Anda di halaman 1dari 16

Ahad 9 May 2010

Pengertian Kaedah

Bahasa:

Asas dan Asal

Istilah:

Hukum "kulli" atau bersifat umum yang dipraktikkan di atas semua


hukum "juz'i" atau terperinci untuk mengetahui hukum daripadanya.

Contoh: Al-Amr atau suruhan pada asasnya membawa pengertian


wajib.

Qawaid Fiqhiyyah
Pengertian Fiqh
Bahasa:

1.Memahami dan mengerti


2.Pengetahuan yang mendalam

Istilah
Ilmu yang berkaitan dengan hukum syarak berbentuk praktikal yang diambil
daripada dalil-dalilnya secara tafsili terhadap setiap permasalahannya

Contoh: Setiap sesuatu yang menjadi tambahan terhadap asal dikira sebagai riba
berdasarkan firman Allah

“Maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak
berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi” (al-Baqarah 279)

Qawaid Fiqhiyyah
Pengertian Usul Fiqh (UF)
Ilmu yang berkaitan kaedah-kaedah yang dijadikan sebagai
perantaraan atau alat untuk mengeluarkan (istinbat) hukum-hukum

Contoh: setiap lafaz perintah menunjukkan hukum wajib melainkan ada


yang mengalihkannya dari hukum tersebut

Firman Allah “Allah dan kerjakanlah solat”

setiap tegahan menunjukkan hukum haram melainkan ada yang


mengalihkannya dari hukum tersebut

Firman Allah “Janganlah kamu dekati zina”

Qawaid Fiqhiyyah
Pengertian Kaedah Fiqhiyyah (QF)
Prinsip2 Fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang
mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-
bahagiannya.

Contoh:

Al-Umur bi maqasidiha (setiap perkara bergantung kepada


maksud/niat)

Ad-dharurah tubeehul mahzurah (keadaan darurat menghalalkan


perkara yang ditegah.

Qawaid Fiqhiyyah
Skop Perbahasan Ilmu UF
Kaedah2 umum yang digunakan oleh ulama’ untuk istinbat (mengeluarkan)
hukum.

Membincangkan tentang dalil2 zanni dan qat’i

Membincangkan sumber2 hukum yang disepakati dan yang tidak

Membincangkan lafaz2 yang berbeza dlm al-quran dan sunnah seperti khas,
aam, mutlaq muqayyad, mantuq, mafhum sbg

Membincangkan istilah2 hukum spt haram, sunnah, rukhsah, azimah dsbg.

Membahaskan keadaan mukallaf seperti baligh, berakal, lupa dsbg.

Qawaid Fiqhiyyah
Tujuan dan faedah Ilmu UF
Mengetahui kaedah2 yang digunakan oleh Ulama’

Istinbat
(mengeluarkan) hukum2 baru yang sentiasa berubah mengikut
peredaran zaman dan tempat.

Mengetahui asas dan hikmah dari sesuatu hukum spt: haramnya zina, potong
tangan kerana mencuri dsbg

Dapat mengetahui pandangan ulama’ dan memilih manakah yang lebih


bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah

Membantu Ulama’ mujtahid dalam mengeluarkan fatwa.

Qawaid Fiqhiyyah
Tujuan dan faedah Ilmu QF
Ilmu yang amat penting bagi mujtahid dlam menetapkan hukum

Sebagai panduan untuk menetapkan hukum2 pecahan

Memudahkan kerja para mujtahid

Pecahan dan cabang masalah2 fiqh dapat diketahui melalui QF

Salah satu cara untuk mencapai kebaikan dan menolak keburukan

Untuk mengetahui cara para mujtahid mengeluarkan hukum

Dapat menghayati fiqh


Qawaid Fiqhiyyah
Perbezaan antara UF dan QF
Usul Fiqh ialah ilmu yang berkaitan kaedah atau metodologi yang
digunakan oleh ulama Fiqh untuk mengeluarkan hukum syarak
manakala Qawaid Fiqhiyyah pula adalah kumpulan hukum-hukum
syarak yang diletakkan dalam satu kategori disebabkan ada titik
persamaan yang mengaitkannya kepada satu kaedah

UF merupakan satu dasar atau asas untuk istinbat hukum-hukum fiqh


yang berbagai-bagai serta ia dapat dikaitkan antara satu sama lain,
manakala QF ialah keadah umum yang mana di dalamnya
menghimpunkan hukum-hukum fiqh.

