Anda di halaman 1dari 26

Tajuk: Kaedah Pelupusan al-Quran di Malaysia

Nama : Mariah Alqubtiyah binti Khedher


Kelas : A20E
Kursus : IB Sains Ikhtisas
Nama Pensyarah : Ustaz Mohammad Shiham Bin Mahfud

1
Isi kandungan

1.0 Pengenalan................................................................................................................ 3
1.1 Sejarah....................................................................................................................... 3
1.2 Penyataan Masalah....................................................................................................4
1.3 Objektif...................................................................................................................... 5
2.0 Kajian Kepustakaan..................................................................................................... 6
2.1 Definisi.........................................................................................................................6
2.2 Jenis ayat al-Quran yang patut dilupuskan..................................................................7
2.3 Cara melupuskan al-Quran dengan memelihara kemuliaannya:...............................10
3.0 Metodologi................................................................................................................16
4.0 Analisis...................................................................................................................... 17
5.0 Kesimpulan dan Cadangan........................................................................................22
6.0 Bibliografi.................................................................................................................. 24

2
Bab 1

1.0 Pengenalan

1.1 Sejarah
Alquran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW

untuk menjadi panduan hidup manusia. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang

Allah turunkan kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke

zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat

dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur

dalam tempoh yang berjumlah sebanyak 23 tahun lamanya.

Al-Quran merupakan perlembagaan hidup manusia yang mengandungi panduan dalam

menjalani semua aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi atau sosial. Al-Quran

diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada manusia dan menyeru

mereka ke jalan kebenaran. (Rahani, 2012)

Pelupusan al-Quran bermula pada zaman Saidina Uthman, Ketika beliau ingin menghapuskan

al-Quran yang lama bagi menyelaraskan tulisan al-Quran mengikut resam uthman.

Mush’ab bin Sa’ad telah mengatakan bahawa,

‫ لم ينكر ذلك منهم أحد‬، ‫ فأعجبهم ذلك‬، ‫أدركت الناس متوافرين حين حرق عثمان المصاحف‬

“Aku menjumpai manusia (para sahabat) telah sepakat ketika Ustman membakar mushaf-

mushaf (yang tidak sesuai standar Quraisy), hal ini membuat mereka takjub dan tidak ada

seorang pun yang mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam

bukunya Kitab al-Masahif halaman 41.

3
1.2 Penyataan Masalah
Alquran merupakan mashaf suci yang isi kandungannya terpelihara sepanjang zaman.

Namun, apabila sesebuah alquran itu telah rosak dan tidak digunakan lagi, ia perlu

dilupuskan. Islam membenarkan pelupusan teks dan bahan al-Quran yang mengandungi ayat-

ayat al-Quran yang telah rosak atau tidak boleh dibaca ini lagi. Ia bertujuan bagi menjaga

supaya kemuliaannya sentiasa terpelihara.

Sesungguhnya ia amat menepati firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 91 yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya “ .

Kini, terdapat beberapa golongan masyarakat yang membuang alquran di tapak pelupusan

biasa. Melupuskan alquran bukan seperti membuang buku biasa, akan tetapi terdapat

beberapa kaedah yang perlu diikuti bagi menghapuskan naskhah alquran. Sebagai contoh,

terdapat sejumlah gambar yang menunjukkan banyak sekali naskah Al-Quran, buku-buku

agama dan meja khusus baca Alquran dibuang di tengah-tengah tempat sampah gedung milik

cabang Kementerian Wakaf dan Bimbingan Arab Saudi di kota Tabuk.

