potongan
harga yang lebih rendah daripada harga yang asal agar makanan tersebut terjual dan syarikat
tersebut dapat mengurangkan kos kerugian yang dihadapi. Contoh lain kita boleh lihat adalah
apabila sebuah perusahaan sosial iaitu Grub Cycle, berjaya menyelamatkan 70-kilogram
makanan daripada pembaziran dalam masa hanya 2 bulan sahaja (Tan Su Lin, 9 September
2016). Tuntasnya, setiap individu seharusnya tidak memandang enteng berkaitan dengan isu
ini kerana setiap pembaziran merupakan perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T. berfirman
“Dan (Ingatlah) Ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika
kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim - 7 - Quran.com,
2023)

8
5.0 KESAN PEMBAZIRAN MAKANAN TERHADAP EKONOMI

Pembaziran makanan boleh berlaku di setiap peringkat penggunaan. Hasil tani yang
segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran akan melalui proses penggredan. Hasil tani
yang tidak mengikuti kriteria akan dibuang sahaja. Selain itu, kurangnya kecekapan dalam
proses pengendalian makanan boleh juga menyebabkan berlakunya pembaziran makanan
seperti mempunyai jangka hayat simpan yang pendek. Begitu juga dengan masalah
peningkatan sisa makanan akibat daripada amalan membazir makanan. Di Malaysia Sahaja,
sebanyak 38,000 tan sampah dibuang setiap hari dan jumlah ini meningkat dari tahun ke
tahun. Namun, pada musim perayaan berlakunya peningkatan 15 hingga 20 peratus sisa
makanan terbuang. Pembaziran makanan bukan sahaja melibatkan isu pembaziran
perbelanjaan harian individu dan isi rumah, ia juga melibatkan kos kepada negara. Sedikit
sebanyak telah memberi impak terhadap ekonomi negara.

Kadar pembaziran makanan yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan jaminan


bekalan makanan negara berikutan negara sangat bergantung terhadap import makanan untuk
menampung permintaan yang tinggi, sekali gus mendedahkannya kepada ancaman
keselamatan makanan. Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Pusat
Komunikasi Korporat dan Kualiti MARDI, Dr Ainu Husna M.S. Suhaimi berkata bekalan
makanan negara akan mencukupi sekiranya rakyat Malaysia tidak membazir. Kebanyakan
pengguna didapati membazir sebanyak 30 peratus daripada makanan yang dibeli. “Jadi jika
pengguna rancang membeli yang perlu sahaja, makanan yang kita keluarkan dapat memberi
makan kepada lebih ramai orang”, katanya. Oleh itu, Kerajaan boleh mengurangkan kadar
import. “Defisit import buah-buahan, sayur-sayuran dan beras negara adalah di antara RM1.6
hingga 2.3 bilion. Jika ini dapat dikurangkan dan kurangkan kehilangan pembaziran
makanan, kita sebenarnya boleh mengurangkan import dan lebihkan eksport,” katanya.
(Astro Awani, 8 September 2016)

Seterusnya, pembaziran makanan juga memberi kesan terhadap imbangan dagangan


Malaysia, iaitu prestasi eksport yang akan ditenggelami oleh jumlah import yang tinggi,
justeru menambah aliran keluar matawang Malaysia. Jumlah import makanan keseluruhannya
telah meningkat dengan mendadak daripada RM17.8 bilion pada 2005 kepada RM 45.4 bilion
pada 2015 dalam tempoh masa 10 tahun yang lalu. Ini menunjukkan, purata peningkatan
sebanyak 9.8% setahun. Oleh itu, jika diteliti dengan lebih mendalam, berhemah dalam

9
berbelanja makanan bukan sahaja dapat menjimatkan belanja harian isi rumah, namun ianya
juga boleh membantu negara dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan untuk
memproses sisa pepejal yang terbuang. Apakah pandangan hidup Islam terhadap hal ini?
Agama Islam adalah agama yang tidak menerima perbuatan berlebih-lebihan atau pembaziran
(al-Israa:27 dan al-A’raaf:31). Namun, orang-orang yang melakukan perbuatan ini dianggap
sebagai “saudara-saudara syaitan” seperti dikatakan membazir amalan syaitan. (Puan Azrina
Binti Sobian,14 Mei 2019)

Namun begitu, berlakunya peningkatan pembaziran makanan ketika perayaan dapat


menjejaskan ekonomi. Dari sudut ekonomi, sambutan perayaan dapat merangsang
kerancakan aktiviti ekonomi. Namun disebalik kebaikan itu, sambutan perayaan diwarnai
dengan perbelajaan tidak berhemah, berlebih-lebihan dan berlakunya pembaziran oleh
pengguna. Pihak pengeluar dan peniaga pula mengambil kesempatan dengan memanipulasi
pasaran untuk mengaut untung berlebihan. Pada era kos sara hidup yang tinggi, berhutang
adalah jalan penyelesaian jangka pendek yang mudah. Dengan itu, tabungan agregat isi
rumah berkurangan manakala hutang isi rumah meningkat (Berita Harian,1 Julai 2016). Ia
menyebabkan, ekonomi negara tidak mampan dan sukar untuk keluar daripada kemelut krisis
ekonomi. Selain itu, berlakunya jurang pendapatan yang sangat berbeza. Ini mengakibatkan,
dapat mengundang gejala yang tidak diingini dan menjejaskan keharmonian negara.

10
6.0 CARA MENGELAKKAN BERLAKUNYA PEMBAZIRAN MAKANAN

Dalam masyakat kita, masalah pembaziran makanan ini perlulah diatasi dengan segera
dan bukanlah hanya melakukan sesuatu dengan remeh-temeh bagai melepaskan batuk di
tangga. Sepertimana yang telah diceritakan pada awal topik ini, terdapat jutaan tan makanan
telah dibazirkan oleh segelintir rakyat malaysia dan sementara itu tidakkah kita menyedari
bahawa terdapat juga jutaan orang yang kurang berkemampuan dan susah mengalami
kekurangan makanan sehingga menyebabkan mereka catu untuk mencari makanan di tong
sampah. Hasil daripada kajian mendapati bahawa jumlah tan makanan yang masih boleh
digunakan dapat memberi makan kepada tiga juta orang sebanyak tiga kali dalam masa sehari
dan dikatakan dapat memenuhi satu perdua kolam renang olimpik. (Mohideen Abdul Kader,
2022). Dalam aspek ini, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting bagi
memastikan isu ini dapat dibendung dan mengurangkan peratusan makanan yang dibazirkan.
Justeru, Langkah yang proaktif perlulah diambil bagi membendung isu lebihan sisa makanan
yang dibazirkan dapat dikurangkan dalam negara.

Antara inisiatif yang boleh diambil ialah pihak berkuasa hendaklah melaksanakan kempen
sifar makanan yang dituju khas kepada semua masyarakat supaya orang ramai boleh
menambah pengetahuan tentang isu pembaziran makanan dan mengajar mereka untuk lebih
menghargai makanan serta membolehkan masyarakat lebih peka terhadap kesan buruk yang
terjadi sekiranya masalah ini kekal berlarutan tanpa dikawal dengan baik. Kempen ini
memberikan penekanan terhadap pengurusan makanan dalam kalangan individu, keluarga
dan masyarakat setempat. Dalam konteks ini, kempen ini akan mengajar cara penyimpanan
makanan, bagaimana penggunaan kitar semula sisa makanan, dan cara pengurusan
perbelanjaan dalam membeli makanan agar menjadi pengguna yang bijak membeli. Kempen
ini sewajarnya dilakukan di sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta sektor pekerjaan
kerajaan dan swasta. Hal ini perlu didedah di semua tempat kerana tabiat buruk berkaitan
dengan pembaziran makanan ini dilakukan oleh semua peringkat umur tidak kira golongan
muda atau tua malah kanak-kanak juga menyumbang kepada kenaikan banyak peratus
terhadap isu pembaziran makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap ibu bapa itu
sendiri menjadi corak bagaimana gaya kehidupan anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa
tersebut telah mempunyai sikap yang positif mengajar anak mereka dari kecil pasti anak nya

11
juga akan mengikut teladan yang baik itu. Bak kata pepatah “bagaimana acuan, begitulah
kuihnya”. Tuntasnya, kempen ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda mereka
untuk lebih berfikir dengan rasional terhadap sikap pembaziran sisa makanan yang
seharusnya tidak dilakukan oleh setiap individu.

Seterusnya, pihak berkuasa juga perlulah melaksanakan usaha dalam mewujudkan satu
garis panduan kawalan yang melibatkan bahagian makanan dalam majlis rasmi yang
dilakukan secara awam seperti majlis rumah terbuka, majlis hari raya, jamuan, serta majlis
yang melibatkan individu persendirian. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya
majlis awam ini dilakukan, ramai masyarakat yang akan dijemput hadir dan berkumpul untuk
makan dan memeriahkan majlis. Pengusaha majlis juga akan menghidangkan pelbagai jenis
makanan yang sedap dan banyak untuk tetamu. Walaubagaimanapun, perkara ini menjadi isu
kerana hasil daripada majlis tersebut menyebabkan sisa makanan semakin meningkat kerana
sikap masyarakat yang tamak akan pengambilan makanan yang lebih dalam sesuatu majlis.
Hal ini dikatakan demikian kerana sikap rambang mata oleh setiap individu yang mempunyai
nafsu makan yang membuak dalam diri membenarkan mereka mengambil lebih dari
kemahuan dan akhirnya makanan tersebut tidak makan dan dibuang begitu sahaja.
Pelaksanaan ini perlu dilakukan oleh agensi penguatkuasaan dengan melakukan pemantauan
berkala terhadap peniaga dan pengusaha makanan supaya dapat mengekalkan kelestarian
alam sekitar dan mengurangkan kos perbelanjaan dari aspek ekonomi. Oleh itu, dengan
adanya pemantauan yang berkala terhadap peniaga, pengusaha, dan pengguna makanan
dalam majlis awam dapat membantu mengurangkan isu sisa makanan yang dibuang secara
berlebihan dan menyumbang kepada peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
tidak membazir dalam majlis awam serta menggalakkan tanggungjawab bersama dalam
memastikan penggunaan sumber makanan bijak dan berkesan.

Selain itu, setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing dalam


mengurangkan isu pembaziran ini dengan menyeneraikan makanan yang hendak dibeli
sebelum berbelanja. Perkara ini sama maksud dengan perkataan beli dengan bijak dan
realistik. Perkara ini perlu dilakukan supaya kita tidak mengikut hawa nafsu dalam membeli
makanan terutama apabila terdapat pesta makanan dan bazar ramadan yang menjual pelbagai
jenis makanan. Disebabkan hasil pemasaran yang begitu menarik membuatkan kita tertarik
atas pembelian yang lebih dari kehendak. Dalam islam, Allah menggalakkan umatnya
bersederhana dalam setiap keadaan. Dalam berbelanja, kita perlu memberi keutamaan kepada

12
keperluan daripada kemahuan. Perkara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelian
mengikut konsep Dharuriyah, Hajiyyah, dan Tahsaniyah. Ini bermakna kita perlu memikirkan
dengan bijak tentang apa yang benar-benar kita perlukan sebelum membuat keputusan untuk
membeli sesuatu. Dengan mengutamakan keperluan, kita dapat menguruskan kewangan
dengan lebih baik dan menghindari pembaziran sumber yang berharga. Allah S.W.T
berfirman “Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan
dan tidak juga bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di
antara kedua-duanya.” (Surah Al-Furqan - 67 - Quran.com, 2023)

