Anda di halaman 1dari 18

CERITA TENTANG PASTA

Sejarah Pasta Khasiat Pemakanan Pasta Bentuk-bentuk Pasta Tips

Legenda

popular mengatakan bahawa Marco Polo memperkenalkan pasta ke Itali berikutan penerokaan beliau di Timur Jauh pada abad ke-13. Namun, pasta dapat dikesan telah pun wujud pada abad ke-4 SM. Sebuah makam Etruscan menunjukkan sekumpulan orang asli membuat sesuatu yang kelihatannya seperti pasta.

Orang

cina telah membuat makanan seperti mi seawal 3000 SM. Mitos Yunani menunjukkan bahawa tuhan Yunani Vulcan mencipta satu alat yang membuat doh benang (merupakan spaghetti pertama). Thomas Jefferson dikreditkan dengan membawa mesin makaroni yang pertama ke Amerika pada tahun 1789 Kilang perindustrian Pasta yang pertama di Amerika dibina di Brooklyn pada tahun 1848

Pasta

adalah asas yang sempurna untuk makanan yang sihat, lazat dan memuaskan. Antara beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang pasta: 1. Karbohidrat seperti pasta menyediakan bahan tenaga untuk otak dan otot anda kerana ia adalah karbohidrat kompleks yang membebaskan tenaga secara perlahan.

1.

2.

3.

4.

Tidak seperti gula ringkas yang menawarkan rangsangan yang cepat, namun tenaga yang dibebaskan adalah sekejap sahaja. Tidak seperti pasta yang membantu mengekalkan tenaga. Pasta sangat rendah dalam natrium dan bebas kolesterol. Pasta gandum dapat memberikan sehingga 25% daripada keperluan serat harian dalam setiap bahagian satu cawan. Diperkaya dengan asid folik baik untuk wanita mengandung Pasta mempunyai index Glisemik yang rendah (GI) supaya ia tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan cepat.

Terdapat

berpuluh-puluh jenis pasta yang berbeza dari segi bentuk, kaedah memasak dan menghidang. Di sini, disertakan beberapa bentuk pasta yang popular, menarik dan unik. Harus diingat juga bahawa apabila membuat hidangan pasta yang sedap, pastikan bentuk pasta yang dipilih dengan sosnya itu, complement antara satu sama lain.

("Rambut Halus") -pasta halus dan nipis ini adalah terbaik jika digunakan dengan sos yang ringan dan halus. Boleh digunakan ke dalam sup, dalam salad atau tumis makan.

(Rama-rama)

Bow Ties mencantikkan apa jua hidangan dengan bentuknya yang menarik itu. Sesuai digunakan untuk berbagai sos, salad atau resepi sup.

(Bells)

pasta Campanelle menyerupai kon kecil dengan bahagian tepi yang kelihatan bergolak. Sesuai dipasangkan dengan daging, krim, sos berasaskan minyak atau salad.

(spaghetti berputar) bentuknya yang panjang dan berlingkar boleh disesuaikan dengan apa jua sos atau ditambah ke dalam sup atau bertukar menjadi salad yang cantik. Fusilli juga dibakar baik dalam casseroles.

(Dari

lasanum, Latin untuk periuk) Buat Lasagna Casseroles yang asli dengan menggunakan sayur-sayuran cincang, keju, daging cincang dan apa-apa jenis sos. Anda juga boleh membekukan/sejukkan ia untuk dimakan kemudian.

(Muffs

kecil) sumbat Manicotti dengan campuran daging cincang, keju dan sayuran, serta disalut dengan sos kegemaran. Manicotti juga boleh dimasak dengan kaedah bakar.

(Dumpling)

Satu bentuk yang sangat serba boleh complement dengan manamana sos, dibakar atau dimasukkan ke dalam sup, salad dan hidangan tumis.

Small

shells ini boleh membuat tambahan yang baik untuk sup atau untuk mendapatkan salad yang indah. Cubalah resepi Makaroni chesse menggunakan small shells ini untuk keseronokan hidangan anda.

Pasta

ini merupakan bentuk kegemaran Amerika. Spaghetti adalah pilihan yang tepat untuk hampir kebanyakan mana-mana sos, atau ia boleh digunakan untuk membuat casseroles atau tumis hidangan.

SOS BERPASANGAN Pasta yang halus dan nipis seperti Angel Hair adalah lebih baik dihidangkan sos yang light dan nipis. Bentuk pasta tebal pula seperti Fettucine bergandingan dengan sos yang heavy adalah lebih baik. Bentuk pasta dengan lubang @ rabung seperti mostaccioli/radiatore sesuai untuk sos chunkier
A.

Fettucine Angel hair

Mostaccioli

Anda mungkin juga menyukai