Anda di halaman 1dari 48

Bab 3 Hubungan GURU MURID

PISMP Januari 2011 Semester 3 Matematik 2


Oleh: Dayang Nurfarahain Faeeza bt Hassim Norhidayah bt Mohmad Siti Nursaaidah bt Subri Zunadia bt Zulkifli

EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku

3.1.1

Kepentingan

3.1.2

Faktor faktor yang Mempengaruhi


3.1.3 Strategi

3.1 Membina Hubungan GuruMurid

Membina Hubungan Positif


3.1.4 Amalan

Budaya Penyayang

3.1.5 Dinamika

3.1.6 Rumusan

Bilik Darjah

3.1.1 Kepentingan

Membina Hubungan GURU MURID

1) Kebaikan kepada Guru

2) Kebaikan kepada Murid

1) Kebaikan kepada Guru


1. Menaikkan motivasi dan semangat guru untuk mengajar a) Dapat melicinkan perjalanan P&P b) Maka, semakin bermotivasi mengajar.

2. Murid lebih mudah dikawal a) Membuah kerjasama antara guru murid. b) Maka, guru lebih efektif :- urus dan kawal murid. Contoh: Ada hubungan baik murid bekerjasama
dengan guru patuhi peraturan yang ditetapkan.

3. Kerjasama murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru a) Kerjasama murid aktiviti pengajaran lebih seronok + efektif. b) Penglibatan murid yg aktif dalam P&P mendorong guru sediakan aktiviti lebih praktik dan berkesan. 4. Menaikkan imej guru a) Guru yg berjaya bina hubungan baik dapat kawal murid utk menjalankan aktiviti pengajaran yang berkesan. b) Maka, imej guru dapat dinaikkan dengan lebih dihormati dan dipandang mulia serta memberikan kesan positif kepada keyakinan diri.

2) Kebaikan kepada Murid


1. Murid lebih berminat untuk belajar. a) Murid dapat meluahkan masalah serta pandangan. b) Guru dapat memberi maklum balas. c) Komunikasi 2 hala + hubungan demokratik rangsang minat libatkan diri dalam P&P.

2. Murid lebih memberikan kerjasama pada guru a) Peluang murid- guru jalin kerjasama erat dan lebih rapat dengan guru. b) Maka, guru dapat kenal pasti kelemahan & kekuatan serta berikan peneguhan yg sesuai.

3. Meningkatkan pencapaian akademik murid.

a) Guru yang berhubung baik dengan murid muridnya akan dapat kenalpasti kebolehan mereka. b) Hubungan baik yg selesa membolehkan guru perbaiki prestasi akademik mereka.
4. Murid lebih bermotivasi utk belajar.

a) Hubungan baik membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik murid. b) Murid murid yang mesra dan rapat dengan guru akan lebih terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.

3.1.2

Faktor faktor yang Mempengaruhi Hubungan Guru Murid

1) Penampilan dan Bahasa Badan 2) Tingkah laku Guru

4) Persekitaran Pembelajaran di dalam Bilik Darjah


3) Tunjuk contoh Teladan Baik

1) Penampilan & Bahasa Badan


1. Penampilan
Tunjukkan ciri2 profesionalisme guru & ikut etika pakaian yg ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia: Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 & Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 :Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah. Kandungan pekeliling itu: > Guru sentiasa menjadi tumpuan murid & msyrkt. > Maka, guna pakaian sesuai bg melambangkan disiplin & imej profesion.

Guru Lelaki
1. Seluar panjang + baju kemeja/bush jacket/ lounge suit. (Jika berlengan panjang, tangan baju jgn dilipat. Baju masukkan ke dalam. 2. Kasut kulit/ lain2 kasut yg sejenis dengannya 3. Baju Melayu lengkap + samping ATAU pakaian baju yg mirip dlm potongan baju Melayu + seluar panjang. 4. TIDAK boleh memakai: Pakaian baju Melayu + sarong Jeans, track suit, seluar pendek Kemeja T/sukan, jersi, baju Hawai Kasut sukan, selipar, kasut getah Lain2 pakaian yg menjolok mata.

Guru Perempuan
1. Pakaian Kebangsaan/ pakaian kaum masing2 yg sesuai tidak mencolok mata. 2. Kasut kulit, selipar, cerpu, ATAU sejenis dengannya yg sesuai dengan pakaian yg ditetapkan 3. TIDAK boleh memakai: Kasut sukan Jeans, Tracksuit, Slacks, seluar pendek Kemeja T /sukan, jersi Pakaian yg menutup muka Pakaian dari jenis kain jarang & menjolok mata

Bush Jacket

Lounge Suit

2. Bahasa Badan
Utk menyampaikan mesej kepada murid tentang perwatakan anda sbg seorang guru. Contoh:

Tidak minat mengajar/ Tiada keyakinan diri C= Berpakaian selekeh, tangan mendakap diri & tiada kontak mata Minat mengajar/ Berkeyakinan diri C= Masuk ke kelas dgn senyuman & tunjuk kewibawaan sbg seorang guru. Kesannya, murid akan berasa ceria dan bersedia untuk belajar dgn tenang. Kontak mata dgn murid Maka, guru perlu: agar rasa dihargai Tonjol perwatakan Gerak geri bertenaga positif & nilai2 baik & bersemangat untuk krn akan jadi ikutan mengajar murid2.

2) Tingkah laku Guru


Melambangkan perwatakan/ keperibadian.

Tunjukkan tingkah laku/contoh yg POSITIF:


1. Bahasa/Perkataan baik Bersopan & positif . Maka akan dihormati oleh murid2 dan meningkatkan motivasi murid. Perkataan kasar & terjerit2 membuatkan murid rasa tidak selamat, takut &membuat andaian perlakuan itu diterima. Ini mungkin akan ditiru mereka. Semasa berkomunikasi:- Gunakan perkataan sesuai. Kawal emosi & fikir sebelum berkata2. Teguran :- Gunakan bahasa sesuai & tegas. JANGAN hina dgn kata2 kesat & elak guna bahasa kasar.

2. Berhemah tetapi tegas Berikan peneguhan sesuai kpd tingkahlaku yg diterima di dalam kelas. 3. Tunjuk sikap empati Segala masalah ditangani dgn adil. Beri peluang kepada murid untuk membincangkan masalah. ELAKkan menuduh tanpa bukti. Murid akan hilang kepercayaan kepada guru akibat tindakan melulu.

Sekiranya ingin menegur, mulakan sesuatu yg positif tentang diri murid tersebut. Kemudian tegur dengan berhemah. Contoh: Cikgu tahu awak suka melukis. Tetapi kenapa hari ini awak tidak seperti berminat?

3) Tunjuk contoh Teladan Baik


1. Tunjukkan minat terhadap perkara yg diajar agar murid

turut berminat.
2. Ceria dan tenang sentiasa agar murid berasa ceria &

selamat.
3. Komunikasi berkesan dgn mendengar & prihatin

masalah murid. 4. Ikhlas mengajar dgn adil kepada semua murid. 5. Bersemangat kekitaan bg meningkatkan semangat setiakawan. 6. Mengambil berat dgn galakkan murid hargai rakan & guru. 7. Berempati dgn masalah yg dihadapi murid2. Lihat, perhati gerak emosi & faham masalah murid.

Amalan Baik yg boleh dilakukan


1. Tegur/sapa murid dgn memberi salam/ tanya khabar. 2. Ingat nama murid & panggil. ELAK nama gelaran seperti 3.

4.
5.

6.

galah, hitam ATAU nama am seperti, Oi, kamu. Guna bahasa sopan ketika bercakap seperti Tolong cikgu.., Sila beratur dan yg seumpamanya. Menghargai pertolongan dgn mengucapkan Terima kasih setiap kali menerima pertolongan. Minta pertolongan dgn bersopan. BUKAN mengarah. Bercakap dgn berhemah tetapi tegas. Tetapkan peraturan di dalam bilik darjah & sewaktu P&P dijalankan. Guru perlu ikut peraturan yg ditetapkan.

4) Persekitaran Pembelajaran di dalam Bilik Darjah


Persekitaran KONDUSIF & hubungan guru-murid yg demokratik + mesra menjadikan murid tenang & berasa selamat. Guru perlu tanam semangat kekitaan dgn sentiasa berbincang dgn murid dlm perancangan & buat keputusan berkaitan peraturan & hiasan bilik darjah. Katakan kepada murid bahawa mereka mempunyai tanggungjawab ke atas bilik darjah & suasana pembelajaran mereka. Rasa kekitaan & sayang akan bilik darjah menyebabkan murid2 sentiasa berusaha jadikan b.darjah harmoni & kondusif utk belajar.

Ciri bilik darjah KONDUSIF


1. Bilik darjah ceria , bersih & teratur Meja disusun rapi, sudut pembelajaran senang diakses, lantai + papan tulis bersih, papan kenyataan teratur + dikemaskini selalu. 2. Menarik perhatian murid utk belajar Murid seronok berada di dlm b. darjah dgn susunan menarik + ruang selesa. 3. Memotivasikan/ berikan semangat kpd murid Maklumat utk P&P mudah diperoleh. Papan kenyataan dipenuhi dgn maklumat pembelajaran yg relevan. Kata2 perangsang & artikel yg boleh menaikkan semangat juga ditempatkan di dalam bilik darjah. 4. Dilengkapi dgn alat bantu mengajar Cth: komputer, CD, VCD, internet, model2 3D & lain2. 5. Memberikan ruang utk kembang potensi murid Membantu perkembangan kognitif, emosi & sosial serta membantu murid menyesuaikan diri dgn baik di sekolah.

3.1.3 Strategi Membina

Hubungan Positif
3) Agih tanggungjawab bersama.

1) Ingat nama murid & panggil dgn nama masing masing .

5) Tunjuk keprihatinan

2) Tanam semangat cintakan kelas

4) Tetap jangkaan realistik

6) Unsur kecindan

1) Ingat nama murid & panggil dgn nama masing masing.

ELAK panggil 1. Guna nombor pendaftaran & kata ganti diri am. 2. Salah sebut nama krn murid akan diketawakan/ digelarkan oleh murid lain. Murid akan berasa malu & membenci guru. 3. Tuding jari utk panggil krn cara ini agak kasar.

hari pertama penggal persekolahan

*Bermula daripada

Murid BANGGA apabila guru ingat nama mereka. Bukti guru ada di mata & bersungguh2 utk ingat mereka.

KESAN

1. lebih cepat jalin hubungan dgn murid dgn sebut nama betul. 2. bantu guru kawal tingkah laku murid di dlm kelas dgn panggil nama murid & menegur.

2) Tanam semangat cintakan kelas


Menaikkan motivasi intrinsik murid untuk ke sekolah. Tanam sifat kesepunyaan murid terhadap kelas dengan 1. Aktiviti2 yg dilakukan bersama2 :- Adakan perbincangan dgn murid tentukan moto & cogan kata yg melambangkan semangat ahli kelas. Dengan moto kelas, guru perlu membimbing murid2 utk mencirikan sifat yang mereka inginkan utk kelas mereka.

Maju, Efektif, Rajin, Aktif, Harmonis!


~ Kami murid Tahun 6 MERAH,

Sambungan.
2. Inisiatif & Bimbingan :- Bincang dgn murid2 cara jaga

keharmonian kelas, idea2 mencantikkan kelas. Papan kenyataan kelas diisi dgn bahan2 yg dipilih bersama dgn murid. Adakan giliran tukar ganti bahan ikut kreativiti murid. Puji & beri peneguhan kepada usaha mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga akhir penggal. Tanamkan sifat bangga dgn kelas hasil usaha sendiri.

3) Agih Tanggungjawab Bersama


Guru perlu libatkan MURID dlm
1. Membuat keputusan Bincang & capai persetujuan dgn PERATURAN yg ditetapkan. Berbincang jenis ganjaran , penguhan & hukuman yg akan diberikan kpd mereka yg mematuhi/ langgar peraturan yg telah dipersetujui. 2. Bersama pikul tjawab libatkan P&P Peluang kepada murid utk pikul tjawab jaga kesejahteraan kelas iaitu dgn membuat PERATURAN & galakkan patuhi peraturan. Guru pastikan peraturan dijalankan & dipatuhi. Bentuk JawatanKuasa (JK). Maklum kpd mereka:- JK yg tidak menjalankan tugas akan diganti. JK diubah ikut semester utk beri peluang kpd murid pikul tjawab berbeza. TUJUAN:- Elak murid rasa terpinggir

4) Tetapkan Jangkaan Realistik


JANGKAAN yg dibuat guru mesti realistik & tepati kebolehan murid. ~Contoh:- Guru MT mendapati kemahiran lepas murid belum kukuh, maka beliau tidak boleh meletakkan hasil pembelajaran yg tinggi terhdp kemahiran baru yg hendak di ajar.

Maka, guru perlu TAHU kebolehan + pencapaian murid


KENAPA perlu tahu?!

Dpt pilih strategi & bahan bantu mengajar yg sesuai dgn kebolehan murid & buat jangkaan ttg keperluan pembelajran mereka.

Sambungan... Guru perlu realistik:1. Mengjangka apa yg boleh dicapai dlm jangka masa yg ditetapkan.

Jangkaan terlalu rendah pembelajaran sangat mudah & tak mencabar.


Jangkaan terlalu tinggi sukar teruatamnay yg lemah utk mencapai. Kesannya, murid akan berasa tertekan & kurang motivasi utk belajar 2. Menunjukkan guru peka terhadap keperluan murid & berusaha utk membantu. 3. Menunjukkan sokongan &keprihatinan guru.

5) Tunjukkan Keprihatinan
KESAN:- contoh baik kpd murid apabila guru ikhlas tunjuk sikap ini.

ELAK:- berat sebelah. Murid tahu jika guru itu mengambil berat/ tak. TUNJUK sikap keprihatinan dgn

1) Tahu latar belakang & personaliti murid. Ada murid yg malu bersemuka. Maka cara yg sesuai utk tahu latar belakang ialah :1. Buat semakan butir2 peribadi 3. Pemerhatian sendiri 2. Bertanya kpd guru terdahulu

4. Memberi kpd murid murid ujian personaliti

Sambungan. 2) Luang masa utk membaca & mendengar isi hati murid. Ada murid yg segan. Cara yg boleh digunakan:1. Tulis surat kepada guru 3. Hantarkan e-mel kpd guru 2. Menulis jurnal harian & hantar secara peribadi kpd guru

6) Masukkan Unsur Kecindan di dalam Komunikasi *Bantu membina


KESAN/ FAEDAH:1) Kurangkan tekanan murid dalam P&P & tenangkan suasana. 2) Hasilkan pembelajaran seronok & relaks. 3) Tenangkan & rehatkan minda guru. 4) Peluang berhenti & bermesra dgn murid. 5) Peluang kpd murid lihat guru itu prihatin & tak terlalu serius
hubungan mesra GURU MURID

Unsur humor yg digunakan mesti sesuai dgn umur murid & tidak menghina murid lain. ELAK humor yg ada isu2 sensitif.
MEDIUM:- Teka teki, karakter kartun, bahan jenaka.

Sambung matapelajaran & murid akan lebih bersedia.

3.1.4 AMALAN BUDAYA PENYAYANG

Menurut Larrivee (2005), budaya penyayang ahli-ahli dalam komuniti mengutamakan kebajikan ahliahlinya, bersikap, dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa perhubungan.

Guru memainkan peranan penting terapkan amalan budaya penyayang selari dgn kepentingan akademik.

Amalan Budaya Penyayang

Asas pembentukan budaya penyayang bermula dengan corak interaksi guru dengan murid-murid.

Diaplikasikan melalui 2 peringkat utama iaitu guru tunjukkan amalan penyayangdan guru awasi dan terapkan amalan penyayang.

HORMAT
Konsep asas hormat ialah penerimaan. Guru menunjukkan rasa hormat kepada muridnya dengan menunjukkan rasa hormat kepada muridnya dengan menerima murid sebagai dirinya. Hormat adalah berkait dengan interaksi dengan murid dan bukan interaksi kepada murid.Berinteraksi atau bercakap kepada murid lebih kepada bentuk interaksi satu hala. Apabila guru berinteraksi dengan murid, guru akan mendengar pandangan murid, menghargai pendapat mereka dan seterusnya memberikan maklum balas yang jujur.

Perbezaan individu akan dapat dikenal pasti dan dihargai di dalam bilik darjah apabila budaya hormatmenghormati diamalkan. Hormat berbeza dengan rasa takut. Perasaan benci akan timbul apabila murid takut akan guru. Hal ini akan menyebabkan interaksi dua hala terhalang. Murid akan berasa dirinya dihormati apabila guru memberikan perhatian dan mengambil berat tentang diri mereka.Rasa dihormati itu adalah permulaan kepada sifat menghormati diri sendiri dan orang lain. Guru yang menghormati murid akan mendapat kepercayaan daripada murid.

AUTENTIK
Menjadi diri sendiri ialah menjadi individu yang autentik.Guru autentik tidak cuba untuk menjadi orang lain. Antara sifat guru yang autentik ialah :

o Bercakap benar dengan penuh tanggungjawab dan prihatin. o Beri maklum balas yang jujur kepada murid o Berkongsi perkara yang dilalui tanpa perlu berpurapura. o Tidak takut untuk mengaku salah. o Berani mengaku kesilapan mereka dan menegaskan kepada murid tidak mengapa untuk berbuat salah tetapi harus bersedia untuk membaiki dan bertanggungjawab atas kesilapan sendiri.

Guru dan murid boleh berkongsi pandangan untuk menyelesaikan masalah apabila mengamalkan sifat autentik. Guru bersikap terbuka dengan menunjukkan kejujuran dan keikhlasan. Oleh itu, murid akan bersikap terbuka dan akan dapat membantu mereka meluahkan perasaan dan pendapat dengan jujur. Murid-murid yang menyedari emosi sendiri dan emosi orang lain akan dapat mengawal emosi dengan lebih baik. Budaya penyayang akan dapat dibentuk.

KEPRIHATINAN
Asas mewujudkan budaya penyayang dalam bilik darjah ialah melalui keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru. Persekitaran yang kondunsif akan dapat diwujudkan apabila guru prihatin, bertimbang rasa, dan mengambil berat tentang murid-muridnya. Guru yang prihatin akan turut membimbing muridmurid bersikap prihatin terhadap rakan-rakannya. Guru dan murid boleh berkongsi masalah tanpa rasa takut didenda atau dimarahi.

Guru juga mengutamakan kebajikan muridmuridnya. Mereka akan saling bekerjasama dan boleh bergantung antara satu sama lain untuk memahami keperluan dan kehendak. Dengan menujukkan sikap prihatin, muridmurid yang bermasalah akan lebih terbuka untuk membincangkan dan meluahkan masalah mereka. Hal ini mampu membantu meringkan beban emosi mereka.

INTEGRITI EMOSI
Wujud dengan kejujuran emosi. Guru mempunyai kebolehan untuk menggalakkan murid berkongsi fikiran dan perasaan yang dialami oleh mereka. Berusaha menangani emosi yang timbul di bilik darjah. Antara cara guru menunjukkan integriti emosi ialah dengan : Berbincang secara langsung persepsi murid pada setiap masa. Tegur kelakuan murid yang kurang menyenangkan. Mendapatkan akauntabiliti murid yang kurang menyenangkan. Proaktif semasa berdepan dengan masalah tingkah laku murid
.

Mengalakkan Integriti Emosi Dalam Kalangan Murid.


Guru yang berupaya mendemonstrasikan integriti emosi akan menggalakkan murid untuk meluahkan emosi secara positif. Belajar cara mengawal emosi dan melihat punca emosi akan dapat mengembangkan kecerdasan emosi dalam kalangan murid. Guru perlu menganalisa dan melihat dengan lebih jauh perasaan sebenar yang tersembunyi di sebalik luahan atau tingkah laku murid.

Contoh : Luahan Murid : Saya marah kerana cikgu tidak benarkan saya bermain. Perasaan sebenar : Saya berasa terpinggir kerana tidak dibenarkan bermain bersama rakan yang lain.

Menyerapkan sifat mengambil berat. contoh : beri maklum balas dan menerima daripada menolak, serta menyeimbangi antara perkembangan individu dalam kelas dengan tanggungjawab kepada keseluruhan murid.

Membina semangat kekitaan dan kepunyaan.- contoh : mengadakan dialog dengan murid, berjumpa secara perseorangan dengan murid, adakan peraturan dan rutin seperti jamuan akhir tahun.

Strategi Mengamalkan Budaya Penyayang


Guru mengamalkan ciri-ciri penyayang dan menjadi model kepada murid. contoh : hormatmenghormati antara guru dengan murid. Komited dengan usaha yang berterusan. contoh : jujur dalam tindakan dan perkataan, beri perhatian yang sama kepada semua murid tanpa rasa prejudis.

3.1.5 DINAMIKA BILIK DARJAH

DINAMIKA KUMPULAN
Menurut Kamus Dwibahasa Oxford (2007), dinamika didefinasikan sebagai kuasa yang menyebabkan pergerakan manakala kumpulan pula adalah kelompok individu dalam sesuatu unit sosial yang mempunyai ciri dan nilai yang sama. Oleh itu, dinamika kumpulan dikatakan sebagai kuasa yang terdapat dalam kumpulan yang boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk melakukan sesuatu perubahan. Perubahan tersebut adalah satu kemajuan kepada kumpulan atau pengunduran kumpulan terhadap sesuatu situasi, nilai, atau aktiviti. Hal ini boleh berlaku secara fizikal, emosi atau sosial.

Dinamika kumpulan boleh dikenalpasti melalui kajian sosiometri. Guru dapat mengesan pola interaksi dan persahabatan di dalam bilik darjah. Antara soalan sosiometri yang boleh digunakan ialah: Siapa kawan baik anda di dalam kelas? Siapakah kawan yang akan anda pilih untuk melakukan aktiviti? Jawapan murid perlu dirahsikan oleh guru. Guru boleh menggunakannya untuk melihat dan analisis peta jaringan persahabatan dalam bilik darjah.

Antara pola dalam kumpulan ialah : Bintang gelaran untuk murid yang popular dan terima lebih 10 undian kawan yang paling disukai. Dyad- Bentuk persahabatan, 2 orang saling bersahabat. Klik Bentuk kumpulan/persahabatan. Rantai- Pola rantai, A memilih B sebagai kawan tapi B memilih C sebagai kawan. Pencilan Murid tidak pilih sesiapa sebagai kawan yang disukai dan murid lain juga tidak memilihnya. Singkiran Murid menamakan beberapa murid sebagai yang disukai tetapi mereka meamakannya sebagai orang yang tidak disukai.

Status sosioekonomi

Pencapaian akademik

Bangsa

Personaliti

Jantina

Faktor-faktor yang membentuk dinamika kumpulan.

Gaya pembelajaran

Peranan Guru dalam Dinamika Kumpulan


Membantu dinamikadinamika kumpulan membentuk ciri yang boleh diterima dan membawa kebaikan kepada ahli.

Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan.

Memberikan perhatian kepada kumpulan murid yang disingkir atau tidak disukai.

Menggunakan kuasa penularan untuk menjadi model kepada tingkah laku yang diingini.

Bertindak sebagai ketua kumpulan dinamika darjahnya.

RUMUSAN

Hubungan guru-murid perlu dirancang dari awal. Memerlukan usaha yang berterusan dari keduadua pihak. Kesan hubungan yang baik antara guru dan murid akan memberikan impak kepada proses p&p dan juga pengurusan bilik darjah. Fakor hubungan guru-murid membantu dalam pembentukan modal insan yang harmonis selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Anda mungkin juga menyukai