Anas bin Malik melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Al-Quran adalah bacaan yang

paling utama berbanding dengan selainnya. Sesiapa yang memuliakan al-Quran, maka dia

telah memuliakan Allah SWT. Sesiapa yang merendahrendahkan al-Quran, maka dia telah

merendah-rendahkan hak Allah SWT. Individu yang menghafal al-Quran adalah golongan

yang berada dalam rahmat Allah, golongan yang mengagungkan kata-kata Allah, dan

golongan yang dipakaikan dengan pakaian cahaya Allah. Sesiapa yang memuliakan mereka,

maka orang itu telah memuliakan Allah. Sesiapa yang menentang mereka, maka orang itu

telah merendah-rendahkan hak Allah SWT.” Hadis direkod oleh al-Qurtubi, 1993: 1/22)

4
1.3 Objektif
Objektif penulisan ini adalah untuk mendedahkan langkah-langkah yang pelru diambil bagi

melupuskan naskhah alquran dengan cara yang betul. Hal ini bertujuan agar kehormatan

alquran sebagai kitab yang suci terpelihara.

Kini, terdapat golonagn yang tidak bertanggungjawab membuang al-Quran yang sudah tidak

dipakai begitu sahaja, sehingga ada yang diletakkan di tempat pelupusan sampah, di atas

lantai, dan tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, al-

Quran yang sudah usang dan reput tidak boleh dibuang begitu sahaja tanpa menggunakan

kaedah betul bagi menjaga kehormatan ayat suci itu.

"Walaupun sudah koyak, lusuh dan buruk, namun ia tidak boleh dibuang begitu saja, kita

menyarankan orang ramai menghantar ke Pusat Pemuliaan al-Quran JAIP untuk proses

pelupusan yang sempurna," katanya. (2 tan abu al-Quran dilupus, 2017)

Kaedah melupuskan bahan yang mengandungi teks al-Quran adalah termasuk dalam hukum

wajib menghormati mushaf al-Quran. Justeru, al-Quran dan bahan yang mengandungi ayat

suci al-Quran wajib dilupuskan mengikut cara yang digariskan oleh Syarak. Melupuskan

bahan al-Quran yang bercanggah dengan hukum Syarak merupakan amalan menghina al-

Quran dan pelakunya bukan sekadar berdosa besar, malah jika dilakukan dengan penuh

kesedaran boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam (al-Qurtubi, 1993;

Arieff et al., 2012) (Kauthar & Karim, 2017)

5
Terdapat beberapa kaedah baharu yang ditemui, seiring dengan perkembangan zaman, tentang

cara melupuskan al-Quran yang sudah tidak dipakai. Dengan alternatif yang baharu, terdapat

pelbagai pilihan yang lebih baik, mudah, dan mesra alam boleh diambil bagi mengatasi

masalah pembuang al-Quran lama merata-rata sehingga menjatuhkan martabat al-Quran

tersebut.

6
Bab 2

2.0 Kajian Kepustakaan

2.1 Definisi

Pelupusan al-Quran ialah Tindakan menghapuskan naskhah al-Quran, atau apa apa yang

mengandungi ayat al-Quran yang sudah tidak digunakan. Berdasarkan Akta Pencetakan Teks

Al-Quran 1986, seksyen 11 (1) Bahan Buangan daripada seseorang yang mencetak sesuatu

teks al-Qur’an atau bahan al-Qur’an hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk

memastikan bahawa apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak atau terdapat sesuatu

ayat al-Qur’an dimusnahkan dengan serta-merta dengan membakarnya di suatu tempat

bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam dan tidak meninggalkan premis

pencetakan itu dengan apa-apa cara pun, kecuali semasa ia dipindahkan ke suatu tempat

untuk dimusnahkan sebagaimana yang tersebut dahulu.(Akta pencetakan teks al-Quran,

1986)

Pencetakan Teks Al-Quran atau Bahan Al-Quran telah memperuntukkan bahawa; “Seseorang
yang

mencetak sesuatu teks AlQuran atau bahan Al-Quran hendaklah mengambil semua langkah
yang

sepatutnya untuk memastikan agar apa-apa bahan buangan di atasnya yang telah tercetak atau
ada

sesuatu Ayat Al-Quran dimusnahkan dengan serta merta iaitu dengan membakarnya di suatu
tempat

yang bertutup dan tidak dapat dimasuki oleh orang awam dan tidak meninggalkan premis
pencetakan itu dengan apa-apa cara pun, kecuali semasa ia dipindahkan ke suatu tempat
untuk dimusnahkan

sebagaimana yang tersebut dahulu”.

7
2.2 Jenis ayat al-Quran yang patut dilupuskan

Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya mengenai makna yang lain, “Ayat Al-

Quran” meliputi mana-mana bahagian Ayat Al-Quran dalam bahasa Arab. (Akta pencetakan

teks al-Quran, 1986) Memastikan bahan buangan dan lebihan yang mengandungi huruf atau

ayat-ayat Al-Quran, Hadith, nama-nama Allah dan apa-apa petikan Al- Quran atau AL-

Hadith yang hendaklah dilupuskan berasingan dengan bahan-bahan lain, serta bahan tersebut

juga dilarang menggunakannya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun. Ia bertepatan dengan

apa yang telah difatwakan iaitu

“Apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak atau terdapat sesuatu ayat Al-Quran

hendaklah dilupuskan dengan dibakar di satu tempat bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh

orang awam bersesuaian dengan kemuliaan Al-Quran, kemudian abunya dibuang ke dalam

air yang mengalir seperti sungai atau laut atau ditanam di tempat yang tinggi yang tidak

dilalui atau dipijak oleh manusia dan haiwan”. (Keputusan Lujna Fatwah Negeri Johor yang

bersidang pada 18 Ogos 2002). (Media et al., n.d.)

“Bahan Al-Quran” maksudnya apa-apa dokumen yang mempunhyai ayat Al-Quran, selain

daripada suatu “teks Al-Quran” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen ini.

“Dokumen” merujuk kepada apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, digambarkan, atas

apa-apa artikel, benda atau bahan, termasuklah apa jenis hal yang terkandung dalam cakera,

pita, filem, runut bunyi atau apa jua peranti lain dengan menggunakan:

a. Huruf, nombor, tanda, symbol, lambang atau apa-apa bentuk pernyataan atau gambar.

b. Apa sahaja gambar yang boleh Nampak (sama ada gambar kaku atau imej bergerak);

8
c. Apa-apa rakaman berbunyi atau apa-apa pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal

atau rakaman lain, denyutnan elektronik atau apa juga data lain;

d. Apa-apa rakaman atau yang dipancarkan dari suatu jarak, atau gabungan, atau cara yang

disebut dalam perenggan a), b) dan c). (JAKIM, 2008)

Setiap apa yang mengandungi ayat suci al-Quran layak dijaga kehormatannya, dan tidak

boleh dibuang begitu sahaja. Hal ini termasuklah kad perkhawinan yang mengandungi ayat

suci al-Quran. Oleh itu, sebaiknya ayat al-Quran tidak dicetak di atas kad perkawinan, atau

apa-apa yang berkemungkinan dan kebiasannya dibuang. Sebaiknya, hanya tafsiran ayat al-

Quran dicetak di atas kad perkahwinan, supaya tiada masalah untuk membuangnya. Jika kad

tersebut dibuang dan dipijak, ia ibarat menghina ayat al-Quran. Maka, kita hendaklah

mengelakkan perkara yang tak diinginkan seperti ini berlaku. Setiap anggota masyarakat

tidak boleh memandang enteng isu ini dan tindakan tegas harus diambil bagi mereka yang

ingkar dan terus mencetak ayat al-Quran pada kad perkahwinan, dan bahan bahan yang

biasanya akan dibuang.

Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh

menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata. “Istilah suci dalam Islam

seperti bismillah, assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-

wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,"

kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

(Jakim: Kad kahwin bercetak ayat suci tak boleh dibuang, 2012)

9
Keputusan Fatwa Negeri Johor telah mengeluarkan garis panduan untuk tujuan pelupusan al-

Qur’an lama, kitab agama yang rosak, buku atau majalah yang mengandungi ayat suci al-

Qur’an, hadith dan doa hendaklah dilupuskan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh

syarak. Muzakarah Jawatankuasa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Ogos 2002 telah

membincangkan tentang pelupusan al-Quran, bahawa muzakarah tersebut telah memutuskan,

Apa-apa bahan buangan yang diatasnya tercetak atau terdapat sesuatu ayat alQur’an

hendaklah dilupuskan dengan dibakar di satu tempat bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh

orang awam bersesuaian dengan kemuliaan al-Qur’an, kemudian abunya dibuang ke dalam

air yang mengalir seperti sungai atau laut atau ditanam di tempat yang tinggi yang tidak

dilalui atau dipijak oleh manusia dan haiwan. (Bertanggungjawab & Permasalahannya,

2014)

Setiap bahan bertulis yang mengandungi ayat al-Quran harus dipelihara kehormatannya

ketika ia masih digunakan, dan masih patut dipelihara selepas ia tidak lagi digunakan.

10
2.3 Cara melupuskan al-Quran dengan memelihara kemuliaannya:

1. Dibakar

Cara pembakaran adalah seperti berikut:

a) Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah dibaakr secara

menyeluruh tanpa tertinggal walaupun satu bahagian yang tidak terbakar.

b) Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang telah pun dibakar

hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

c) Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam di tempat yang bersih atau tempat yang tidak

dilalui oleh orang ataupun hendaklah dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.

d) Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak

yang mahu melupuskan bahan- bahan tersebut. (JAKIM, 2008)

Al-Quran wajar dibakar hingga tiada kesan ayat al-Quran, dan barulah ia boleh dibuang. Abu

tersebut boleh dibuang di atas tanah yang orang jarang lalu, atau sebaiknya dicampakkan abu

al-Quran itu ke dalam laut.

Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan

sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun

tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana

memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut. Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka

tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada

seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187

11
Kertas-kertas yang dicetak dengan ayat Al-Quran dan buku-buku agama akan dibakar dan

abunya akan dibuang di laut. Abu pembakaran tersebut hendaklah

i. Melalui proses pembakaran yang sempurna iaitu semua bahagian yang bercetak ayat al-

Quran dipastikan terbakar sepenuhnya sehingga menjadi abu.

ii. Abu yang terhasil tidak berselerakan atau dibuang ke merata tempat

iii. Abu yang terhasil dikumpul dan dibuang di dalam laut ataupun ditanam di tempat yang

tidak menjadi tumpuan lalu lalang orang.

12
2. Ditanam

Selain daripada dibakar, al-Quran juga boleh ditanam, mengikut pendapat beberapa ulama.

Petunjuk bahawa Al-Quran yang tidak layak itu dikuburkan atau ditanam merupakan salah

satu pendapat dari mazhab Hanabilah. Al-Bahuti dari mazhab Hanabilah berkata,

‫ َذ َك َر َأْح َم ُد َأَّن َأَبا اْلَج ْو َز اِء َبِلَي َلُه ُم ْص َح ٌف َفَح َفَر َلُه ِفي َم ْس ِج ِدِه َفَد َفَنُه‬، ‫َو َلْو َبِلَي اْلُم ْص َح ُف َأْو اْنَد َرَس ُد ِفَن َنًّص ا‬

“Apabila Mushaf Al-Quran telah lusuh atau rusak, maka hendaknya dikubur. Ahmad

menyebutkan bahwa Abul Jauzaa’ mempunyai Mushaf Al-Quran yang telah lusuh dan beliau

menggali tanah di masjid kemudian menguburkannya.” [Kasyful Qannaa’ 1/137]

Jika tidak mahu membakar, al-Quran boleh ditanam. Hal ini lebih mudah bagi sesetengah

pihak, namun mencari tanah lapang yang jarang dilalui orang agak sukar pada zaman ini.

Lebih lebih lagi, terdapat sebahagian masyarakat yang tinggal di pangsapuri, di mana tanah

lapang untuk menanam sukar dicari. Tambahan lagi jika mencari tanah yang tidak menjadi

tumpuan lalu lalang orang.

13
3. Menghantar ke pusat pelupusan al-Quran

Kaedah ini lebih mudah dilaksanakan kerana al-Quran lama hanya perlu dihantar ke pusat

pelupusan al-Quran yang berdekatan. Di sana, pihak di pusat pelupusan yang akan

melupuskan al-Quran mengikut prosedur prosedur yang patuh dan menepati kaedah yang

ditetapkan oleh Kementerian dalam negeri.

Bagi memudahkan masyarakat membuang al-Quran, pelbagai alternatif telah diambil oleh

pihak kerajaan. Contohnya, memperbanyakkan pusat pelupusan al-Quran di seluruh negara

Malaysia.

JABATAN Agama Islam Sarawak (JAIS) mewujudkan Pusat Pemuliaan Bahan dan Teks

yang Mengandungi Ayat Suci al-Quran bagi memelihara dan memuliakan kitab suci itu.

Pengarahnya, Ustaz Khalidi Ibrahim berkata, setakat ini tiga pusat itu diwujudkan di Sarawak

bersebelahan masjid As-Syakirin Bintulu, masjid Darul Hana Kuching dan yang terbaru di

Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan. (“Memuliakan al-Quran 'terbuang'” 2019)

Menurut artikel “Bahan cetakan lama al-Quran dilupus” (2020) Di pusat pelupusan al-Quran,

al-Quran akan dikumpulkan, pihak bertanggungjawab akan mengumpulkan al-Quran

sehingga banyak, iaitu sebanyak 400 kilogram, kemudian membakar di atas relau selama

kira-kira 40 jam sehingga menjadi abu.

Maka, jelaslah terdapat banyak langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk

menyediakan pusat pelupusan al-Quran di seluruh negara agar rakyat Malaysia terutamanya,

tidak buntu tentang apa yang patut dilakukan dengan al-Quran yang sudah tidak lagi

digunakan oleh mereka. Mereka hanya perlu meninggalkannya di pusat pelupusan al-Quran

yang berdekatan dengan kediaman mereka dan masalah mereka tentang di mana mahu

melupuskan al-Quran akan selesai.

14
2. Proses ‘Deinking’

Industri Kertas dengan proses deinking adalah salah satu industri yang menghasilkan limbah

padat yang diklasifikasikan sebagai limbah B3 dari sumber yang spesifik (Peraturan

Pemerintah No18/1999 dan 85/1999 tentang Pengelolaan Bahan Berbahaya dan Beracun).

(Hardiani et al., 2016)

‘Deinking’ adalah satu proses industri pengasingan dakwat cetakan dari kertas kitar semula

untuk menghasilkan ‘Deinked Pulp dalam industri pembuatan kertas. Proses ‘deinking’ ini

mampu mengasingkan dakwat yang terlekat pada kertas cetakan. Hal ini merupakan hasil

gabungan tindak balas mekanikal dan bahan kimia.

Pelupusan Al-Quran Menggunakan Kaedah Fiqh, Kaedah Pada Hari ini dan Kaedah

‘Deinking’

Mengikut hukum fiqh (mazhab syafie dan ulamak muktabar), kaedah pelupusan AlQuran

adalah seperti berikut:

i. Al-Quran / cebisan yang salah mestilah dimuliakan, tidak diletak merata-rata, dilangkah

atau diletak di tempat yang kotor.

ii. Mestilah hilang tulisan tersebut secara keseluruhannya dan sempurna hilangnya.

iii. Bahan yang terhasil dari proses tersebut hendaklah dilupuskan dengan sempurna.

Kaedah ‘Deinking’ yang menggunakan teknologi penguraian / pengasingan antara kertas dan

dakwat. Kaedah ini akan dicipta oleh saintis dan pensyarah UITM. Prosesnya adalah seperti

berikut:

i. Tulisan ayat-ayat al-Quran akan tertanggal dari kertas menggunkan teknologi yang dicipta.

ii. Air yang digunakan untuk proses itu akan dialirkan kembali ke sungai selepas dirawat.

15
iii. Dakwat yang terkumpul daripada penguraian tersebut akan dijadikan bahan bakar semasa

proses ini.

iv. Kertas yang terhasil akan diproses menjadi kertas semula. (Berteknologi et al., 2019)

Kaedah ini dapat mengurangkan pencemaran akibat pembakaran dan pembuangan abu ke

dalam sungai. Hal ini merupakan alternatif yang lebih baik agar alam sekitar, dan kemuliaan

al-Quran kekal tereplihara. Namun begitu, kaedah ini agar sukar dilakukan oleh seseorang

secara individu kerana kekurangan bahan, alatan dan kemahiran. Maka, kaedah ini sesuai

dilakukan oleh pusat pelupusan al-Quran yang mempunyai kelengkapan secukupnya. Sebagai

rakyat yang prihatin, kita patut menghantar al-Quran ke pusat pelupusan al-Quran dan

menyerahkan cara pelupusan al-Quran menggunakan proses ‘deinking’ ini kepada pihak yang

bertanggungjawab melaksanakannya.

16
Bab 3

3.0 Metodologi
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji remaja tentang tahap pengetahuan mereka

terhadap langkah-langkah yang sepatutnya diambil bagi melupuskan naskah al-Quran yang

sudah tidak digunakan dengan cara yang terhormat.. Analisis dibuat mengikut objektif kajian

yang telah dibentuk. Bagi meninjau pendapat remaja tentang kaedah pelupusan al-Quran, satu

soal selidik telah dijalankan.

Pemilihan tinjauan mengkhususkan pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 16 hingga 20

tahun. Seramai 40 orang telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Pentadbiran soal

selidik dibuat secara online dengan menggunakan google form. Penganalisisan data adalah

secara analisis statistik deskriptif dalam bentuk kuantitatif.

17
Bab 4

4.0 Analisis

60% daripada responden merupakan perempuan dan 40% merupakan lelaki.

Berikut merupakan maklumat sejauh mana remaja tahu tentang kaedah pelupusan al-Quran.

Majoriti, sebanyak 37.5% memilih skala 3 dan skala 4 sebagai tahap pengetahuan mereka

tentang kaedah pelupusan al-Quran. Hal ini menunjukkan mereka neutral, iaitu hanya tahu

18
serba sedikit, dan tidak sepenuhnya terdedah dengan kaedah-kaedah yang sepatutnya

dilaksanakan bagi melupuskan naskhah al-Quran.

Berikut adalah apa yang dilakukan dengan al-Quran yang sudah tidak digunakan. Majoriti

membakar al-Quran yang sudah tidak digunakan, iaitu 21 orang. 5 orang memilih untuk

mengantar al-Quran ke pusat kitar semula, dan 7 orang memilih untuk bersedekah atau

waqafkan al-Quran di surau. Bakinya, seramai 7 orang memilih untuk membiarkannya

sahaja. Daripada dapatan di atas, responden mempunyai serba sedikit pengetahuan asas

tentang apa yang perlu dilakukan dengan al-Quran usang.

19
Majoriti, iaitu sebanyak 71.8% responden setuju dengan kaedah biasa al-Quran dilupuskan,

iaitu dengan cara dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai. Namun begitu, kaedah ini

menyebabkan pencemaran udara yang berupunca daripada pembakaran, dan pencemaran laut

yang berpunca daripada abu yang dibuang. Hal ini mungkin menjadi punca sebanyak 28.2%

tidak bersetuju dengan kaedah ini.

20
Proses “deinking” merupakan kaedah baharu yang masih asing dalam kalangan masyarakat.

Hal ini dibuktikan dengan hanya 15% daripada responden sedia maklum dengan proses

“deinking” bagi melupuskan al-Quran.

21
Berdasarkan dapatan kajian di atas, dapat disimpulkan bahawa remaja masa kini mempunyai

pengetahuan yang terhad tentang cara menguruskan dan melupuskan al-Quran. Hal ini

berpunca daripada wadah pelupusan yang tidak dicanang dalam kalangan masyarakat.

Terdapat majoriti daripada kalangan responden, iaitu sebanyak 70% daripada mereka

bersetuju dengan kaedah pelupusan al-Quran yang diamalkan di Malaysia. Proses ‘deinking’

yang agak baru juga kurang mendapat perhatian masyarakat. Hanya 15% daripada responden

yang pernah mendengar tentang kaedah ini. Namun begitu, sebahagian besar, iaitu 70%

daripada responden bersetuju dengan kaedah ‘deinking’. Hal ini menunjukkan bahawa jika

terdapat alternatif yang lebih baik, orang akan menggunakan kaedah tersebut selagi mana

mudah dilaksanakan.

22
Bab 5

5.0 Kesimpulan dan Cadangan


Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab aagar

al-Quran yang sudah tidak dipakai dapat dilupuskan dengan cara yang terhormat. Kita

sebagai umat islam juga haruslah memelihara maruah agama dengan memuliakan al-Quran,

walaupun al-Quran itu sudah tidak digunakan lagi. Pelbagai cara boleh dilakukan, hanya

terpulang kepada kita untuk melakukannya atau tidak.

Cara yang pertama ialah membakar al-Quran, dan abunya dibuang ke dalam sungai atau laut,

yang airnya mengalir. Hal ini merupakan cara yang sudah diamalkan sejak berzaman lagi,

terutamanya di Malaysia, agar tidak menimbulkan fitnah. Perbuatan membakar Al-Quran

agar tidak terjadi fitnah ini dilakukan di zaman Utsman bin Affan. Ketika itu, Al-Quran

ditulis dengan berbagai macam dialek dan gaya bahasa sesuai suku dan kabilah masing-

masing dan keadaan ini hampir menimbulkan perpecahan, maka Ustman bin Affan segera

memerintahkan agar Al-Quran ditulis dengan versi sesuai dengan dialek dan gaya bahasa

Quraisy sebagaimana diturunkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau

memerintahkan Al-Quran yang lain dibakar dan harus memakai serta menggandakan Al-

Quran standar versi Quraisy yang telah disepakati oleh para sahabat.

Di Pakistan pula, terdapat sebahagian masyarakat yang membalut dan menyimpan al-Quran

yang usang di dalam terowong bawah tanah. Jutaan Salinan al-Quran disimpan di bawah

terowong di Gunung Chilthern di Quetta, Baluchistan Samad Lehri telah mengasakan

pertubuhan Jabal-e-Noor pada tahun 1992 untuk menanam al-Quran. Hal ini membuktikan

masyarakat seluruh dunia mempunyai kaedah dan pandangan tersendiri dalam memelihara

kemuliaan al-Quran yang sudah tidak digunakan.

23
Seterusnya, seiring dengan kemajuan, sebuah inovasi iaitu proses ‘deinking’ telah

diperkenalkan. Proses ini juga lebih mudah dan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.

Proses ini juga semakin dikenali di Malaysia.

Semua golongan di Malaysia perlu cakna tentang isu pelupusan al-Quran. Hal ini bertujuan

untuk mengelakkan kes al-Quran dibuang di tong sampah, pusat pelupusan sampah, tepi

jalan, dan tempat- tempat yang tidak sepatutnya dapat dicegah. Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia perlu menayangkan iklan-iklan tentang cara mengendalikan al-Quran

yang sudah tidak boleh digunakan. Hal ini supaya rakyat Malaysia tahu apa yang perlu

dilakukan, dan tidak tertanya-tanya sehingga mereka membiarkan sahaja al-Quran lama

mengumpul habuk di atas rak.

Dengan perkembangan teknologi yang pesat ini, kita perlu menggunakan semua kemudahan

yang ada untuk menyebarkan cara pelupusan al-Quran yang menepati kaedah syarak kepada

seluruh rakyat kerana pada masa ini, penyampaian ilmu menjadi sangat mudah dan pantas

dengan kewujudan internet. Selain itu, pilihan juga terletak pada tangan kita untuk

memelihara alam sekitar di samping menjaga kemuliaan al-Quran. Sebagai seorang

masyarakat yang prihatin, kita patut mebuat pilihan yang paling rasional.

Kesimpulannya, sudah sedia maklum bahawa al-Quran merupakan mashaf yang suci, dan isi

kandungannya terpelihara hingga ke hari kiamat. Maka, kita harus menjaga kesucian al-

Quran tidak kiralah sama ada ia msih digunakan atau tidak. Kita harus menggunakan peluang

yang ada untuk melupuskan naskhah al-Quran lama dan usang dengan sebaiknya. Janganlah

kita menjadi punca al-Quran itu dihina dan jatuh martabatnya. Di samping menjaga

kehormatan al-Quran, kita akan mendapat keredaan Allah dengan izinNya kita juga akan

sentiasa terpelihara daripada bala dan bencana di dunia yang fana’ ini.

24
Bab 6

6.0 Bibliografi
Bertanggungjawab, Y., & Permasalahannya, D. A. N. (2014). PROSES PENGURUSAN

PELUPUSAN TEKS-TEKS AL- QUR ’ AN DI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR :

PERANAN PIHAK َّ ‫ مَ ق تً هَ ْ ي رُ ْ لِ ل ى دَ لَ لَ ا نوَ إِ ر كِ ال ا لْ ز ن ن نَ ا نِ إ‬LATAR

BELAKANG PUSAT PELUPUSAN AL- QUR ’ AN Bahagian Penyelid. 45–57.

https://doi.org/10.5895/ijwas.2019.01.01.05

Berteknologi, A., Melalui, H., Deinking, P., Jawatankuasa, M., Hukum, P., & Wilayah, S. (2019). َّ ِ ‫إ‬

3–1 . ُ‫نيَ َ للَّ اَ د س ف حُّ ي‬.

Hardiani, H., Kardiansyah, T., & Sugesty, S. (2016). BIOREMEDIASI LOGAM TIMBAL (Pb)

DALAM TANAH TERKONTAMINASI LIMBAH SLUDGE INDUSTRI KERTAS PROSES

DEINKING. Jurnal Selulosa, 1(01), 31–41. https://doi.org/10.25269/jsel.v1i01.18

JAKIM. (2008). Garis Panduan Pembuatan, Dan Pelupusan, Bahan-Bahan Penerbitan, Dan

Perhiasan, Yang Mengandungi, Ayat-Ayat Al-Quran, Suci. www.islam.gov.my

Kauthar, A., & Karim, B. (2017). AinulKautharKarimMFTI2017.

Media, U. P., Penyelidikan, B., Agama, J., & Negeri, I. (n.d.). Kaedah melupuskan bahan terbitan

islam mengikut syara’. 1–4.

Rahani, W. (2012). Al-Quran. 1–18

Malaysia, & Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1986). Akta Pencetakan Teks al-Quran (Akta

326 ) peraturan-peraturan & kaedah-kaedah: (hingga 5hb Januari 2010). Petaling Jaya, Selangor:

International Law Book Services.

25
Jakim: Kad kahwin bercetak ayat suci tak boleh dibuang. (2012, Jun 12). malaysiakini. Retrieved

from https://www.malaysiakini.com/news/191142

Norsyazwani Nasri. Memuliakan al-Quran 'terbuang'. (2019, September 8). MyMetro. Retrieved from

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/494580/memuliakan-al-quran-terbuang

Ahmad Ismail. Bahan cetakan lama al-Quran dilupus. (2020, Febuari 3). BH Online. Retrieved from

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/652309/bahan-cetakan-lama-al-quran-

dilupus

Amin Ridzuan Ishak. 2017. Dua tan abu al-Quran dilupus. Berita Harian Online. 2 Oktober.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/10/332702/2-tan-abu-alquran-dilupus [4 Mac

2019]

Penistaan kesucian al-Qurqn di Arab Saudi/ kali ini oleh kementerian wakaf. (2017, November 5).

IQNA. Retrieved from https://iqna.ir/id/news/3471681/penistaan-kesucian-alquran-di-arab-

saudi-kali-ini-oleh-kementerian-wakaf

26

Anda mungkin juga menyukai