02DKM19F1006 Lali
02DKM19F1006 Lali
JUDUL I
PENGESAHAN PELAJAR II
PENGHARGAAN III
ISI KANDUNGAN IV
SENARAI JADUAL V
SENARAI RAJAH VI
SENARAI LAMPIRAN VII
BAB 5 KESIMPULAN 21
LAMPIRAN 26
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
DI
OGOS 2022
i.
LAMPIRAN F
Pengesahan Pelajar
“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan Sumbernya.”
Tandatangan:
Tarikh: 30/12/2022
ii.
LAMPIRAN G
Penghargaan
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan diberikan kepada pengurus dodomat company sdn bhd, encik
augustine di atas tunjuk ajar dan bimbingan encik kerana tanpa encik, saya tidak boleh
mencapai hasrat saya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya
terutamanya puan shaufina untuk semua bantuan dan bimbingan beliau dalam latihan
industri saya.
Saya tidak akan melupakan semua insiden dan pengalaman yang saya telah dikumpulkan
dalam latihan industri ini dan saya telah mempelajari banyak perkara dan juga
memperbaharui diri saya sendiri. Saya patut berkagum pada diri sendiri saya dalam
mencapai hasrat saya, selain daripada itu, saya perlu berterima kasih kepada teman-
teman saya dalam membantu saya dalam latihan industri ini…
iii.
SENARAI JADUAL
iv.
SENARAI RAJAH
vi..
SENARAI LAMPIRAN
Vii..
BAB 1
Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran politeknik
kementerian pengajian tinggi (pkpt). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum
diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik kptm. Pelajar akan
ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada
suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang
dikehendakinya untuk menjalani latihan industri. Latihan industri ini dijalankan pada
semester terakhir bagi kursus peringkat diploma.
Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan
yang sebenar dan jauh berbeza dari pembelajaran.semasa menjalani latihan industri, pelajar
akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pelajar alami semasa
berada di politeknik. Oleh yang demikian, pelajar boleh mempraktikkan teori yang dipelajari
setelah kembali ke politeknik dan semasa memasuki alam pekerjaan nanti. Pelajar juga dapat
membina keyakinan diri pelajar untuk masyarakat luar sekiranya tamat latihan nanti.
Setelah tamat latihan industri, setiap pelajar wajib menyediakan laporan rasmi yang
menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas-tugas yang telah pelajar lakukan
dalam tempoh lima bulan di latihan industri.
Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan
yang sebenar yang bakal ditempuhi oleh mereka dan membolehkan para pelajar mengaitkan
teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal. Para pelajar juga akan
mendapat pengalaman yang sangat berguna semasa membuat latihan ini dan memberi
mereka lebih keazaman untuk lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kerjaya yang
mereka impikan.
Objektif yang digariskan ini dapat memastikan setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri memberi kesan positif kepada pelajar agar boleh digunakan pada
masa hadapan. Secara kesimpulannya, objektif dan latihan industri memainkan peranan
yang penting bagi melahirkan pelajar yang memahami bidang tugasnya dan kerjaya yang
bakal ditempuhi apabila tamat pengajian nanti. Bagi pelajar, pihak pengurusan latihan
industri amat positif dan memberi kesan yang baik pada masa hadapan.
1
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Laporan ini adalah untuk membuktikan secara bertulis apa yang saya pelajari dan
memahami sepanjang tempoh masa saya menjalani latihan industri ini. Hal ini boleh
menjadikan sebagai satu sumber rujukan dan pengalaman kepada diri sendiri. Laporan ini
juga sangat berguna untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan juga dapat digunakan
untuk penambahan teori dan praktikal dalam jurusan yang saya pelajari ini. Tambahan pula,
membuat laporan ini akan memberikan impak yang positif pada masa yang akan datang
serta meningkatkan kebolehan berfikir.
Penghasilan buku laporan industri adalah salah satu bahan yang menunjukkan bahawa
pelajar yang menjalani latihan industri telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab
mereka. Ini kerana segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti latihan industri akan
dilaporkan di dalam laporan harian pada setiap hari dengan tugasan yang diberikan.
