Anda di halaman 1dari 9

NARKUNAVATHY SUNDARESON PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN JABATAN PEGUAM NEGARA 14 JUN 2012 kuna@agc.gov.

my

PENYATA PEMBELAAN
sebahagian daripada pliding dalam sesuatu kes sivil kepentingan pliding:

(i) (ii) (iii)


menetapkan skop kes dengan mengenalpasti isu fakta dan undangundang yang perlu diputuskan di antara pihak-pihak; peluang pertama Defendan untuk memberi notis kepada Plaintif akan pembelaan yang akan digunakan untuk menggelakkan sebarang kejutan kelak; membolehkan Mahkamah menentukan perjalanan prosiding selanjutnya.

pernyataan fakta yang material dan relevan sahaja pihak-pihak terikat dengan pliding pliding boleh dipinda Mahkamah tidak boleh putuskan isu yang tidak diplidkan perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam Kaedah Mahkamah Plaintif berhak memfailkan jawapan kepada pembelaan

BENTUK PENYATA PEMBELAAN


1. Tajuk mengikut kausa.
2. Perenggan yang dikhususkan kepada bahagian berasingan. 3. Perenggan-perenggan yang dinomborkan berturutan. 4. Tarikh dan nombor dalam angka dan bukannya perkataan. 5. Tarikh

6. Tandatangan peguam
7. Endosemen dengan nama dan alamat peguam.

KANDUNGAN PENYATA PEMBELAAN

fasa-fasa biasa: Perenggan-perenggan 1 dan 2 Pernyataan Tuntutan tiada dalam pengetahuan Defendan Perenggan 5 Pernyataan Tuntutan adalah diakui. Perenggan-perenggan 21 dan 22 Pernyataan Tuntutan adalah dinafikan dengan keras dan Plaintif dikehendaki membuktikannya dengan kukuh di sisi undang-undang. Perenggan-perenggan 40.1 dan 40.2 Pernyataan Tuntutan dinafikan dan Defendan mengulangi perenggan 13 dan 15 di atas. Defendan menafikan apa-apa liabiliti dan menegaskan bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan tidak berasas dan tersalah tanggap dari segi fakta dan undang-undang. Keseluruhan perenggan 65 Pernyataan Tuntutan adalah dinafikan dengan keras dan Defendan menegaskan bahawa Plaintif tidak berhak kepada relief-relief yang dipohon terhadap Defendan. Kecuali sebagaimana yang diakui dengan nyata terdahulu daripada ini, Defendan menafikan setiap dan tiap-tiap pernyataan fakta yang terkandung di dalam Pernyataan Tuntutan seolah-olah ia dinyatakan di dalam ini dan disangkal dengan khususnya. Oleh yang demikian, Defendan memohon supaya tuntutan Plaintif ditolak dengan kos.

AFIDAVIT

pernyataan bertulis bersumpah deponen yang digunakan sebagai keterangan dalam sesuatu tindakan undang-undang. memainkan peranan yang penting dalam prosiding interlokutori dengan membentangkan fakta-fakta untuk menyokong atau menentang sesuatu permohonan. afidavit boleh dibuat oleh lebih dari 1 deponen afidavit hanya boleh mengandungi pernyataan fakta berdasarkan pengetahuan peribadi deponen atau pernyataan maklumat dan kepercayaan deponen beserta sumber dan alasannya pernyataan yang bersifat skandal/tidak relevan/menindas boleh dibatalkan afidavit di luar aturan boleh diterimapakai dengan kebenaran Mahkamah afidavit Bahasa Malaysia saja; eksibit Bahasa Malaysia atau Inggeris. kalau tidak, mesti diterjemahkan pengubahan atau pemadaman pada afidavit sebelum pemfailan dan sebelum diikrarkan boleh, jika Pesuruhjaya Sumpah memarapinya sebelum pemfailan tetapi selepas diikrarkan boleh dan jurat perlu ditambah dengan perkataan diangkat sumpah semula. selepas pemfailan tidak boleh. afidavit yang diikrarkan di luar negara boleh diterimapakai dalam prosiding Mahkamah ada budibicara membenarkan deponen sesuatu afidavit diperiksabalas akan kandungan afidavitnya.

BENTUK AFIDAVIT
1. Tajuk mengikut kausa. 2. Deponen menggunakan kata diri pertama. 3. Alamat tempat tinggal atau alamat tempat kerja deponen. 4. Pekerjaan deponen. Hubungan deponen dengan mana-mana pihak dalam kausa tersebut. 5. Perenggan yang dikhususkan kepada bahagian berasingan. 6. Perenggan-perenggan yang dinomborkan berturutan. 7. Tarikh dan nombor dengan angka dan bukannya perkataan. 8. Tandatangan deponen. 9. Nama, tarikh, masa dan tempat pengikraran afidavit 10.Tandatangan Pesuruhjaya Sumpah 11. Jurat Borang 71 KMR 1980. 12.Endorsmen dengan nama dan alamat peguam

JURAT & EKSIBIT


JURAT perakuan oleh Pesuruhjaya Sumpah di hadapan siapa afidavit tersebut diikrarkan.

tertera pada kaki afidavit tersebut, tidak dimuatkan pada mukasurat lain.
tidak perlu meletakkan tajuk kausa menyatakan bila, di mana dan di hadapan siapa afidavit itu diikrarkan. dilengkapkan dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah. biasanya di sebelah kiri mukasurat.

EKSIBIT

dokumen-dokumen sokongan yang dilampirkan pada afidavit. dikenalpasti melalui perakuan Pesuruhjaya Sumpah. tajuk mengikut kausa.

KANDUNGAN AFIDAVIT
fakta-fakta yang boleh dibuktikan oleh deponen dari pengetahuannya sendiri. pernyataan tentang maklumat atau kepercayaan deponen beserta sumber-sumber dan alasan-alasannya. jangan gunakan bahasa kuno si-Plaintif, orang yang menuntut, orang yang dituntut kata-kata pembuka: Saya dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan jika mengikrarkan afidavit bagi pihak orang lain: saya diberi kuasa sepenuhnya untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak pernyataan dari pengetahuan deponen sendiri: Fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah benar dari pengetahuan peribadi saya melainkan dinyatakan sebaliknya. pernyataan dari pengetahuan deponen sendiri dan sumber lain: Fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dari pengetahuan peribadi dan atau dari rekod-rekod Plaintif di mana saya mempunyai akses sepenuhnya melainkan dinyatakan sebaliknya. pernyataan bukan dari pengetahuan deponen sendiri: Saya diberitahu oleh peguamcara Plaintif dan sesungguhnya percaya atau Sesungguhnya segala yang dinyatakan dalam afidavit ini adalah dalam kepercayaan saya dan hasil rujukan fail-fail dan rekod-rekod Plaintif yang mana saya mempunyai akses penuh dan atau atas nasihat peguam Plaintif melainkan dinyatakan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai