Anda di halaman 1dari 10

Menguji Tatabahasa 1.

Apakah struktur bahasa, struktur yang ditentukan oleh bahasa asli, pola-pola struktur bahasa, pemeringkatan pola bahasa. 2. Teknik menguji dan mengenali struktur tatabahasa. 3. Ujian menghasilkan struktur tatabahasa. 4. Menguji struktur bahasa asing. 5. Amali: membina unit ujian tatabahasa. 6. Lado: Bab 11 dan 12. Menguji Kosa Kata 1. 2. 3. 4. 5. 6. Apa itu kosa kata? Berapa banyak kosa kata, sampel. Teknik mengenal kata, menuliskan kata. Teknik mengujii melahirkan kosa kata, dll. Amali: membina unit ujian kosa kata. Lado: Bab 13.

Kemahiran Bersepadu 1. 2. 3. 4. 5. Kefahaman auditori. Bgaimana membentuk ujian. Pelbagai pilihan, betul-salah dll. Membina unit ujian bersepadu. Lado: Bab 14

Kefahaman Membaca 1. 2. 3. 4. 5. 6. Teknik umum Pra-membaca Teknik bagi pelajar awal Teknik bagi pelajar maju. Membina unit ujian membaca. Lado Bab 15, Marohaini

Menguji keseluruhan bahasa 1. 2. 3. 4. 5. Menguji over-all control of the language. Menguji kefahaman budaya, dan silang budaya. Menguji nilai tinggi. Membina unit ujian penggunaan bahasa canggih. Lado: Bab 19, 20 dan 21

Prosedur Membina Ujian 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Prinsip ujian dalam bilik darjah. Ujian atau kuiz. Item ujian objektif. Kertas jawapan. Fail item ujian. Menyediakan item ujian. Membina ujian. Merekabentuk ujian on-line.

Kuliah seterusnya membincangkan apa itu ujian. Kuliah ini melihat perkara-perkara berikut: Apa itu ujian? 1.Umumnya kita hidup penuh dengan ujian dan penilaian. Apa saja yang kita lakukan diuji dan diukur. Menentukan identiti 1. 2. 3. 4. 5. Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian dadah dalam sukan darah DNA mata pendengaran

Mengetahui tahap kemampuan 1. Ujian amat sedikit dimengerti 2. Ujian bahasa juga demikian 3. Bayangkan ujian bahasa yang dilakukan di Malaysia 4. Apa gambaran yang kita dapati Keperluan ujian bahasa 1. Mengawal (masuk ke universiti MUET, TOEFL) 2. Membuat penyelidikan penguasaan bahasa (memerlukan ujian) 3. Menjalankan ujian bagi mengetahui tahap kemahiran, kefahaman, kemahiran (tugas seorang guru) 4. Jenis Ujian Berbeza dari segi kaedah (method) dan tujuan (purpose) 1. 2. 3. 4. Kaedah: kertas and pensil berbeza Peperiksaan: kosa kata, tatabahasa, dll) Kemahiran: mendengar, kefahaman, membaca dan memahami. Bentuk ujian: aneka pilihan, esei, mendengar, lisan dll.

Dibezakan daripada segi: 1. 2. 3. 4. Prognostik Progres Kecapaian (achievement) Kemahiran (proficiency)

Tujuan 1. Kecapaian (pencapaian) 2. Kemahiran (kemahiran, kefasihan) 3. Jangka panjang tujuan kursus 4. Jangka pendek setiap pelajaran Prinsip 1. Mengetahui ujian dalam darjah 2. Mendorong progres pelajar 3. Menilai pencapaian dalam darjah Masalah menguji 1. Masalah

2. 3. 4. 5. 6.

Dialek Logik Kurang kosa kata (lack of vocabulary) Menulis (writing) Gaya (style)

Variabel 1. Unsur (Elements, information) 2. Kemahiran (Skill) Strategi 1. situation vs language sebenar 2. skill vs different elements 3. Group testing vs individual testing 4. objective vs subjective tests Kriteria ujian bahasa 1. Validity 2. Reliability 3. Scorability 4. Economy 5. administrability Kritikan terhadap ujian 1. Translation 2. Essay 3. Objective tests 4. Auditory comprehension Isu-Isu Semasa Lain 1. Ujian BM secara umum 2. Sukatan baru 3. Apa yang diuji 4. Pemeringkatan ujian 5. Kesahihan ujian 6. Tafsiran ujian Kuliah seterusnya membincangkan topik berikut: Jenis ujian 1.Pembinaan ujian 2.Ujian Secara Berasingan 3.Ujian Integrasi dan Pregmatik 4.Ujian Bahasa Komunikatif Pembinaan Ujian 1. 2. 3. 4. Penggunaan ujian berkriteria Pembinaan item ujian Kesahan ujian Kebolehpercayaan ujian

Ujian Secara Berasing (Discrete Point Test)

1. 2. 3. 4. 5.

Integrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi Integrasi mahal- mengambil masa yang pannjang Ujian integrative sesuai untuk kelas KBSR Item integrative- meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa Ujian kloz, sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti.

Ujian integrasi dan pragmatik 1. 2. 3. 4. 5. Integrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi Integrasi mahal mengambil masa yang panjang Ujian integratif sesuai untuk kelas KBSR Item integratif meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa. Ujian kloz sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti

Ujian Bahasa Komunikatif 1. Kemahiran menggunakan bahasa dalam komunikasi 2. Pendekatan komunikatif berpusatkan bentuk komunikatif 3. Kebolehan menggunakan bahasa dengan konteks Dua bentuk ujian komunikatif. 1. Ujian prestasi penglibatan pelajar secara langsung 2. Latar belakang pelajar dan peranannya dalam sosial. Model kecekapan Komunikatif 1. Tindak balas imaginatif dan praktis dengan penggunaan teori Model dibahagi kepada komponen pengetahuan bahasa 2. Kecekapan tatabahasa 3. Kecekapan sosiobudaya 4. Kecekapan wacana 5. Kecekapan strategi. Kuliah seterusnya membincangkan Rekabentuk ujian. Antara perkara yang ditekankan ialah: Komunikasi dan Rekabentuk Ujian 1. Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempengaruhi reka bentuk ujian dan mentafsir skor 2. Binaan ujian adalah bagi mengetahui kemahiran bahasa calon yang diukur. 3. Reka bentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita anggap menjadi kemahiran yang diuji. 4. Format yang berlainan, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada apa yang dianggap bahasa dan penggunaan bahasa. Ujian unsur-unsur berasingan 1. Pengaruh linguistik struktural 2. Dilakukan oleh Lado 1961 3. Menguji unsur bunyi,tatabahasa, kosa kata secara berasingan. 4. Diperkukuh oleh psychometrics, menguji kemahiran kognitif secara berasingan. 5. Mewujudkan bateri(perangkat) ujian bagi empat kemahiran yang berlainan mendengar, bertutur,membaca,menulis 6. Masih digunakan hingga sekarang. Ujian integratif dan pragmatik 1. Keperluan penguasaan bahasa bagi belajar di universiti di Amerika dan Britain memerlukan ujian dilakukan terhadap kemahiran menggunakan bahasa. 2. Ini memerlukan prestasi secara integratif diuji. 3. Ujian unsur diskret (berasingan) hanya menguji pengetahuan mengenai bahasa tidak kemahiran

menggunakan bahasa. Ujian integratif 1. Menguji sebutan,tatabahasa,kosa kata dalam konteksnya diutamakan 2. Ini berbeza daripada ujian unsur berasingan 3. Ini dilakukan dengan melihat kemahiran bertutur dan wawancara, mengarang teks lengkap,memahami teks yang lengkap bagi tulisan dan lisan. Masalah Ujian Integratif. 1. Memakan masa 2. Mahal 3. Sukar membuat penskoran 4. Sukar melatih pemeriksa. 5. Tidak juga dapat dipercayai. Penyelesaian Olter 1970-an 1. Ujian cloze 2. Asasnya: pelajar memproses dalam masa sebenar,natural seperti bertutur dan membaca. 3. Bagi memahami teks, pelajar perlu memahami seluruh unsur bahasa,yakni perlu memahami sistem bahasa. 4. Ujian cloze-mengisi ruang kosong 5. Sama juga dengan menguji unsur berasingan Ujian komunikatif 1. Hymes, kemahiran bahasa bukan sekadar mengetahui unsur tatabahasa. 2. Peraturan budaya amat menentukan betul salah penggunaan bahasa, khusus bagi konteks tertentu. 3. Ujian berubah,penilaian pelajar dalam konteks sebenar, dan dalam aktiviti berkomunikasi. 4. Memberi perhatian kepada peranan penutur dalam konteks 5. Melahirkan ujian integratif dan pragmatik. Komponen yang perlu diuji. 1. Bentuk tatabahasa sebutan, tatabahasa, kosa kata seperti ujian unsur berasingan 2. Kemahiran sosiolinguistik, dalam konteks yang berlainan:komunikasi dalam budaya sesuatu masyarakat. 3. Kemahiran strategik, kemampuan menggunakan muslihat bagi mengatasi kelemahan dalam kemahiran berbahasa. 4. Kemahiran berwacana kemampuan menggunakan bahasa dalam konteks luas. Nota kuliah pada 24 Januari 2009 membincangkan beberapa topik. Antara topik penting yang dibincangkan adalah seperti berikut: 1. Tujuan ujian dalam pendidikan adalah untuk mendapat kembali maklumat, memastikan objektif pengajian guru tercapai, menggred pelajar, ujian sebagai penggerak atau motivasi dan bagi tujuan penempatan (sederhana, baik dan lemah). 2. Ciri-ciri ujian yang dibincangkan meliputi perkara-perkara berikut: i. Kesahan ujian ujian itu mengambarkan atau menguji apa yang hendak diuji. Contoh, jikalau objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian yang diadakan adalah berkaitan tema. ii. Kebolehpercayaan atau kestabilan - ciri ini dilihat dari segi ketepatan dan kejituan ukuran yang dibuat. Ujian yang stabil atau boleh dipercayai. iii. Keobjektifan atau ketepatan ujian Item-item yang dibina tidak memberi peluang kepada sesuatu interpretasi berlainan daripada apa yang telah ditentukan terlebih dahulu. Bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Skema pemarkahan juga disediakan terlebih dahulu sebelum guru memeriksa. 3. Jenis-jenis Ujian. Jenis-jenis ujian merangkumi ujian berikut: i. Ujian penempatan bertujuan menguji pelajar agar mempunyai keterampilan yang disyaratkan bagi sesuatu kursus. ii. Ujian formatif menguji pelajar dari masa ke masa serta memberi maklumat kepada guru. iii. Ujian Diagnostik mencari punca kelemahan pelajar. iv. Ujian Sumatif untuk penggredan dan pensijilan(UPSR,PMR,SPM,STPM). 4. Asas-asas Penilaian. Asas-asas penilaian digariskan mengikut domain-domain berikut:

i. Penilaian Domain Kognitif ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir. Bermula daripada peringkat rendah iaitu aras ingatan sehingga yang tertinggi,iaitu kompleks. Bentuk ujian adalah pelbagai seperti aneka pilihan, subjektif, lisan, tulisan, ujian bulanan dan lain-lain. ii. Penilaian Domain Afektif berhubung dengan masalah sikap, pandangan dan nilai-nilai yang dipercayai seseorang. Penilaian ini diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis. Pengukuran menggunakan skala Likert . Di samping itu, boleh juga menggunakan respon pilihan ya atau tidak. iii. Penilaian Domain Psikomotor berhubung dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan. Penilaian menggunakan pengamatan berbeza dengan bidang sukan. Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif). 5. Aras-aras Ujian. Antara aras ujian yang digariskan adalah seperti berikut: i. Kategori Moody Aras informasi, Aras Konsep, Aras perspektif, Aras Apresiasi/penghayatan. ii. Taksonomi Bloom Aras pengetahuan, Aras pemahaman, Aras Aplikasi, Aras Analisis, Aras Sintesis dan Aras Penilaian. 6. Aras-aras Ujian Sastera. i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian,definisi,deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya mudah, hanya menghendaki pelajar menamakan,memberi definisi,nama pengarang dan sebagainya. Contoh ujian aras ingatan ini adalah seperti berikut; Apakah yang diertikan dengan perkataan cemara? Butiran ujian juga boleh direncanakan dalam bentuk aneka pilihan. ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami,membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Contoh soalan, Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Latifah Hj Shebli dalam sajaknya Aku Menjadi Lebih Berani. iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Dengan cara ini membolehkan para pelajar menerapkan pengetahuan teoritisnya ke dalam kegiatan praktis dan konkrit. Pada aras ini pelajar berkeupayaan mengubah, memodifikasi, mendemonstrasi, mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu kemampuan. Contoh soalan, Sudut pandangan apakah yang digunakan oleh dalam Novel Julia karya Abu Hassan Morad. iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis - berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Sebelum diuji aras ini, pelajar harus benar-benar sudah membaca karya yang ditetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja analisis terhadap karya tersebut. Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas. Pelajar bukan sekadar berkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut atau karya sastera tersebut sebagai hasil secara keseluruhan. Keupayaan menyelesaikan tugasan analisis ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman karya tersebut. Contoh soalan, Bagaimanakah sifat-sifat watak utama dalam Novel Perlumbaan Kedua? v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera, kemampuan untuk menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis antara lain pelajar berkeupayaan mengkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis, contohnya, puisi, cerpen atau novel yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot dan latar.Pelajar juga berkeupayaan menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa buah karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut; Jelaskan persamaan watak Julia dalam novel Julia dan watak Tuk Kura dalam novel Perlumbaan Kedua. vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian peringkat tertinggi dalam kayu ukuran aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-

bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Contoh soalan, Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya. 7. Ujian Kesusasteraan Kategori Moody. i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera.Item-item soalan yang dirancang dan diajukan kepada pelajar amat mudah disediakan kerana selalunya merujuk kembali kepada karya sastera yang dipelajari dan murid melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati fakta-fakta penting dalam karya tersebut. Contoh soalan, Siapakah watak utama novel Perlumbaan Kedua? ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep berkaitan dengan persepsi bagaimana maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Contoh soalan, Apakah konflik yang dialami oleh watak Tuk Kura? iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif - penumpuan kepada pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan. Item-item soalan ujian aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi arasnya. Contoh soalan, Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Julia? iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan ujian aras ini berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Keperluan kognitif yang diperlukan untuk mengerjakan butiran-butiran ujian aras apresiasi juga memerlukan kemampuan kognitif aras tinggi. Pelajar harus berupaya mengenali, menganalisis, membandingkan, menggeneralisasi dan menilai bentuk-bentuk kebahasaan yang digunakan dalam sesebuah karya sastera yang dikaji dan dibahaskan. Contoh soalan, Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang jalan dan Azizi Hj Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu. Kuliah pada 14.02.2009 membincangkan isu-isu berkaitan apakah yang kita uji. Dalam bahagian ini dijelaskan bagaimana kita menguji pertuturan. Kesimpulan kuliah ini merumuskan bahawa apabila kita membuat ujian,kita sering dikongkong oleh format soalan. Kedua, kita sering mengabaikan kemahiran bertutur dan mendengar dalam pengujian kita. Kuliah pada 21.02.2009 membincangkan perkara-perkara penting ketika kita membuat ujian. Apakah tatatingkatnya? Apakah nilai-nilai mantapnya?Bagaimana kita mencari maklumat yang tersirat. Apakah yang dimaksudkan dengan kritis dan bagaimanakah kita melihat sesuatu yang kritis? Kuliah pada 28.02.2009, membincangkan tiga isu dalam pengujian. Pertamanya, ujian merupakan satu instrumen yang membantu dalam pengajaran,bukan menguji kedudukan. Apabila kita menguji bahasa, apakah matlamat jangka panjang? Sebagai contoh, matlamat kita untuk melahirkan pelajar yang pandai menulis novel.Isu kedua, membincangkan apakah perkara-perkara yang selalu kita ajar dan bagaimana kita menguji kefahaman. Isu ini menekankan bagaimana kita mengajar pemahaman dan rumusan, terutama berkaitan isi tersurat dan isi tersirat. Bagaimana kita membina soalan bagi menguji isi tersurat dan isi tersirat? Isu ketiga, apabila kita mengajar bahasa, kita perlu mengajar kemahiran berkreativiti, dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.Amalan yang berlaku dalam pengujian kini, hanya berkisar kepada soalan yang bertanyakan maklumat kepada pelajar. Kita perlu memikirkan akan kepentingan kemahiran berkreativiti. Sebagai contoh, kita meminta pelajar membina peribahasa baru. 2. Buat esei mengenai objektif sukatan pelajaran Bahasa Melayu menurut sekolah Menengah dan Rendah tempat anda bertugas (10 markah) Objektif pelajaran sekolah menengah di sekolah adalah berpandukan objektif yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat; iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara. Seterusnya sukatan pelajaran Bahasa Melayu mementingkan tiga hasil pembelajaran bidang berikut: I. Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal Bidang Interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat secara bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan untuk tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam Bidang Interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, antara hasil Pembelajaran Utama ialah; 1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra. Sementara hasil pembelajaran khusus adalah seperti berikut: 1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri,keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai. 1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain. 1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai. Huraian hasil pembelajaran pula ditandai menggunakan aras1, 2 atau 3, seperti dalam contoh berikut: Aras 1 i. Berbual tentang masalah harian dan isu semasa dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. ii. Memberikan reaksi yang bersesuaian dengan penyataan yang dikemukakan oleh orang yang dilaw an berbicara. iii. Mengemukakan alasan untuk menarik diri daripada meneruskan perbualan secara sopan. iv. Mengemukakan penjelasan lanjut tentang sesuatu kemusykilan dalam perbualan. Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut: a. Melaksanakan sesi perbincangan intelek dalam kumpulan kecil untuk meningkatkankecemerlangan remaja kini dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai. b. Reaksi verbal dan nonverbal harus digalakkan misalnya mengiakan pernyataan,mengangguk, memper lihatkan kekaguman dan mendapatkan penegasan. Contoh pernyataan menarik diri Maafkan saya, saya terpaksa... c. Menjalankan sesi perbincangan intelek berdasarkan sesuatu isu denganmemberikan penekanan

penjelasan lanjut secara beradab. II. Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat Bidang Maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat daripada multimedia. Hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam bidang maklumat adalah untuk mendapat, memproses, dan menyampaikan maklumat. Sebagai contoh, antara hasil Pembelajaran Utama ialah; 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton. Sementara hasil pembelajaran khusus pula adalah seperti berikut; 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting, dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks. 7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Huraian hasil pembelajaran pula ditandai menggunakan aras1, 2 atau 3, seperti dalam contoh berikut: Aras 1 i. Menyatakan persoalan pokok dan menganalisis isi yang relevan dan tidak relevan. ii. Memberi makna kata dan rangkai kata yang sukar difahami termasuk sinonim , antonim, homonim, polisem, hiponim dan pasangan minimal berdasarkan konteks. iii. Membina dan mengemukakan lingkaran soalan untuk mengemaskinikan maklumat. iv. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk menentukan bahan yang sesuai dengan tugasan. Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut: a. Membaca teks untuk menyatakan idea utama dan menganalisis yang relevan dan tidak relevan. b. Melaksanakan aktiviti permainan bahasa untuk mencari makna kata, termasuk sinonim, antonim, homonim, polisem, hiponim dan pasangan minimal berdasarkan konteks. Contoh: Teka silang kata, memadankan kata,dan kotak rahsia. c. Membina soalan berdasarkan bahan untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi tujuan mengemaskinikan maklumat tugasan yang diberi. d. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mencatatkan isi releven dengan tugasan yang diberikan. III. Hasil Pembelajaran Bidang Estetik Bidang Estetik berfokus kepada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang Estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, serta membuat apresiasi dan penghayatan. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam Bidang Estetik adalah untuk memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Sebagai contoh, antara hasil Pembelajaran Utama ialah; 10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera Sementara hasil pembelajaran khusus pula adalah seperti berikut; 10.1 10.2 10.3 10.4 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan. Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya. Menyatakan bentuk dan nada puisi. Menyatakan jenis, ciri,tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

Huraian hasil pembelajaran pula ditandai menggunakan aras1, 2 atau 3, seperti dalam contoh berikut: Aras 1 i. Menyatakan makna kata dan ungkapan berdasarkan konteks untuk meningkatkan presiasi.

ii. Membuat sinopsis dengan menggunakan bahasa yang menarik. iii. Menganalisis karya prosa dan puisi untuk mengenal pasti aspek-aspek yang menarik. Aras 2 i. Menjelaskan teknik plot dalam karya. ii. Menganalisis w atak dan perwatakan dalam karya. a. Membaca senyap petikan karya sastera dan menghuraikan makna kata dan ungkapan mengikut konteks. b. Mengadakan teater bercerita karya sastera yang telah dibaca dan seterusnya menulis sinopsis karya tersebut. c. Menjalankan aktiviti penulisan idea berdasarkan karya sastera untuk menganalisis unsur-unsur yang menarik.Contoh: Watak antagonis dan protagonis, dan gaya bahasa. d. Membuat perubahan plot dengan menggunakan teknik imbas kembali. e. Membuat pelukisan watak untuk menganalisis dan menghuraikan watak dan perwatakan dalam karya yang dibaca.

Anda mungkin juga menyukai