Laporan latihan industri ini juga bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti atau tugas yang
diamanahkan dan dipertanggungjawabkan semasa pelajar menjalani latihan industri. Aktiviti
atau tugas tersebut akan dijelaskan secara terperinci di dalam laporan latihan industri yang
akan disemak dan menjadi bahan bukti bahawa pelajar tersebut telah melaksanakan
praktikalnya pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan, memberikan sepenuhnya
komitmen dan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi di
mana tempat pelajar menjalani latihan industri.
2
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para pelajar
kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan pengetahuan
teori dan teknikal serta kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi
pengetahuan secara teori dan hanya mempratrikkan sebagai latihan tambahan untuk
memahmi suatu perkara itu, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat
mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu
pekerjaan sedang dijalankan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau
kemahiran yang baru dimana sesetengah kemahiran ini tidak ada dalam pengajaran semasa di
politeknik oleh itu ada beberapak perkara pelajar dapat semasa menjalani latihan industri.
Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi kebolehan,
kesanggupan dalam melakukan tugasan, dan sikap kepada majikan dan rakan sekerja. Latihan
ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan
bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan.
Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar itu
semasa berada di politeknik tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu berkemungkinan
dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau menghadiri mesyuarat
secara rasmi dan formal.
3
BAB 2
Karpet kereta dodo® disesuaikan dengan sempurna agar sesuai dengan kenderaan anda
berdasarkan spesifikasi kualiti tertinggi. Kami berbangga dengan karpet kereta berdua
lapisan gred premium untuk memastikan bahagian dalam lantai kereta anda kalis air dan
mudah dibersihkan.
Dodo® telah menjalankan perniagaan pembuatan karpet kereta dan sentiasa menaik
taraf produk kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah.
Dalam mengimbangi antara kualiti tinggi dan kemampuan, dodo menyediakan konsep
yang dibuat khas.
Pelanggan mempunyai pilihan untuk mencampur dan memadankan warna karpet kereta
pilihan mereka, daripada warna asas karpet kereta, warna garisan dan “padding” untuk
mempunyai gaya peribadi yang menawan.
Dodo® car mat ialah salah satu karpet kereta terbaik dan inovatif di malaysia, kami
menyediakan karpet kereta d-lapisan yang mudah untuk dipasang, dibersihkan,
diselenggara, tidak berbau, kalis air dan menyembunyikan kotoran. Kami menawarkan
pelbagai jenis karpet kereta untuk kenderaan-kenderaan pelanggan.
4
1.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI
Dodo (raphus cucullatus) ialah burung pupus yang tidak dapat terbang yang endemik ke pulau
mauritius, timur madagascar di lautan india.
Sisa subfosil menunjukkan dodo itu adalah kira-kira 1-meter (3 kaki 3 inci) tinggi dan mungkin
mempunyai berat 10.6–17.5 kg (23–39 lbs.) Di alam liar. Penampilan dodo dalam kehidupan
hanya dibuktikan dengan lukisan, lukisan, dan catatan bertulis dari abad ke-17.
Walaupun dodo dari segi sejarah dianggap gemuk dan kekok, ia kini dianggap telah disesuaikan
dengan baik untuk ekosistemnya. Ia telah digambarkan dengan bulu kelabu kecoklatan, kaki
kuning, segumpal bulu ekor, kepala kelabu, telanjang, dan paruh hitam, kuning dan hijau. Adalah
diandaikan bahawa dodo menjadi tidak dapat terbang kerana ketersediaan sumber makanan
yang banyak dan ketiadaan relatif pemangsa di mauritius.
Dodo telah digunakan sebagai ikon untuk mempromosikan perlindungan spesies terancam oleh
organisasi alam sekitar untuk memperingati burung seperti itu, kami telah menamakan jenama
kami sendiri "dodo", supaya dodo walaupun telah pupus tidak dilupakan, dan untuk membantu
membangkitkan perlindungan manusia terhadap alam sekitar dan haiwan.
Permaidani kereta dodo adalah evolusi dalam tikar kereta. Mereka memanggilnya "dodomania",
pada masa hadapan, kami menjangkakan teknik penghasilan permaidani kereta generasi semasa
akan digantikan dengan konsep dan reka bentuk evolusi karpet kereta dodo kami.
Untuk membangunkan permaidani kereta yang inovatif menggunakan teknologi canggih yang
menghasilkan produk yang lebih cekap dalam memerangkap kotoran dan habuk, menjimatkan
masa dan usaha untuk menyelenggara berbanding permaidani kereta tradisional.
Di sebalik tujuan ini, syarikat kami berusaha untuk membantu melindungi alam sekitar dengan
memperkenalkan permaidani kereta terbaik di malaysia yang 100% boleh dikitar semula dengan
menggunakan bahan berkualiti dalam pengeluaran kami.
Dalam organisasi kami, kami sedang membuat produk lapisan dua karpet kereta yang
mempunyai kualiti yang tinggi dan juga inovasi dan improvasi yang saya sebagai pelajar juga
berhairan bagaimana mereka dapat membina dan mereka dan menginovasikan karpet kereta
tersebut. Karpet yang bagus bahkan yang paling menghairankan.
5
Untuk memastikan produk mencapai kualiti premium, kami mengawal sepenuhnya
keseluruhan proses pembuatan, daripada pemilihan bahan kepada pembungkusan. Jenama
"dodo" ialah permaidani kereta dua-lapisan no. 1 malaysia. Ia memberikan pengalaman
terbaik kepada pengguna dengan bahan premium, reka bentuk yang diperibadikan, ciri
pembersihan yang mudah dan seumpamanya. Ia adalah batu di hadapan permaidani kereta
konvensional.
Mulanya, bahagian memotong bahagian-bahagian karpet kereta. Pertama sekali, pelanggan
akan membuat permintaan karpet kereta dan bahagian kernai akan menaip semua butiran-
butiran yang diperlukan untuk karpet kereta yang mereka minta. Selepas itu, bahagian
produksi akan menghandal dalam bahagian potongan bahagian karpet kereta dengan
menggunakan mesin “lasercad” yang digunakan untuk memotong bahagian karpet kereta
yang boleh dioperasi melalui komputer dengan menggunakan aplikasi “coreldraw” dan
“lasercad”.
Selepas itu, setiap jenama karpet kereta yang dipotong akan disusun rata dan untuk
mengelakkan kehilangan bahagian-bahagian karpet tersebut, setiap bil diketapkan dengan
stiker yang mempunyai butiran-butiran berdasarkan jenama kereta tersebut yang
merangkumi kod bil, nama kereta, warna karpet dan warna garisan karpet, nama pelanggan,
dan berapakah bilangan karpet yang diminta oleh pelanggan. Stiker tersebut akan para
pekerja melekatkan pada karpet tersebut dan menyusun dalam satu set dengan bil tersebut.
Selepas itu, semua bahagian-bahagian karpet kereta tersebut dihantar ke bahagian quality
control (qc) akan membungkus tikar kereta di dalam kotak iaitu menjadikannya sebagai pakej
kesuluruhan. Selepas kawalan quality control (qc) bahagian mengemas tikar kereta, kawalan
quality control (qc) bahagian akan melekat pelekat pos pada kotak dan simpan di tepi.
6
1.4 HALATUJU ORGANISASI
Untuk membangunkan tikar kereta yang inovatif menggunakan teknologi canggih yang
menghasilkan produk yang lebih cekap dalam memerangkap kotoran dan habuk,menjimatkan
masa dan usaha untuk menyelenggara berbanding tikar kereta tradisional. Di sebalik tujuan
ini, syarikat kami berusaha untuk membantu melindungi alam sekitar dengan
memperkenalkan tikar kereta terbaik di Malaysia yang 100% boleh dikitar semula dengan
menggunakan bahan hijau dalam penguluaran kami. Kami meramalkan Teknik penghasilan
tikar kereta generasi semasa digantikan dengan konsep dan reka bentuk evolusi Tikar Kereta
Dodo kami.
Tikar Kereta Dodo ialah tikar kereta mudah dibersihkan, menjadikannya bebas daripada
kekecohan. Ia mempunyai dua lapisan pada reka bentuknya yang memudahkan untuk
menanggalkan kotoran dari tikar. Tekstur sarang lebah tikar dengan memerangkap kotoran
dan kotoran sambil menyembunyikannya daripada pandangan. Alas kereta kalis air dan bebas
bau juga.
Quality Control
CEO (AH HAU)
(2)
7
BAB 3
Sepertimana yang kita semua ketahui, latihan industri ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar
dengan alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, sepanjang tempoh latihan ini, saya telah didedahkan
dengan persekitaran kerja yang sebenar yang bertempat di Dodomat Company Sendirian Berhad,
Kapar. Dalam jangka masa lebih kurang lima bulan ini, saya telah diberikan beberapa tugas untuk
dilaksanakan dan ianya bersesuaian dengan kursus yang diambil. Tugas yang diberikan oleh penyelia,
akan dilaksanakan pada setiap bulan dengan sempurna.
Walaubagaimanapun, tugas yang diberikan kepada saya bukanlah tugas yang berat. Saya hanya
ditugaskan sebagai operator mesin, proses yang sepatutnya memotong karpet kereta dengan
menggunakan ( LaserCad). Laser cad ialah aplikasi yang digunakan untuk mencantumkan semua karpet
kereta yang ingin dipotong. Selepas itu, saya akan menggunakan juga aplikasi laser cad untuk
memotong karpet kereta dan ia juga menjadikan aplikasi utama untuk memotong karpet kereta.
Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Politeknik, saya juga telah didedahkan dengan
peraturan – peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di
syarikat di mana saya menjalani latihan industri. Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya
telah didedahkan dengan banyak perkara sebagai pelajar dan pekerja. Sebagai pelajar dan pekerja
saya dapat mempelajari juga perkara – perkara yang dapat membina diri saya sendiri dan juga nilai –
nilai baru.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 8 jam sehari, bermula dari 9.00 a.m –
6.00 p.m setiap hari bermula dari Isnin – Jumaat. Manakala, hari Sabtu masa kerja selama 9.00 a.m –
1.00 p.m. Gaji untuk sejam ialah RM 8 dan jika datang lewat untuk setengah jam akan memotong RM
1.44. Kalau berkerja lebih masa pembayarannya ialah RM 8 untuk sejam. Walaupun, cuti MC dan masa
slip diambil juga gaji akan diberi. Hari Ahad ialah cuti umum untuk para pekerja.
8
Berdasarkan gambar di atas itulah pakaian seragam para pekerja di Dodomat. Setiap para
pekerja perlulah memakai pakaian seragam tersebut dengan kasut keselamatan dan perlulah
menjaga adab dan tidak bermain – main masa berkerja. Manakala, untuk saya tidak perlu
memakai pakaian seragam dan saya memakai pakaian kasual dengan kasut keselamatan.
Sebab para pekerja management membenarkan saya memakai pakaian kasual.
Gaji asas saya ialah RM 600 manakala gaji asas pekerja lain ialah RM 1800 dan berdasarkan
bayaran jam bekerja itulah bagaimana mereka mengira gaji setiap pekerja.
9
Minggu ketiga 3 (29 Ogos – 03 September 2022)
a) Cara menulis laporan tentang pemasangan dan pendawaian wayar kipas
b) Membaiki wayar kipas, menguji motor kipas dan mengitar semula bahan lama
c) Cuti hari kebangsaan
d) Menguji gearbox dan mencari kebocoran padanya
e) Membersihkan tempat kerja dan memeriksa kipas 14 kaki
f) Membersihkan railing pintu, menyusun atur bahan ikatan
10
Minggu kelapan 8 (03 Oktober – 08 Oktober 2022)
a) Mengisi botol cecair mencuci tingkap kereta
b) Membuat klip karpet kereta
11
Minggu kelimabelas 15 (21 November – 26 November 2022)
a) Memotong bahagian – bahagian karpet kereta
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 PENGENALAN PADA KURSUS KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Salah satu bidang kejuruteraan utama adalah Kejuruteraan Mekanikal. Kejuruteraan Mekanikal
merupakan satu bidang yang berkaitan dengan reka bentuk, pembagunan dan pembuatan
kelengkapan dan produk.Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang separa
professional yang berkopemahiran dan cekap dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Selain itu kursus
ini dirangka juga untuk melahirkan pelajar/masyarakat yang berani dan kebolehan dalam menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian.
12
4.2 SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN
3. Mesin penjahit
Mesin penjahit - jahit di bahagian garisan sisi karpet kereta
13
4. Bateri drill
Bateri drill – untuk mengikat skru pada klip kereta tersebut
6. Pencetak stiker
Pencetak stiker – mencetak stiker berdasarkan borang pelanggan yang meminta karpet
kereta tersebut
14
7. Pemutar Skru
Pemutar Skru- Mengikat skru
8. Gunting
Gunting – memotong bahagian – bahagian karpet kereta
9. Komputer PC
Komputer PC- digunakan sebagai pengawal utama dalam pemotongan karpet kereta
tersebut
15
10. Karpet
Karpet – Bahan utama yang digunakan untuk membuat karpet kereta
16
III. Selepas itu, pilih bahagian – bahagian manakah yang diperlukan dan menggunakan
kaedah “eCut” untuk membuatkan bahagian – bahagian bersatu dan tidak boleh ada
jurangan antara bahagian – bahagian tersebut
IV. Juga diberikan tiga jenis warna karpet kepada pelanggan untuk pilihan: -
a. KELABU
b. HITAM
c. COKLAT
V. Selepas itu, buka aplikasi “LaserCAD” dan letakkan bahagian – bahagian tersebut
dan “flip horizontal” pada bahagian – bahagian tersebut dan juga letakkan warna
bahagian – bahagian tersebut warna hitam.
VI. Untuk bahagian bawah, pertama sekali letakkan yang ada lubang kecil dahulu
kerana aturan tersebut bermula dari bahagian bawah lepas itu untuk bahagian atas,
padamkan bahagian yang ada lubang dan untuk bahagian kecil letak yang tiada
lubang.
VII. Untuk stiker, saya kena isikan nombor siri. Jenis kereta, berapa bahagian dan warna
apa karpet tersebut.
2. Mesin penabuk nat – memasang nat/pin pada bahagian tengah karpet kereta:
I. Setiap karpet kereta ada bahagian tengah, bahagian pemandu dan bahagian depan
dipasang pin, nat untuk membuatkan tengah stabil dan baik berguna, setiap
bahagian tengah karpet kereta dipasang pin atau nat supaya rupa nampak segak.
II. Untuk itu, saya pertama sekali, saya akan ambil satu set karpet kereta dan mencari
bahagian tengah tersebut.
III. Setiap bahagian tengah karpet tersebut akan ditunjukkan lubang dibuat pada
bahagian bawah karpet tersebut.
IV. Selepas itu, saya akan memasang pin pada bahagian bawah karpet dan juga klipping
untuk membengkokkan sisi karpet tersebut.
V. Selepas itu, saya akan menutupkan bahagian hujung pin tersebut dengan penutup
pin.
VI. Dalam penggunaan mesin, apabila memasangkan pin dengan klip, ada pemijak
mesin dan hanya perlu pijak sekali sahaja dan pin itu dipasang pada bahagian
tengah karpet kereta tersebut.
17
3. Mesin penjahit - jahit di bahagian sisi karpet kereta
I. Selepas sudah potong semua bahagian karpet kereta tersebut bahagian produksi
akan menghantar kepada para penjahit
II. Mereka akan menjahit bahagian sisi karpet kereta tersebut berdasarkan warna
garisan pelanggan minta.
