Apa Itu Falsafah
Apa Itu Falsafah
oEtimologi ( Bahasa )
oTerminologi ( Istilah )
oPraktikal
Falsafah berasal dari perkataan Yunani,
philosophia
Philo bermaksud ‘cinta’ dan sophia
bermaksud ‘pengetahuan’.
Boleh ditakrifkan sebagai ‘ cinta kepada
pengetahuan atau hikmah’.
Orang yang cinta kepada pengetahuan
dikenali sebagai ahli falsafah.
Mereka menjadikan pengetahuan sebagai
tujuan hidup, berikhtiar mencari hakikat
tentang sesuatu, menaut sebab-akibat dan
mentafsir pengalaman manusia untuk
memahami kebenaran mengenai diri dan
dunia mereka.
Kesimpulannya, mereka sanggup
mengabdikan diri kepada pengetahuan.
Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh
ahli falsafah adalah berbeza-beza.
Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka
berpaksikan kepada elemen-elemen seperti
manusia, Tuhan dan alam.
Falsafah membawa maksud “ berfikir secara
bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan
sejagat”.
Berfikir secara sistematik – “ berfikir secara logik dan
berurutan”.
Berfikir secara radikal – berfikir sehingga ke akarnya dan
menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
Berfikir secara sejagat – tidak terhad kepada aspek-
aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di
antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains >
sains fizikal dan kemanusiaan ).
TEOLOGI SAINS