UF ialah penjelasan tentang masalah-masalah yang mencakupi di


dalamnya berbagai dalil tafsili, yang mana dari dalil2 tersebut
berkemungkinan dapat dikeluarkan hukum. Manakala QF pula ialah
penjelasan berkaitan dengan masalah2 yang timbul di bawahnya yang
berkaitan dengan hukum fiqh.

Qawaid Fiqhiyyah
Sejarah Pertumbuhan Dan Perkembangan QF
Zaman Rasul:

Rujukan utama ialah rasulullah s.a.w.

Contoh: ayat2 yg bermula dgn “Yasaluunaka”

QF telah wujud dalam zaman tersebut tetapi tidak dibukukan.

Contoh:

Penetapan hukum yang bersifat mudah: Dibolehkan berbuka bagi musafir dan sakit.

Mensyariatkan hukum selari dengan kemaslahatan manusia: disyariatkan menziarah


kubur setelah ada larangan.

Qawaid Fiqhiyyah
Sejarah Pertumbuhan Dan
Perkembangan QF
Zaman Sahabat:

Zaman yang masih berpegang kuat pada AQ dan AS. Mereka berijtihad hanya
pada perkara yang tidak ada nas dan hukum dalam kedua sumber Islam iaitu
AQ dan AS.

Sahabat tidak suka dan tidak digalakkan utk berijtihad.

Contoh ijtihad sahabat:

Mengumpulkan AQ dalam mushaf

Memerangi orang yang enggan mengiktiraf kefardhuan zakat

Qawaid Fiqhiyyah
Sejarah Pertumbuhan Dan
Perkembangan QF
Zaman Tabiien:

Zaman bermula penulisan dan pembukuan UF (antara 2-4 hijrah)

Zaman lahirnya 2 aliran fiqh:

1.Ahl Ar-Ra’yi
2.Ahl Al-Hadis

Antara kitab pertama yang dibukukan ialah kitab Ar-Risaalah karangan Imam
Syafiee

Qawaid Fiqhiyyah
Sejarah Pertumbuhan Dan
Perkembangan QF
Zaman Takwin:

Tiga kurun Awal Hijrah

Zaman Kemantapan:

Zaman penyusunan serta pembukuan


Zaman terpisahnya ilmu QF secara tersendiri

Zaman Mutakhir:

Bermula pada kurun ke 13

Qawaid Fiqhiyyah
Sumber Ilmu QF
Sumber setiap kaedah yang ada dalam ilmu QF terbahagi kepada 3

Pertama: Kaedah yang bersumber dari AQ dan AS

Contoh:

Firman Allah “Allah telah menciptakan segala apa yang di bumi untuk kamu”

Sabda Nabi s.a.w “Setiap yang memabukkan itu haram”

Qawaid Fiqhiyyah
Sumber Ilmu QF

Kedua: Kaedah yang bersumber Ijma’

Contoh:

Ijma ulama mengatakan “laa ijtihad maa an nass” Tidak ada ijtihad jika telah
wujud nas

Sabda Nabi s.a.w “Setiap yang memabukkan itu haram”

Qawaid Fiqhiyyah
Sumber Ilmu QF

Kedua: Kaedah yang dibuat oleh ulama yang bersumberkan AQ dan AS

Contoh:

Kaedah ulama mengatakan “Al umuuru bi maqaasidiha” setiap perkara


bergantung pada niat.

Ianya diambil dari hadis nabi s.a.w “innamal a’maalu binniyyah” sesungguhnya
amalan itu bergantung pada niat

Kaedah ulama mengatakan “Al-aadah Muhakkimah ” Aadat boleh menjadi


hukum.

Firman Allah “dan gaulilah mereka dengan makruf”


Qawaid Fiqhiyyah

Anda mungkin juga menyukai