Di samping itu, kita hendaklah mengenalpasti makanan yang telah dibazirkan dan
mengambil langkah yang proaktif untuk cuba menguranginya dengan melakukan
pemeriksaan visual dan fizikal terhadap makanan tersebut. Misalnya, sebelum membeli kita
hendaklah memerhatikan tanda awal kerosakan seperti berlakunya perubahan warna, kelainan
bau, dan bentuk tekstur yang berubah dan tidak normal seperti sedia kala. Bukan itu Sahaja,
pemeriksaan tarikh luput pada bungkusan makanan perlu dititikberatkan untuk mengelakkan
daripada menggunakan makanan tersebut selepas tarikh yang tidak dibenarkan. Dalam hal ini
juga ianya juga berkait dengan ekonomi kerana pembaziran makan menyebabkan berlakunya
pembaziran sumber tenaga yang dilakukan oleh pekerja dalam mengendalikan makanan
tersebut seperti memproduksi, mengangkut, menyimpan serta menjual barang tersebut. Jadi,
pembaziran makanan boleh menjejaskan kepada berlakunya kenaikan pada harga makanan
tersebut kerana peniaga ingin mengimbangi kembali kerugian yang dialami akibat
pembaziran makanan yang dilakukan oleh pembeli. Oleh itu, mengenalpasti punca
berlakunya pembaziran dapat memberi impak yang positif dalam pelbagai aspek seperti
meningkatkan kestabilan kewangan serta menjaga stabiliti ekonomi.

Bagi menggulung segala yang diperkatakan diatas, sekiranya pengawalan dan


pengurusan yang betul dilakukan terhadap pembelian makanan pasti isu pembaziran makanan
yang menjadi masalah besar dalam negara dapat dikurangkan. Oleh hal yang demikian,
diharapkan negara kita mampu keluar dari masalah pembuangan sisa makanan sekiranya
semua pihak mempunyai sikap berganding bahu yang tinggi antara masyarakat agar negara
kita juga dapat duduk setaraf dengan negara yang mempunyai kestabilan ekonomi dari aspek
pengurusan makanan dan pada masa yang sama dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar

13
7.0 KEPENTINGAN MENJADI PENGGUNA BIJAK DALAM MENGAWAL
PEMBAZIRAN MAKANAN DARI PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM.

Kepentingan menjadi pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran dari segi
ekonomi Islam adalah penting kerana ia membantu kita membezakan antara keperluan dan
kehendak. Dalam Islam, pembaziran adalah dilarang dan dianggap sebagai dosa. Oleh itu,
pengurusan dan penggunaan harta yang bijak adalah ditekankan untuk menguruskan
kewangan dengan baik dan berkesan. Pengurangan pembaziran makanan dapat membantu
mencapai tujuan ekonomi Islam yang meliputi keadilan, pembangunan ekonomi mapan dan
meningkatkan kesejahteraan umat Islam.

Pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran makanan dari perspektif ekonomi
Islam mempunyai kepentingan yang besar. Pertama, ia membantu dalam menjimatkan kos
serta dapat mengurangkan pembaziran sumber ekonomi negara. Misalnya, apabila membeli
makanan dengan berhemah dan mengambil kira keperluan sebenar, ia dapat mengurangkan
pembaziran makanan dan wang yang dibelanjakan secara berlebihan serta menyumbang
kepada kestabilan ekonomi negara. Kesannya, peningkatan kos penghasilan dan perbelanjaan
serta tekanan kepada sumber alam dapat diatasi. Firman Allah S.W.T dalam (Surah Al-
A’raaf:31) yang bermaksud:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan
minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berlebih-lebihan.”

Seterusnya, pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran makanan membawa


manfaat kepada sosial penting. Di mana, pembaziran makanan dapat menyebabkan berlaku
ketidakadilan dan kesulitan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Walhal apabila kita
dapat mengurangkan pembaziran makanan ia dapat membantu mereka yang memerlukan
serta memperluaskan keadilan sosial. Contohnya, menyumbangkan makanan lebihan kepada
badan organisasi amal yang memerlukan. Impaknya, ia dapat mengatasi isu pembaziran
makanan serta memberi manfaat kepada orang lain yang lebih memerlukan.

14
Selain itu, menjadi pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran makanan dapat
memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam Islam. Islam mendidik umatnya
untuk menghargai setiap nikmat Allah yang dikurniakan serta menggunakan dengan penuh
kesyukuran. Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah memanfaatkan kurniaan dan nikmat
Allah dengan cara yang benar dengan tidak melanggar larangan-Nya dalam berjihad(bekerja-
ekonomi). Kesannya, keseimbangan hidup terjamin serta mendapat kerahmatan dari sudut
ekonomi Islam. Firman Allah S.W.T dalam (Surah Al-Isra’17;70) :

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Dengan mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral Islam, hubungan kita dengan Allah
S.W.T semakin utuh serta kehidupan yang lebih damai dan bahagia serta menjamin
keseimbangan ekonomi Islam dalam negara.

Selanjutnya, pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran makanan dapat


memastikan kelestarian dan ekosistem negara terjamin. Pembuangan sisa sampah atau
makanan yang tidak terkawal di tempat pembuangan sampah menyebabkan pencemaran bau
seperti pengeluaran gas metana yang boleh menjejaskan kepada ekosistem dan kehidupan.
Tambahan, sumber tenaga semula jadi seperti air dan tanah turut tercemar disebabkan
pembebasan gas metana. Hal ini secara tidak langsung, telah membawa kepada kemudaratan
kesihatan masyarakat di negara. Impaknya kepada ekonomi negara menyebabkan kos
penampungan pemulihan kawasan tercemar serta kos rawatan dan perubatan meningkat
secara drastik. Pokoknya, pengurangan pembaziran makanan tidak hanya penting untuk
menjaga ekosistem dan kesihatan malah menjaga kestabilan ekonomi serta sumber tenaga.

Tuntasnya, kepentingan menjadi pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran


makanan sangat penting kerana ia membantu menjimatkan kos dan mengurangkan
pembaziran sumber makanan serta kestabilan ekonomi, membawa manfaat sosial yang
penting, memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam Islam serta mengelak
kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Dengan menjadi pengguna
yang bijak dalam mengawal pembaziran makanan, kita dapat melahirkan generasi yang
bertanggungjawab serta mencipta dunia yang lebih adil, di mana setiap orang mendapat
makanan yang berkualiti serta memastikan ekonomi Islam sentiasa stabil dan semakin maju.

15
8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pembaziran makanan merupakan suatu isu yang tidak boleh
dipandang sebelah mata sahaja oleh masyarakat kita. Hal ini kerana, kesannya bukan sahaja
mampu menjejaskan kita sebagai pengguna akan tetapi mampu memberi impak negatif dalam
skala atau tahap yang merisaukan kepada negara. Antara faktor pembaziran makanan
termasuklah, penyediaan dan pembelian makanan yang berlebihan, proses pengendalian
makanan dalam negara yang tidak efektif dan makanan yang telah tamat tempoh. Hal ini
adalah merupakan salah satu punca yang mendorong berlakunya pembaziran makanan yang
banyak dalam negara kita. Selain itu, kesan-kesan pembaziran makanan termasuklah mampu
menjejaskan jaminan bekalan makanan negara di atas kebergantungan makanan yang
berlebihan terhadap makanan import di negara kita ini. Seterusnya, menjejaskan imbangan
dagangan di Malaysia serta mampu menjejaskan tabungan agregat isi rumah disebabkan oleh
penggunaan wang yang berlebihan sehingga terpaksa berhutang dan secara tidak langsung
telah meningkatkan peratusan hutang agregate isi rumah. Disebabkan impaknya terlalu
negatif yang mampu menjejaskan ekonomi negara, oleh itu, kita seharunya mencari alternatif
untuk mengurangkan pembaziran makanan ini berlaku secara berleluasa seperti pihak
berkuasa boleh memperkenalkan dan melaksanakan kempen sifar makanan kepada
masyarakat sejak dari awal lagi. Seterusnya, pihak berkuasa terutamanya kerajaan Malaysia
boleh mewujudkan satu garis panduan kawalan khususnya dalam majlis-majlis rasmi di
negara kita ini. Di samping itu, membuat senarai makanan sebelum berbelanja. Akhir sekali,
pembeli boleh mengenal pasti makanan yang telah dibazirkan dengan melakukan
pemeriksaan visual dan fizikal terhadap makanan untuk mengurangkan daripada berbelanja
pada barang-barangan yang tidak diperlukan. Seterusnya, antara kepentingan menjadi
pengguna yang bijak dalam mengawal pembaziran makanan termasuklah, membantu
menjimatkan kos serta mengurangkan sumber ekonomi negara, membawa manfaat kepada
sosial penting, dapat mengukuhkan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam islam dan
membantu untuk memastikan kelestarian dan ekosistem negara terjamin kerana peratusan
pembaziran makanan dapat dikurangkan. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab tidak kira dalam golongan muda, tua, kaya atau miskin, kita perlulah
berganding bahu dalam mengurangkan pembaziran makanan kerana tanpa usaha semua,
negara kita tidak akan menunjukkan sebarang perubahan yang positif terutama dalam

16
membantu untuk meningkatkan ekonomi negara kerana kestabilan ekonomi negara juga
terletak kepada kita sebagai pengguna.

9.0 BIBLIOGRAFI

1. NOR SYAMIRA LIANA. (2023, April 9). Pembaziran makanan di bazar Ramadan

makin kritikal. Sinar Harian; Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/253616/suara-sinar/analisis-sinar/

pembaziran-makanan-di-bazar-ramadan-makin-kritikal

2. Surah Al-Isra - 26-27 - Quran.com. (2023). Quran.com. https://quran.com/ms/al-

isra/26-27
3. STAR.T, (2016, April 7). Malaysia Terlalu Bergantung Kepada Import Makanan.

Mstar.com.my. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/07/import-makanan

4. TAN SU LIN (2023, September 8). Astroawani.com.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembaziran-makanan-negara-makin-

kritikal-116287

5. TAN SU LIN (2023, September 9). Astroawani.com.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/grub-cycle-jual-makanan-hampir-tamat-
tempoh-kurangkan-pembaziran-116309

6. Surah Ibrahim - 7 - Quran.com. (2023). Quran.com. https://quran.com/ms/ibrahim/7

7. Bersederhana, bersyukurlah…. (2019). Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/index.php/2019/05/14/bersederhana-

bersyukurlah

8. Tamat Sarmidi. (2016, June 30). Membazir ketika perayaan jejas ekonomi. Berita

Harian; Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/07/170195/membazir-ketika-

perayaan-jejas-ekonomi

9. Surah Al-A’raf - 31 - Quran.com. (2023). Quran.com. https://quran.com/ms/al-araf/31

17
10. Mohideen Abdul Kader. (2022, August 29). Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu

pembaziran makanan. MalaysiaNow; MalaysiaNow.

https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/08/29/pihak-berkuasa-perlu-tegas-

tangani-isu-pembaziran-makanan

11. Surah Al-Furqan - 67 - Quran.com. (2023). Quran.com. https://quran.com/ms/al-

furqan/67

12. https://www.facebook.com/alquranpedia. (2018, September 4). Al-Quran Pedia: 19

Ayat Al-Quran Tentang Makan. Al-Quran Pedia.

https://www.alquranpedia.org/2018/09/19-ayat-al-quran-tentang-makan.html

18

Anda mungkin juga menyukai