Anda di halaman 1dari 25

Pengucapan Awam

TOPIK 1

FMW3032
Pengenalan
• Merujuk kepada Aristotle, terdapat
LIMA aspek penting dalam pengucapan
awam:
1. Idea pokok
2. Gaya atau bahasa
3. Pengolahan idea
4. Cara penyampaian ucapan
5. Kebolehan memberi ucapan
Pengenalan (samb.)
• Plato mengistilahkan pengucapan awam
sebagai ‘retorik’.
• Cicero juga sependapat dengan Plato dan
beliau banyak menulis tentang credibiliti
pengucap dalam pengucapan awam.
• Pada abad ke-19, retorik merupakan satu
pelajaran penting dalam kurukulum
sekolah-sekolah di Amerika dan England.
Definisi Pengucapan Awam
• Rahimah Yeop pula menyatakannya
sebagai satu interaksi penghantaran mesej
antara seorang pengucap dan sekumpulan
pendengar dengan tujuan untuk
memindahkan dan menyampaikan mesej
itu dari satu pihak kepada pihak yang
lain.
Definisi Pengucapan Awam (samb.)

• Joseph A. Devito (2009) mendefinisikan


pengucapan awam sebagai seorang
pengucap menyampaikan mesej secara
berterusan kepada kumpulan pendengar
yang agak ramai dalam satu konteks yang
unik.
Model Pengucapan Awam
• Model Komunikasi Schramm (1971).
– Setiap mesej yang dihantar oleh pengirim
kepada penerima akan diinterpretasikan
berdasarkan bidang pengalaman masing-
masing yang disebutnya sebagai rangka rujuk
bersama.
• Rangka rujuk bersama
– Model ini menyatakan bahawa pengucap
dihubungkaitkan dengan khalayaknya melalui
maklum balas.
Tujuan Pengucapan Awam
1. Untuk memaklumkan atau memberitahu
mengenai sesuatu.
2. Untuk memperkenalkan.
3. Untuk mempengaruhi atau memujuk.
4. Untuk memotivasi atau memberi
galakan.
5. Untuk menghibur.
Elemen-elemen Pengucapan Awam

