Anda di halaman 1dari 12

BML 3083 : SEMANTIK DAN

PRAGMATIK BAHASA MELAYU

MINGGU 2 : MAKNA PERIBAHASA


PENSYARAH : PM DR. ANIDA SARUDIN
MAKNA
PERIBAHASA
Definisi Peribahasa

 Menurut Za’ba (1934), peribahasa diertikan sebagai segala


susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat dimulut
orang ramai semenjak turun temurun kerana sedap didengar
dan perkataannya bijak, ringkas, luas dan mempuyai maksud
yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-sebutan oleh
orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna
peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian
yang tertentu, bidal, pepatah.
 Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa
adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang
berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup
atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif,
langsung terkait budi pekerti, dengan kandungan nasihat,
prinsip prinsip hidup atau aturan tingkah laku.
Rumusan..
 Susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat.
 Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu
 Digunakan dalam pertuturan harian
 Menggambarkan
 Sifat
 Kelakuan
 Keadaan
JENIS-JENIS PERIBAHASA

 Pepatah
 Bidalan
 Perbilangan
 Kiasan
Pepatah

 Peribahasa yang mengandungi ujaran orang-orang


tua yang berisi nasihat .
(Darwis Harahap 1994:142)

 Contoh:
-Alah bisa tegal biasa.
-Biar lambat asal selamat.
Bidalan

 Peribahasa yang mengandungi nasihat atau


peringatan. (Darwis Harahap 1994:141).
 Contoh:-
-sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna.
- Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata
buruk padahnya.
Perbilangan

 Peribahasa yang mengandungi pedoman hidup


(Darwis Harahap 1994:143).

 Contoh:-
-Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
Kiasan

 Peribahasa yang mengiaskan sesuatu maklumat


dengan maklumat yang lain.
(Darwis Harahap 1994:139).

 Contoh:-
-Mandi kerbau.
-Kaki ayam.
Penutup

 Peribahasa memberikan makna yang tersirat


dan mempunyai nilai yang tinggi kepada
masyarakat Melayu.
 Penggunaan peribahasa harus diperluaskan lagi
supaya ianya terus diwarisi oleh generasi akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai