Anda di halaman 1dari 1

KUIH SIPUT PEDAS Bahan-bahan ( 150-250 biji )

600gram tepung gandum 2 oz marjerin 10 tangkai cili kering 3 pelepah daun kari 1 biji telur ayam 1 cawan teh air 1 sudu teh penuh garam halus minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. tepung gandum dan marjerin digaul rata dengan menggunakan tangan dan diketepikan. 2. cili kering yang dibuang biji ditumbuk dan ditambah padanya daun kari yang dibuang urat daunnya, tumbuk sehingga hampir lumat. 3. cili kering dan daun kari yang telah ditumbuk dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata. 4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata. 5. doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan

atau resipi lain....


KUIH SIPUT BIASA Bahan-Bahan: 1kg tepung gandum Jintan manis 2 biji telur Udang kering-dikisar Cili kering-dikisar(untuk yg suka pedas) 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk) Daun kari Garam secukup rasa Cara membuatnya: 1.Masukkan kesemua bahan tadi kecuali margerin,gaul hingga semuanya sebati. 2.Kemudian masukan marjerin tadi,uli hingga ianya menjadi doh yang lembut. 3.Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput. 4.Panaskan minyak dan goreng bersama daun kari hingga kekuningan.

Anda mungkin juga menyukai