Anda di halaman 1dari 16

STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL

TAJUK 1; PENGENALAN KEPADA


PSIKOLOGI SOSIAL
DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM
Apa Itu Psikologi Sosial?
Satu bidang saintifik bertujuan
memahami bentuk dan sebab
tingkah laku, perasaan dan
fikiran individu dalam situasi
sosial
Psikologi sosial melihat
bagaimana fikiran, perasaan
dan tindakan kita dipengaruhi
oleh persekitaran sosial
Aspek penting dlm definisi Psikologi Sosial 1
Berbentuk saintifik
Sains merujuk kpd nilai dan
kaedah tertentu
Bukan common sense
Psikologi sosial mengunakan
kaedah saintifik yg ada masanya
bertentangan dgn common
sense
Menekankan kpd 4 nilai utama dalam
sains:
Ketepatan- mendapatkan data
secara berhati2 & tepat
Objektiviti- bebas dari bias
(sehabis boleh)
Skeptisme- betul hanya selepas
verifikasi berulang
Keterbukaan boleh berubah
sekiranya ada bukti baru
Aspek penting dlm definisi
Psikologi Sosial 2
Psikologi sosial memfokus kepada
tingkah laku individu
Mengandaikan bahawa tingkah
laku dan fikiran berlaku pada
peringkat individu
Mengenalpasti kepentingan
pengaruh budaya dan sosial tetapi
masih menekankan kepada tingkah
laku individu
Aspek penting dlm definisi Psikologi Sosial 3
Cuba memahami sebab di sebalik fikiran
dan tingkah laku sosial
Mengenalpasti 4 faktor utama di sebalik
fikiran dan tingkah laku sosial iaitu:
Tindakan dan ciri-ciri seseorang (cth:
rupa paras seseorang)
Proses kognitif (cth: penerangan kawan)
Variabel persekitaran (cth: suhu)
Faktor biologikal (cth: diwarisi)
Aspek penting dlm definisi Psikologi Sosial 4
Pencarian prinsip asas dalam dunia sosial
yang berbeza dan berubah
Mengakui peranan konteks budaya yang
berbeza (cth: norma sosial) dan perubahan
dunia sosial/teknologi (cth: interaksi media
sosial) tetapi menegaskan masih ada undang-
undang universal tentang tingkah laku sosial
Undang-undang asas yang boleh diaplikasi
dalam konteks dan situasi yang meluas masih
merupakan matlamat utama dalam psikologi
sosial
Kesimpulan
Psikologi sosial ialah satu bidang yg cuba
memahami penyebab di sebalik tingkah laku
dan pemikiran sosial manusia mengunakan
kaedah saintifik
Mengandaikan tingkah laku dan pemikiran
sosial dipengaruhi oleh faktor sosial, kognitif,
persekitaran dan biologikal
Tren terkini dalam penyelidikan Psikologi
Sosial
Kognisi (pemikiran) dan tingkah laku saling
berkaitan
Peranan emosi dalam kehidupan sosial
Hubungan- permulaan, perubahan, kekuatan dan
pengakhiran
Bidang neurosains sosial (cuba memahami asas
proses neural dan biologikal dlm proses sosial)
dikembangkan dgn kemajuan teknologi spt MRI
dan PET
Kepentingan peranan proses implisit (proses tidak
disedari) dlm mempengaruhi tingkah laku sosial
Diversiti sosial
Bagaimana persoalan dlm psikologi sosial
dijawab mengunakan kaedah saintifik
Kaedah Penyelidikan
Pemerhatian sistematik - kaedah
penyelidikan di mana tingkah laku
diperhati dan direkodkan secara
sistematik
Pemerhatian semulajadi - tingkah
laku diperhatikan dlm konteks
semulajadi
Lain2 kaedah penyelidikan dlm psikologi
sosial 1
Kaedah tinjauan - ramai orang
menjawap soalan tentang sikap dan
tingkah laku mereka
Kaedah korelasi - kaedah
penyelidikan di mana penyelidik
memerhati 2 atau lebih variabel
dan melihat samada perubahan
dlm satu variabel diikuti perubahan
dlm variabel lain (contoh:kaitan
antara sikap dgn pencapaian)
Lain2 kaedah penyelidikan dlm
psikologi sosial 2
Hipotesis - jangkaan tentang tingkah
laku atau pemikiran sosial yg belum
diuji (contoh:perempuan pandai)
Lain2 kaedah penyelidikan dlm
psikologi sosial 3

Eksperimen- kaedah penyelidikan di


mana 1atau lebih faktor diubah secara
sistematik utk melihat kesanya ke atas
faktor lain
Variabel bebas (diubah secara sistematik
dlm eksperimen) vs. variabel bergantung
(diukur dlm eksperimen)
Kepentingan pilihan rawak dan konstansi
Peranan mediator
Kepentingan Teori
Teori dibentuk berdasarkan bukti
Teori menjadi asas kpd hipotesis
Hipotesis diuji dan jika didapati
tepat, menambah kekuatan teori
Jika hipotesis tidak disokong,
teori diubah suai dan diuji semula
mengunakan hipotesis baru
Mencari keseimbangan pencarian dgn
kepentingan individu; isu-isu etika
Ada masanya desepsi (penyembunyian
maklumat tentang tujuan kajian) digunakan
Desepsi tidak boleh digunakan utk
mendapat persetujuan
Ada masanya boleh diterima jika ada:
Kebenaran bermaklumat-maklumat diberi
sebelum kebenaran didapati
Proses debriefing-pemberitahuan semua
maklumat penting diakhir penyelidikan
Panduan Etika Umum Menjalankan
Penyelidikan Psikologi Sosial

Pastikan tindakan awal telah diambil untuk


melindungi hal, keselamatan dan
kesejahteraan peserta kajian
Gunakan desepsi hanya jika perlu
Sentiasa menjalankan penyelidikan dengan
berhati-hati
Perlu mendapat kelulusan IRB atau JEPEM di
USM

Anda mungkin juga menyukai