Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN HARIAN PENGAJARAN Mata Pelajaran: Pertolongan Cemas Kelas: 4 Biru Tarikh: 11 April 2012 Bilangan Pelajar: 30 orang

Masa: 9.00a.m- 10.00a.m Tajuk: Pendarahan Sub Tajuk: i. Jenis pendarahan eksternal (dibahagian luar) ii. Rawatan Objketif umum: Murid akan dapat menjaga keselamatan diri pada setiap masa. Objektif khusus: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: i. Mengenal pasti jenis-jenis pencederaan yang sering dialami oleh mereka. ii. Dapat membuat rawatan pendarahan untuk sementara semasa menunggu pertolongan daripada orang lain. iii. Membezakan jenis-jenis pendarahan luar. Pengalaman Sedia Ada: Murid pernah mengalami kecederaan atau pendarahan semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Gabungjalin: Sains, ubat-ubatan Penerapan Nilai: Kasih sayang, toleransi, tolong-menolong Kemahiran Berfikir: Membanding beza, menjana idea Bahan Bantu Mengajar: Video, powerpoint, bahan maujud, peti pertolongan cemas

LANGKAH Set Induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN Lakonan (dilakon oleh guru) Situasi:

AKTIVITI P&P

CATATAN KB: Pemikiran Reflektif Teknik: Sumbangsaran

Pada suatu hari, Ah Meng dan Abu mengaduh. Tiba-tiba Ah Meng ditikam oleh Abu dengan pisau. Abu sangat menyesal dan mahu menyelamatkan Ah Meng tetapi tidak tahu apa yang patut buat.

1. Pelajar diminta memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam situasi yang dilakonkan . 2. Murid-murid diminta berkongsi pengalaman mereka dengan kelas. 3. Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.

Langkah 1 ( 20 minit )

Luka Terhiris

1. Guru menerangkan jenis pendarahan yang biasanya berlaku dan sebab berlakunya. 2. Guru menunjukkan gambar bagi luka tersebut. 3. Pelajar memberi jawapan dan guru merumuskan. 4. Guru menjelaskan cara-cara menguruskan luka tersebut.

KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab

Luka Terkoyak

1. Guru menerangkan jenis luka tersebut dan sebab berlakunya. 2. Guru menunjukkan gambar bagi luka tersebut. 3. Guru membuat perbandingan antara luka terhiris dengan luka terkoyak dan menjelaskannya. 4. Guru menjelaskan cara-cara menguruskan luka tersebut.

KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab

Luka Berdarah

1. Guru menerangkan jenis luka tersebut dan sebab berlakunya. 2. Guru menunjukkan gambar bagi luka tersebut. 3. Pelajar memberi jawapan dan guru merumuskan. 4. Guru menjelaskan cara-cara menguruskan luka tersebut.

KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab

1. Guru menunjukkan gambar bagi luka tersebut. Luka Tembus 2. Guru menunjukkan video bagi cara-cara menguruskan luka tembus bagi mengelakkan pendarahan yang berlebihan. 3. Guru menjelaskan cara-cara menguruskan luka tersebut. 4. Pelajar memberi jawapan dan guru merumuskan.

KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab

Langkah 2 (15 min)

Amali

1. Guru membahagikan kelas kepada 6 kumpulan, satu kumpulan 5 orang. 2. Guru mengagihkan dua model pendarahan yang mewakilkan dua jenis pendarahan. Setiap kumpulan terdapat dua jenis model. Pertama luka terkoyak dan yang kedua luka tembus.

KB: Menjana idea Teknik: Tunjukcara /Demonstrasi

Model luka terkoyak

Model luka tembus

3. Setiap kumpulan mempunyai seorang guru akan masuk ke dalam kumpulan untuk memimpin pengajaran cara merawat dua jenis pendarahan tersebut. 4. Selepas itu, murid diberi peluang untuk mencuba balutan yang diajar di atas model pendarahan tersebut. Langkah 3 (10 min) Kuiz 1. Soalan-soalan kuiz akan disimpan dalam sampul surat. 2. Murid yang menjawab dikehendaki memilih satu sampul surat daripada guru. 3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di dalam sampul surat tersebut. Teknik: Soal jawab KB: Menjana idea

4. Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul akan mendapat satu hadiah kecil. 5. Jika murid tersebut gagal menjawab soalan tersebut, peluang akan diberikan kepada murid lain. Soalan Kuiz: 1. Apakah sebab berlakunya luka terhiris? 2. Apakah sebab berlakunya luka terkoyak? 3. Apakah nama luka hasil daripada pukulan tepat benda yang tidak tajam? 4. Nyatakan contoh benda yang boleh mengakibatkan luka tembus. 5. Nyatakan langkah-langkah menghentikan pendarahan. 6. Nyatakan langkah-langkah mengurus luka. 7. Apakah ubat-ubatan yang digunakan untuk menghentikan pendarahan? 8. Mengapakah aspirin dilarang diberikan kepada mangsa pendarahan? Jawapan: 1. Disebabkan benda tajam seperti pisau. 2. Terkena cakaran binatang atau dawai 3. Luka Berdarah 4. Pisau, kayu dan sebagainya.

5.

I. Tutupkan luka dengan bebat dan tekanan secara langsung dengan sederhana kuat. II. Naikkan lengan di atas paras jantung. III. Tutupkan bebat dengan pembalut gulung.

6.

i. Bersihkan luka dari kotoran. ii. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing). Jika ada benda asing, buat balutan cincin. iii. Tahanan darah secara tidak langsung tahan pada urat nadi. iv. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar. v. Cuci luka dari tempat yang luka kearah luar supaya kuman tidak masuk ke dalam kawasan luka. vi. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. vii. Lekatkan plaster mengikut saiz luka. viii. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

7. Antiseptik (cecair kuning), Ubat penahan sakit. 8. Kerana aspirin boleh mencegah darah dari beku dan seterusnya ia akan memburukkan lagi pendarahan.

Langkah 4 (5 min)

W ord puzzle

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi soalan word puzzle yang disediakan. 3. Kumpulan yang paling cepat menyiapkan akan diberi hadiah.

KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab KB: soal jawab Nilai: Kesedaran diri

Penutup (5 min)

1. Beberapa pelajar diminta mengulang sekali jenis pendarahan yang dibelajari pada hari ini. 2. Semua pelajar diminta mengulang sekali cara-cara rawatan. 3. Guru menasihat pelajar berhati-hati agar mengelakkan kecederaan berlaku.

Anda mungkin juga menyukai