1. Sumber/pengucap
2. Maklumat/mesej
3. Suasana/persekitaran
4. Saluran
5. Penerima/khalayak sasaran
6. Maklum balas
7. Gangguan
Gangguan
Elemen Contoh Gangguan
Sumber Kurang keyakinan diri, sakit, tidak minat, kurang
mahir, tidak bersedia, emosi tidak stabil,
gugup, takutkan khalayak, penyampaian yang
tidak jelas, personaliti, dll.
Saluran Suara yang tidak jelas, tiada pembesar suara,
bising.
Mesej Jargon, mesej yang tidak jelas, mesej sukar
difahami.
Persekitaran/ Bising, panas, bilik terlalu kecil, gelap/kurang
konteks terang.
Penerima Tidak minat, emosi tidak stabil, pekak, sukar
untuk faham.
Maklumbalas Tiada maklum balas, maklum balas tidak jelas.
Merancang Pengucapan Awam
• Persediaan Diri
• Penyediaan Bahan-bahan Pengucapan
Awam
• Merangka Ucapan
– Pengenalan atau Pembukaan
– Isi/Kandungan Ucapan
– Kesimpulan/Penutup
Menyediakan bahan-bahan bantu
persembahan
• Penggunaan bahan-bahan bantu
persembahan seperti power point, warna,
gambar, illustrasi, lukisan, grafik, pita
rakaman, CD, DVD, peta, carta, model,
manusia, papan hitam dan putih, flip charts
dan lain-lain lagi adalah penting dalam
membantu meningkatkan keberkesanan
ucapan kita.
Persediaan sebelum berucap
• Persediaan pada diri - Pastikan kita
benar-benar bersedia untuk melakukan
pengucapan awam. Nilai diri kita dari
segi persediaan mental, emosi dan
fizikal.
• Sampai lebih awal ke tempat melakukan
ucapan
• Uji peralatan yang disediakan
• Perkenalkan diri
Persediaan Semasa Berucap
a) Pakai pakaian yang sesuai untuk majlis.
b) Berdiri dengan selesa dan bertenang sambil
memerhatikan khalayak.
c) Jangan tunjukkan ketidakselesaan kita
sebaliknya tunjukkanlah keghairahan dan
keinginan kita untuk melakukan ucapan itu.
d) Pelbagaikan intonasi suara.
e) Kawal kelajuan percakapan.
f) Pelbagaikan cara penyampaian.
Persediaan Semasa Berucap (samb.)
g) Jika kita menggunakan nota, rujuklah ia pada
tahap yang paling minima.
h) Sekali sekala lontarkan pertanyaan kepada
khalayak.
i) Berikan contoh-contoh yang menarik.
j) Selitkan jenaka.
k) Libatkan hadirin.
l) Percakapan yang diikuti dengan tingkah laku
bukan lisan yang menarik dan sesuai.
Persediaan Semasa Berucap (samb.)
m) Gunakan ungkapan-ungkapan dan istilah-istilah
yang mantap, tepat dan jitu tetapi mudah
difahami.
n) Nyatakan sesuatu yang baharu, realiti, penting
dan hampir dengan mereka.
o) Timbulkan suatu keanehan, luar biasa dan
suspen.
p) Selitkan cerita-cerita kerana sifat semula jadi
manusia suka mendengar cerita.
q) Sekali sekala gunakan analogi, iaitu membuat
perbandingan.
Persediaan Semasa Berucap (samb.)
r) Muatkan petikan, pantun, bait-bait lagu dan
peribahasa.
s) Jika sesuai, lakukan pergerakan mengikut yang
sewajarnya.
t) Bersikap terbukalah kepada khalayak.
u) Wujudkan kontak mata dengan khalayak.
v) Elakkan dari melakukan tingkah laku dan yang
boleh mencacatkan pengucapan awam kita.
w)Sanjungi, puji, dengar dan hormatilah khalayak
kerana manusia sukakan perkara-perkara ini dan
boleh memotivasikan mereka.
Persembahan
• Terdapat EMPAT cara asas dalam
penyampaian ucapan iaitu:-
1. Dengan cara mengingat
2. Berucap secara tiba-tiba (impromptu)
3. Cara membaca
4. Cara extemporaneous.
Gangguan Emosi
• Badan berpeluh • Tidak boleh tidur
• Menggigil nyenyak
• Tak larat makan • Fikiran terganggu
• Degupan jantung • Keyakinan diri
meningkat menurun
• Sakit perut • Nafas menjadi kencang
• Kerap membuang air • Lutut menggeletar
kecil • Tidak berapa minat
• Gelisah untuk bercakap
• Mukanya pucat
Kaedah mengatasi masalah
gemuruh dan gangguan emosi

a) Kuasai isi kandungan pengucapan


awam anda dengan sebaiknya.
b) Buat latihan secukupnya.
c) Bawa rakan atau kenalan.
d) Berdiri di belakang sesuatu.
e) Pegang sesuatu benda.
Kaedah mengatasi masalah gemuruh
dan gangguan emosi (samb.)

f) Dapatkan pengalaman berucap


Bergerak-gerak dan tarik nafas
g) Gunakan petua agama
h) Dapatkan petua orang tua-tua
i) Yakin dan percaya kepada kebolehan
diri
Bahasa dan Gaya
a) Kejelasan
b) Jadikan menarik
c) Menyesuaikannya dengan khalayak
d) Menyesuaikan bahasa dengan keadaan
e) Gunakan gaya bahasa sendiri
f) Hubungkan gaya bahasa kita dengan apa
yang dikatakan
g) Gunakan ayat aktif
Bahasa dan Gaya (samb.)
h) Gunakan perbandingan
i) Gunakan metafora
j) Gunakan hiperbola
k) Memperkecil-kecilkan
l) Personifikasi
m) Gunakan klimaks
n) Aliterasi
Etika Pengucapan Awam
• Konsep etika berasal dari perkataan Greek
“ethos” dan “ethikos”.
• Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang
biasa, cara hidup ataupun budaya.
• Ethikos pula ialah tatasusila, adab, kelakuan atau
perbuatan yang baik.
• Thiroux mendefinisikan etika sebagai teori yang
berkaitan, hujah dan tujuan yang mengarah
kepada makna sesuatu tindakan.
Etika Pengucapan Awam (samb.)

• Berikut digariskan beberapa pantang


larang atau etikanya:
a) Bercakap benar
b) Ketulenan ucapan
c) Bertanggung jawab
d) Niat yang betul
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai