Anda di halaman 1dari 56

KEPIMPINAN

OLEH :

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

OBJEKTIF
Di akhir sesi ini, para peserta dapat: Memberi definisi kepimpinan. Menerangkan beberapa teori kepimpinan berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bidang kepimpinan. . Menyatakan sumber kuasa dan taktik mempengaruhi orang bawahan. Menjelaskan beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin.
2

Definisi Kepimpinan

Kepimpinan adalah proses pengaruhmempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan. (Lussier, 2002)
3

Kesimpulan Definisi
Satu proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain supaya mengikutinya dalam pelaksanaan tugas supaya wawasan dan matlamat organisasi tercapai.

Teori Kepimpinan
1930s
Trait

1940s/50s
Behavioral

1960s/70s
Contingency

1980s
Transformational

traits

skills

followers

context

ethical

styles/types of leaders

Pemikiran Awal Tentang Kepimpinan


Pemikiran Orang China: The Great Plan, 1120BC; Confucius, 500BC; The Art of War, Sun Tze, 300500 BC.
Pemikiran Orang Barat: The Republic, Plato, 360BC

Kajian tentang tiga gaya kepemimpinan: laissez-faire, autocratic, democratic, Kurt Lewin.

Pemikiran Orang Islam: Antaranya surat yang ditulis oleh Ali bin Abu Talib kepada Gobenor Mesir yang menekankan ciri-ciri yang mesti ada pada seseorang pemimpin.
Pemikiran Orang Melayu: Dapat dibaca dalam buku sejarah dan hikayat lama: Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulong Merah Muda.
7

Kajian Secara Pendekatan


Menurut Barbara Kellerman, (1984:114) dan Judith A. Gordon (1996), ada tiga pendekatan dalam mengkaji pemimpin: Sifat (Trait) Kelakuan (Behavioral) Situasi/kontigensi (Situational/ Contingencies)

PENDEKATAN SIFAT a) Teori Great Man


Asas - ketokohan beberapa orang pemimpin seperti Iskandar Dzulkarnain, Julies Ceaser dan Salehuddin AlAyubi. Pegangan teori ini adalah leader were born, no made. Golton (1869) berpendapat latar belakang great man berkait rapat dengan baka dan keturunan seseorang. Pemimpin mempunyai sifat yang unik yang dapat menawan hati rakyat, memberi sumbangan dan perlindungan di mana saja mereka berada/memerintah. Kelemahan: (1) mengabaikan kebolehan, kewibawaan dan ketokohan wanita diabaikan; (Joan of Arc, Elizebeth I, Catherine the Great); (2) tidak semua raja dan pembesar menjadi pelindung kepada rakyat.
9

b. Teori Sifat (Trait Theory)


Lanjutan daripada Greatman Theory. Dikaji secara mendalam dalam tahun 1940an dan 1950an. Andaian asal manusia dilahirkan sebagai pemimpin. Pengkaji teori ini percaya pemimpin yang berkesan memiliki sifat atau kelakuan atau tabiat yang istimewa dan unggul Ada dua perseptif: Yang membezakan pemimpin dengan pengikut, Yang membezakan pemimpin yang berkesan dengan yang tidak berkesan.
10

Ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Teori Sifat


Yakin dengan diri sendiri Punyai minat yang luas dan melibatkan diri dalam berbagai aktiviti. Jarang mempunyai sifat pemarah. Mengejar 'kesempurnaan' dan akan merasa puas apabila dapat mencapai matlamat kerja dengan jayanya. Beri perhatian kepada keperluan pengikut. Sanggup bekerja keras untuk memperolehi kepuasan kendiri.

11

Kelemahan Teori Sifat


Tidak ada satu sistem ukuran untuk menilai sifat manusia. Tidak ambil kira faktor-faktor lain: teknologi, ahli kumpulan, keperluan persekitaran. Tidak beri perhatian terhadap pengaruh politik, sosiologi atau ekonomi: umur, kelas sosial. Sifat yang ada pada pemimpin sering bercanggah dengan aspek-aspek teoritikal, metodologi dan masalah-masalah praktikal dalam kajian. Dalam beberapa keadaan tertentu sifat atau personaliti tidak dapat membezakan di antara pemimpin dengan pengikut, atau pemimpin yang berkesan dengan yang tidak berkesan.
12

c. Teori Karismatik
Teori Karismatik adalah lanjutan daripada Teori Great Man dan Teori Sifat kerana para pengkaji Teori Sifat gagal mengaitkan sifat dengan keberkesanan kepemimpinan. Dipelopori oleh Max Weber (1924-47) dalam tulisannya berjudul Economy and Society yang mengatakan karisma adalah satu bentuk autoriti kepimpinan. Konsep karismatik diketengahkan semula oleh Robert House pada pertengahan 1970an.
13

Konsep ini menarik minat pengkaji pada 1980an semasa organisasi perniagaan di US sedang menghadapi krisis kepimpinan kerana para pemimpin mereka tidak berupaya menerajui organisasi mereka untuk bersaing dengan Jepun. Andaian: Pada saat-saat krisis akan ada pemimpin yang muncul sebagai penyelamat. Pemimpin sedemikian biasanya mempunyai ciri-ciri yang luar biasa dalam aspek kepimpinan. Mereka bukan saja dapat menawan hati pengikut supaya setia tetapi dapat juga memenuhi keperluan emosi pengikut pada masa-masa kritikal.
14

Ciri-ciri Pemimpin Yang Mempunyai Karisma:


Jelas dari segi hala tuju dan objektif. Memiliki keyakinan diri yang tinggi Memiliki sifat radikal, tidak mengikut tradisi, berani mengambil rasiko, sanggup berkongsi kuasa dan berkorban. Mempunyai daya pengaruh yang luar biasa, dikurniakan dengan inspirasi serta mementingkan pembaharuan secara radikal. Mempunyai kebolehan yang diperlukan untuk memimpin sesuai dengan situasi.
15

Kelemahan Teori Karismatik:

Secara relatif, kepentingan karisma dan maksud sebenar karisma sering dipersoal. Pemimpin disanjung kerana keupayaan yang dikurniakan bukan dengan persetujuan secara demokrasi. Pemimpin yang berkesan tidak semestinya bergantung kepada karisma semata-mata.
16

PENDEKATAN KELAKUAN (BEHAVIOR)


Muncul pada akhir tahun 1940-an. Dipelopori oleh pengkritik teori sifat kerana dapatan dalam teori sifat tidak konsisten dari segi keberkesanan kepemimpinan. Andaian: Corak atau ragam kelakuan pemimpin yang menentukan keberkesanan kepimpinannya. Tiga penyelidikan utama yang berkaitan dengan pendekatan kelakuan ialah kajian Harvard (R. Bales), kajian Ohio State (C.L. Shartle et. al.), kajian Michigan State University (Likert et.al.).
17

Kajian Ohio State University


Perolehi data kajian melalui Soal-selidik Perihal Kelakuan Pemimpin (Leader Behaviour Description Questionaire). Dua dimensi tingkah laku kepimpinan dikenal pasti: (1) Pertimbangan (Consideration) - Sejauh mana pemimpin bersikap bertimbang rasa terhadap orang bawahannya. (2) Mengadakan Struktur (Initiating Structure) - Sejauh mana pemimpin menyusun dan merangka hubungan antara pihak atasan dan orang bawahan serta menentukan siapa yang bertanggungjawab membuat sesuatu, bagaimana melakukannya dan bila perlu dilaksanakan.
18

Kajian Michigan State University


Dua kategori tingkah laku pemimpin telah dikenal pasti: berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Kajian ini telah membuktikan bahawa pemimpin yang memberi tumpuan yang lebih kepada pekerja lebih berkesan dalam meningkatkan produktiviti organisasi.

19

Kelemahan Utama Pendekatan Kelakuan


Sumber yang berbeza-beza (pemimpin, pengikut dan pemerhati) digunakan untuk menganalisis tingkah laku pemimpin. Tidak ada persetujuan muktamad tentang gaya kepimpinan yang paling efektif. Bagaimanapun, ada dua gaya kepimpinan yang diterima oleh ketiga-tiga kajian itu, iaitu gaya orientasi kerja dan gaya orientasi interpersonal. Pemimpin yang mengamalkan kedua-dua tingkah laku ini secara tinggi didapati memberi kesan terhadap prestasi kerja orang bawahan.
20

PENDEKATAN SITUASI/ KONTIGENSI


Muncul pada tahun 1950an disebabkan ada pengkaji yang tidak berpuas hati dengan dapatan teori kelakuan. Keadaan ini berlaku kerana walaupun tingkah laku pemimpin ada kesan tetapi kesannya kecil sahaja. Menggunakan model untuk menganalisis faktor-faktor keberkesanan kepimpinan. Andaian utama - fungsi pemimpin berubah mengikut perubahan situasi untuk mencapai keberkesanan organisasi. Asas - pemimpin mengendalikan fungsi yang berbezabeza dalam situasi yang berbeza.
21

Teori ini banyak digunakan di syarikat ternama Fortune 500 di Amerika Syarikat seperti BankAmerica, Caterpillar, IBM, Mobil Oil dan Xerox serta dalam kepemimpinan ketenteraan. Konsep : Kejayaan seorang pemimpin bergantung kepada bagaimana pemimpin memilih stail kepimpinanya. Antara model yang sering diperkatakan dalam Teori Situasi adalah Model Kepemimpinan Situasi (Situational Leadership Model) yang diutarakan oleh Hersey and Blanchard.
22

MODEL KEPEMIMPINAN SITUASI HERSEY DAN BLANCHARD


Tinggi (Kurang

berminat)

Berkemampuan menjalankan tugas tetapi memerlukan dorongan dan pujukan

PARTICIPATING

SELLING
Tidak berkemampuan dan tidak mempunyai keinginan

Tahap dorongan

DELEGATING
Berkeinginan menjalankan tugas dan mempunyai kemahiran

TELLING
Berkeinginan untuk menjalankan tugas tetapi kurang kecekapan

(berminat)

Rendah

Rendah
Mahir

Tahap tunjuk ajar

Tinggi

kurang mahir

Rumusan Pendekatan Situasi


Teori situasi banyak memberi perhatian kepada perbezaan tanggungjawab tetapi kurang memberi perhatian kepada faktor-faktor struktur, sejarah, saiz kumpulan, sumber yang ada dalam kumpulan dan latar belakang kumpulan. Teori ini menjadi landasan kepada kemunculan teori-teori lain seperti Teori Path-Goal, Model Vroom dan Yetton, dan Model Kontingensi Fielder.
24

KEPIMPINAN DAN SITUASI


Teori kepimpinan situasi menyarankan gaya dan tingkah laku pemimpin jika dipadankan dengan situasi tertentu akan menjadi lebih berkesan kepada prestasi organisasi dan kepuasan orang bawahan. Contohnya :

Gaya autokratik tidak sesuai dikenakan kepada orang bawahan yang berkemahiran tinggi serta bermotivasi dan berkeyakinan tinggi.
Gaya autokratik sesuai digunakan dalam keadaan cemas.
25

sambungan
Gaya laissez-faire sesuai dikenakan kepada orang bawahan yang sangat matang dan berkemahiran tinggi. Orang yang rendah kemahirannya tetapi bermotivasi tinggi perlu diberitahu cara-cara menjalankan tugas. Orang yang memiliki sedikit kemahiran dan komited terhadap tugas hendaklah dibimbing. Orang tinggi kemahirannya, tetapi komitmennya tidak menentu, hendaklah diberi sokongan yang kuat. Orang yang tinggi kemahiran dan komitmen terhadap kerja hendaklah dibanyakkan empowermen.
26

TEORI TRANSFORMASI
Teori ini diasaskan oleh J.M Burns (1978) dalam buku Leadership. Teori ini muncul dari gabungan Teori Sifat dan Teori Tingkahlaku. Andaian teori ini ialah: Kepimpinan sebagai satu proses yang dinamik apabila para pengikut rela menerima pengaruh pemimpin. Penerimaan bergantung kepada proses pertukaran pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu daripada pengikut sebagai balasan.
27

Tanggapan pengikut terhadap tindakan dan aspirasi pemimpin adalah inti pati yang penting dalam teori ini. Pemimpin berinteraksi dengan pengikut dalam keadaan yang terjamin. Sumber kuasa yang dimiliki oleh pemimpin diperolehi sama ada daripada pihak atasan atau daripada semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh pengikut.
28

Unsur Utama Teori Transformasi


Pengikut menaruh harapan yang tinggi terhadap pemimpin dan menghargai sumbangan pemimpin kepada mereka. Kumpulan berfungsi sebagai satu sistem di mana input kumpulan diperolehi daripada ahli kumpulan sendiri dan merekalah yang mengeluarkan output yang diharapkan.
29

Perkembangan Teori Tansformasi:


Bennis and Nanus (1985): Kepimpinan transformasi adalah kebolehan pemimpin membentuk dan menterjemah motif dan matlamat di kalangan para pengikut untuk mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga bersama secara kolektif. Bass (1985): Kepimpinan transformasi bekerja mengubah nilai kepercayaan yang ada pada orang bawahan untuk mengubah budaya sesebuah organisasi. R.J. Starratt (1999), buku Moral Dimentions of Leadership menekankan pembinaan bersama (common interest) dengan cara membuang semangat mementingkan diri sendiri, dan seterusnya membina nilai dan kepercayaan baru.
30

Dimensi Dalam Kepemimpinan Transformasional


Idealized Behavior/Idealized Influence Inspirational Motivation Intellectual Stimulation Individual Consideration

Burns (1978), Johnson (2001), Sadler (2003)

31

Idealized Influence
Mempunyai visi dan sense of purpose yang jelas. Berupaya memperoleh kepercayaan dan penghormatan pengikut. Meletakkan piawai dan matlamat yang tinggi. Mewujudkan visi bersama untuk membolehkan pengikut bekerja kuat untuk mencapainya.

32

Inspirational Motivation
Memberi makna kepada apa yang hendak dicapai. Menjadi role model. Mendorong dengan menggunakan pendekatan emosional Dilihat oleh pengikut berkongsi beban yang dipikul oleh pengikut.

33

Intelectual Stimulation
Merangsang kreativiti dengan cara memberi peluang kepada pengikut menyoal kembali idea awal mereka. Mencari dan membina pendekatan/ cara baru untuk melakukan sesuatu atau menyelesaikan sesuatu masalah.
34

Individualized Consideration
Menganggap setiap individu dalam organisasi mempunyai keperluan, kehendak dan matlamat yang berbeza. Menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan diri pengikut berdasarkan keperluan setiap individu dalam organisasi. Sentiasa memberi maklumbalas yang konstruktif.
35

Ciri-Ciri Pemimpin Transformasi


They clearly see themselves as change agents. Set out to be a difference and to transform the organization for which they are responsible. They are courageous. Can deal with resistance, take a stand, take risks, confront realities. They believe in people. Have well developed beliefs about motivation, trust and empowerment.
36

..sambungan

They are driven by a strong set of values. They are life long learners. View mistakes, theirs as well as others, as learning opportunities. They can cope with complexity, uncertainty and ambiguity. They are visionaries.
37

Kesan Kepimpinan Transformasi


Meningkatkan kecekapan kerja berpasukan. Meningkatkan identiti pasukan. Meningkatkan kepercayaan dan semangat kekitaan. Menjana perubahan. Pengikut peka kepada matlamat organisasi. Semua pihak memperoleh kepuasan kendiri.

38

Kelemahan Teori Transformasi


Practitioners selalunya terlepas pandang terhadap prinsip-prinsip moral dalam mencapai matlamat organisasi. Organisasi menjadi leader centric. Pengikut menjadi terlalu bergantung kepada pemimpin.

39

Rumusan Teori Transformasi


Konsep utama teori ini adalah perubahan. Peranan kepimpinan adalah memberi arah tuju dan melaksana perubahan bagi memastikan organisasi sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan.

40

sambungan

Teras kepada teori ini adalah nilai etika yang ada pada seseorang pemimpin. Oleh kerana kesan pemimpin transformasi amat besar kepada organisasi, tanpa nilai ini pemimpin mungkin menyelewengkan keperluan untuk mencapai matlamat organisasi ke arah mencapai matlamat diri pemimpin itu sendiri
41

SUMBER KUASA
KUASA SAH

KUASA RUJUKAN

SUMBER KUASA
KUASA PAKAR

KUASA GANJARAN

KUASA PAKSAAN

43

Jenis-jenis Kepimpinan
1.
2.

Kepimpinan Autentik
Kepimpinan Transformasi

3.
4.

Kepimpinan Situasi
Kepimpinan Instruksional

44

1.
-

Kepimpinan Autentik

Kepimpinan yang boleh dipercayai


kepimpinan yang menjadi teladan

Kepimpinan yang ingin dijadikan role model oleh subordinat.

45

2. Kepimpinan Transformasi
-

Konsep utamanya perubahan

Melaksanakan perubahan untuk organisasi supaya sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan

46

3. Kepimpinan Situasi
-

Pemimpin menggunakan gaya kepimpinan mengikut situasi Digunakan oleh syarikat ternama: IBM, Bank Amerika, Caterpillar dan Mobil.

47

4. Kepimpinan Instruksional
-

Pemimpin pengajaran ( P & P )

Memastikan ada jadual waktu, ada sumber, ada guru dan ada pelajar.
-

Berlaku proses Pengajaran yang baik & Pembelajaran berkesan


48

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN
Tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin: Kemahiran konsepsual Kemahiran teknikal Kemahiran hubungan kemanusiaan
49

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN (Samb..) Kemahiran Konsepsual: Iaitu kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran idea dan penyelesaian masalah.
50

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN (Samb..)


Kemahiran Teknikal: Iaitu kemahiran berkaitan dengan kaedahkeadah, prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut.
51

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEMIMPIN (Samb..) Kemahiran Hubungan Kemanusiaan: Iaitu kemahiran berhubung dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain. Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.
52

RUMUSAN
Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu perkara yang senang. Untuk itu seseorang pemimpin hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dan memadankannya dalam situasi tertentu.
53

RUJUKAN
Burns. 1978. Leadership. Harper & Row: New York. Cook, C.W., Hunsker, P.L. & Coffey, R.E. (1997). Management and Organizational Behavior. Chicago: Irwin Howell, J.P. & Costley, D. L. (2001). Understanding behaviors for effective leadership. New Jersey: Prentice-Hall. Johnson, Craig L. 2001. Meeting the Ethical Challenges of Leadership. London: Sage Publication. Kellerman, Barbara. 1984. Leadership: Multidisciplinary Perspectives. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.
54

sambungan
Lussier, R.N. & Achua, C.F. (2001). Leadership: theory, application and skill development. Sydney: South-Western College Publishing. Lussier, R.N. (2002). Human Relations in Organizations: Application and Skill Building. Boston: Mc-Graw Hill. Robbins, S.P & DeCenzo, D.A. (1998). Fundamentals of Management. New Jersey: Prentice Hall. Sadler, Philip. 2003. Leadership (2nd ed). London: Kogan Page.
55

sambungan
Shtogren, John A. (ed). 1999. Skyhooks for Leadership. New York: AMACOM. Yukl, G. (1994). Leadership in organizations. 3rd. Ed. New Jersey: Prentice Hall International.

56

Anda mungkin juga menyukai