Anda di halaman 1dari 17

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka. Melalui cara ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mendacapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi. Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam pendidikan mengintegrasikan tiga komponen yang akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada perkara inilah, dapat memberikan perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan berlaku.

Imaginatif

Kritis Estetika Yang Tinggi Kreatif MATLAMAT Inventif Celik Budaya Inovatif

Rajah 1.1 : Matlamat Seni Dalam Pendidikan

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Objektif Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan di sekolahbrendah bertujuan untuk : Menghargai keindahanh ciptaan Tuhan Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja Membuat diskripsi, analsis, interprestasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat Mendapat nilai tambah dalam displin sains dan teknologi Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh tokoh seni Menjadikan seni dalam pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup Membina jati diri kea rah pembentukan Negara dan bangsa Mengintergrasikan seni dalam pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan Membina dan mengamalkan nilai nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

1. Setelah kita mengetahui pengenalan seni dalam pendidikan di sekolah rendah, matlamat dan objektif seni didalam pendidikan sekolah rendah, sekarang mailah kita lihat selanjutnuya tentang bidang bidang dan aspek aspek seni yang terdapat did lam kurikulum sekolah rendah dan bagaimana ia dapat membantu guru menjadikan pengajarannya lebih berkesan dan bersepadu. Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah KBSR di susun di dalam empat bidang kegiatan. Empat bidang tersebut ialah menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai murni. Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) pemerhatian penerokaan penghasilan (pembuatan) apresiasi dan perlanjutan

Sekarang mari kita huraikan satu persatu keempat-empat aspek utama ini yang terdapat di dalam pendidikan seni. Apa itu pemerhatian? Pemerhatian adalah melibatkan melibatkan sensitiviti deria manusia. Ia melibatkan penggunaan deria penglihatan manusia. Bagaimana pula dengan pemerhatian secara aktif? Pemerhatian secara aktif pula ialah bagaimana pemerhatian atau penyediaan seorang guru itu menyediakan sesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan secara bersepadu. Bagaimana pula pengajaran dapat dilakukan secara bersepadu melalui aspek pemerhatian secara aktif ini? Menurut modul OUM HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual (2006), terdapat lima perkara yang perlu diambil kira semasa menyediakan sesuatu aktiviti seni. Apakah kelima-lima
Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

perkara itu? Pertamanya, seseorang guru perlulah peka dan mengetahui pengerhuan sedia ada muridnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dicapai. Bagaimana ini boleh berlaku? Ianya bermaksud aktiviti yang dijalankan tersebut mestilah sesuai dengan latar belakang murid-muridnya. Contohnya seorang guru ingin mengajar muridnya melukis gambar permandangan. Permandangan tersebut mestilah merujuk kawasan atau tempat di sekeliling kehidupan murid muridnya seperti kehidupan nelayan tentunya kawasan sekolah tersebut terletak di tepi laut. Murid dapat melakukan pemerhatian secara aktif tentang gambaran sebuat bot nelayan atau keadaan sesebuah pantai itu. Pemerhatian kedua ialah benda atau bahan yang digunakan mestilah konkrit yakni berbentuk maujud. Kenapa? Untuk menghasilkan sesuatu pengajaran yang bersepadu dan berkesan terutamanya di dalam pendidikan seni, seorang guru mestilah menggunakan bahan atau benda yang berbentuk konkrit atau maujud( betul). Ini sebenarnya memudahkan pelajar melakukan pemerhatian seterusnya membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif. Contohnya, guru seni mengajar muridnya melukis bunga lebih mudah di mana guru boleh membawa bunga kedalam kelas untuk di lihat oleh muridnya berbanding jika muridnya diminta melukis sesuatu yang memerlukan mereka menggunakan daya imaginasi mereka seperti melukis kapal angkasa. Pemerhatian secara aktif yang ketiga ialah guru juga perlu melihat dan peka kepada minat, kecenderungan dan latar belakang muridnya. Kenapa ini perlu? Telah kita bincangkan di atas tadi bahawa guru perlu mengetahui dan memahami latar belakang dan minat muridnya agar ini dapat memudahkan sesuatu objektif pengajaran seninya lebih mudah dicapai. Tambahan pula, melalui cara ini, guru dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat murid- muridnya untuk belajar selaras dengan kecenderungan dan minatnya. Ia penting kerana kita tahu minat murid murid di sekolah bandar adalah berbeza berbanding murid-murid di sekolah luar bandar. Oleh itu, untk menjadikan sesuatu pengajaran itu bermakna dan besepadu, seorang guru perlulah peka dengan keadaan ini.
Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pemerhatian yang aktif juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan itu, bunyinya, pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. Kenapa? Ini akan lebih menarik minat murid untuk belajar. Sesuatu bahan yang menarik mampu membuatkan sesuatu pengajaran itu lebih seronok. Guru perlu melihat kesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan pengalaman dan kecenderungan muridnya. Contohnya di dalam pengajaran membuat kolaj, murid mengunakan bahan kain buang yang berwarna warni. Guru memberi kebebasan kepada muridnya membentuk apa saja. Kebebasan ini memberi peluang kepada muridnya meneroka imaginasi mereka sendiri. Seterusnya, pemerhatian secara aktif yang kelima ialah aktiviti tersebut dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid. Apa yang dapat mencetuskan idea dan membina imaginasi murid? Telah kita bincangkan di atas tadi bahawa kesesuaian bahan dan kepelbagaian aktiviti tentunya dapat menarik minat murid dan secara langsung dapat menjana idea mereka dan mengembangkan imaginasi mereka. Dapat dirumuskan di sini bahawa pemerhatian yang aktif amat perlu dan penting kepada seorang guru sebagai satu persediaan kepada beliau untuk menyediakan sesuatu aktiviti yang menarik dan berkesan dan secara langsung dapat memberikan satu pengajaran yang bersepadu menurut tuntutan kurikulum KBSR. Aspek yang kedua ialah kemampuan murid untuk berinteraksi secara kritis dan kreatif dengan bahan. Aspek ini menekan dari segi penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Mari kita huraikan satu persatu kandungan aspek ini. Apakah yang dimaksudkan dengan penerokaan? Kita semua tahu penerokan melibatkan sesuatu yang dikaji dan dilihat secara menyeluruh. Murid meneroka sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui berbagai aspek atau segi. Apakah contoh penerokaan yang boleh dilakukan oleh murid? Contohnya seperti aktiviti seni reka, murid meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau bentuk, elemen elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraf tangan. Melalui bahan ini, murid berpeluang membuat persepsi sendiri lantas dapat
Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

pengertian secara kritis dan kreatif. Secara tidak langsung, ini akan memberi peluang kepada murid untuk membuat hasilan atau pembuatan idea yang baru. Apakah jenis aktiviti yang dapat menjuruskan murid berinteraksi melalui penerokaan? Antaranya ialah aktiviti tersebut seharusnya kecil, mudah dan ringkas. Ia juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suaikenal dengan bahan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, guru juga perlu memberi kebebasan kepada murid mencari jawapan sendiri atau mencari alternatif dan kemungkinan jawapan yang lain di mana guru tidak perlu meletakkan sesuatu jawapan yang tetap. Kenapa? Ini kerana ia secara tidak langsung ia dapat membantu murid mengembangkan dan berinteraksi dengan menggunakan bahan tersebut secara kritis dan kreatif. Selain itu, aktiviti tersebut juga perlu melibatkan penggunaan pelbagai kecerdasan yang telah kita ketahui iaitu verba linguistik, logik matematik, visual-ruang, kenestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Melalui aktiviti ini, ia secara tak langsung akan membuatkan pengajaran guru tersebut lebih bersepadu dan menepati kurikulum. Ini sebenarnya dapat memberipeluang kepada murid melahirkan kemahiran atau kebolehan masing masing. Bagaimanakah dapat dipermudahkan aktiviti ini? Untuk itu, guru perlulah kreatif di mana guru perlu memberi peluang kepada muridnya menggunakan kemahiran berfikir dan menyediakan pengurusan grafik yang sesuai dan bertepatan. Seterusnya, selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Selain itu, guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Aspek yang ketiga ialah aspek apresiasi seni visual scara mudah. Ia melibatkan penyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktivit seni didalam kelas. Melalui aspek ini, murid dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan malah murid dapat menghargai hasil kerja masing masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta. Guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilas seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Melalui aspresiasi ini, murid dapat membuat refleksi diri dan menyerap pengetahuan dan penerapan nilai yang hendak disampaikan oleh guru di dalam sesuatu isi kandungan pelajaran. Aspek keempat yang perlu diberi penekanan di dalam pelajaran senin yang mana ia dapat memberikan sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dengan bersepadu ialah aspek menghargai nilai murni. Setelah dibincangkan keperluan ketiga tiga aspek di atas, menghargai nilai murni perlu diterapkan kepada murid murid agar mereka dapat menilai dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Contohnya, setiap hasilan seni yang dihasilkan, mereka perlulah melihat dari sudut pandangan yang positif. Ia mengenai nilai atau idea yang hendak disampaikan dan berkaitan dengan kehidupan yang sebenar. Contohnya ialah seperti mencintai alam kehidupan, nilai patriotisme dan nilai nilai murini yang lain. Oleh itu, guru perlulah menerapkan aspek penghatan nilai murini ini di dalam setiap pelajaran seninya agar selain daripada kemahiran seni yang hendak disampaikan, guru juga dapat menerapkan nilai murni kepada anak muridnya.

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Jelaslah di sini bahawa kepentingan empat aspek ini perlu digunakan oleh seorang guru seni untuk menjadikan pelajaran seninya menarik, berkesan dan bersepadu. Ini juga dapat membantu guru untuk mencapai onbjektif pelajarannya dan murid dapat mengikuti pelajaran dengan penuh minat, gembira dan berkesan.

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

2. Pengenalan Apa itu ukiran kayu? Merujuk laman web Warisan Budaya Malaysia, http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm , Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Menurut modul OUMHBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual pula seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat istimewa di kalangan masyarakat di Negara ini. Seni ukiran kayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Sekarang mari kita lihat pula apakah fungsi-fungsi ukiran. Ukiran kayu sebenarnya digunakan sebagai hiasan di bahagian bahagian bangunan, perabot, barang barang dapur serta peralatan rumah. Antara contoh contoh seni ukiran kayu dapat di lihat pada : almari kerusi katil 10

Azman Salleh 750312-02-5163

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

dinding separuh tingkap ambang tingkap cucuran atap tebar layer dinding siling pintu

Rajah 2.1 : Contoh ukiran kayu Sumber :http://www.kedah.gov.my

Azman Salleh 750312-02-5163

11

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Apakah pula jenis kayu yang digunakan untuk sesuatu ukiran kayu itu? Dapat disenaraikan di sini antara kayu kayan yang sesuai untuk diukir ialah cengal, merbau, nyatoh, jelutung, berlian, jati dan sena. Segala jenis jenis kayu ini banyak dan mudah di dapati di hutan hutan di Negara Malaysia. Rajah 2.2 : Pokok Cengal Sumber : http://www.foresty.terengganu.gov.my

Rajah 2.3 : Contoh Kayu Sumber :

Merbau http://www.woodlist.com

Rajah 2.4 : Pokok Nyatoh Sumber : http://www.forest.sabah.gov.my

Setelah kita mengetahui pengenalan kepada ukiran kayu, sekarang marilah sama sama kita bincangkan bagaimana setiap aspek aspek di bawah
Azman Salleh 750312-02-5163

12

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

ini dapat dikaitkan dengan pembelajaran seni ukiran kayu Melayu. Aspek yang pertama ialah pergaulan. Apa itu pergaulan? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pergaulan bermaksud perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. Apabila kita kaitkan makna tersebut kepada pembelajaran seni ukiran kayu melayu, ia boleh diertikan sebagai pergaulan antara murid ketika menjalani aktiviti ukiran kayu. Contohnya, terdapat berbagai jenis ukiran kayu Melayu dan melalui pergaulan sesama mereka, mereka dapat berbincang tentang dan jenis ukiran kayu yang mereka pernah lihat. Mungkin murid yang dibesarkan di bandar hanya melihat ukiran kayu Melayu hanya di muzium berbanding murid yang membesar di kawasan kampung di mana terdapat banyak rumah rumah yang mempunyai ukiran kayu. Maka dapat dihuraikan disini bahawa pergaulan antara murid dapat membantu mereka berbincang, berkongsi pengalaman dan membina idea baru didalam proses pembelajaran ukiran kayu melayu. Aspek yang berikutnya pula ialah aspek penemuan. Apa itu penemuan? Menurut Kamus Pelajar, penemuan bermaksud hal atau perbuatan menemui atau menemukan. Bagaimana kita kaitkan penemuan dengan pembelajaran ukiran kayu Melayu? Aspek ini sebenarnya memberi peluang kepada murid untuk mencari sesuatu idea yang baru atau mengenal pasti corak corak yang teradapat pada ukiran kayu Melayu. Contohnya, ketika menjalankan aktiviti ukiran kayu Melayu, murid perlu mencari contoh contoh ukiran kayu yang mana trdapat berbagai jenis corak yang melambangkan sesuatu seperti bunga, daun dan sebagainya. Melalui penemuan ini murid dapat menjana sesuatu idea yang baru dan melalui gabungan in maka trhasillah sesuatu hasilan yang terbaik. Melalui penemuan ini juga memberitahu kepad murid bahawa sesuatu corak ukiran itu bukanlah hanya sesuatu yang biasa tetapi mempunyai maksud yang tersirat dan dapat melihat betapa indahnya seni orang Melayu. Aspek yang berikut ialah aspek percubaan. Apa itu percubaan? Merujuk kepada Kamus Pelajar, percubaan bermaksud usaha utk mencuba atau menguji
Azman Salleh 750312-02-5163

13

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. Melalui maksud tersebut kita faham bahawa percubaan ialah sesuatu aktiviti atau usaha yang dilakukan untuk menguji sesuatu. Bagaimana pula dikaitkan dengan pembelajaran seni ukiran kayu Melayu? Dapat kita bincangkan bahawa percubaan ialah sesuatu eksperimen murid di dalam membentuk sesuatu corak untuk hasilan ukiran kayu Melayu. Contohnya, murid cuba menghasilkan sesuatu corak hasil gabungan bunga raya, sisik ikan dan kepak ayam. Hasil usaha ini adalah percubaan di mana pada akhirnya murid dapat menghasilkan sesuatu corak baru yang kreatif. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan dan dapat menarik minat murid. Aspek yang seterusnya ialah pemerhatian. Apa itu pemerhatian? Merujuk Kamus Pelajar, pemerhatian membawa perngertian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. Dapat kita lihat di sini, pemerhatian berkait dengan aspek percubaan di mana, setelah murid melakukan percubaan, hasilan tersebut perlu diperhatikan samada ianya sesuai dan dapat diterima oleh kehendak pengajaran malah dapat digolongkan di dalam hasil seni ukiran Melayu. Pemerhatian ini haruslah I lihat dari pelbagai aspek seperti penggunaan corak yang betul, kesesuai penggunaan benda yang diukir seperti apakah ia sesuai untuk dijadikan ukiran di almari dan penggunaan warna yang sesuai. Pemerhatian ini haruslah dirujuk kepada guru dan rakan rakan kelas. Aspek yang seterusnya ialah manipulasi sesuatu. Apa yang dimaksudkan dengan manipulasi? Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga, manipulasi bermaksud 1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ visual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu

Azman Salleh 750312-02-5163

14

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi keberuntungan pengusaha industri. Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah bagaimana murid dapat memanipulasikan sesuatu benda di dalam membina atau mencipta sesuatu corak untuk menghasilkan sesuatu seni ukiran kayu Melayu. Telah kita bincangkan di atas tadi bagaimana murid memanipulasikan bunga raya, sisik ikan dan corak pelepah bulu ayam untuk dijadikan corak pada hasilan ukiran kayunya. Inilah dinamakan memanipulasi sesuatu untuk menjadikannya sesuatu yang baru atau menarik. Selalunya bunga dijadikan atau dimanipulasikan sebai sesuatu corak kerana ianya menarik dan cantik. Selain itu, terdapat banyak lagi benda- benda yang dimanipulasikan bentuknya sebagai corak dalan seni seperti, daun, akar, untaian manik dan banayak lagi. Aspek yang terakhir yang dapat kita bincangkan di sini ialah aspek mencari kebenaran dan keesahan. Apakah maksunya? Dapat kita huraikan di sini bahawa setiap sesuatu hasilan tersebut adalah sesuatu yang dapat dihargai dan mempunyai penciptanya. Murid adalah dilarang menghasilkan sesuatu hasilan yang ditirunya dan mengaku bahawa itu adalah ciptaannya. Lantaran itu, peranan guru amat penting di sini untuk mengingatkan muridnya bahawa perbuatan itu dalah salah. Selain itu, murid juga perlu tahu keesahan dan motif bahan yang digunaan iaitu apa yang hendak disampaikan. Kesimpulannya, keenam-enam aspek ini amat penting untuk diterapkan oleh guru di dalam pengajaran seni ukiran kayu Melayu. Amat penting untuk kita mengetahui dan memelihara seni kita yang telah lama kita ketahui. Selain itu, perlulah juga kita menghargainya dan melihat betapa indahnya seni orang Melayu kita. Peranan guru di sini amat penting untuk memberikan sesuatu aktiviti seni yang menyeronokkan kepada muridnya agar mereka tahu dan dapat menghayati keindahan seni ukiran Melayu yang mana kita tahu tak lekan dek panas dan tak lapuk dek hujan.

Azman Salleh 750312-02-5163

15

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Rajah 2.5 Ukiran kayu berbentuk wau Sumber : Warisan Budaya Malaysia http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

Rajah 2.6 : Ukiran patung kayu Sumber : Warisan Budaya Malaysia http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

BIBLIOGRAFI
Azman Salleh 750312-02-5163

16

OUM HBAE1103Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Atan Long (1976), Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. http://www.foresty.terengganu.gov.my http://www.woodlist.com http://www.forest.sabah.gov.my http://www.kedah.gov.my Open University Malaysia (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. Warisan Budaya Malaysia http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

Azman Salleh 750312-02-5163

17

Anda mungkin juga menyukai