Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN PERNIAGAAN Pada 1 April 2013, saya telah memulakan perusahaan kilang memproses kerepek tiga rasa di bawah

Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan bermodalkan tunai di tangan RM 5 000, tunai di tangan RM 116 000 dan sebuah lori kecil bernilai RM 26 000. Deposit kadar bayaran bagi premis kilang telah dibayar dengan wang sendiri sebanyak RM 3 000 pada tarikh yang sama. Perniagaan ini dibantu oleh dua orang pekerja pengurusan dan lima orang pekerja pengeluaran. Gaji pekerja pengurusan ialah RM 1 200 seorang manakala upah pekerja pengeluaran ialah RM 45 sehari. Perniagaan saya telah didaftarkan dengan nama Tasty Enterprise. Saya memilih untuk membuka kilang memproses kerepek tiga rasa ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara : Saya telah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang tersebut selama 6 tahun Saya pernah menghadiri kursus anjuran PKS dalam bidang tersebut Terdapat prospek pengeluaran kerepek tiga rasa Saya dapati, dengan membuka kilang ini, terdapat beberapa kelebihan iaitu : Kurang persaingan di kawasan tersebut Pertambahan kawasan perumahan menyebabkan peningkatan pasaran Sentiasa dibimbing oleh agensi luar seperti PKS, MARA, MARDI Antara risiko yang mungkin dialami adalah : Kurang pasaran sekiranya pesaing bertambah Keadaan ekonomi yang tidak stabil menjejaskan aktiviti perniagaan Kurang mendapat sambutan kerana adanya inovasi barangan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Anda mungkin juga menyukai