Anda di halaman 1dari 24

1.0.

Pengenalan

Kaedah

Pengajaran

Bahasa

Melayu

Sekolah

Rendah

ini

lebih

memfokuskan kepada Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa serta konsep-konsep, strategi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada kefahaman ini semua maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) yang mana menjadi panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan.

2.0. Teori Huraian Bahasa Aliran kajian tatabahasa yang terkenal terbahagi kepada tiga iaitu Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Perbezaan pendapat setiap aliran ini bergantung kepada pengaruh yang

diterima oleh aliran tersebut dan persamaan pula daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan.

Teori Huraian Bahasa

Teori Tradisional (Panini)

Teori Struktural (Bloomfield)

Teori TransformasiGeneratif (Chomsky)

Teori Fungsionalis (Halliday)

RAJAH 2.0 : Teori Huraian Bahasa

2.1. Teori Tradisional

Teori ini bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) dan dipercayai teori paling tua dicatatkan. Ia dipelopori oleh Panini (Ahli tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Sebelum itu, Plato dan Aristotle telah menghuraikannya dalam bahasa Yunani dan di Malaysia, ia telah dimulakan oleh Pendita Zaba dan Prof. Asmah Hj. Omar dengan pendekatan bahasa Melayu.

Ciri-ciri yang dapat dikenalpasti dalam teori ini antaranya kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. Selain itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Panini turut berpendapat bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya. Kajian bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturanperaturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. Bukan itu sahaja, teori ini juga berpendapat Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum

2.2. Teori Struktural

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen. Ia juga dikenali juga dengan aliran taxonomic atau bloomfeildian. Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20 dan difahamkan bahawa kemunculannya kerana

pertentangan pendapat dengan aliran tradisional. Tentangan utamanya ialah dasar rasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.

Teori ini berpendapat bahawa bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari untuk perhubungan. Ia juga menganalisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan ayat serta unsur-unsur suprasegmental. Ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya dan huraian bahasanya berdasarkan konsitituen (unsur) yang terdekat secara induktif. Konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat bukan itu sahaja, teori ini juga menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis tetapi kurang menitikberatkan tentang makna.

2.3. Teori Transformasi-Generatif Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran Transformasi-Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Berikut merupakan cirri-ciri teori ini yang mana ia berkaitan antara satu sama lain.

Menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus

Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental.

Terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan

Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

RAJAH 2 : CIRI-CIRI TEORI TRANSFORMASI-GENERATIF

2.4. Teori Fungsional Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an setelah melihat kelemahan pada teori-teori sebelumnya. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Teori ini juga menyenaraikan ciri-ciri serta anggapan tertentu tentang bahasa dan fungsinya oleh ahli-ahli bahasa fungsional seperti tekandung dalam Rajah 3
Stuktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Mementingkan semantik. Teori Fungsional model bahasa yang sesuai

CIRI-CIRI

Asas fungsi bahasa FUNGSI Bahasa dalam persepsi sosial Fungsi semantik dan linguistik

RAJAH 3 : CIRI-CIRI SERTA ANGGAPAN TERTENTU TENTANG BAHASA DAN FUNGSINYA OLEH AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL.

Bagi memantapkan kefahaman tentang fungsi serta anggapan ahli-ahli bahasa fungsional, rajah 4 memfokuskan kepada huraiannya yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa

FUNGSI

ANGGAPAN AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL

model bahasa yang sesuai

dapat memberikan interpretasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak fungsi perkembangan bahasa kanakkanak dalam menguasai aspek pengajaran pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka merangkumi bidang tatabahasa iatu fonologi,morfologi,sintaksis,semantik dan laras bahasa dalam kehidupan seharian dan dalam pelbagai situasi sosial

asas fungsi bahasa

bahasa dalam persepsi sosial

fungsi semantik dan linguistik

RAJAH 4: FUNGSI DAN ANGGAPAN AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL

3.0. Teori Pemerolehan Bahasa

3.1. Pengenalan

Seorang guru bahasa hendaklah mengetahui bagaimana seorang kanakkanak mempelajari bahasa supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), beliau memperlihatkan prinsipprinsip pengajaran bahasa yang menyakuti teori-teori pemerolehan bahasa. Antara teori yang dikemukakan melibatkan teori behaviorisme, teori kod kognitif, teori interaksionalis dan teori fungsional. Teori kognitif juga antara teori yang penting dalam pemerolehan bahasa. Teori ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget. Sebenarnya terdapat pelbagai teori bahasa yang dikemukakan antara yang paling berkesan ialah :

Teori Behaviorisme Teori Mentalis ( kod kodnitif) Teori Interaksionalis Teori kognitif

3.2. Teori Behaviorisme

Di antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries, Brooks dan B.F Skinner. Behavioris ialah nama ahli teori yang mengemukakan pelbagai prinsip berdasarkan teori yang sama iaitu teori psikologi behaviorisme. Terdapat lima prinsip yang dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli psikolinguistik dan linguistik aliran Behaviorisme (Kamaruddin Hj Husin ,1988) iaitu : Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan, bahasa tulisan merupakan bahasa kedua terpenting. Ahli- ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa pengajaran bahasa pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan bahasa lisan. Ini diikuti pula dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat sesuai sekali diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa yang baru perlu perlu diajar kepada murid-murid itu. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa kedua mestilah dilaksanakan secara intensif dan bukan secara berselang seli. Ini akan segera menolong membentuk kebiasaan yang diingini itu. Prinsip ketiga ialah pengukuhan adalah syarat penting dalam pembelajaran. Hal ini kerana ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuhpengukuhnya adalah pujian. Keistimewaan, pengiktirafan, maklum balik, galakan dan sebagainya.

Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Latihan yang dimaksudkan ialah ulangan satu-satu gerak balas dengan satusatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan secara bermakna. Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah dikukuhkan. Kanakkanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Oleh itu, dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalah model yang mutlak yang diikuti oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Jika model-model ini menggunakan bahasa matlamat hal ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Akhir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujudkan operasi ransangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran.Bahasa adalah hasil operasi dan tindakbalas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya keduadua unsur ini dapat diwujudkan.

3.3 Teori Mentalis (Kod-Kognitif)

Aliran ini tidak mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa, namun hasil dari beberapa pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa maka beberapa andaian mengenai prinsip pembelajaran dapat diwujudkan. Terdapat enam prinsip yang dikemukakan melibatkan teori ini iaitu : Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Menurut prinsip ini, pembelajaran bahasa adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran itu dilahirkan melalui penuturan. Prinsip yang kedua ialah semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian. Jadi seorang guru haruslah menyedari bahawa kebolehan semula jadi

untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisa pertuturan yang mereka dengar. Seterusnya ialah dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama. Prinsip ini mempercayai peringkat kematangan yang sama dalam kalangan kanakkanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran yang sama. Dalam sesuatu huraian bahasa, pencapaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Prinsip ini menekankan kepada kebolehan untuk mengunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan adalah diutamakan. Kajiankajian bahasa yang dijalankan biasanya berasaskan bahasa tulisan. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa

dijalankan secara formal. Ini bermakna penyampaian dijalankan dengan memperkenalkan dahulu kepada pelajar-pelajar undang-undang atau peraturanperaturan tatabahasa dan kemudianya diberi pula contoh-contoh.

3.4. Teori Interaksionalis

Terdapat tiga prinsip dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa interaksionalisme iaitu Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih diutamakan. Menurut prinsip ini sama ada pembelajaran bahasa pertama atau kedua, penyampaian makna adalah amat penting. Prinsip kedua ialah pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas dan aktiviti bermakna. Sekiranya dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna, murid-murid bukan sahaja dapat memperbaiki penggunaan sistem bahasa mereka tetapi juga berkemampuan untuk mengunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

3.5 Teori Kognitif

Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget

iaitu seorang ahli

psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak- kanak boleh dibahagiakan kepada empat peringkat ( Abd.Aziz Abd. Talib, 2000). Peringkat pertama melibatkan tahap motor- sensori iaitu bermula umur 0 hinggalah dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit namun kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik. Perlakuan kanak-kanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor ( fizikal). Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua hinggalah tujuh tahun. Perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun. Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi lebih pesat seiring dengan

perkembangan sosial yang semakin meluas. Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun. Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya mampu berfikir secara konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal. Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak mula matang dan mampu berfikir secara logik untuk secara abstrak. menyelesaikan masalah termasuklah masalah

4.0. Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran

4.1. Strategi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1305), strategi ditakrifkan sebagai rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor ) untuk mencapai matlamat atau kejayaan; - dua (tiga) serampang strategi yang terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan dalam memilih pendekatan, kaedah dan juga teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran .Strategi juga lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan juga segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan masa dan sebagainya. Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan dalam proses pembelajaran. Menurut sukatan pelajaran tahun dua (2003: 7-10) strategi pengajaran dapat dilaksanakan melalui beberapa pendekatan iaitu pendekatan yang berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran yang bertema, penyerapan, bacaan luas, penggabungjalinan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Strategi yang baik membolehkan murid menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Di samping itu, penggunaan teknik-teknik yang bersesuaian dengan murid mampu menarik minat mereka terhadap pelajaran dan menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2. Pendekatan Pembelajaran

4.2.1 Definisi Pendekatan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai titik tolak atau sudut pandang kita terhadap proses pembelajaran, yang merujuk pada pandangan tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih sangat umum, di dalamnya mewadahi, menginsiprasi, menguatkan, dan mendasari langkahlangkah pembelajaran dengan merangkumi teori-teori tertentu. Jika kita lihat pada kajian-kajian yang telah dilakukan pembelajaran terdapat dua jenis pendekatan. Dua pendekatan tersebut adalah pendekatan yang berpusatkan pada murid dan pendekatan pembelajaran yang berpusat pada guru. Cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektif.

Kamus Dewan

Definisi Pendekatan

Konteks Pendidikan

RAJAH 5 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Pada definisi pendekatan yang telah dikupaskan seperti di atas, telah diterangkan bahawa terdapat dua jenis pendekatan pengajaran. Pertamanya ialah pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru dan kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi. Pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah pendekatan yang kedua, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

4.2.2 Pendekatan Pengajaran Induktif, Deduktif dan Elektif.


Guru mengemukakan contoh yang khusus kepada murid. Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat maklumat

Pendekatan Induktif

Murid membuat kesimpulan umum daripada maklumat yang diterima

Sebagai contoh dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru memberikan contohcontoh perkataan yang terdiri dari dua suku kata. sa+ya = saya an+da=anda ka+mu=kamu
suku kata suku kata

Satu Perkataan

Guru perlu memberikan beberapa contoh supaya murid dapat memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terdapat dalam semua contoh yang diberikan. Kaedah ini dapat memudahkan murid-murid untuk mengingati dan memahami kerana murid membuat kesimpulan sendiri. Selain itu, Pendekatan Deduktif juga sering diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P). Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan cerakinan. Pendekatan ini kebiasaannya akan dimulakan dengan satu kajian secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan. Pendekatan ini juga

kebiasaannya menggunakan penguasaan peraturan atau hukuman daripada aspek penggunaan. Maklumat yang umum akan dicerakinkan ke dalam bentuk yang lebih spesifik. Contoh mudahnya adalah topik kepada sub-topik. Pendekatan Elektif pula adalah merupakan kombinasi pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Guru berperanan untuk memastikan agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu memberikan input terlebih dahulu bagi memudahkan murid untuk membuat rumusan dan memberikan contoh.

Pendekatan ini kebiasaannya menggunakan banyak latihan tetapi guru perlu mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak agar ia sesuai untuk muridmurid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris. Contohnya jika kita rujuk pada teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behaviouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

4.3. Kaedah

Kaedah ditakrifkan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu (terutama yang bersistem atau yang biasa) mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu) menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:557). Di samping itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu siri tindakan guru yang bersistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah juga lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga merupakan pendokong bagi pendekatan yang dipilih. Terdapat pelbagai kaedah mengajar seperti kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah elektik dan kaedah gabung jalin ( Abd Aziz Abd Talib, 2000) Manakala semua kaedah pengajaran adalah bermatlamat untuk

kemahiran bahasa murid. Selain daripada empat kaedah diatas terdapat juga berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang terkenal yang telah dicipta oleh ahli pendidikan bahasa antaranya ialah kaedah tubi, kaedah terus, kaedah dengar dan sebut, kaedah bersiri, kaedah terjemahan, kaedah tentera dan kaedah tatabahasa, Sebagai contoh, empat kaedah yang sesuai diaplikasikan akan dihuraikan dengan lebih terperinci iaitu :

Kaedah Induktif Kaedah Deduktif Kaedah Elektik Kaedah Gabung Jalin

4.3.1 Kaedah Induktif

Kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi perbuatannya) dijelaskan kepada pelajar. Kaedah induktif ini sebenarnya berasaskan teori jean piaget. Menurut Piaget kanak-kanak lebih mudah berlajar dari sesuatu yang konkrit kepada yang abstrak terutama bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan mentalnya ( Abd Aziz Abd Talib, 2000)

4.3.2 Kaedah deduktif

Kaedah deduktif bertentangan dengan kaedah induktif, menurut kaedah ini ia akan menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumusan tentang sesuatu pembelajaran bahasa kepada pelajar. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa kaedah ini lebih bersesuaian dijalankan untuk mengajar pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah. Menurut Piaget, pelajar yang berada pada tahap perkembangan mental sudah boleh berfikir dan memahami sesuatu secara abstrak.

4.3.3 Kaedah Elektik

Kaedah elektik merupakan gabungan diantara kaedah induktif dan kaaedah deduktif. Kaedah ini sangat bersesuaian dijalankan oleh guru di dalam kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza daya kebolehan. Di dalam terdapat murid-murid yang pandai, kurang pandai dan lemah.

4.3.4 Kaedah Gabung Jalin Kaedah ini telah diutarakan oleh H.G Widdowson. Kaedah ini telah dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip ini sangat menekankan fungsi bahasa yang sebagaimana berlaku dalam komunikasi bahasa. Kebiasaanya perkara yang digabungjalinkan benar-benar terlibat dalam proses komunikasi. Antaranya ialah kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dilihat berlaku dalam dialog, wawancara, perbincangan dan sebagainya. Pengaplikasian kaedah ini perlulah dilaksanakan oleh guru dengan memilih dan mengabungkan satu kemahiran bahasa dengan aktiviti-aktiviti bahasa yang realistik dan benar-benar mengambarkan situasi pengabungan kemahiran dalam komunikasi.

5.0. Teknik Pengajaran

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. (Mengantar Simanjuntak 1981 :57).

Edward M. Anthony (1963) memberi tafsiran : A technique is implementation-that which actually takes place in classroom. It is particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective

Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang guru pilih seharusnya selaras dengan kaedah yang digunakan. Guru seharusnya bijak menggunakan pelbagai teknik pengajaran kerana ia membantu dalam mencapai objektif yang diharapkan dalam Rancangan Pembelajaran Harian (RPH).

Teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benarbenar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik forum

Teknik sumbangsaran

Teknik soal jawab

Teknik dialog

Teknik kuiz

Teknik inkuiri

Teknik perbincangan

Teknik perbahasan

Teknik bercerita

Teknik main peranan

Teknik drama

Teknik simulasi

Teknik latih tubi

Teknik permainan bahasa

RAJAH 6 : TEKNIK PENGAJARAN

5.1. Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Ia bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini, guru dapat membantu murid dalam mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini juga pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan

perkataanperkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa. Aspek Kebolehan Menggunakan Bahasa Sebutan (accent) Aktiviti-aktiviti yang disarankan menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammer) penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakahmaksudnya. Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. JADUAL 7 : ASPEK KEBOLEHAN MENGGUNAKAN BAHASA DALAM TEKNIK LATIH TUBI

5.2. Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan

menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini juga pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Secara tidak langsung pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah sebenar. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan melalui teknik ini terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

5.3. Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Contohnya pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Dramatisasi ini tiada kaitan dengan penghafalan skrip atau dengan kata lain pelakon-pelakon yang dipilih guru itu cuba menjayakan wataknya dengan spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara

membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

5.4. Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Pada peringkat rendah seperti tahap satu di sekolah rendah permainan bahasa boleh dilakukan dan tahap dua pula boleh dilakukan perbincangan yang lebih serius dan sedikit kompleks.

5.5. Teknik Soal-Jawab

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia

mudah dilaksanakan, tetapi ia

adalah satu bentuk teknik yang mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Bibliografi

Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hajah Noresah bt Bajarom et.al (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai