Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2012

HBML 4303

KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

730809015042002 730809015042 012-5195504 masamin7372@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

HBML 4303

1.0

PENGENALAN

Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Dalam kaedah pengajaran, simulasi juga bermaksud cara persediaan pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip atau keterampilan tertentu. Model pembelajaran simulasi juga merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang realiti, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu pelajar mengalami pelbagai proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep ketrampilan pembuatan keputusan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) mengariskan di antara teknik-teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menyenaraikan, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal-jawab, pemerolehan dan penggunaan sumber yang diperolehi.

Model pembelajaran ini diterapkan di dalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianaligikan dengan proses Cybernetics. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan di mana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.

HBML 4303 2.0 KONSEP SIMULASI Simulasi adalah satu proses pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Ia digunakan untuk membolehkan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti lakonan secara teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti kedai, jalan raya, pasar, sekolah, tempat awam dan sebagainya. Melalui teknik simulasi, murid-murid akan menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan cara melakonkan situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan.

2.1

Ciri-ciri Simulasi Bruce Joyce dan Marsha et al(1986) menyebut, ciri-ciri simulasi dapat

dilihat

daripada peranan guru dan pelajar. Guru akan berperanan sebagai

penerang yang akan memberi penerangan dan penjelasan kepada setiap pelajar sebelum aktiviti simulasi dijalankan. Seterusnya guru akan bertindak sebagai pengadil yang akan mengadili dan mengawal aktiviti simulasi dan pergerakan pelajar. Menurutnya lagi guru juga berperanan sebagai jurulatih yang sentiasa menasihati, membimbing dan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar sepanjang aktiviti simulasi berjalan (Suhaimi, 2007). Adapun ciri-ciri yang terdapat pada pelajar pula ialah mereka akan bekerja dalam satu kumpulan, mempunyai semangat kerjasama, pembelajaran akan berpusat kepada pelajar, pelajar akan mengeluarkan idea kreatif, pelajar menjaga disiplin diri dan pelajar akan dihargai. Daripada ciri-ciri simulasi di atas dapatlah disimpulkan bahawa simulasi melibatkan pelajar untuk bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara terbuka, pelajar akan dapat berlatih dalam keadaan sebenar, boleh membuat keputusan sendiri dan merupakan satu aktiviti yang tidak membosankan

HBML 4303 mereka. Peranan guru juga lebih kepada seorang fasilitator, membimbing aktiviti yang dijalankan agar pelajar dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari.

2.2

Tujuan-tujuan Simulasi Menurut Ee Ah Meng di dalam bukunya Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran, tujuan-tujuan Simulasi adalah seperti berikut: 2.2.1 Menguasai kemahiran bertutur secara spontan. Melalui kaedah ini, para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan

individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. 2.2.2 Mengubah dan membina sikap. Simulasi boleh digunakan untuk mengubah sikap individu-individu yang turut serta. 2.2.3 Membuat pemikiran yang analitis dan kritis. Dalam simulasi, murid-murid yang berlakon mungkin terpaksa membuat

persediaan. Dalam proses itu, mereka terpaksa berfikir secara kritis tentang cara mengatasi satu-satu masalah. 2.2.4 Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi). Simulasi boleh juga membantu di dalam penghayatan nilai-nilai murni dan sikap seseorang individu. 2.2.5 Memahami bidang pengetahuan. Penguasaan konsep dan prinsip dapat dipermudahkan melalui penggunaan teknik simulasi. Dalam kajian kewarganegaraan, konsep demokrasi lebih senang difahami apabila murid-murid berlakon sebagai pengundi-pengundi untuk memilih wakil rakyat dan ahli-ahli parlimen. 2.2.6 Mempelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada strategi inkuiri atau penemuan, dapatan dan penyelesaian masalah, simulasi merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lain yang boleh merangsang murid-murid ke arah pencapaian yang lebih baik.

HBML 4303 2.3 Prinsip-prinsip Simulasi. Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsipprinsip berikut terlebih dahulu: 2.3.1 Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan

mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. 2.3.2 Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. 2.3.3 Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. 2.3.4 Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu. 2.3.5 2.3.6 Jika perlu, sediakan alatan seperti perkakasan untuk pelakon. Semasa sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. 2.3.7 Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.(Mok Soon Sang 2004, Ilmu Pendidikan untuk Perguruan lepas Ijazah, hlm 349-350)

2.4

Kaedah Simulasi Simulasi adalah satu kaedah pengajaran yang sangat berkesan. Penggunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.(Ang Huat Bin 2001). Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.(Mok Soon Sang 4

HBML 4303 2004). Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi dignakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang dditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwaperistiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

2.5

Langkah-langkah Pelaksanaan Simulasi Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran yang berikut: Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan, watak-watak dan tempoh lakonan..

Guru memilih murid-murid menjadi pelakon.

Murid-murid berdasarkan watak-watak, memainkan peranan mereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya.

Guru berbincang dengan murid prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah.

Guru membimbing murid membuat rumusan. 5

HBML 4303 3.0 Rancangan Pengajaran Harian Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6 Tarikh Masa Tahun Mata Pelajaran Unit Tema Tajuk Objektif : 15 Oktober 2012 :60 minit :6 Perdana :Bahasa Melayu :12 :Pertanian :Buah-buahan : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat: 1. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk mendapatkan keyakinan dalam berurus niaga. 2. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yang dilaksanakan. 3. Dapat mengenalpasti isi-isi penting daripada petikan kelebihan buah-buahan kemudian membuat peta minda. Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Aras 2 (i) Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk menyakinkan sesuatu pihak semasa berurusan. Fokus Sampingan 9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.

HBML 4303 Aras 2 (i) Menterjemah maklumat dalam bentuk lakaran kerangka. Sistem Bahasa : Tatabahasa :Sinonim Kosa kata : Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai : Teknologi dan Moral : Bekerjasama, menghargai

Kemahiran berfirir : membuat keputusan, menjana idea Kecerdasan pelbagai : Interpersonal Konstruktivisme : menerangkan

Isi Pelajaran Lirik Lagu Buah-buahan You Tube

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi 1. Murid diedarkan keratan lagu tema buah-buahan. 2. Guru memasang video lagu buahbuahan di You Tube.

Catatan Bahan LCD Komputer Riba KP Muzik

http://www.youtube.com/ watch?v=GdD26lMhDnw

3. Murid menyanyi bersama-sama. 4. Guru mengaitkan dan memberi penjelasan tajuk pelajaran hari ini. Langkah 1 1. Murid diminta berpecah kepada empat kumpulan yang ditentukan oleh guru. 2. Guru memberi sekeping kad arahan simulasi kepada setiap murid yang berkaitan dengan urusniaga di pasar malam bagi setiap kumpulan. 3. Murid diarah untuk berbincang mengenai watak masing-masing di dalam kumpulan. Bahan: Kad Situasi Buah-buahan maujud KP: Meneroka Nilai: Bekerjasama

(Lampiran 1) (5 minit) Kad Arahan Simulasi (Lampiran 2) Persediaan simulasi Penerangan guru tentang simulasi yang perlu dilalui. (15 minit)

HBML 4303 4. Setiap kumpulan perlu membentangkan dan membuat simulasi urusniaga di pasar malam dengan menjual buah-buahan di hadapan kelas. Simulasi (15 minit) Langkah 2 1. Simulasi dilakukan oleh setiap kumpulan mengikut giliran menggunakan bahan maujud yang disediakan oleh guru. 2. Murid perlu menekankan sebutan dan intonasi yang betul untuk memujuk dan menyakinkan para pelanggan mereka. 3. Guru membetulkan kesalahan yang terdapat pada dialog. 4. Setiap kumpulan dikehendaki membetulkan semula dialog jika terdapat kesalahan. Borang Simulasi Menilai dan mengkritik Aspek merangkumi: 1. Suara 2. Kelancaran 3. Intonasi 4. Gaya persembahan 5. Gaya memujuk dan mempengaruhi Langkah 3 1. Setiap kumpulan perlu menilai hasil lakonan setiap kumpulan yang lain. 2. Wakil setiap kumpulan yang menonton simulasi tersebut perlu membuat kritikan ke atas lakonan simulasi kumpulan-kumpulan lain. 3. Guru mengkritik dan membetulkan sebutan dan intonasi murid yang melakukan kesalahan. 4. Borang pemarkahan perlu diisi dan dipenuhkan oleh murid dan dihantar 8 Nilai: Rasional KP: Mengkritik Membuat keputusan Bahan: Borang Pemarkahan (Lampiran 3) Nilai: Bersopan Kasih sayang KP: Menyelesaikan masalah Menerangkan Bahan: Bahan maujud

HBML 4303 6. Kesesuaian pemilihan kata. Membaca petikan kelebihan buahbuahan. (Lampiran 4) -Mencari isi-isi penting dan mengisi peta minda. - Tatabahasa sinonim (15 minit) kepada guru. 5. Guru membuat rumusan dan penilaian aktiviti simulasi murid. Langkah 4 1. Murid diedarkan petikan mengenai kelebihan buah-buahan. 2. Murid diminta membaca secara senyap petikan yang diedarkan oleh guru. 3. Guru minta murid membaca secara kelas petikan tersebut. 4. Guru minta murid menyenaraikan perkataan yang digariskan dan mencari makna perkataan. 5. Murid dikehendaki mencari isi-isi penting dan melakar dalam bentuk peta minda. 6. Murid mengisi kerangka peta minda dengan isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan. Penutup Kognitif Sosial (5 minit) Penutup Kognitif: 1. Guru dan murid membuat rumusan isi. 2. Murid menyanyikan lagu buahbuahan. 3. Murid memberitahu apa yang dipelajari pada hari tersebut. Video lagu Nilai: Menghargai KP: Menjana idea Interpersonal Bahan: Petikan Kelebihan buah-buahan Berani

Penutup Sosial: 1. Guru memuji murid-murid yang berjaya dan memberi semangat kepada murid yang tidak berjaya. 9

HBML 4303 2. Murid menerima kata pujian dan motivasi daripada guru.

4.0 Kelebihan dan Kelemahan Simulasi Simulasi yang ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Lazimnya, pelaksanaan aktiviti simulasi ini mempunyai kelebihan dan kelemahan. 4.1 Di antara kelebihan teknik simulasi ini ialah: 4.1.1 Memperkembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan kemahiran bahasa. Teknik ini menggabungjalinkan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis. Perkembangan bahasa juga melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Menurut teori interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara

menggambarkan makna-makna kognitif dengan jelas dan tepat. Seseorang pelajar boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan.Di dalam teknik simulasi yang digunakan, pendekatan seperti pendekatan komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan sosio-linguistik, pendekatan pembelajaran terjemahan dan pendekatan teknik ini nahu secara digunakan.Aktiviti tidak langsung

menggunakan

menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan komunikasi. Keupayaan berkomunikasi menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat teknik simulasi.Selain itu juga, melatih 10

HBML 4303 pelajar dalam meningkatkan pertuturan mereka. Semasa melakonkan sesuatu watak murid-murid akan diajar menggunakan bahasa standard atau bahasa Melayu dengan betul bukannya menggunakan bahasa dialek seperti Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya. Semasa melakonkan watak murid-murid akan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tepat. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti pertuturan serta membantu dalam aspek penulisan mereka.

5.0

Teknik pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan seronok. Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan(Mok Soon Sang 2006).Teknik simulasi yang dijalankan oleh guru terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan.Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkolaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana ceria dan terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk permainan dan bersukaria. Mereka diberi peranan dan situasi dan boleh menggunakan perkataan dengan bebas dan ayat mereka sendiri, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri, bekerja bersama-sama dan sebagainya.

4.1.3

Penyelesaian secara spontan dan kemahiran berfikir. Kemahiran teknik simulasi ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada murid-murid untuk menyelesaikan masalah secara spontan dan tanpa teragak-agak.Murid dapat menyusun idea dan bertindak balas secara spontan semasa menghadapi sesuatu situasi (Ee Ah Meng 1997).Ini kerana secara tidak sedar, seseorang pelajar akan memikirkan kaedah ataupun cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan menarik perhatian rakan-rakan lain dengan persembahan yang terbaik. Ini 11

HBML 4303 akan menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis. Ini disebabkan situasi yang dialami ataupun masalah yang diwujudkan akan melahirkan murid yang dapat berfikir secara logik dan spontan bagi menangani sesatu masalah atau isu. Tambahan pula aktiviti simulasi juga merupakan aktiviti yang telah diserapkan aspek kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran kecerdasan pelbagai. Komponen kecerdasan pelbagai dalam aktiviti simulasi ini ialah visual ruang. Hal ini kerana aktiviti simulasi ini memerlukan murid untuk berlakon seperti keadaan yang sebenar. Aktiviti ini telah melatih murid untuk berimaginasi dan memanipulasikan lakonan mereka kepada situasi sebenar. Potensi murid dari segi intelek telah diasah melalui aktiviti simulasi ini. Daya imaginasi pelajar juga dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencapah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Simulasi juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis, meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir.

4.1.4

Menggalakkan interaksi dalam kalangan mereka. Simulasi boleh digunakan untuk mengubah sikap individu-individu yang turut serta.(Ee Ah Meng 1997).Aktiviti simulasi ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka sekaligus juga dapat meningkatkan potensi sosial mereka untuk menghadapi situasi dunia sebenar. Hal ini dapat dibuktikan bahawa aktiviti ini memerlukan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan secara tidak langsung maklumat atau pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial tersebut dapatlah mereka jadikan sebagai pengalaman dan pengalaman tersebut akan mereka aplikasikan dalam kehidupan mereka kelak. Selepas aktiviti simulasi dijalankan, pelajar-pelajar yang bertindak sebagai penonton akan memberikan komen, cadangan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi yang positif di kalangan pelajar. Komen-komen serta cadangan 12

HBML 4303 daripada rakan-rakan sekelas akan membantu pelajar untuk melakukan aktiviti yang seterusnya dan secara tidak langsung akan meningkatkan interaksi dalam kalangan pelajar. Perbincangan serta cadangan dalam kalangan pelajar akan mewujudkan interaksi yang positif.

4.1.5

Menghayati nilai-nilai murni Dalam teknik simulasi ini akan melatih pelajar-pelajar

menggunakan ucapan yang bertatasusila dan bersopan santun.Kamaruddin Haji Hussin(1990) menjelaskan bahawa teknik simulasi ialah teknik yang melibatkan penglibatan murid secara menyeluruh dan ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan

moral.Contohnya, dalam berjual beli penggunaan kata-kata atau ungkapan yang berbentuk moral perlulah digunakan. Ini memberikan kesan positif dalam kehidupan pelajar. Penggunaan ungkapan yang sesuai haruslah ditekankan agar setiap pelajar dapat mengekalkan moral positif dalam diri mereka.Semasa aktiviti ini dijalankan, guru dan pelajar lain akan memerhatikan serta memberi pandangan mereka terhadap pengucapan yang tidak sesuai. Komen daripada rakan-rakan mereka secara tidak langsung akan memberikan situasi sebenar kepada mereka jika perkara tersebut betul-betul telah berlaku. Ini secara tidak langsung akan mendidik murid-murid menggunakan pengucapan yang bersopan semasa

berkomunikasi dan seterusnya membina sikap yang baik dan positif.

4.1.6

Dilatih menghadapi situasi yang sebenar. Secara tidak langsung simulasi yang dijalankan untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah.(Mok Soon Sang

2006).Simulasi ini juga akan melatih para pelajar bagi menghadapi sesuatu masalah dalam keadaan yang sebenar. Ini kerana teknik simulasi ini sebenarnya teknik yang diwujudkan menyerupai keadaan atau situasi yang sebenar yang akan dialami oleh seseorang murid. Keadaan ini akan melahirkan murid yang dapat bertindak dengan lebih bijak dan matang 13

HBML 4303 bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain. Tindakan yang diambil akan berhati-hati terhadap sesuatu tindakan yang akan diambil tanpa melibatkan perkara-perkara yang negatif.

4.2 Kelemahan Teknik Simulasi. 4.2.1 Perasaan gelisah dan malu. Perasaan gelisah ini mungkin timbul dalam kalangan murid yang tidak pernah tampil ke hadapan atau tiada pengalaman berlakon. Prestasi pelakon yang kurang baik dan menarik akan menimbulkan perasaan bosan dalam kalangan penonton yang membuat bising dan mengejek kesilapan murid yang tersilap dalam melakukan sesuatu watak yang dilakonkan di dalam bilik darjah. Tindakan sesetengah murid yang mengejek akan menjatuhkan moral serta semangat murid untuk meneruskan sesuatu watak yang dilakonkan dan ini akan menyebabkan teknik simulasi ini gagal memberikan kesan kepada murid tersebut.

4.2.2

Pelajar-pelajar yang berlakon sahaja yang mendapat faedah. Kelemahan teknik simulasi juga dapat dilihat dari segi pengalaman murid yang berlakon. Jika dilihat di dalam situasi di dalam kelas semasa aktiviti simulasi dilakukan hanya murid yang berlakon dan memegang watak sahaja yang berjaya dan memperolehi faedah daripada aktiviti yang dijalankan. Ini kerana murid yang diberikan watak menghayati sesuatu watak yang dilakonkan serta cuba mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Keadaan ini akan mewujudkan pengalaman yang berat sebelah. Ini disebabkan murid-murid yang memerhati aktiviti simulasi ini hanya dapat melihat secara luaran sahaja watak-watak yang dilakonkan tanpa menyedari situasi sebenar yang cuba ditonjolkan oleh watak.

4.2.3

Kegagalan murid dalam melakonkan watak. Semasa aktiviti simulasi dijalankan di dalam bilik darjah terdapat kelemahan yang ketara iaitu terdapat sesetengah murid gagal membawa serta 14

HBML 4303 menghayati watak yang diberikan. Ini menimbulkan rasa kurang seronok kepada rakan-rakan sekelas. Kegagalan pelakon membawa watak dengan baik menimbulkan rasa kurang senang kepada rakan-rakan yang menonton cerita tersebut. Ini menyebabkan mereka mula membuat bising dan cuba mengejek atau pun mengajuk kesilapan pelakon tersebut(Mok Soon Sang 2006). Tindakan segelintir murid yang mengejek dan mentertawakan rakan mereka menyebabkan murid tidak dapat melakonkan watak dengan lebih baik dan ini menimbulkan kesan yang negatif kepada murid yang menjadi pelakon.

4.2.4

Pelajar yang pasif akan terpinggir Kebiasaannya murid-murid yang aktif akan lebih menonjol daripada murid-murid yang pasif dan lemah. Ini bermakna murid-murid yang pasif secara tidak langsung akan terpinggir dan tidak aktif dalam aktiviti simulasi ini. Mereka akan kurang memberikan tumpuan serta takut untuk memberikan komen serta cadangan. Sifat murid yang pasif ini akan menimbulkan pengajaran yang tidak memberikan manafaat kepada murid-murid ini. Mereka secara tidak sedar akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan seterusnya kurang memberikan tumpuan terhadap aktiviti lakonan ataupun simulasi.

4.2.5

Komen dan cadangan negatif daripada pelajar lain. Semasa memberikan komen serta cadangan terdapat segelintir muridmurid yang memberikan komen yang agresif tanpa memikirkan perasaan orang lain. Komen-komen ini akan menjejaskan reputasi murid-murid yang berusaha sehabis baik dalam memberikan persembahan kepada kelas. Tindakan ini akan menjadikan pelakon tawar hati untuk berlakon dalam aktiviti seterusnya. Kegagalan guru dalam menghidari komen-komen negatif akan menjadikan situasi semasa pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.(Mok Soon Sang 2006)

15

HBML 4303 5.1 Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid. Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti teknik simulasi.Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan tahap pencapaian murid,

persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Simulasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitivity mereka, meningkatkan

kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran

berkomunikasi. Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka. Dalam proses mereka dalam teknik simulasi, guru boleh juga memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka 16

HBML 4303 lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikir terlebih dahulu sebelum mula membuat sebagai keputusan.

3122 patah perkataan.

17

HBML 4303 Rujukan

Ang Huat Bin (2001).Konsep & Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Bruce Joyce & Marsha Well (1996). Models of Teaching. Boston,London, Toronto, Sydney, Tokyo, Singapore:Prentics-Hall, In

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan sebagai suatu proses: Asas Pendidikan 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Ee Ah Meng (1999). Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamaruddin Haji Husin (1990). Pedagogi 2:Kuala Lumpur: Longman Malaysia

Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Mok Soon Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran &Pembelajaran Multimedia. Kuala Lumpur: ES Resources Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suhaimi bin Muhamad (2007). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. 18

HBML 4303

(Lampiran 1)

19

HBML 4303 (Lampiran 2)

KAD ARAHAN SIMULASI KUMPULAN ANDA DIMINTA MELAKONKAN SATU SITUASI DI SEBUAH PASAR MALAM DAN BERURUSNIAGA MENJUAL BUAH-BUAHAN.

20

HBML 4303 (Lampiran 3)

BORANG PEMARKAHAN SIMULASI KUMPULAN ..................................... PERKARA MARKAH

Intonasi

/10

Suara

/10

Kelancaran

/10

Gaya persembahan

/10

Gaya memujuk dan mempengaruhi

/10

Jumlah markah KOMEN:

/50

................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................

21

HBML 4303

(Lampiran 4) KELEBIHAN BUAH-BUAHAN Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buahbuahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buahbuahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan

meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara. Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

22

HBML 4303

23

Anda mungkin juga menyukai