Anda di halaman 1dari 58

AHLI KUMPULAN

* ROSNIZAN BIN YAAKUB


* WAN KHAIRUL ASRI BIN WAN IBRAHIM
* MOHD HILMI BIN MD AMIN
* NUR HELMI BIN NORDIN
* AZZAIRUN BIN RAZAR
* KHAIRUL RASHID BIN MOHAMMAD

KONSEP PERKEMBANGAN
MORAL
Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapi
oleh individu dan bersifat kualitatif berubah menurut
peredaran masa, contohnya kemahiran melukis.
Moral berasal dari kata Latin mores yang bererti:
tata cara, kebiasaan dan adat.
Perilaku moral bererti perilaku yg sesuai dengan kod
moral dalam kelompok masyarakat.
Jadi perkembangan moral merujuk kpd perubahan tata
cara, kebiasaan dan adat terhadap diri individu.

TEORI
KOGNITIF
PIAGET

TEORI
KOGNITIF
KOHLBERG

TEORI
HUMANIS
WILSON

TEORI
PERKEMBAGA
N MORAL
KANAKKANAK
TEORI
SOSIAL
BANDURA

TEORI
HUMANIS
ROGERS

TEORI SOSIAL
EMILE
DURKHEIM

PERKEMBANGAN MORAL
KANAK-KANAK:
TEORI PIAGET

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut piaget ada dua peringkat
i.Peringkat heteronomus (4-7 thn)
-Kanak-kanak memandang
perundangan sebagai tidak dapat
diubah.
ii. Peringkat autonomus (10 thn ke atas)
-Kanak-kanak sedar peraturan yg
dikenakan ke atas mereka
dikuatkuasakan oleh manusia juga.

PERKEMBANGAN MORAL
KANAK-KANAK
Ditentukan dalam tiga tahap
> 1. Tahap Pramoral
> 2. Heteronomous
> 3. Autonomous

Tahap Pramoral
* Kanak-kanak berminat dengan diri
sendiri sahaja.
* Kanak-kanak mengutamakan
pandangan sendiri.

Tahap Heteronomous
* Kanak-kanak lebih berhati-hati dan
berminat pada orang lain.
* Perasaan hormat pada pihak yang
berkuasa serta berupaya menerima
peraturan.
* Berupaya membuat pertimbangan
moral.
* Peneguhan dalam bentuk ganjaran
dan hukuman diambil kira.

Tahap Autonomous
* Kanak-kanak ambil berat tentang
kebajikan dan minat masing-masing.
* Perasaan hormat pada orang lain
dititik beratkan.
* Anggap peraturan boleh berubah-ubah
berdasarkan kerjasama dan rasa
hormat pada orang lain.
* Keputusan moral tidak lagi pada
kehendak undang-undang autoritarian.

TEORI PERKEMBANGAN
MORAL
LAWRENCE KOHLBERG

Piaget merupakan tokoh pertama menerangkan


perkembangan moral.
Akhir tahun 1950-an, Pelopor teori perkembangan moral
ialah Lawrence Kohlberg.
Perkembangan moral melibatkan perubahan
pemikiran,perasaan dan tingkah laku terhadap nilai
kebenaran atau kesilapan.
Tiga tahap asas penaakulan isu-isu moral dalam
perkembangan moral Kohlberg dan setiap satunya
dibahagikan kepada dua.

TAHAP 1:
PRA-KONVENSIONAL ( 0-9 TAHUN )
Pertimbangan berdasarkan keperluan individu
dan peraturan orang lain.
Peringkat 1:
Orientasi hukuman dan kepatuhan.
Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman.Perbuatan yang
baik buruk ditentukan oleh akibat fizikal.
Peringkat 2:
Orientasi Ganjaran Individu.
Keperluan individu menentukan salah dan betul. Pertolongan
adalah atas dasar mengharapkan balasan.

TAHAP 2 :
KONVENSIONAL ( 9-20 TAHUN )
Pertimbangan berdasarkan persetujuan orang
lain,harapan keluarga,nilai tradisional,undang-undang
masyarakat dan kesetiaan kepada negara.
Peringkat 3:
Orientasi kanak-kanak baik.
Ini berdasarkan apa yang baik,bantuan dan dipersetujui oleh orang
lain.
Peringkat 4:
Orientasi mengekal susunan sosial.
Undang-undang adalah mutlak.Pihak berkuasa mesti dihormati dan
susunan sosial dikekalkan.

TAHAP 3 :
POS-KONVENSIONAL ( > 20 TAHUN )
Peringkat 5:
Orientasi Kontrak sosial dan hak individu.
Kebaikan dinilai dari standard hak individu yang ditentukan secara
sosial.
Peringkat 6:
Orientasi prinsip Etika sejagat.
Kebaikan dan betul adalah perkara-perkara melibatkan hati nurani
seseorang individu dan melibatkan konsep abstrak seperti
keadilan,maruah insan dan kesamaan.

TEORI PERMODELAN:
BANDURA

Teori Perkembangan Sosial


Dipelopori oleh Miller dan Dollard tahun 1941.
Albert bandura dan R.H Walter (1963) telah
menghalusi dan mendalami kajian.
Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan
seharian terdapat banyak tingkah laku yang
dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan
penggunaan bahasa.
Teori pemerhatian Bandura dikenali sebagai
teori peniruan atau teori permodelan.

EKSPERIMEN 1
DAN WALTERS

ALBERT BANDURA
(1963)

Menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika


( 3-6 tahun).
Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu;
Kumpulan A
Kumpulan B

: Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang


dewasa memukul, menumbuk, menendang dan
menjerut patung besar.
: Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang
dewasa bermesra dengan patung besar.

Hasilnya :
Kumpulan A : Melakukan tindakan lebih agresif.
Kumpulan B : Tidak menunjukkan sebarang
tingkah laku agresif.

Bobo Doll

Kesimpulannya,
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui
peniruan atau permodelan.

EKSEPERIMEN 2
Kanak-kanak dibahagikan kepada 3
kumpulan:
A: (Kumpulan Kajian) : kanak-kanak memerhati sekumpulan
dewasa menumbuk patung besar, kemudian mendapat
hadiah.
B: (Kumpulan Kajian) : kanak-kanak memerhati sekumpulan
orang dewasa menumbuk patung besar, kemudian
mendapat denda.
C: (Kumpulan Kawalan) : Kanak-kanak disuruh memerhati
sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung
besar.

Hasil kajian
Kumpulan A : Melakukan tingkah laku
agresif berlipat ganda berbanding orang
dewasa yang diperhatikan.
Kumpulan B dan kumpulan C tidak
menunjukkan sebarang tingkah laku
agresif.

Kesimpulan eksperimen
2
Tingkah laku peniruan atau permodelan
adalah hasil peneguhan.
Pelbagai tingkah laku sosial seperti
keagresifan, persaingan, peniruan model
dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerak balas yang
ditonjolkan oleh orang lain.

Jenis-Jenis Peniruan
Peniruan langsung: meniru tingkah laku
yang ditunjukkan oleh model melalui
proses perhatian. Cth- tiru gaya artis.
Peniruan tak langsung : pembelajaran
tidak langsung, biasanya melalui
imaginasi atau pemerhatian secara tak
langsung. Cth- meniru t/laku watak yang
dibaca dalam novel.

Peniruan gabungan : meniru dan melakukan


t/laku dengan menggabungkan t/laku modelmodel yang berlainan. Merangkumi peniruan
langsung / tak langsung / kedua-duanya. Cth
murid meniru cara guru melukis dan
mewarna cara mewarna seorang pelukis
yang disanjungi.
Peniruan sekat lakuan: meniru dalam suatu
situasi tertentu sahaja. Cth- memakai
pakaian mengikut fesyen dalam televisyen
tetapi tidak dapat memakainya di sekolah.

Peniruan tak sekat lakuan : t/laku yang


ditiru boleh ditonjolkan dalam apa jua
situasi. Cth - murid meniru gaya berbudi
bahasa gurunya.

Ciri-Ciri Teori Permodelan


Bandura
Unsur pembelajaran uatam ialah pemerhatian dan
peniruan.
T/laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan
teladan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demonstrasi guru sebagai model.
Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan
dan peneguhan yang berpatutan.
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,
peniruan, dengan t/laku atau gerak balas yang sesuai
diakahiri dengan peneguhan positif.

Prinsip Pembelajaran
Melalui
Pemerhatian/Permodelan

1. Perhatian :
Pembelajaran hanya berlaku apabila ada
tumpuan perhatian.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian
- ciri-ciri model termasuk niali, umur, jantina,
status dan hubungan dengan pemerhati.
- kegunaan dan faedahnya.
- kemahiran pemerhati.

