Anda di halaman 1dari 14

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

LAPORAN KAJIAN
TAHAP KEPUASAN BEKERJA
WARGA PKT TAHUN 2022
1.0 PENGENALAN

Kepuasan pekerja merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh Pengurus
Sumber Manusia kerana ia akan memberi kesan kepada prestasi kerja. Sehubungan itu,
tahap kepuasan kerja pegawai dan kakitangan terhadap pekerjaan serta persekitaran
perlu dikaji bagi mengekalkan individu yang produktif dan cemerlang dalam organisasi.
Pelbagai kajian berhubung kepuasan pekerja telah dilaksanakan oleh para pengkaji
tempatan mahupun luar negara.

Teori-teori awal tentang pemilihan dan perkembangan kerjaya juga memberi


perhatian kepada kepuasan kerja sebagai unsur penting dalam mewujudkan hubungan
harmoni majikan dan kakitangan organisasi. Menurut Wexley dan Yukl (1957), kepuasan
kerja akan dapat dicapai oleh pekerja jika terdapat hubungan yang positif antara taraf
kelayakan, keadaan tempat kerja dan sifat-sifat pekerjaan itu sendiri. Ini menunjukkan
bahawa faktor kepuasan kerja adalah bergantung kepada faktor-faktor lain yang
berkaitan dengan individu dan persekitaran.

2.0 TUJUAN

Tujuan utama kajian dijalankan adalah untuk mengukur tahap kepuasan bekerja warga
PKT dan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja iaitu bidang tugas,
hubungan sosial (penyelia/rakan sekerja), penghargaan dan prestasi/ pencapaian. Selain
itu elemen seperti kelengkapan pejabat dan kemudahan fizikal lain dan budaya kerja
norma baharu turut di ambil kira dalam menentukan tahap kepuasan bekerja warga PKT
pada tahun ini.

3.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang
soal selidik. Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi daripada Job Description Index
dan Minnesota Satisfaction Questionnaire serta kepuasan pekerja terhadap kelengkapan
pejabat, persekitaran pejabat dan kemudahan fizikal lain (daripada MAMPU).

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Soal selidik secara atas talian melalui google form telah diedarkan selama tiga hari dan
link kajian mula boleh diakses bermula 8.30 pagi pada 24 Januari 2022 dan ditutup pada
26 Januari 2022 pada jam 5.00 petang bagi membolehkan semua kakitangan menjawab

2|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


soal selidik tersebut. Link pautan kajian adalah https://forms.gle/Sc9KovQ51Xe6VsLq9.
Kajian menunjukkan bahawa seramai 135 orang kakitangan telah menjawab kajian ini.
Kerjasama semua kakitangan amatlah dibanggakan kerana keseluruhan menjawab
kajian adalah 95.1%. Analisis Deskriptif Statistical Package For Social Science (SPSS)
versi 27 digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan data
dalam kajian ini.

5.0 PERINCIAN DAPATAN KAJIAN

i) DEMOGRFAFI RESPONDEN

a. Jabatan / Unit

3|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


b. Jantina

c. Kumpulan Perkhidmatan

4|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


d. Gred Jawatan

e. Tempoh Perkhidmatan Awam

5|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


f. Tempoh Perkhidmatan PKT

Graf bar (a)-(f) menunjukkan demografi responden kajian. Demografi responden kajian
berdasarkan (a) peratusan tertinggi adalah terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik
17.8% (24 orang), Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi 14.8% (20 orang) dan Unit
Kewangan & Pentadbiran iaitu 14.1% (19 orang). Kedua tertinggi ialah Unit
Pembangunan & Senggara 8.1% (11 orang), Jabatan Matematik, Sains & Komputer
6.7% (9 orang), Jabatan Pengajian Am 5.9% (8 orang). Manakala yang terendah iaiah
Unit Jaminan Kualiti & Akreditasi, Unit Kualiti, Unit Perhubungan Awam masing-masing
0.7% (1 orang). Pengurusan Tertinggi, Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan, Unit
Pengurusan Psikologi, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Peperiksaan, Pasukan
Inspektorat Dalaman masing-masing 1.5% (2 orang). Manakala Unit Perhubungan &
Latihan industri 2.2% (3 orang). Unit Penyelidikan & Inovasi pula 3.0% (4 orang),
Manakala Unit Instruksional & Multimedia, Unit Perpustakaan 3.7% (5 orang). Jabatan
Hal Ehwal Pelajar dan Unit Sumber Maklumat pula masing-masing 4.4% (6 orang).

Berdasarkan (b), penglibatan responden perempuan adalah lebih tinggi


berbanding responden lelaki. Sebanyak 61.5% (83 orang) adalah perempuan manakala
lelaki 38.5% (52 orang). Berdasarkan (c), Staf Sokongan Akademik merupakan yang
tertinggi 42.2 % (57 orang), kedua tertinggi adalah Staf Akademik 39.3% (53 orang).

6|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


Manakala terendah pula ialah Pengurusan 18.5% (25 orang). Berdasarkan (d), peritusan
tertinggi ialah gred 41-44 iaitu 36.3 % (49 orang), kedua tertinggi gred 19 ke bawah iaitu
20.7% (28 orang) dan ketiga tertinggi pula adalah gred 48-52 iaitu 17.8% (24 orang).
Gred terendah adalah Gred 54 ke atas iaitu 1.5% (2 orang), kedua terendah ialah Gred
30-40 iaitu 8.9% (12 orang) dan yang ketiga terendah ialah Gred 20-29 iaitu 14.8% (20
orang). Berdasarkan (e) peratusan tertinggi bagi tempoh perkhidmatan awam adalah
lebih 15 tahun iaitu 47.4% (64 orang), keduanya 11-15 tahun iaitu 43.0% (58 orang),
ketiga 6-10 tahun iaitu 5.9% (8 orang) dan1-5 tahun iaitu 3.7% (5 orang). Manakala
kurang dari 1 tahun adalah 0%. Berdasarkan (f) peratusan tertinggi bagi tempoh
perkhidmatan di PKT ialah 11-15 tahun iaitu 21.1% (42 orang). Keduanya 1-5 tahun iaitu
24.4% (33 orang). Ketiga 6-10 tahun iaitu 20.7% (28 orang) dan lebih 15 tahun iaitu 19.3%
(26 orang). Manakala kurang 1 tahun pula ialah 4.4% (6 orang).

ii) TAHAP KEPUASAN BEKERJA

a. Bidang Tugas & Tanggungjawab

7|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


b. Hubungan Sosial (Penyelia)

c. Hubungan Sosial (Rakan Sekerja)

8|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


d. Ganjaran/Penghargaan/Pengiktirafan

e. Prestasi & Pencapaian

9|Kajian Tahap Kepuasan Bekerja Warga PKT Tahun 2022


f. Kelengkapan Pejabat & Kemudahan Fizikal Lain

g. Budaya Kerja Norma Baharu

10 | K a j i a n T a h a p K e p u a s a n B e k e r j a W a r g a P K T T a h u n 2 0 2 2
Graf bar (a) – (g) di menunjukkan tahap kepuasan bekerja responden. Berdasarkan (a)
peratusan tertinggi adalah setuju 46.7% (63 orang), sangat setuju 45.2% (61 orang),
memuaskan 5.9% (8 orang) dan tidak setuju adalah yang terendah 2.2% (3 orang).
Berkemunkinan semua kakitangan bersedia serta optimis dalam menggalas tugas dan
tanggungjawab mereka sebagai pekerja. Berdasarkan (b) peratusan tertinggi setuju
53.3% (72 orang), sangat setuju 37.8% (51 orang) manakala memuaskan 8.1% (11
orang) dan yang terendah adalah tidak setuju 0.7% (1 orang). Tiada permasalahan yang
serius dan mampu berkomunikasi dengan baik di antara pegawai atasan dengan pegawai
bawahan.. Berdasarkan (c) peratusan tertinggi adalah setuju 51.9% (70 orang), sangat
setuju 43.7 (59 orang), memuaskan 3.7% (5 orang). Manakala tidak bersetuju 0.7% (1
orang). Hubungan sosial rakan sekerja sangat baik dan positif dalam kalangan
kakitangan di Politeknik Kuala Terengganu

Berdasarkan (d) peratusan tertinggi ialah setuju 58.5% (79 orang), sangat setuju
26.7% (36 orang), memuaskan 14.1% (19 orang) dan peratusan terendah adalah tidak
setuju 0.7% (1 orang). Didapati bahawa wujudnya penghargaan dan pengiktirafan dalam
organisasi dan diakui oleh responden dengan ketiadaan peratus sangat tidak setuju bagi
kluster ganjaran/penghargaan dan pengiktirafan pada kali ini. Berdasarkan (e), peratusan
tertinggi adalah setuju 54.8% (74 orang), kedua tertinggi sangat setuju 28.9% (39 orang)
dan ketiga tertinggi adalah meuaskan 14.1% (19 orang). Manakala peratusan terendah
adalah tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing adalah 1.5% (2 orang) dan
0.7% (1 orang). Ini membuktikan bahawa kepuasan responden terhadap prestasi dan
pencapaian terhadap organisasi sangat baik. Berdasarkan (f) peratusan tertinggi adalah
pada tahap memuaskan i41.5% (56 orang), kedua tertinggi adalah setuju 21.5% (29
orang) dan ketiga tertinggi adalah tidak setuju17.0% (3 orang). Peratusan sangat tidak
setuju adalah 11.1% (15 orang) dan sangat setuju 8.9% (12 orang). Ini membuktikan
bahawa kebanyakan responden tidak berpuas hati dengan kelengkapan pejabat dan
kemudahan fizikal lain di PKT. Berdasarkan (g) peratusan tertinggi adalah setuju 53.3 %
(72 orang), sangat setuju 23.0% (31 orang), memuaskan 22,2% (30 orang) dan sangat
tidak setuju dan tidak setuju pula masing- masing adalah 0.7% (1 orang). Hal ini
menunjukkan kebanyakan responden mampu melaksanakan kerja dan tugasan mengikut
peredaran masa dan budaya kerja norma baharu.

11 | K a j i a n T a h a p K e p u a s a n B e k e r j a W a r g a P K T T a h u n 2 0 2 2
iii) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN OLEH RESPONDEN

a. Adakah anda berpuas hati terhadap suasana kerja secara keseluruhan?

b. Apakah cadangan anda untuk menambah baik PKT sebagai sebuah tempat
kerja yang kondusif (selesa)?

12 | K a j i a n T a h a p K e p u a s a n B e k e r j a W a r g a P K T T a h u n 2 0 2 2
Graf bar (a)-(b) di atas menunjukkan cadangan penambahbaikan oleh responden.
Berdasarkan (a) peratusan tertinggi adalah setuju 56.3% (76 orang), sangat setuju
20.7% (28 orang), memuaskan 18.5% (25 orang) Manakala tidak setuju dan sangat tidak
setuju masing- masing adalah 2.2% (3 orang). Ini membuktikan bahawa responden
sangat berpuas hati terhadap suasana kerja secara keseluruhannya di PKT.

Berdasarkan (b) peratusan cadangan tertinggi responden adalah mewujudkan


kampus baharu 19.4% (26 orang), tiada cadangan daripada responden 13.4% (18 orang),
PKT Terbaik 11.2% (15 orang). Kedua tertinggi ialah penambahbaikan kelengkapan
peralatan pejabat 6.7% (9 orang), keprihatinan dan sikap bertolak ansur pengurusan
tertinggi terhadap kebajikan pekerja bawahan 6.7% (9 orang), mewujudkan sikap saling
bekerjasama dan hormat menghormati 6.0% (8 orang), agihan kerja mengikut bidang
kepkaran 5.4% (7 orang) dan kemudahan parkir kenderaan percuma 4,5% (6 orang).

Ketiga tertinggi ialah mewujudkan aktiviti rekreasi, sukan dan kesihatan atau hari
keluarga 3.0% (4 orang), mewujudkan koperasi dan kafeteria 3.0% (4 orang), adil dan
saling percaya mempercayai 2,2% (3 orang), melaksanakan pusingan kerja 2,2% (3
orang), penambahbaikan ruang pejabat pensyarah 2.2% (3 orang), mewujudkan kursus
kerja berpasukan (team building) iaitu 2.2% (3 orang), mewujudkan taman hijau dan
penambahbaikan ruang pejabat HEP masing-masing 1.5% (2 orang). Manakala
peratusan 0.7% (1 orang) masing-masing cadangan adalah mewujudkan peruntukan
kewangan inovasi pensyarah, penambahbaikan kelengkapan surau, penambahbaikan
pencahayan ruang pejabat pensyarah, komunikasi berkesan antara rakan sekerja,
persekitaran kerja tidak harmoni, menitikberatkan keselamatan dan kesihatan mental
pekerja, pengurangan kecekapan (efficiency) akibat non effective task disebabkan
lambakan pengauditan yang keterlaluan, penambahbaikan kelengkapan peralatan
makmal pelajar, penambahbaikan kelengkapan kelas untuk pelajar, kakitangan PKT
perlu mengembleng idea, masa, tenaga dan peruntukan wang demi pencapaian
organisasi pada tahap yang maksimum, penambahbaikan bilangan pensyarah JKE dan
pengiktirafan APC kepada yang layak.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, melalui kajian ini dapat dilihat bahawa tahap kepuasan bekerja warga
PKT pada tahun 2022 pada tahap yang baik. Namun begitu, pihak pengurusan tertinggi
perlu mengambil langkah agresif dan proaktif terhadap cadangan-cadangan yang di
utarakan responden agar tahap kepuasan bekerja warga PKT selaras dengan
pencapaian misi dan visi jabatan. Buktinya, 50% responden tidak berpuas hati dengan
kelengkapan pejabat dan kemudahan fizikal lain sebaliknya masih mampu menggalas
tugas dan tangungjawab dengan jayanya terhadap organisasi. Adalah diharapkan agar
melalui kajian ini mampu memberi impak terhadap KPT dalam menangani isu ini.

13 | K a j i a n T a h a p K e p u a s a n B e k e r j a W a r g a P K T T a h u n 2 0 2 2
7.0 PERAKUAN

Disediakan oleh,
OSFARIZAL BIN OTHMAN
Ketua Penyelidik

Disemak & dIsokong oleh.


DR. TENGKU AZMAN BIN TENGKU MOHD
Penasihat Penyelidik

Disahkan oleh
DR. HAJI MOHD DAUD BIN ISA
Pengarah PKT

14 | K a j i a n T a h a p K e p u a s a n B e k e r j a W a r g a P K T T a h u n 2 0 2 2

Anda mungkin juga menyukai