Anda di halaman 1dari 2

RESEPI KUIH KELING Bahan-bahan

250 g tepung beras 250 g tepung gandum 1/2 cawan gula pasir 2 cawan air 1 1/2 cawan gula apong (gula melaka) Minyak yang banyak utk menggoreng Sedikit garam

Cara-cara 1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan. 2. Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit. 3. Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata. 4. NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan. *lagi satu resepi

Bahan-bahan

1 kilo tepung beras (cap gajah) 800 gm gula merah 50 gm @ segenggam tepung gandum minyak utk menggoreng

Cara-cara 1. cara masak air gula: masukkan gula merah dalam periuk dan letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak pekat sedikit. 2. angkat dan tapis air gula tadi. 3. campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata. 4. adunan tadi perlu diperap semalaman . 5. 4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @ 1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula. 6. cara menggoreng:ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn tengahnya. 7. angkat dan goreng dgn api perlahan. 8. semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak.

Anda mungkin juga menyukai