2. Mengingat :
Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah
laku yang diperhatikan dalam ingatan.
Menurut Bandura, butir-butir tingakh laku boleh
dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan
bahasa dan imaginasi.
3. Reproduksi :
Pemerhati harus berupaya melakukan semula t/
laku yang ditirunya.
Kecekapan bergantung kepada keupayaan fizikal
dan kemahiran tiruan motor serta kemahiran
mengingat dengan cepat.

4. Peneguhan / Motivasi :
Individu biasanya meniru dan melakukan
semula tingkah laku yang diperhatikan
sekiranya ia mendatangkan kepuasan,
peneguhan positif atau ganjaran.
Pemerhati tidak melakukan semula tingkah
laku yang diperhatikan sekira didenda atau
ditegur.
Jenis-jenis peneguhan
- pujian
- melihat orang lain mendapat hadiah
- motivasi intrinsik.

Implikasi Teori Bandura


Di dalam bilik darjah, keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai
melalui beberapa cara seperti:
1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan
menarik supaya menjadi role model yang
boleh dicontohi oleh murid.
2. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta
menarik supaya murid boleh meniru dengan
tepat dan mudah.

3. Hasilan guru atau contoh-contoh seperti


karangan, seni lukis dan sebagainya yang
ditunjukkan mestilah mempunyai mutu
yang tinggi.
4. Guru boleh menggunakan rakan sebaya
sebagai role model di dalam kelas atau di
luar kelas.
5. Guru boleh mengajar nilai murni dan watakwatak bersejarah dengan menggunakan
teknik main peranan dan simulasi.

TEORI PERKEMBANGAN
MORAL SOSIAL
EMILE DURKHEIM

BIOGRAFI EMILE DURKHEIM

Lahir : 15 April 1858


Asal : French
Pencetus Sosiologi Moden

Masyarakat adalah fenomena moral

merupakan kumpulan individu yang menjalankan


kehidupan sosial manusia
individu dalam masyarakat saling bergantung antara
satu sama lain untuk hidup

Unsur dalam Teori Moral Durkheim

Disiplin
Keterikatan pada masyarakat
Autonomi

*Autonomi - kewajiban yang diberikan kepada masyarakat


untuk mengatur dan mengurus sendiri urusan
pemerintahan dan kepentingan menurut aspirasi sendiri

APLIKASI TEORI
PERKEMBANGAN
MORAL SOSIAL DURKHEIM

Ibu bapa dan guru memainkan peranan


dalam perkembangan moral kanak-kanak
Kesedaran mengenai moral muncul apabila
dunia sosial kanak-kanak berkembang
Moral
mempunyai
kuasa
mengawal
kelakuan individu
Kerana individu yang mempunyai moral
yang baik mampu mengekalkan hubungan
sosial dalam masyarakat.

Kanak-kanak perlu memahami dan


mematuhi peraturan
Disiplin boleh membentuk fikiran dan
kelakuan moral
Peraturan yang dikenakan ditetapkan oleh
orang dewasa
Akan mempunyai hubungan sosial yang baik
Kanak-kanak akan tahu apa yang salah dan
betul dalam sebuah kehidupan sosial
Interaksi sosial positif meningkatkan nilai
moral dalam diri kanak-kanak.

IBU BAPA VS GURU


Disiplin dapat dibentuk dengan efektif
di sekolah berbanding di rumah.
Kenapa?
Rumah : perasaan cepat mesra dan tidak
pentingkan diri menghasilkan penekanan
disiplin yang rendah.
Sekolah : wujud sebagai institusi sosial yang
formal dan kanak-kanak perlu patuh kepada
peraturan.

KEKUATAN
Altruisme sebagai punca perkembangan organisma
setiap org berfungsi menggerakkan masyarakat.
Kesimpulannya ia mengutamakan kepentingan orang
lain daripada kepentingan diri sendiri

Fungsi pendidikan adalah untuk meningkatkan


solidariti sosial
tak melanggar peraturan
untuk mengekalkan peranan , ikut peraturan dalam
sekolah
untuk mengekalkan pembahagian kerja/tugas.
Kesimpulannya ia menunjukkan
perpaduan yang ditunjukkankan
oleh sekumpulan masyarakat dalam
interaksi sosial

KELEMAHAN
Kanak-kanak sukar menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan peraturan baru
Peraturan masyarakat tidak berkembang
dengan perubahan masa
Gap generation antara golongan muda
dan tua agak besar

FIKIRKAN
Sistem kasta di India menggunakan konsep
masyarakat
sebagai
peraturan
yang
menentukan tahap sosial dalam masyarakat.
Apakah kesan positif dan negatif sistem kasta
di India? Fikirkan.

TEORI PERKEMBANGAN
HUMANIS

Memberi tumpuan kepada apa yang berlaku


dalam diri seseorang individu seperti
perasaan
dan
emosinya.
Pendekatan
humanis menekankan cara pemikiran,
pengamatan
dan
cara
mengintepritasi
seseorang individu terhadap sesuatu tindakan
dan tingkah laku moral.

CARL ROGERS
Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep
kendiri sebagai persepsi diri sendiri tentang
minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat
persepsi orang lain terhadap diri sendiri
dengan persekitaran. Konsep kendiri positif
adalah percaya dan yakin kepada diri sendiri
secara fizikal, mempunyai minat yang
objektif dan tidak terlalu sensitif.

Beliau berpendapat pembentukan moral


yang baik adalah melalui model yang boleh
dicontohi dan berpengalaman seperti ibu
bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan
dirinya
sendiri.
Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui
didikan ini akan membentuk konsep kendiri
yang positif.

Alam sekitar memainkan peranan yang


penting dalam perkembangan moral
khasnya sebaran am, budaya dan
penilaian masyarakat terhadap sesuatu
tingkah laku.
Akhirnya, penilaian individu terhadap
keperluan asasinya seperti
keselamatan , fizikal, kasih sayang dan
penghormatan diri akan mempengaruhi
penaakulan moral

a) Memberi galakan, bantuan dan sokongan


kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus
berpuas hati dengan hasil kerja kanakkanak dan memberi pujian atau ganjaran.
b) Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral
dan agama yang baik di dalam jiwa kanakkanak sejak mereka masih kecil lagi.

JW berpendapat kanak-kanak perlu diberi


pengajaran, pengetahuan dan kemahiran
dalam mengatasi masalah moral.
Bagi mengenal seseorang yang
berpendidikan moral, Wilson
membahagikan kemoralan itu kepada 6
bahagian yang mempunyai nama
Greek klasik.

1) PHIL
: Percaya bahawa orang lain perlu dihormati,
murah hati dengan orang lain,berupaya
meletakkan diri ditempat org lain dan cuba
berfikir dan merasa seperti org lain.
PHIL 1 : Sikap seseorang melayan dan
hormat org lain secara adil dan
memberi kebebasan yang sama.
PHIL 2 : Murah hati dan menjadikan minat
orang lain sebagai minat sendiri.

2) EMP
: kebolehan seseorang mentafsir dan
memahami perasaan emosi dan kemahuan
orang lain dan berupaya menghurai perasaan
itu dengan tepat.
EMP 1 : menyedari perasan orang lain
EMP 2 : menyedari perasaan diri sendiri

3) GIG
: pengetahuan seseorang mengenai isu-isu
moral dan cara-cara mengatasi, membantu
dan menjauhi isu itu. Untuk membuat
tindakan bermoral perlu ada pengetahuan
mengenai kesan sesuatu tindakan.
GIG 1 : Pengetahuan mengenai isu-isu moral
GIG 2 : Pengetahuan moral mengenai kesan
tindakan bagi membantu orang lain.

4) KRAT
: keupayaan seseorang mengetahui dan
memahami sesuatu keadaan.
KRAT 1 : berfikir dan bertindak ke arah apa
yang patut.
KRAT 2 : menyatakan keputusan dengan
rasional.

5) DIK
: kebolehan seseorang itu membuat
kesimpulan mengenai kemahuan-kemahuan
orang lain.
6) PHRON
: kebijaksanaan dan idea-idea seseorang itu
dapat membuat keputusan moral yang tepat
dan tegas.

Dengan menggunakan 6 bahagian ini,


Wilson membentuk formula mengenai
pendidikan moral iaitu:
Formula A:
(PHIL 1 & 2) + (EMP 1 & 2) + (GIG 1 & GIG 2) +KRAT 1= DIK/PHRON

Formula B:
(DIK + PHRON) + KRAT 2 = MORAL TINGGI

* Wilson menjelaskan bahawaorangyang


berpendidikan moral akan mengambil kira
kehendak orang lain, kebajikan dan peka
terhadap perasaan orang lain.
* Namun dirinya mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dan tahu mengatasi isu-isumoral
dengan menggunakan kemahiran dan tindakan
yang betul.

SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai