Anda di halaman 1dari 61

KONSEP 1 :

MEMAHAMI TUBUH
BADAN SAYA

TOPIK 1:
PERUBAHAN FIZIKAL DAN
EMOSI SEMASA AKIL BALIGH
Semasa Saya
Membesar,
Saya Berubah

Slaid 1.1(a) / Helaian Aktiviti 1.1 (a):

Semasa Saya Membesar, Saya Berubah (Lelaki)

Bayi
Dewasa

5 Tahun
Tua

10 Tahun

15 Tahun

Slaid 1.1(b) / Helaian Aktiviti 1.1 (b):

Semasa Saya Membesar, Saya Berubah


(Perempuan)

Bayi
Dewasa

5 Tahun
Tua

10 Tahun

15 Tahun

Slaid 1.1(c):

Perubahan dalam Kitaran Hidup Manusia


Permulaan

Perkembangan
Prenatal &
Kelahiran

Bayi

Lahir ke
2 Tahun

Perubahan ZamanPertengahan Zaman


Kanak-Kanak
Kanak-Kanak

2-6 Tahun

7-12 Tahun

Slaid 1.1(c):

Perubahan dalam Kitaran Hidup Manusia


Remaja

Akhir Remaja
Awal Remaja
Pertengahan Remaja
18-20 Tahun
12-14 Tahun (Perempuan)
15-17 Tahun (Perempuan) (Perempuan)
15-16 Tahun (Lelaki) 17-18 Tahun (Lelaki)
19-20 Tahun
(Lelaki)
Penting: Pada peringkat ini, remaja mempunyai
perasaan dan keinginan untuk berpasangan.

Slaid 1.1(c):

Perubahan dalam Kitaran Hidup Manusia


Awal dewasa

20 40 Tahun

Pertengahan dewasa

41 65 Tahun

Akhir dewasa

65 Tahun ke atas

Mesej Penting
Perubahan penting berlaku pada semua peringkat
kitaran kehidupan insan, ianya bermula dari konsepsi
(persenyawaan) sehingga ke akhir hayat.
Perubahan di setiap peringkat adalah penting.
Setiap orang (terutamanya remaja) mestilah
diperingatkan tentang tanggungjawab terhadap
setiap pilihan yang dibuat/tingkah laku yang dilakukan
pada setiap peringkat. Setiap pilihan akan
mempengaruhi perubahan peringkat yang seterusnya.
Adalah penting untuk setiap orang mengekalkan gaya
hidup yang sihat beserta dengan sikap positif
terhadap kehidupan.

Topik 1:
Perubahan Fizikal dan Emosi
Semasa Akil Baligh
Kenali Tubuh Badan
Saya,
Hargai Tubuh Badan
Saya

Akil Baligh

Kuiz
1. Anda akan mengalami haid pada umur yang
sama dengan kawan anda.
2. Hormon menyebabkan perubahan fizikal ketika
akil baligh bagi perempuan dan lelaki.
3. Perubahan emosi sering berlaku semasa akil
baligh.
4. Semasa gadis menjadi dewasa, pinggul mereka
melebar, pinggang mengecil dan payudara
membesar.
5. Onani / merancap boleh menyebabkan penyakit
mental, buta atau lemah tenaga batin.

Kuiz
6. Semasa lelaki membesar, mereka menjadi lebih
gagah, ditumbuhi misai dan suara mereka
menjadi garau.
7. Perempuan tidak sepatutnya bersukan atau
berenang apabila mereka didatangi haid.
8. Semua gadis dan remaja lelaki akan mempunyai
bentuk dan saiz tubuh badan yang sama pada
peringkat akhir akil baligh.
9. Ketinggian bertambah, bulu mula tumbuh di
ketiak dan kawasan pubik serta jerawat
merupakan perubahan biasa bagi gadis dan
remaja lelaki ketika akil baligh.