III. Terdapat tiga garisan warna yang pelanggan minta: -
a. Merah
b. Biru
c. Hitam
5. Pencetak stiker – mencetak stiker berdasarkan borang pelanggan yang meminta karpet
kereta tersebut
I. Pastikan setiap butiran pada bil pelanggan tersebut betul dan sah
II. Dalam PC skrin tersebut akan menunjukkan apa – apa butiran yang perlu diisi dalam
stiker tersebut
III. Prosedurnya seperti berikut: -
a. NOMBOR SIRI
b. JENIS KERETA
c. JENIS WARNA KARPET DAN JENIS WARNA GARISAN KARPET
d. BERAPAKAH “PADDING “DIPERLUKAN
e. NAMA PELANGGAN
f. APAKAH JENIS DAN BERAPAKAH BILANGAN KARPET DIPERLUKAN
g. TARIKH
Selepas mengisi butiran – butiran tersebut, stiker perlu dicetak keluar berdasarkan
bilangan karpet tersebut 18
6. Pemutar skru – mengikat skru
Lepas
pengurusan Bahagian Karpet akan
itu,karpet yang
akan dapat produksi akan diberikan
dijahit akan Pakej dipos
permintaan memotongkan kepada para
diberikan
pelanggan karpet penjahit
kepada QC
19
Berdasarkan membuat dua lapisan karpet. Pertama sekali pihak pengurusan akan menerima
permintaan pelanggan dan mereka akan membuat invois untuk menghantar kepada bahagian
produksi. Selain daripada itu, invois tersebut sangat penting kerana dari bahagian produksi
hingga ke bahagian bungkusan, invois diperlukan supaya tiada situasi kelam-kabut mencari
bahagian kereta pelanggan mana.
Selepas mereka membuat invois tersebut mereka akan menghantar invois – invois tersebut ke
bahagian produksi. Dalam bahagian produksi, mereka akan membuat pemotongan bahagian-
bahagian karpet kereta tersebut dan juga membuat stiker untuk mengetahui bahagian dan
pelanggan karpet yang mereka minta berdasarkan invois yang dinyatakan.
Selepas itu semua bahagian tersebut akan dihantar ke bahagian jahitan dan semua bahagian-
bahagian karpet kereta yang dipotong akan dijahit garisan warna yang diminta oleh pelanggan
tersebut berdasarkan invois tersebut.
Selepas para penjahit menghantar satu set karpet kereta bahagian QC akan mencantum dua
lapisan karpet kereta dan menebuk lubang atau nat dan menjadika satu set karpet kereta
dengan lengkap.
Akhirnya, karpet kereta tersebut akan dipos dan diletakkan pada bahagian yang mana akan
diimport.
4.5 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat lima proses dalam membuat dua lapisan karpet tersebut. Berdasarkan
misi organisasi Dodomat untuk membangunkan karpet kereta dua lapisan dan menginovasikan
bahan – bahan baru dalam karpet kereta dan juga Dodomat.
Walaupun cara-cara tersebut Nampak senang, bahkan ia kadang-kadang akan menyusahkan
kerja kita kerana tanpa teliti dan fokus, perkara senagng juga akan menjadi salah dan semua
kesalahan kita akan dituduh. Jadi, untuk begitu, saya sebagai pelajar Politeknik dan pelajar
Latihan industri berbangga kerana saya sudah mencapai hasrat saya.
20
BAB 5
KESIMPULAN
Setelah menjalani Latihan Industri selama satu semester (lima bulan) ini, banyak yang dapat
saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan
pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Juga banyak pengalaman,pengetahuan dan
pendedahan yang berguna dapat saya perolehi. Melalui program latihan industri ini, saya telah
dideahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak
langsung telah mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepeda
struktur organisasi jabatan.
Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta
faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki kea lam
pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta
keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas – tugas
yang diberikan kepadanya.
Dalam tempoh menjalani latihan industri di Dodomat Sdn Bhd banyak pengetahuan dan
pengalaman baru yang saya terima ketika melakukan kerja di dalam pejabat. Pengetahuan dan
pengalaman ini amat berguna untuk memajukan diri dan membantu untuk kemudahan di masa
hadapan terutama sekali dalam bidang. Saya juga telah banyak didedahkan dengan pelbagai
aktiviti serta tugas di jabatan ini secara tidak langsung saya juga telah mengetahui setiap
tanggungjawab dan peranan setiap kakitangan di dalam jabatan. Pendedahan kepada alam
pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya untuk membuka minda
dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat
mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi pekerjaan
yang sebenar.
Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa
hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi
manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak
mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan.
21
Pengalaman yang diperoleh ini amat berguna kepada pelajar agar dapat bersedia menempuhi
alam pekerjaan sebenar walaupun tempoh yang diberikan semasa latihan adalah singkat. Apa
yang penting sebenarnya adalah ilmu yang diberikan oleh pengurus semasa pelajar menjalani
latihan industri ditempat beliau. Oleh yang demikian, setiap pelajar dapat menggunakan
kemahiran teori dan amali untuk digabungkan bersesuaian dengan keadaan sebenar. Dengan
ini tidak dinafikan segala ilmu pengetahuan semasa latihan ini akan digunakan semasa
menempuh alam pekerjaan.
Selain itu, ia juga dapat mengimbangkan pengetahuan serta menambahkan ilmu pengetahuan
setiap pelatih sebagai seorang pelajar kejuruteraan yang bukan sahaja berkemampuan dari segi
amali yang praktikal dapat ditonjolkan. Ia adalah suasana yang berbeza di mana pelajar perlu
lebih berdisiplin, tanggungjawab, amanah dan professional dalam segala hal. Semasa menjalani
latihan industri ini, pelajar-pelajar telah didedahkan kepada suasana pekerjaan sebenar di
mana mereka telah ditempatkan bersama-sama mereka yang telah lama berkecimpung di
dalam bidang kejuruteraan. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi pengalaman yang amat
berharga kepada mereka.
Di samping kemahiran kerja, pelajar juga dapat berkomunikasi dengan lebih ramai lagi
masyarakat dalam bidang pekerjaan sama ada dengan golongan atasan mahupun bawahan
kerana setiap individu mempunyai kepentingan tersendiri di dalam sesebuah organisasi.
Latihan ini juga melatih saya untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Ini kerana masa kerja
di Dodomat sdn Bhd adalah 6 hari seminggu. Saya Cuma mempunyai masa rehat pada hari
Ahad sahaja. Setelah bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, masa untuk saya membuat
laporan harian dan laporan penuh latihan industri adalah pada waktu malam dan hari Ahad
juga. Pada hari bekerja sememangnya ada halangannya sendiri kerana keletihan selepas
bekerja. Namun begitu, saya telah belajar untuk menguruskan masa saya untuk membuat
laporan latihan industri dan masa istirehat saya. Walaupun jadual saya padat, saya perlu
membahagikan masa saya dengan sebaik-baiknya supaya laporan saya dapat disiapkan dengan
baik.
Walaupun saya hanya seorang pelatih ketika bersama dengan syarikat ini, kakitangan
syarikat ini tetap menganggap saya sebagai salah seorang daripada ahli keluarga
mereka. Saya juga tidak diketepikan daripada peraturan syarikat dan layanan
terhadap saya adalah sama dengan pekerja syarikat.
22
Pengalaman yang saya timba bersama Dodomat Sdn Bhd banyak membantu saya
memantapkan lagi teori yang saya pelajari semasa di Politeknik. Pengalaman ini
dapat dijadikan asas untuk menghadapi alam perkerjaan yang akan saya ceburi nanti.
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi latihan industri ini.
Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan
mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal,sekaligus
menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu format laporan
selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan
teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila
mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat
Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa
profesional di dalam negara ini.
23
BAB 6
Latihan Industri merupakan satu pendekatan yang telah diambil oleh pihak Kementerian
Pengajian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM ) secara amnya dan Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah (POLISAS) khasnya untuk menambah lebih banyak ilmu pengetahuan tentang teknikal
mahupun pentadbiran memandangkan jangkamasa kursus adalah dua setengah tahun.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam bidang pengurusan dan
perancangan sesuatu projek. Pemilihan organisasi bukan sahaja bergantung kepada besar atau
kecil sesuatu organisasi tetapi kesanggupan pelajar untuk mengaut segala ilmu pengetahuan
yang ada pada organisasi.
Setelah menjalani program Latihan Industri di Dodomat company, saya didapati terdapat
beberapa perkara yang harus dititiberatkan oleh pihak Dodomat company dan pihak Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) serta pelajar praktikal itu sendiri untuk memenuhi
permintaan industri dan seterusnya meningkatkan kualiti pelajar – pelajar Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah (POLISAS). Berikut adalah cadangan yang dilajukan agar program latihan yang
lebih sempurna dapat diadakan pada masa yang datang.
II. Dengan pengalaman ini saya ingin mengatakan yang paling penting ialah kualiti
komunikasi. Peralatan komunikasi yang berkualiti membolehkan majikan dan pekerja
kekal "di halaman yang sama," boleh dikatakan. Tugasan boleh dijelaskan dengan lebih
teliti dan pekerja boleh memahami dengan lebih jelas, yang seterusnya membawa
kepada keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugas baharu dengan yakin dengan
betul.
I. Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat permohonan dan dokumen
berkaitan kepada organisasi tersebut dengan lebih berkesan.
II. Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon oleh pelajar supaya
pelajar memilih organisasi yang berkaitan dengan bidang yang di ceburi supaya pelajar
dapat mengambil manfaat daripada program latihan organisasi.
24
III. Pihak Politeknik perlulah memberikan taklimat panduan yang lebih berkesan kepada
pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku laporan harian yang lebih tepat.
I. Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi peraturan dan etika
kerja yang baik agar pihak organisasi tidak memberi perspektif yang buruk pada pihak
institusi.
II. Pelajar yang ingin menjalani latihan industrihendaklah sentiasa bersedia untuk
menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab.
III. Pelajar mestilah tidak mensia – siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani
latihan industry supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan
menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang
berguna kepada diri sendiri.
25
LAMPIRAN J
BIBLOGRAFI/RUJUKAN
1) Sumber Internet
http://spmp.polisas.edu.my/upliv2/dokumen/selepasli/1.%20Garis%20Panduan%20Penulisan%
20Laporan%20Akhir.pdf
https://www.studocu.com/my/document/politeknik-sultan-azlan-shah/mechanical-
engineering/final-report-latihan-industri-sesi-2021/22995933
http://hafini918.blogspot.com/2018/11/13-objektif-laporan-industri.html
http://laporanakhirlatihanindustriamira.blogspot.com/p/kepentingan-latihan-industri_13.html
https://pbu21latihanindustri.blogspot.com/p/objektif-laporan-latihan-industri.html
https://www.studocu.com/my/document/politeknik-sultan-azlan-shah/mechanical-
engineering/final-report-latihan-industri-sesi-2021/22995933
https://laporanakhirdaus.wordpress.com/pendahuluan/#:~:text=Latihan%20Industri%20ini%20
bertujuan%20untuk,dalam%20menuruti%20arahandan%20menjalani%20tugas
https://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-laporan-latakhir
https://www.dodomat.com.my/
SUMBER: - RUJUKAN
Dodomat brosur
26
LAMPIRAN K
JADUAL
CONTOH BAGAIMANA PRODUK/BAHAN DISUSUN BERDASARKAN JADUAL TERSEBUT
Berdasarkan jadual di atas, apabila sesuatu bahan atau produk sampai, semua kuantiti akan
dinotakan dan ditulis berdasarkan Tarikh da kuantiti bahan dan juga tandatangan pengurus.
27
LAMPIRAN L
JADUAL
TIADA JADUAL
28
SEKIAN, TERIMA KASIH
29