Anda di halaman 1dari 18

S I S 2 1 63

FI Q H A L- M U Q A R I N

MAZHAB
DALAM
ISLAM
A. PENGERTIAN MAZHAB
Kata Mazhab dalam bahasa Arab adalah‫ مذھب‬, berasal dari kata sifat (masdar) dari Fi’il. madhy‫ ذھب‬,

yang ertinya menurut bahasa bererti berjalan atau pergi‫ار‬$$‫ س‬dan boleh juga bererti‫ي‬$‫لرأ‬$$‫ ا‬pendapat

Sedangkan Mazhab menurut istilah ulama Fiqh merumuskan, antara lain:

1. Menurut Muslim Ibrahim “Mazhab” adalah faham atau aliran Fikiran yang merupakan hasil ijtihad seorang mujtahid tentang
hukum dalam islam yang digali dari ayat Al-Qur’an atau Al-Hadis yang dapat di ijtihadkan.

2. Menurut Abdur Rahman “Mazhab” adalah pendapat, faham atau aliran seseorang alim besar dalam islam yang digelari Imam
seperti empat Imam besar: Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali yang di sebarkan oleh murid para Imam ke pelbagai Negara.

3. Menurut Wahbah Az-zuhailiy “Mazhab” adalah segala hukum yang mengandungi pelbagai masalah baik di lihat dari aspek
metode/kaedah yang melibatkan urusan kehidupan secara keseluruhan mahupun aspek hukumnya sebagai pedoman hidup.

4. Menurut Huzaemah Tahido Yanggo “Mazhab” adalah pokok pikiran atau dasar yang digunakan oleh Imam mujtahid dalam
memecahkan masalah atau mengistinbathkan hukum islam. Selanjutnya pengertian Mazhab berkembang menjadi sekelompok
umat Islam yang mengikuti cara istidlal Imam Mazhab tertentu tentang masalah hukum Islam.
5. Menurut Said Ramadhan “Mazhab” adalah jalan fikiran (paham/pendapat) yang di tempuh oleh seorang mujtahid
dalam menetapkan suatu hukum islam dari Al-Quran dan Hadis.
6. Menurut A. Djazuli “Mazhab” adalah aliran-aliran dalam fikih yang di awali dari perbedaan penggunaan metode,
berakibat pada perbedaan pendapat yang akhirnya terbentuk kelompok pendukung (murid Imam) sebagai penerus
Imamnya dan selanjutnya berkembang menjadi mazhab tertentu.
7. Menurut Qodri Azizi “Mazhab” ialah mengikuti Mazhab tertentu dalam sistem pengambilan hukum Islam/Fiqh dari
Mazhab Fi aqwal (pendapat) menuju pengembangan Mazhab Fi al-manhaj (metodologi)

Berdasarkan huraian di atas “Mazhab” dapat difahami sebagai jalan fikiran atau dasar yang digunakan oleh Imam
mujtahid dalam memecahkan masalah atau mengistinbatkan hukum islam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Hadis.
B. Sejarah Mazhab

Pada masa Rasulullah SAW, masih hidup, boleh dikatakan tidak ada pertentangan/percanggahan/perselisihan
pendapat, kerana pada masa itu Rasulullah SAW, menyelesaikan masalah-masalah lebih banyak mendapatkan
bimbingan Wahyu Langsung dari Allah swt.

Memang perbezaan pendapat masih ada, namun hal itu hanyalah sesuatu yang tidak bererti, yang menunjukkan
bahwa manusia itu memang makhluk berfikir, dan bila terjadi demikian, maka akan diselesaikan oleh Rasulullah
saw.

Di dalam menghadapi berbagai permasalahan, Rasulullah saw, juga tidak selalu mendapat kata akhir dari al-
quran (wahyu), tetapi terkadang Rasulullah saw, menjawab masalah yang dihadapi itu dengan berdasarkan
keputusan atau kebijaksanaan beliau, tentu saja berdasarkan ijtihad beliau sesuai dengan kedudukan beliau
sebagai Rasul Allah yang menjadi sumber hukum setelah al-qur’an, yaitu sebagai musyarri’. Bilamana
keputusan beliau itu dibetulkan oleh wahyu (al-quran), maka beliau mengikutinya, dan bila tidak, maka
kedudukan keputusan beliau itu termasuk hukum yang dibenarkan al-quran. Sebagaimana dijelaskan dalam al-
quran surah an-najm ayat 3-4.
Dengan demikian maka bila terjadi perbantahan diantara para sahabat, maka Rasulullah saw lah, yang memberikan
keputusan, baik beliau sendiri yang menjadi hakim dan memberikan ketetapannya, atau beliau menunggu wahyu yang turun
dari Allah swt. ketetapan beliau itulah yang merupakan sunnah, yakni berupa perkataan, perbuatan dan taqrir beliau.

Contoh teguran Allah terhadap Nabi Muhammad dalam menghadpi sesuatu isu menerusi wahyu

PERISTIWA AL-IFKI (FITNAH) TERHADAP AISYAH R.ANHA : PENGAJARAN DAN PETUNJUK


MENGHADAPI FITNAH SEMASA
Setelah Rasulullah wafat

bila terjadi perbezaan kefahaman diantara sahabat, tetapi bukan pada pokok agama (akidah) namun pada furu’nya
(cabangnya), maka khalifah memilih mana yang lebih membawa maslahat menurut pendapatnya. Atau khalifah mengadakan
musyawarah. Tindakan demikian itu lebih mudah kerana para sahabat utama masih hidup dan boleh di katakan tidak begitu
sulit untuk di ketahui pendapatnya. Dan ini selari dengan kaedah fiqhiyyah

Sambungan daripada musyawarah para sahabat, Dengan demikian saat itu terjadilah Ijma’ , iaitu kesepakatan bersama antara
seluruh sahabat Nabi, ini namanya ijma’ sahabat. Bila ijma’ mengharuskan kesepakatan seluruh umat (yang mujtahid), maka
pada masa sahabat hal itu memungkinkan sekali . (Qaulu Sohabi)

Anda mungkin juga menyukai