Anda di halaman 1dari 8

Nama No. Kad Pengenalan Mata Pelajaran Kelas Bil.

Murid Tarikh Masa Bidang Tajuk

: Mohamad Idad Bin Zahari : 920510-03-5409 : Pendidikan Islam : 4 Kreatif : 35 Orang : 5 Jun 2013 : 8.45-9.45 Pagi : Sirah : Hijrah Nabi ke Madinah

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid sudah mengetahui Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah Standard Pembelajaran : 1. Menyatakan tempat persinggahan nabi sepanjang perjalanan 2. Menyebut orang-orang yang terlibat dalam hijrah nabi. 3. Menjelaskan pengertian hijrah. Kemahiran Berfikir : 1. Menyatakan kesan yang dihadapi oleh Rasulullah. 2. Menyatakan maksud hijrah secara lisan. Penyerapan Nilai : Sabar dan rajin. Penerapan Nilai : 1. Mengambil iktibar dari kisah nabi> 2. Mengambil iktibar dari halangan yang ditempuhi oleh nabi.

Bahan Bantu Mengajar : 1. Kertas Lembaran Kerja 2. LCD Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendahuluan (4 Minit) -Guru meminta murid murid membaca doa belajar -Murid membaca doa belajar dengan betul Set Induksi (6 Minit) Nyanyian lagu Satu Muharam -Guru memainkan lagu 1 Muharam di papan layar menggunakan LCD -Murid-murid mendengar dan menyanyikan lagu mengikut lirik yang dipaparkan dengan betul -Guru menyoal murid-murid tentang kaitan pembelajaran dengan lagu yang mereka nyanyikan. -Guru menerangkan selepas mendengar jawapan dari murid Langkah 1 (15 Minit) Peristiwa hijrah Nabi : 1- Nabi menerima Wahyu untuk berhijrah -Guru menerangkan dan menceritakan perjalanan peristiwa nabi. Bahan Bantu Mengajar : Tayangan Kaedah : Soal Jawab Bahan bantu mengajar : LCD, Komputer Pengetahuan sedia ada (PSA) Catatan

-Guru membahagikan kumpulan video dan meminta murid melukis suasana sepanjang perjalanan hijrah nabi. perjalanan hijrah nabi

2- Nabi pergi berhijrah kerana mendapat perintah Allah

-Guru tunjuk contoh guna kaedah montage,mosaic,colage -Murid melukis dan wakil kumpulan menceritakan di hadapan murid
2

Kaedah : Penerangan

Langkah 2 (12 Minit)

Kesan Hijrah

-Guru menrangkan kesan hijrah kepada pelajar. -Guru meneyangkan Power Point berkaitan tajuk -Guru membahagi kumpulan dan berbincang -Guru menyuruh wakil setiap kumpulan untuk datang ke depan menulis kesan hijrah di papan putih -Wakil murid yang banyak betul akan diberi bintang kepada kumpulan.

Bahan Bantu Mengajar : Power Point

Kaedah : Syarahan, perbincangan

Langkah 3 (13 Minit)

Halangan Hijrah Nabi

-Guru menulis kesan dan halangan yang dihadapi oleh Rasulullah sepanjang hijrah beliau ke Madinah. - Guru menyoal murid secara individu, kumpulan dan kelas. -Guru membahagi lembaran kerja sebagai latihan di rumah kepada setiap murid.

Bahan Bantu Mengajar : Lembaran Kerja.

Kaedah : Soal jawab

Penutup (10 minit)

Nabi menerima wahyu yang Hira

Kognitif : -Guru menjelaskan kembali

Kaedah : Ulangan

pertama di Gua peristiwa hijrah nabi -Guru menjelaskan kesan hijrah.

Rumusan : ... .
'War is when the government tells you who the enemy is. Revolution is when you figure it out yourself'.

REFLEKSI RPH

Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggap sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupun guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen utama di dalam pendidikan guru.

Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984). Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru yang hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan dengan bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang) menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).

Menurut Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan membolehkan seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi yang dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpasti pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa model refleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs dan Model Kitaran Pembelajaran Kolb.

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini mengandungi 6 langkah iaitu` Analyse learner, State Objective, Select

Method,Media,Materials, Utilise media and materials, Require learner participation dan Evaluate and revise .

Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid ini tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.

Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sirah tahun 5 pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Hijrah Nabi ke Madinah. Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah di akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan kesan hijrah dan maksud dan sebab hijrah disamping menerapkan nilai seni seperti pergerakan dan nyanyian dalam pembelajaran. Pemilihan objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format ABCD iaitu,

ABCD-

audience (pelajar sasaran) behavior ( tingkah laku- keupayaan murid ) conditions ( keadaan-pencapaian murid) degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)

Domain psikomotor

pula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran

intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.

Objektif bagi domain afektif pula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan dalam kumpulan.

Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan, simulasi,

mengeksperimen dan banyak lagi.

Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan. Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan. 6

Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji dan membuat amali pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga langkah ini (Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.

Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan. Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai pengajaran.

Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat penilaian secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan

adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian pemahaman bertulis. Segala perkara yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.

Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.

Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai hijrah nabi ke Madinah dan kesannnya. Disamping itu juga pelajar dapat mengetahui peristiwa sepanjang hijrah nabi dan sebab mengapa Allah perintahkan nabi untuk berhijrah.

Anda mungkin juga menyukai