Anda di halaman 1dari 4

Scaffolding Internalization

Teori belajar
Lev Vygotsky

Zon Perkembangan
proksimal
Internalization
Pengalaman dan aktiviti sosial yang telah disebatikan dalam aktiviti
minda dalaman (internal mental activity).
Melalui masa, kanak-kanak beransur-ansur menyebaktikan arahan atau
tutur kata orang dewasa ke dalam pemikiran mereka sehingga ia seolah-
olah menjadi arahan dalaman diri.
Hal ini boleh diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak yang bermula
dengan penggunaan bicara kendiri (self talk) kemudian beralih ke
penggunaan bicara hati (inner speech) untuk menyelesaikan masalah.
Scaffolding
Maksud - 'sesuatu kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu.'
Bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran &
pembelajaran melalui soalan dan interaksi yang bersifat positif.
Di awal-awal pembelajaran guru melakukan bimbingan langsung kepada pelajar,
semakin tinggi tahap kemampuan pelajar, maka bimbingan yang diberikan akan
semakin sedikit.
Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu,
namun bimbingan yang diberi di kurangkan sehingga pelajar boleh menguasai
sesuatu kemahiran.
Zone Proximal Development (ZPD)
Lingkuran kemampuan seseorang untuk melakukan tugas-tugas dengan berjaya.
Kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan
bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
Bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap
peribadi
Terdapat 2 tahap iaitu:
- Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-
kanak tanpa sebarang bantuan.
- Tahap perkembangan potensi: Penyelesaian masalah yang boleh dilakukan oleh kanak-
kanak dengan bimbingan orang dewasa.

Anda mungkin juga menyukai