Mesej Penting
Akil baligh ialah peringkat dalam hayat setiap insan yang
dilalui pada lingkungan umur 9 dan 16 tahun. Kadar
perubahan berbeza di antara individu.
Kebanyakkan perubahan yang berlaku ketika akil baligh
adalah berbentuk seksual.
Hormon seks (testosteron untuk lelaki dan estrogen dan
progesteron untuk perempuan) akan dikeluarkan oleh
kelenjar pituitari yang terletak dibawah otak untuk memberi
isyarat kepada bahagian-bahagian tubuh supaya membesar
dan matang.
Selepas akil baligh, ini juga menunjukkan seseorang itu
berupaya membiak.Dengan yang demikian, adalah penting
untuk menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawap
terhadap setiap tingkah laku yang dijalankan.

Topik 1:
Perubahan Fizikal dan Emosi
Semasa Akil Baligh
Perasaan Semasa
Kita Membesar

Aktiviti 3

Slaid 1.3 (a)

Aktiviti 3

Slaid 1.3 (b)

Aktiviti 3

Slaid 1.3 (c)

Aktiviti 3

Slaid 1.3 (d)

Mesej Penting
Pengeluaran hormon juga mencetuskan
perkembangan emosi dan psikologikal.
Akil baligh merupakan masa mood berubah-ubah bagi
kebanyakan remaja.
Remaja mula membentuk identiti dan konsep dirinya
sendiri (persepsi tentang kebolehan, ciri-ciri, sikap,
perangai, penampilan, matlamat dan kebaikannya),
perubahan harga diri (esteem diri) dan peningkatan
perasaan untuk bebas
Peningkatan pengeluaran hormon mengakibatkan
khayalan di kalangan kebanyakan remaja. Terdapat
kesedaran diri tentang seksual yang memuncak .

Mesej Penting
Remaja haruslah memahami perubahan emosi yang
akan mereka alami pada peringkat ini dan belajar
untuk menanganinya melalui berikut:
Bertanggungjawap untuk diri dan orang lain
Mengenalpastikan perasaan/perubahan perasaan sendiri
dalam keadaan/situasi yang berlainan dan
menanganinya.
Memahami pemikiran dan badan sendiri; bagaimana
kedua-duanya mempengaruhi diantara satu sama lain.
Melakukan aktiviti fizikal untuk mengurangkan
tegangan/tenangkan diri sendiri
Mengetahui bilakah bersetuju dan tidak bersetuju,
terutamanya terhadap rakan sebaya

TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Bagaimana Tubuh
Badan Saya
Berfungsi

Slaid 2.1 (a): Sistem Reproduktif Wanita

Tiub Fallopio
Serviks / Pangkal
Rahim
Ovari

Uterus / Rahim
Vagina / Faraj

Slaid 2.1 (a): Sistem Reproduktif Wanita


Ovari

Dua kalenjar, setiap satu di kiri dan kanan uterus dan


mengandungi beribu-ribu sarang telur.
Salah satu ovari akan mengeluarkan telur (ovum)
sekali setiap bulan. Ini adalah proses ovulasi.
TiubFallopio

Tiub ini bersambung pada kedua-dua belah uterus.


Setiap tiub menyediakan saluran untuk ovari ke
uterus. Selepas ovulasi, telur yang matang bergerak
melalui tiub ke uterus. Persenyawaan berlaku di sini.

Slaid 2.1 (a): Sistem Reproduktif Wanita


Uterus/Rahim

Organ berotot yang berbentuk buah pear dan


berongga serta bersaiz seperti genggaman tangan.
Juga dikenali sebagai rahim dan dilapisi oleh
endometrium
Setiap bulan endometrium membentuk ketulan tisu
berongga yang mengandungi banyak salur darah.
Sekiranya telur disenyawakan, ia akan diimplantasi
(lekat) pada uterus dan seterusnya akan membentuk
janin. Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan
mengalami disintegrasi dan dinding ini akan runtuh
(menstruasi).

Slaid 2.1 (a): Sistem Reproduktif Wanita


Serviks/PangkalRahim

Bahagian bawah uterus yang terjulur keluar ke vagina.


Bukaannya membenarkan aliran darah haid bergerak
daripada uterus ke vagina.
Vagina/Faraj

Saluran dari uterus ke bahagian luar tubuh. Juga


dikenali sebagai saluran peranakan.
Di sinilah zakar lelaki melepaskan sperma semasa
persetubuhan.
Aliran darah haid bergerak melalui vagina daripada
uterus ketika keluar daripada tubuh.

Slaid 2.1 (b) : Sistem Reproduktif Lelaki

Kelenjar Prostat

Vas Deferens

Skrotum

Testis

Epididimis

Vesikal Seminal

Zakar

Uretra

Slaid 2.1 (b) : Sistem Reproduktif Lelaki


Zakar

Berfungsi ketika membuang air kencing dan


melakukan hubungan seks.
Menjadi tegang hasil daripada rangsangan seks.
Semen dikeluarkan daripada uretra semasa ejakulasi.
Uretra

Mengeluarkan air kencing daripada pundi kencing


keluar daripada tubuh.
Membawa semen keluar daripada tubuh.
Injap pada dasar pundi kencing menghalang air
kencing dan semen daripada meninggalkan badan
pada masa yang sama.

Slaid 2.1 (b) : Sistem Reproduktif Lelaki


Skrotum

Kelongsong kulit ini tergantung di luar tubuh pada


belakang dan ke bawah sedikit daripada zakar.
Menetapkan testis pada kedudukannya.
Testis

Kelenjar yang menghasilkan sperma dan hormon seks


lelaki iaitu testosteron.
Testis adalah lembut. Adalah penting bagi lelaki untuk
memakai penyokong atlet semasa bersukan dan
beriadah.

Slaid 2.1 (b) : Sistem Reproduktif Lelaki


Epididimis

Sperma menjadi matang dan disimpan di sini


Membenarkan sperma mengalir daripada testis ke vas
deferens.
VasDeferens
Tiub halus yang panjang, membawa sperma daripada
epididimis melalui vesikal seminal dan kelenjar
prostat.

Slaid 2.1 (b) : Sistem Reproduktif Lelaki


VesikalSeminal

Kelenjar kecil yang menghasilkan cecair pekat dan


melekit yang mengandungi protein, enzim, fructus,
mukus, vitamin C dan lain-lain yang merupakan
sumber tenaga untuk sperma
KelenjarProstat

Terletak di sekeliling pundi kencing pada dasar pundi


kencing.
Menghasilkan cecair putih yang cair yang menjadi
sebahagian daripada semen.

Mesej Penting
Sistem pembiakan/reproduktif dan
organ pembiakan adalah sama seperti
bahagian sistem badan yang lain.
Kita haruslah menghormati sistem
pembiakan/reproduktif kita.
Setiap orang/nyawa dihasilkan melalui
proses pembiakan. Sekiranya tiada
pembiakan, tiada nyawa di dunia.

TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Pengunjung Bulanan

Helaian Aktiviti 2.2 (a) : Pengunjung Bulanan

KUMPULAN 1 Fakta tentang haid


KUMPULAN 2 Mitos tentang haid
KUMPULAN 3 Bagaimana perasaan anda tentang haid
KUMPULAN 4 Perkataan-perkataan yang remaja gunakan untuk haid

Sumbergambar:ZamanRemajaMasaPalingIndahDalamHidupAnda
(PenerbitanpendidikandaripadaFFPAM)

Slaid 2.2 (a) : Pengunjung Bulanan

Telurmenjadimatang

Dindinguterusmenebal.
Ovulasiberlaku.

Dindinguterusterhakis

Dindingbertambahtebal.
Telurbergerakkeuterus
melaluitiubfallopian.

Kuiz
1. Semua kitaran haid adalah 28 hari, tidak
panjang, tidak pendek.
2. Sindrom pra haid (pre-menstrual syndrome/PMS)
merujuk kepada gejala yang dialami oleh
sesetengah gadis dan wanita, biasanya 2 minggu
sebelum kedatangan haid seperti sakit payu dara
atau emosi yang berubah-ubah.
3. Aliran haid berwarna merah terang dan ia
mengalir keluar dengan lajunya daripada tubuh.
4. Orang lain boleh mengetahui jika seorang gadis
itu mempunyai haid.

Kuiz
5. Jangka masa untuk haid selalunya antara 3 7
hari.
6. Seseorang gadis tidak patut mandi atau
membasuh rambutnya ketika haid.
7. Gadis sepatutnya mengalami haid pada kali
pertama ketika berusia 12 tahun.
8. Ovulasi berlaku kira-kira 14 hari sebelum haid
berikutnya dijangka bermula.

Mesej Penting
Semua wanita akan mengalami kedatangan haid
kecuali ketika hamil, menyusukan bayi, sakit atau
menghadapi masalah sistem reproduktif.
Wanita mula didatangi haid antara umur 9 hingga 16
tahun, dan berterusan sehingga berumur 45 50
tahun.
Remaja perempuan mungkin akan rasa bimbang,
takut, cemas dan segan apabila mengalami
kedatangan haid pada kali pertama.
Adalah penting untuk memberikan maklumat yang
tepat kepada anak perempuan supaya membantu
mereka menangani kebimbangan mereka.

Mesej Penting
Menjaga diri ketika kedatangan haid sangat penting untuk
mengekalkan kebersihan dan kesihatan.
Tukar tuala wanita secara kerap
Mandi dengan kerap dan pastikan kebersihan rapi di bahagian
kelamin. Mandi menggunakan air panas jika boleh, untuk
mengurangkan rasa tidak selesa dan kekejangan.
Lakukan senaman yang wajar dan secara berkala untuk
mempercepatkan aliran darah dan memberikan rasa sejahtera.
Kurangkan pengambilan makanan banyak garam, gula, tepung
dan kafien, minuman bergas, coklat, kopi, kuih muih, pai dan roti.
Minum banyak air air kosong, teh herba dan jus buah-buahan.
Ambil pil kalsium dan vitamin C.
Jika darah haid terlalu banyak, pil zat besi mungkin diberikan oleh
doktor untuk mencegah anemia.

TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Mimpi Basah

Slaid 2.3 (a): Oops! Saya Dah Basah

EmisidiMalamHari??

Kumpulan 1: mengapa mimpi basah


berlaku?
Kumpulan 2: Fakta dan mitos tentang
mimpi basah
Kumpulan 3: Mimpi basah itu normal
Kumpulan 4: Bagaimana mandi
wajib?

Mesej Penting
Mimpi basah adalah pancutan air mani dari zakar bagi
remaja lelaki berlaku semasa tidur. Ada masanya remaja
bermimpi mengenai seks apabila dia sedang tidur.
Ia adalah cara mengurangkan pengumpulan sperma dalam
testis secara semulajadi. Nama saintifik bagi mimpi basah
ialah nocturnal emission. Ia adalah proses normal dan
sebahagian daripada pertumbuhan.
Mimpi basah pertama remaja lelaki disamakan dengan haid
pertama gadis. Remaja akan rasa cemas apabila mengalami
mimpi basah untuk kali pertama, maka perlu dibekalkan
maklumat yang berkaitan supaya bersedia.
Remaja juga perlu diingatkan bahawa pengalaman mimpi
basah menandakan bermulanya fungsi reproduktif
(pembiakan), iaitu kebolehan menyebabkan gadis hamil.

TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Dia Datang &
Kawalan Diri

Slaid 8: Dia Datang

Err....Saya..err..
KUMPULAN 1 Fakta tentang onani/merancap (masturbation)
KUMPULAN 2 Mitos tentang onani/merancap
KUMPULAN 3 Bagaimana perasaan remaja mengenai
onani/merancap
KUMPULAN 4 Perkataan yang digunakan oleh remaja untuk
onani/merancap

Mesej Penting
Merancap biasanya dianggap fenomena umum semasa
remaja. Ianya tidak membahayakan kesihatan badan,
tidak menyebabkan buta, merosakkan tempat
kemaluan atau menyebabkan kemandulan.
Merancap boleh menjadi masalah bila dilakukan secara
ketagih atau melakukannya dengan bahan berbahaya
seperti bahan tajam atau ketika seseorang itu lebih
suka merancap daripada mempunyai hubungan seks
yang normal.
Remaja perlu diingatkan adalah normal sekiranya tidak
merancap. Mereka juga boleh mengawal
rangsangan/niat untuk merancap dengan melakukan
aktiviti lain seperti senaman.

TOPIK 2:
MEMAHAMI SISTEM
REPRODUKTIF
Apabila Sperma
Berjumpa Ovum
(Persenyawaan)

Helaian Aktiviti 2.5 (a)

Helaian Aktiviti 2.5 (b)


Pertemuan telur dan sperma adalah detik mulanya
mengandung. Telur wanita dipersenyawakan apabila ia
bercantum dengan sel sperma lelaki. Ini dikenali sebagai
fertilisasi atau persenyawaan.
Untuk mempersenyawa ovum, sperma akan menembusi
dinding ovum untuk mencapai nukleus sel. Kedua-dua
bersatu membentuk hanya satu sel. Telur hanya disenyawai
oleh satu sel sperma sahaja. Sperma yang lain akan berkecai
atau disintegrasi.
Telur yang telah disenyawakan bergerak melalui tiub Fallopio
ke uterus. Di sepanjang jalan, sel membahagi beberapa kali,
membentuk beberapa sel. Di dalam uterus, ia melekatkan
diri pada endometrium (dinding uterus). Apabila ini terjadi,
endometrium tidak terhakis dan haid tidak berlaku.

Helaian Aktiviti 2.5 (b)


Telur yang telah disenyawakan kemudian tertanam di
dalam endometrium dan mula membesar sebagai
embrio dan kemudian menjadi janin. Selepas 2 minggu,
uri terbentuk untuk memberikan makanan kepada
janin. Setelah melekat di dinding uterus, organ ini akan
bersambung ke janin melalui tali pusat.
Kandungan yang biasa akan mengambil masa selama
38 minggu dari detik persenyawaan. Semasa janin
membesar, uterus juga membesar beberapa kali ganda
daripada saiz asalnya. Ketika kelahiran bayi, otot-otot
uterus yang kuat akan mengecut dan mengeluarkan
bayi melalui pangkal rahim dan vagina dan seterusnya
keluar melalui tubuh wanita.

Mesej Penting
Setiap kehamilan/pengandungan haruslah
merancang dan setiap anak yang dilahirkan
adalah anak yang dikehendaki.
Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah
bertanggungjawap terhadap
kehamilan/pengandungan yang sihat.
Kami harus menjaga dan menolong remaja
perempuan yang mengandung atau remaja lelaki
yang menyebabkan seseorang itu mengandung
mencari cara penyelesaian, memarahi mereka
saja tidak dapat menyelesaikan masalah.

TOPIK 3: PERASAAN
TENTANG IMEJ TUBUH
BADAN KITA
Aktiviti 1: Menerima
Saya Seadanya

Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1


(a)

Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1


(b)

Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1


(c)

Menerima Saya Seadanya: Slaid 3.1


(d)

Mesej Penting
Tiada imej badan yang unggul/sempurna.
Kecantikan adalah dalam bentuk dan saiz badan
yang berlainan.
Imej badan yang sihat adalah berasa gembira dan
puas hati terhadap bentuk badan anda dan
menerimanya.
Setiap individu berbeza dengan orang lain. Dengan
kata lain, kita dicipta berlainan antara satu sama lain.
Setiap orang memiliki ciri-ciri yang positif dan yang
kurang positif. Anda mungkin tidak sukakan ciri-ciri
yang kurang positif, tetapi anda mungkin boleh
memperbaikinya.

Mesej Penting
Badan anda adalah tanggungjawap
anda.
Menerima, menghargai,
menghormati, melindungi anda
badan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai