Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan

mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan. Semasa bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Bahagian otot yang membantu proses pernafasan terdiri dari otot diafragma, otot ini merupakan satu bahagian otot besarberbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma menurun, bahagian pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam badan kita akan menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau oksigen disedut ke dalam paru-paru atau disebut respirasi. Apabila otot diafragma menaik, tekanan udara yang terdapat di dalam badan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau dihembus iaitu disebut ekspirasi. Pernafasan yang betul ketika menyanyi adalah dengan menggunakan otot diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

1.2.1 Senaman bagi Otot Diafragma Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda. Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini: Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda

1.3 KAWALAN PERNAFASAN Pernafasan dalam nyanyian merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan bagi mencapai kesempurnaan terhadap penyampaian nyanyian. Bagi percakapan harian, bunyi tidak dilanjutkan seperti dalam nyanyian, tiada hukum hakam yang perlu dipatuhi bagi menghabiskan bagi satu baris ayat. Nafas boleh di ambil di merata-rata tempat yang dikehendaki mengikut keselesaan. Tatapi dalam nyanyian yang didasari oleh pic, irama dan melodi memerlukan kawalan pernafasan yang lebih dinamik bagi mengelakkan nafas diambil pada bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya untuk menjaga keindahan sesebuah lagu yang disampaikan. Selain itu, penggunaan ekspresi dan rangkaian lagu dalam nyanyian juga memerlukan kawalan

pernafasan. Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya. Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya.

1.4 SOKONGAN PERNAFASAN Sokongan pernafasan adalah penting dalam membantu kita mengeluarkan bunyi yang stabil dan mantap. 1.4 SOKONGAN PERNAFASAN

Melalui pedagogi vokal, panjang sesuatu nafas dilakukan dengan menyedut nafas secara mendalam dan melepaskan secara perlahan-lahan dengan dibantu oleh kawalan otot diafragma. Langkah-langkah dalam kawalan pernafasan semasa nyanyian bermula apabila nafas disedut, ini mengakibatkan paru-paru mengembang, fenomena ini membuatkan diafragma kita tertekan ke bawah dan menyebabkan bahagian sekeliling pinggang turut mengembang. Diafragma perlu dikawal dengan cara mengeraskan bahagian sekeliling pingang semasa pengeluaran udara berlaku. Bagi memastikan bekalan udara cukup sehingga ke akhir frasa, bahagian diafragma harus dipastikan terus ditekan atau mengeras supaya ianya terus menyokong pengeluaran udara yang lebih panjang. Sokongan pernafasan dapat dilakukan dengan meperkemaskan/mengeraskan otot-otot abdomen, menciptakan tekanan yang tinggi pada abdomen dan thorax, membuatkan diafragma dalam keadaan rileks dan terkawal (terangkat ke atas). Ia

melibatkan bahagian-bahagian badan, otot contohnya, serta kaitannya dengan kerjakerja yang dilakukan oleh paru-paru larynx untuk menghasilkan ton yang terbaik dan berupaya menyanyikan frasa lagu dan not-not yang panjang. Penyanyi akan dapat mengawal nyanyian (fonasi). Bagi mencapai teknik ini memerlukan latihan demi latihan yang berterusan. Untuk itu, otot diafragma dilatih untuk bekerja bagi menyokong pengaliran nafas yang lebih lama semasa menyanyi. Penyanyi yang berjaya mengawal pernafasan mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak semasa menyanyi dan mampu mengeluaran ton suara yang lebih menyeluruh (solid).

1.4.1 Latihan Pernafasan Berikut adalah beberapa latihan pemanasan suara (vokalize) yang dapat dijalankan untuk melatih otot-otot diafragma bagi bertindakbals dengan teknik nyanyian atau vokal yang betul. Latihan ini boleh dilakukan dengan memulakan dari nada rendah kemudian beransur ke nada tinggi dengan memberi penekanan terhadap fungsi otot diafragma sekaligus memberi perhatian juga terhadap phonasi, resonan serta artikulasi yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai