Anda di halaman 1dari 23

KULIAH 3

TEORI-TEORI PEMIKIRAN: Kecerdasan Emosi Emotional Intelligence (Goleman) Kecerdasan Kejayaan Successful Intelligence (Sternberg)

KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL INTELLIGENCE)


Goleman (1995)

Konsep Kecerdasan Emosi


Konsep merujuk kepada kebolehan memantau emosi diri dan orang lain, peka kepada emosi diri dan orang lain, dan mengguna maklumat ini untuk membimbing pemikiran dan tindakan diri. Kemahiran soft skill yang mengguna kemahiran sosial untuk meningkatkan kejayaan Kecerdasan ini berkaitan dengan aktiviti pemikiran HOKA seperti imaginasi, emosi dan kreativiti
3

Konsep Kecerdasan Emosi


Membolehkan orang bekerja dalam pasukan dan bekerjasama dari aspek, pengalaman dan pengetahuan mereka bagi menghasilkan inovasi Terdapat hubungan positif yang kuat antara pekerja yang berkecerdasan emosi tinggi dengan pencapaian organisasi Memimpin pasukan inovatif memerlukan kemahiran kepimpinan dan kecerdasan emosi yang menjanakan kepercayaan dan penghargaan idea ahli dalam pasukan
4

LIMA DIMENSI KECERDASAN EMOSI


Kesedaran emosi sendiri (Selfawareness) Pengurusan emosi diri (Selfmanagement) Motivasi kendiri (Motivation) Pengenalpastian emosi orang lain (Empathy) Pengurusan hubungan manusia (Social skills)

Kesedaran Emosi Sendiri


Ia juga merupakan kesedaran diri dan mengenal pasti emosi diri dalam pelbagai situasi Asas kepada keyakinan diri dan berfikiran positif Tahu dan sedar kekuatan dan kelemahan diri, faham perasaan sendiri seperti kebimbangan, ketakutan, kesedihan
6

Pengurusan Emosi Diri


Berkaitan dengan bagaimana seseorang mengurus emosi diri dengan cara yang sesuai dalam pelbagai situasi Ini termasuk kawalan emosi contoh ke atas keinginan yang hendak dipuaskan segera Mereka boleh memberi fokus kepada prioriti dan boleh mencari cara-cara mengatasi masalah. Orang yang mempunyai kemahiran ini tidak cepat putus asa atau kecewa atau marah dalam keadaan tertekan. Mereka boleh bangkit semula dengan segera daripada kesusahan hidup
7

Motivasi Kendiri
Orang yang mempunyai motivasi kendiri mempunyai matlamat jelas, cita-cita, akan melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh semangat, minat, bertenaga dan penglibatan intensif. Mempunyai tumpuan atau fokus kepada aktiviti sehingga selesai. Produktif, mempunyai pencapaian tinggi dan berkesan dalam sebarang tugasan Boleh think out of the box dan bersifat inovatif
8

Pengenalpastian Emosi Orang Lain


Sensitif kepada emosi orang lain dan peka kepada mesej tacit (tersirat) yang disampaikan oleh orang lain Dapat berempati dengan orang lain yang dalam keadaan susah Boleh lihat dari perspektif dan menghargai perasaan orang lain Minda terbuka dan boleh menerima pendapat atau perbezaan orang lain Berkebolehan membaca atau memahami perasaan orang lain melalui bahasa bukan lisan mereka seperti nada suara dan mimik muka Ini adalah kemahiran orang paling penting Amat penting terutamanya dalam pekerjaan sales, pengurusan, perguruan dan kebajikan.
9

Pengurusan Hubungan Manusia (Social Skills)


Mempunyai kemahiran sosial atau seni menjalinkan serta mengekalkan hubungan manusia Kemahiran ini merupakan satu aset kepada kerja dalam pasukan. Pasukan berkesan berasaskan hubungan interpersonal yang baik. Boleh hidup secara harmoni dan berasa selesa dengan orang lain. Juga merangkumi kebolehan memimpin, berinteraksi dengan orang lain dengan tenang dalam sebarang keadaan krisis atau tekanan tinggi sama ada di rumah atau tempat kerja
10

APLIKASI DALAM P&P


Boleh diajar kepada semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa. Melalui aktiviti-aktiviti seperti cerita, pengkisahan dan kesusasteraan, pantomin atau drama dan kurikulum sains kendiri (self science curriculum)

11

Kurikulum Sains Kendiri


Bertujuan:
untuk menurunkan kemahiran-kemahiran kognitif dan afektif kepada kanak-kanak Meluaskan pemahaman dan cara mereka berfungsi dalam pelbagai situasi pembelajaran dan sosial yang dihadapi mereka

Boleh diajar merentas bidang-bidang kurikulum seperti bahasa, kesihatan, moral dsb. Boleh diajar dalam kumpulan kecil.
12

KECERDASAN KEJAYAAN (SUCCESSFUL INTELLIGENCE)


Sternberg (1996)

ROBERT J. STERNBERG
dilahirkan pada Disember 1949 di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat. hanya mendapat gred C dalam kursus Pengenalan Kursus Psikologi beliau telah membuat keputusan mengambil bidang Psikologi di Universiti Yale. mempunyai kecenderungan sangat tinggi dalam bidang psikologi terutamanya dalam kecerdasan dan emosi percintaan.

14

TEORI KECERDASAN KEJAYAAN


Kecerdasan kejayaan merangkumi kebolehan memotivasikan diri, menterjemah pemikiran kepada tindakan sesuai, berorientasikan produk, menyempurnakan tugasan dan mempunyai tindakan susulan dan tidak takut mengambil risiko atau menghadapi kegagalan.
15

ASPEK-ASPEK TEORI KECERDASAN KEJAYAAN


Untuk mencapai kejayaan seseorang perlu mekanisma mental yang berhubung kait iaitu: Analitikal, Kreatif, dan Praktikal. Juga dikenali sebagai proses mental atau pemikiran tahap tinggi (higher order thinking processes) Proses mental boleh membantu individu menyelesaikan masalahnya secara berkesan.
16

ASPEK-ASPEK TEORI KECERDASAN KEJAYAAN


Aspek analitikal - diperlu untuk menyelesaikan masalah dan mempertimbangkan kualiti idea-idea. Aspek kreatif - untuk membentuk ideaidea dan penyelesaian masalah yang baik. Aspek praktikal - untuk mengguna ideaidea, memilih penyelesaian dan menjayakan penyelesaian yang dipilih.

17

KEBOLEHAN ANALITIKAL
Dikatakan universal kerana potensi mekanisma mental ini kelihatan merentas semua individu, kelas sosial dan kumpulan budaya. Merupakan kemahiran asas bagi seseorang untuk menyelesaikan sesuatu masalah iaitu membolehkan otak:
Mendefinisikan atau mengenalpasti masalah Merancang proses atau tindakan Memperolehi dan memilih maklumat baru

18

KEBOLEHAN ANALITIKAL
Cara kita mendefinisikan sesuatu masalah secara mental mempengaruhi cara kita menyelesaikannya. Orang yang mempunyai kecerdasan tinggi mengguna lebih banyak masa untuk memikirkan strategi dan membuat perancangan global dan masa depan sebelum pelaksanaannya. Secara relatif, dia akan mengurangkan masa perancangan apabila sesuatu penyelesaian sedang dilaksanakan. Sebaliknya, orang yang mempunyai kecerdasan lebih rendah akan menjunam terus ke dalam sesuatu masalah tanpa memikirkan strategi yang kreatif terlebih dahulu.
19

KEBOLEHAN KREATIF (Menjana Idea)


Berfokus kepada pengalaman seseorang bergabung dengan insight dan kreativiti yang mempengaruhi cara seseorang berfikir. Dapat menyelesaikan masalah (baru) dengan cara baru (novel) iaitu dapat melihat sesuatu masalah dalam cara baru atau dari sudut baru. Ini termasuk kepantasan dan terbukaan memproses maklumat dan menerima idea baru.
20

KEBOLEHAN PRAKTIKAL
Menekankan aktiviti mental yang terlibat untuk menyesuaikan kelakuan dengan suatu situasi (termasuk orang lain).
Beroperasi dalam konteks dunia sebenar adalah amat berguna Seseorang yang pintar dapat membezakan bila dan bagaimana menyesuaikan diri (adaptation) kepada situasi/persekitaran tertentu. Sekiranya penyesuaian tidak boleh dilakukan, mereka tahu bila dan bagaimana untuk merubah/membentuk (shaping) persekitaran untuk bersesuaian dengan keperluan & kebolehan diri.
21

KEBOLEHAN PRAKTIKAL
Sekiranya perubahan tidak boleh dilakukan, mereka tahu bila dan bagaimana memilih (selection) satu situasi/ persekitaran yang lebih sesuai sebagai alternatif. Aspek praktikal ini membolehkan seseorang memperolehi pengetahuan tasit (tacit knowledge) tentang persekitaran yang mana strategi kejayaaan seseorang lazimnya tidak diajar di sekolah. Pengetahuan tasit diperolehi melalui pengalaman dan perkongsian ilmu

22

RUMUSAN
Ketiga-tiga kecerdasan berikut berhubungkait antara satu sama lain dan diperlukan dalam hidup seharian. Menurut Sternberg, kecerdasan ini paling berkesan sekiranya ketiga-tiga aspek di atas seimbang dalam penggunaanya. Adalah lebih penting bagi pelajar untuk mengetahui bila dan bagaimana mengguna aspek-aspek tersebut daripada hanya setakat memiliki ciri-ciri tersebut.
23

Anda mungkin juga menyukai