Anda di halaman 1dari 70

UNIT 1 ASAS PSIKOLOGI

BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.1 PENGERTIAN PERKEMBANGAN MANUSIA Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan Long,1980)

Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

KESIMPULAN: Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma

2.2 PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


Aspek Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif) Proses perkembangan (Perubahan kualitatif)

Jasmani

Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah

Bertambah kemahiran menggunakan anggota spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat

Mental

Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara

Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan.

sambungan.. Sosial Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru. Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya. Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

Emosi

Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.

2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA


2.3.1 Faktor Endogen(dalam individu) Dibawa oleh individu sejak dlm kandungan hingga kelahiran. Faktor keturunan atau pembawaan Cth: Baka Faktor Rh darah Pemakanan Kesan X-Ray Kesihatan Ibu Emosi Ibu Dadah dan Alkohol Umur Ibu Merokok Teratogenik dan Penyakit Ibu

2.3.2 Faktor Eksogen Faktur yg datang dari luar diri individu. Cth: Pemakanan Keluarga Rakan Sebaya Sekolah Tempat Tinggal Media Elektronik dan Sebaran Am Pusat Ibadat Persekitaran Dunia

2.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN


Bil Ciri Perkembangan 1 Proses yg berterusan sepanjang hayat Contoh Orang tua berumur 80 thn mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dgn cucunya Apabila kaki kanakkanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia utk belajar berjalan

Proses perubahan yg berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran

sambungan..

Perubahan yg dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial.

Kanak-kanak yg belajar merangkak, meluahlan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dgn kanakkanak lain. Dipengaruhi oleh baka Kanak-kanak yg dan persekitaran. Baka dilahirkan dgn bakat menentukan had permelukis tetapi tanpa kembangan, manakala persekitaran yg persekitaran akan me- memupuk bakat ini nolong perkembangan mungkin tidak boleh mencapai tahap yg mencapai potensinya maksimum. sebagai pelukis.

sambungan..

Proses perubahan ke arah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semula jadi serta menuju ke arah tertentu dan dijangkakan.
Ada tugas terdapat dlm semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun dlm kebudayaan yg berlainan.

Kanak-kanak di dunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun. Kanak-kanak dari kebudayaan yg berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua tahun.

sambungan..

Ada tugas yg wujud pada umur yg berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial.

Ada tugas yg berkait rapat dgn kebudayaan.

Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal dikalangan kelas sosial bawahan berbanding dgn kelas pertengahan. Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 thn atau kurang berbanding negara Barat pada umur 18 thn atau lebih.

sambungan..

Ada tugas yg wujud mengikut keperluan kebudayaan

Di negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita


Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanakkanak dan awal dewasa hingga berkahwin.

10 Ada tugas yg dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yg agak lama

11 Ada tugas yg perlu Kanak-kanak perlu dipelajari sekali sahaja. belajar berjalan sekali sahaja.

2.5 Teori-Teori Perkembangan Manusia


2.5.1 Teori Psikoanalisis Sigmund Freud Tiga alam kesedaran: i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan ingatan. ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan. iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi semua naluri serta keinginan manusia.

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; i) Idhanya tahu mendesak dan memaksa.Sifatnya suka kepada keseronokan dan kegembiraan dan kepuasan. Id tidak pernah matang dan membesar dan ia bersifat tidak rasional, tidak bermoral. Dorongan yang dilakukan oleh id bersifat di bawah sedar. ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. Ia merupakan tenaga eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan dilakukan, memilih persekitaran yang sesuai.

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. Ia merupakan tenaga eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan dilakukan, memilih persekitaran yang sesuai. Ia juga terpaksa menangung beban dan tanggungjawab kerana terpaksa menjadi orang tengah di antara id dan superego. Ego perlu waras dan rasional.

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; iii) Superegomenyerupai hati nurani, merupakan komponen sosial dan moral. bertanggungjawab menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk berdasarkan kepada pendidikan yang diterimanya sejak awal dulu, ia bersifat idealistik. Dapat melahirkan ganjaran yang berupa penghargaan diri dan dendaan yang berupa rasa bersalah dan kritik diri.

Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud


Umur 0-18 bulan Peringkat Oral

2-4 tahun
4-6 tahun 6-12 tahun 12 tahun ke atas

Anal
Falik Latensi Genital

2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Dua proses utk membina kefahaman: i) Organisasi ii) Adaptasi Dua cara proses adaptasi: i) Proses asimilasi-menambah maklumat baru ii) Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada utk memahami maklumat baru. Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk mendapat keseimbangan.

Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget


Umur Peringkat 0-2 tahun Cara Berfikir Deria motor Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran Praoperasi Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.

2-7 tahun

sambungan.. 7-11 tahun Operasi konkrit Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya

12 tahun Operasi ke atas formal

Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

2.5.3 Teori Perkembangan Psikososial Erikson


Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip,iaitu : Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia mengikut tahaptahap yang tertentu.

sambungan..

Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson


Tahap Pertama Kedua Ketiga Peringkat Konflik Umur 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya 18 bulan-3 Tahap autonomi lawan rasa tahun malu atau sangsi 3 tahun-6 tahun Tahap inisiatif lawan rasa bersalah

Keempat 6 tahun-12 Tahap industri lawan rasa tahun rendah diri

sambungan.. Kelima 12 tahun-20 Tahap indentity lawan tahun kekeliruan peranan

Keenam 20 tahun-40 Tahap intimasi lawan tahun pengasingan diri

Ketujuh

40 tahun-60 Tahap generativiti lawan tahun stagnasi

Kelapan 60 tahun ke Tahap intergriti ego lawan atas putus asa

2.5.4 Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif


Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur. Perubahan berlaku kerana pengalaman Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan. Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

(a) Teori Pelaziman Klasik Pavlov


Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov. Kajian terhadap sistem pencernaan anjing menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas. Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul akibat ransangan. Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas dinamakan pelaziman. Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik. John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan

(b) Teori Pelaziman Operan Skinner


B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang. Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah. Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati. Menghasilkan Skinner Box. Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk perkembangan individu

(c) Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)


Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran. Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan. Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan

Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:


(i) Tumpuan kpd tingkah laku model (attention). (ii) Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention). (iii) Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction). (iv) Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian peneguhan.

2.5.5 Teori Ethologi Lorenz


Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi. Evolusi dan faktor biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting. Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka.

sambungan.

John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain. Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

2.5.6 Teori Perkembangan Ekologikal


Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma. Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi. Lima sistem persekitaran ekologikal ialah: (a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro (b) Sistem Meso (e) Sistem Krono (c) Sistem Ekso

(a) Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah. (b) Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn individu lain dlm persekitaran di mana individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran. (c) Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth tempat kerja ibu bapa. (d) Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi. (e) Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg berlaku dlm persekitaran individu sepanjang hayatnya.

2.5.7 Teori Perkembangan Arnold Gesell


Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan. Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg membawa kpd perkembangan seterusnya.

2.5.8 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst


Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980). Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)

Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal.

2.6 Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja


2.6.1 Awal Kanak-kanak (0-6 tahun). (a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif. Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun. Pertambahan berat badan 5 paun setahun. Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka. Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi susu.

Havighurst berpendapat:
9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat. Bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. 20-24 bulan: Menggabung perkataan utk menjadi suku kata. 2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran. 5-6 tahun: Bersedia utk membaca. 6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk

Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget: (i) Peringkat deria motor (0-2 tahun) Guna deria motor utk berinteraksi. Tidak mempunyai konsep kewujudan objek. (ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun) Guna simbol utk mewakili aspek persekitarannya. Pertuturan bersifat egosentrik. Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan, dan transformasi. Pemikiran realisme, animisme dan artifisialisme

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi


Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (i) Percaya lawan tidak percaya (0-1 tahun) Kepercayaan pada persekitaran dan orang lain wujud bila bayi mendapat penjagaan yg baik dari penjaga terutama ibu. Memudahkan individu menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian.

sambungan..

(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi (2-3 tahun) Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri. Keinginan melakukan sesuatu secara bebas. Permulaan pembentukan perasaan keyakinan diri. Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan dan bantu menyelesai sesuatu tugas. Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.

sambungan..

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun). Mula berinteraksi dan terdedah kpd persekitaran yg mencabar. Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu. Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal dgn usianya kerana perkembangan kognitif dan fizikal telah bertambah. Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud perasaan bersalah dan tidak berinisiatif.

2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif Menurut R. Havighurst: Mempelajari kemahiran fizikal utk permainan biasa. Membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri. Belajar menyesuaikan diri dgn rakan sebaya. Belajar bertingkah laku mengikut jantina.

sambungan..

Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca, menulis dan mengira. Memperoleh simpanan konsep yg mencukupi utk berfikir dan membuat keputusan dlm kehidupan. Membentuk taraf moral yg tinggi. Mencapai kebebasan diri. Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi.

Berdasarkan Teori Piaget: Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dgn baik. Pertumbuhan mata lebih baik. Pemikiran tidak lagi egosentrik. Pemusatan perhatian mula berkurangan. Mula faham konsep transformasi, kebalikan dan pengekalan. Berfikiran logik. Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan waktu. Dapat menguasai operasi siri dan boleh menaakul.

sambungan..

Berupaya menggambarkan situasi yg mudah. Berupaya duduk dan mendengar. Boleh menyiapkan tugasan. Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti Gemar memerhati perkara dan situasi yg baru. Bersikap ingin menilai. Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh sejarah.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi


Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah diri. Kanak-kanak berada di sekolah rendah. Guru dan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan. Pemikiran mencapai operasi konkrit. Berupaya membuat transformasi dan berfikiran logik.

sambungan..

Melakukan tugasan dgn penuh minat dan tekun. Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanakkanak utk pupuk sikap rajin. Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri

2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)


(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif Havighurst berpendapat: Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan sebaya dari kedua jantina. Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan bentuk badan. Menerima peranan sosial mengikut jantina. Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu bapa atau orang dewasa. Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat utk memikul tanggung jawab. Mencapai satu set nilai dan sistem etika. Bersedia utk berkeluarga

sambungan..

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget: Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara, pengeluaran sperma, kedatangan haid. Perubahan tubuh badan. Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang sempurna.

sambungan..

Dari segi mental, remaja boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri. Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan masalah. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah. Skemata akan bertambah. Dapat melihat kaitan antara situasi yg relevan ketika menyelesaikan masalah. Tidak bersikap autoritarian tentang pendapatnya. Menerima satu set kepercayaan dan nilai. Dapat membezakan antara baik dan buruk.

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi


Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role confusion). Berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Sekiranya gagal, mula meragui peranan dan fungsi mereka dlm masyarakat. Dapat menyesuaikan diri dgn orang lain dan rasa diterima.

sambungan

Remaja yg mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka bekerjasama, simpati, mudah akrab, disiplin dll. Remaja yg tidak mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dsb.

2.7 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru


Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan.

Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar. Merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan pelajar. Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar. Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah yg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi masalah pelajar.

Kumpulan 1
1. Apakah definsi perkembangan manusia? 2. Terdapat DUA (2) faktor yang mengandungi perkembangan manusia iaitu faktor endogen dan faktor eksogen. Bezakan di antara maksud faktor endogen dan faktor eksogen?

Kumpulan 1
3. Senaraikan LIMA (5) faktor endogen yang menpengaruhi perkembangan manusia. 4. Senaraikan EMPAT (4) faktor eksogen yang menpengaruhi perkembangan manusia. 5. Kelaskan penyataan di bawah sebagai faktor endogen atau eksogen.

Kumpulan 1
5. Kelaskan penyataan di bawah sebagai faktor endogen atau eksogen. a. Sabri suka melepak bersama rakanrakannya. b. Ibu yang sedang mengandung itu genar merokok c. Bayi yang baru lahir itu didapati mengidap AIDS.

Kumpulan 2
1. Senaraikan TIGA (3) alam kesedaran yang dinyatakan oleh Sigmund Freud. 2. Sigmund Freud juga percaya bahawa perkembangan persomaliti manusia terdiri dari 3 elemen. Senaraikan elemen-elemen tersebut? 3. Pada pembacaan anda mengapakah teori ethologi yang diperkenalkan oleh Lorenz banyak mendapat kritikan?

kumpulan 2
4. Menurut Teori Perkembangan Psikologi Erikson, bayi akan membentuk tiga tahap perkembangan sosial dan emosi. Senaraikan tiga tahap tersebut. 5. Bagaimanakah guru dapat mengaplikasikan saranan teori psikologi Erikson di dalam bilik darjah?

Kumpulan 3
1. Berikan definisi perkembangan mengikut DUA (2) orang tokoh dalam bidang ini. 2. Bagaimanakah Eggan dan Kaucak (1997) dan Salvin (1997) melihat perkembangan diri manusia? 3. Senaraikan EMPAT (4) perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Jean Piaget.

Kumpulan 3
4. Gesell telah membahagikan tahap perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat. Jelaskan peringkat 1 hingga 3. 5. Terdapat empat langkah proses peniruan yang dilalui oleh manusia yang dinyatakan oleh bandura. Senaraikan EMPAT (4) langkah tersebut.

Kumpulan 4
1. Erikson telah membahagikan 3 tahap perkembangan semasa kanak-kanak Terangkan maksud tahap ketiga iaitu Inisiatif atau rasa bersalah. 2. Terdapat empat langkah proses peniruan yang dilalui oleh manusia yang dinyatakan oleh Bandura. Senaraikan EMPAT (4) langkah tersebut.

Kumpulan 4
3. Nyatakan perbezaan proses pertumbuhan dan perkembangan dari aspek mental. 4. Nyatakan perbezaan proses pertumbuhan dan perkembangan dari aspek fizikal. 5. Mengikt Arnold Gesell terdapat DUA (2) faktor penting terhadap penggerak utama terhadap perkembangan individu. Senaraikan faktor tersebut.

Kumpulan 5
1. Senaraikan LIMA (5) peringkat perkembangan yang dikemukakan oleh Sigmund Freud. 2. Nyatakan secara ringkas maksud peringkat latensi yang dinyatakan oleh Sigmund Freud. 3. Terangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak pada tahap Inisiatif atau Rasa Bersalah yang dikemukakan oleh Erikson

Kumpulan 5
4. Apakan pandangan Piaget Tentang keupayaan mental remaja? 5. Berdasarkan teori perkembangan Erikson remaja boleh dimasukkan ke dalam tahap mana?

Anda mungkin juga menyukai