Anda di halaman 1dari 4

PEREKRUTAN DAN PEMILIHAN PEKERJA

Perekrutan dan pemilihan pekerja merupakan suatu proses mendapatkan , menempatkan dan
mengalakkan bakal pekerja yang berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada atau
jawatan yang bakal diwujudkan dalam organisasi.
Perekrutan di definisikan sebagai proses menempatkan dan menggalakkan calon pekerja yang
berpontesi untuk mengisi kekosongan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi ( Bohlander , Snell dan
Sherman 2000).
Proses menarik minat individu berdasarkan had masa dengan bilangan yang mencukupi, kelayakan yang
sesuai & menggalakkan mereka memohon pekerjaan dengan organisasi tersebut (Mondy, Noe &
Premeaux; 2002).

Pemilihan pula adalah suatu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakkan yang
sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan yag sedia ada atau jawatan baru yang bakal wujud.
Kekosongan berlaku mungkin akibat daripada perletakkan jawatan , kematian , persaraan dan
perkembangan syarikat. Proses penapisan ini berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti umur , akademik ,
berat badan dan sebagainya.

Kriteria ini adalah berdasarkan keperluan kepada sesuatu pekerjaan. Selain itu , terdapat juga ciri-ciri
tambahan dalam pemilihan pekerja yang benar-benar berpotensi seperti cara berinteraksi , ciri-ciri fizikal
, cara berpakaian , imej diri dan sebagainya.

Semakin banyak permohonan semakin banyak pilihan bagi organisasi. Apabila banyak pilihan organisasi
akan dapat menjayakan fungsi pemilihan dengan lebih berkesan (Zafir M. Makhbul & Fazilah M. Hasun;
2003).

KAEDAH PENGAMBILAN
SUMBER PENGAMBILAN DALAMAN

Sumber dalaman sering menjadi pilihan utama organisasi jika sumber manusia yang sedia ada
berkelayakan untuk mengisi sesuatu kekosongan jawatan.
Pengambilan pekerja melalui sumber dalaman mempunyai kebaikan dari segi rekod prestasi
pekerja yang telah diketahui, kurangnya kos latihan dan pembangunan serta akhirnya akan
menjimatkan kos pengambilan secara keseluruhannya.
KAEDAH PENGAMBILAN DALAMAN

Pengurus sumber manusia mestilah mengenal pasti pekerja yang berkelayakan bagi mengisi
seuatu kekosongan jawatan.
Antara kaedah yang boleh digunakan oleh pengurus sumber manusia melalui:
a) Pangkalan Data Pekerja
b) Pameran Kerja

c) Pembidaan Kerja (job bidding)

SUMBER PENGAMBILAN LUARAN

Sumber pengambilan luaran dipilih aabila organisasi merasakan mereka perlu mengambil
pekerja daripada luar organisasi untuk memenuhi sesuatu kekosongan jawatan.
KAEDAH PENGAMBILAN LUARAN
Pengambilan luaran organisasi boleh diperoleh daripada sumber-sumber seperti:
1. Sekolah

2.
3.
4.
5.
6.

Agensi Pekerjaan
Rujukan Pekerja (Employee Referrals)
Latihan Amali
Majlis Istimewa
Temu Duga Terbuka

Anda mungkin juga menyukai