Anda di halaman 1dari 8

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 2 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN MALAYSIA

SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan tentang konsep budi, bahasa dan budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia kepada pelajar. Turut dibincangkan ialah ciri-ciri budi bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep budi, bahasa dan konsep budi bahasa; menyenaraikan ciri-ciri budi bahasa; menerangkan amalan budi bahasa masyarakat Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia

Takrif Budi

Takrif Bahasa

Takrif Budi Bahasa

Ciri-Ciri Budi Bahasa

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Perhubungan sosial dalam masyarakat Melayu khususnya Malaysia diikat oleh perkongsian makna yang disimbolkan melalui bahasa, gerak geri badan dan gabungan perlakuan dan sikap keseluruhannya. Simbol ini dilambangkan dengan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) seseorang apabila berdepan dengan alam sosialnya. Kegagalan seseorang individu mengendalikan hubungan sosial ini akan

menyebabkan dia disingkirkan atau dipulaukan oleh masyarakatnya sendiri. Sebaliknya, jika kita berkebolehan menguasai hubungan sosial ini dengan baik, maka kita akan dihormati dan berjaya dalam hidup.

Apakah kayu ukur dalam membina hubungan yang luhur ini? Adakah harta kekayaan atau budi bahasa? Budi bahasa tetap menjadi keutamaan. Sebab itu ada bidalan: Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai membawa diri. Tetapi, semakin maju masyarakat, sistem budi bahasa juga berubah, semakin tinggi tahap ekonomi, semakin cenderung manusia untuk memandang ke atas. Walaupun budi bahasa masih menjadi keutamaan, kalau ada harta lebih dihormati. Namun, dalam apa jua keadaan budi dan bahasa adalah citra masyarakat negara Malaysia.

Takrif Budi Menurut Asma Abdullah (2009), budi ditakrifkan sebagai intelek atau kebaikan. Budi adalah sebahagian daripada sistem etika orang Melayu dan Malaysia yang mencerminkan peribadi dan asuhan mereka, dan mempengaruhi cara mereka berhubungan dengan orang lain. Perjalanan kehidupan harian dipandu oleh budi yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu seperti yang dicerminkan dalam pantun Melayu berikut: Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati Tegak rumah kerana sendi, tegak manusia kerana budi.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Profesor Dahlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggambarkan budi sebagai penguasaan rasa (rasa dalaman intuitif) ke atas pemahaman yang rasional semata-mata. Budi menghendaki manusia bersifat rasional tetapi dengan sensitiviti dan keprihatinan yang sewajarnya terhadap rasa, adalah konsep kognitif. Rasional membolehkan manusia mengawal dan mengeksploitasi alam semula jadi dan dapat mengelak daripada dianggap sebagai tidak berhati perut.

Menurut Noriati (2002), budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai dan akhlak yang baik. Pentakrifannya juga melibatkan perbuatan dan tingkah laku yang baik. Tegasnya persoalan budi berkait rapat dengan conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati dan berhati perut. Budi ialah satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan, perlakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalaman manusia. Jelasnya budi ialah pancaran nilai utama yang telah menetapkan corak akhlak dan nilai manusia.

Kesimpulannya, seseorang yang berbudi ialah orang yang berilmu, bijak, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal. Berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan

pembudayaan. Guru-guru memerlukan pembangunan budi yang terpuji seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata, tetapi perlu memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Takrif Bahasa Bahasa ialah suatu sistem simbol lisan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) berinteraksi sesama mereka berlandaskan kepada budaya yang mereka miliki bersama. (Soenjono Dardjowidjojo,2007)

Selain itu, terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud bahasa; a. Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi

(Finocchiaro,1964). b. Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh, 1972). c. Menurut Kamus Linguistik (1997), bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh digunakan sebagai alat berinteraksi. d. Bahasa ialah lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia bagi menghasilkan sejumlah perkataan yang tidak terbatas untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan (Mangantar Simanjuntak, 1987) satu kelompok sosial dan

Dalam

konteks

dunia

pendidikan,

Nik

Safiah

Karim

(2002)

mengatakan bahawa penggunaan bahasa merujuk kepada kebolehan pelajar memulakan, membina dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. Hasilnya pelajar dapat berinteraksi, memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan, merujuk dan berurus bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Dalam bidang maklumat, bahasa merujuk kepada keupayaan pe lajar memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. Proses mendapat maklumat adalah keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Maklumat boleh diterokai melalui aktiviti mendengar, membaca dan mengakses maklumat daripada multimedia. Akhirnya pelajar dapat memproses dan menyampaikan maklumat. Dalam bidang estetik pula, melalui bahasa pelajar dapat meni kmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Fokus lebih kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan.

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat tentang budi dan bahasa masyarakat Malaysia. Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan antara budi dan bahasa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Takrif Budi Bahasa

Budi bahasa merupakan satu pendekatan budaya, komunikasi dan hubungan yang ditekankan serta mengandungi unsur-unsur sopan santun, menghormati tetamu atau pelanggan, menunjukkan sikap mesra

pelanggan dan merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan martabat budaya bangsa (Abd. Rahim Abd Rashid, 2006)

Budi bahasa ialah kebolehan menyampaikan simbol-simbol makna dalam bentuk pertuturan iaitu satu bentuk komunikasi yang paling mudah

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) difahami. Seseorang perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Sesuai dengan corak kehidupan masyarakat yang mementingkan pemeliharaan maruah orang lain, aspek budi bahasa ini dititikberatkan. Perkara penting bagi memelihara maruah orang lain adalah bijaksana dalam menuturkan kata-kata. Bahasa yang dituturkan hendaklah kata-kata yang baik, penuh kehalusan, tertib, mudah difahami dan sentiasa memuliakan orang lain. Orang yang tidak berbudi bahasa dianggap berperangai rendah, tidak berbudi dan dianggap biadap. Oleh itu, kemahiran berbahasa penting dalam masyarakat Malaysia bagi memastikan wujudnya suasana harmoni dalam kelompok.

Umumnya setiap gerak laku, tuturkata, tatacara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, mulia, setia, malu sabar dan sopan.

Kempen budi bahasa menjadi sebahagian daripada agenda menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ?

Ciri-Ciri Budi Bahasa

1. Sifat Merendah Diri Tidak menunjukkan perasaan bangga diri yang keterlaluan semasa berkomunikasi. Lebih banyak mendengar daripada berbicara.

2. Bersifat Sabar Kesabaran menjadi nilai yang dapat menyelesaikan segala masalah hidup dengan beransur-ansur dan bijaksana.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 3. Bersikap Positif Sentiasa memilih cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran yang positif.

4. Kesantunan Bahasa Apabila Berinteraksi Melalui cara ini mereka akan menjadi mesra dan saling mengenal hati budi masing-masing. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat agar tidak timbul kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain.

5. Tertib dan Bersopan santun. Menunjukkan sikap menghormati orang lain, peramah, mesra dan manis tutur kata. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik, huraikan ciri-ciri budi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan selanjutnya.

Latihan 2 Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Hilangkan stres seketika, sambil hayati pantun budi. Perigi dikatakan telaga, Tempat budak berulang mandi; Emas merah ada harga, Budi bahasa bernilai abadi. Diribut runduklah padi, Dicupak Datuk Temenggung; Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak ke mari tanggung

TAMAT

Rujukan: Abd. Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Dist. Asma Abdullah. (2009). Ke Arah Glokal Dimensi Budaya dalam Pengurusan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Naffi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS. Noriati dan Sanat. (2002). Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai