Anda di halaman 1dari 2

NAMA: HAMIDI BIN PUNGGAWA

MATRIK: L20222013734

Pengajaran berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.


Tunjunkkan bagaimana anda menjalankan pengajaran yang berpusatkan pelajar.
Jelaskan.

Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi
aktif dan tidak pasif, meningkatkan Kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan
diri,memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid
menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan
mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.

Saya sebagai guru akan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan murid dengan
menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif. Guru sebagai fasilitator menyerahkan
sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul
tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu
yang diajar. Berikut adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid
untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka: Think-pair-share ialah aktiviti
mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang
sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi
hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas. Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli
kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama
dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif
menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan. Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan
mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit
untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling
penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan
sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan
kamu feedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

Anda mungkin juga menyukai