Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 6 2014

BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK



Dijemput para hadirin untuk duduk.


Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Terus Menjulang
Sarawak.

Yang Berusaha, Encik Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama Sibu,
Yang Berusaha, Puan Anisah Binti Pungut, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Puan Rokiah Binti Julaihi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati, Encik Azizee Bin Alli Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Berbahagia, Dr. Norazuna Binti Norahim, Dekan Pusat Pengajian Bahasa Universiti
Malaysia Sarawak,
Yang Diraikan, Timbalan Pengerusi PIBG, Cik Maryam Talib,
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin-hadirat warga dewan sekalian,

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Mohon para
hadirin untuk bersama-sama berdiri tegak bagi menyanyikan lagu.

Terima kasih atas nyanyian lagu Negaraku itu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.


Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul dalam Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 bagi tahun 2014 Bersama
Universiti Malaysia Sarawak.
Warga dewan yang dimuliakan,

Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz
Zailan Bin Awang Seman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

Sidang dewan yang yang dimuliakan,


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Ustaz
Syahir Muazzam Bin Marhas selaku Penyelaras Program bagi menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Syahir Muazzam Bin Marhas
selaku Penyelaras Program atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan sesi motivasi oleh Dr. Norazuna Binti Norahim, Dekan
Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Norazuna atas sesi motivasi yang disampaikan
sebentar tadi. Diharap para pelajar dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah
diperolehi dari slot motivasi sebentar tadi. Dengan berakhirnya sesi motivasi itu tadi,
majlis dihentikan seketika bagi sesi kudapan.
Dijemput Dr. Norazuna diringi Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Anisah Bt. Pungut ke
meja yang telah disediakan di bahagian belakang dewan. Dipersilakan.
Ibubapa serta para pelajar dijemput ke bahagian kiri luar dewan bagi menikmati
kudapan yang disediakan.


Majlis meraikan kehadiran ibubapa ke program motivasi kita pada hari ini.
kini, Majlis diteruskan lagi dengan slot ke 2; sesi tautan kasih iaitu sesi bersama
ibubapa. Dengan ini, majlis diserahkan kepada Dr. Norazuna Binti Norahim, Dekan
Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.



Terima kasih diucapkan kepada Dr. Norazuna atas sesi motivasi yang disampaikan
sebentar tadi. Diharap para pelajar dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah
diperolehi dari slot motivasi sebentar tadi.


Warga dewan sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penutupan oleh Yang Berusaha, Tuan Guru Besar,
SK Agama Sibu, En. Sharkawi Bin Hamdan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Guru Besar atas ucapan
penutupan itu sebentar tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Sharkawi B. Hamdan, Guru Besar
SK Agama (MIS) Sibu diiring Ustaz Syahir Bin Marhas selaku Penyelaras Program untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dr. Norazuna Binti Norahim,
Dekan Pusat Pengajian Bahasa UNIMAS atas kesudian beliau menyempaikan sesi
motivasi pada hari ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Guru Besar dan penyelaras
program atas penyampaian cenderahati itu sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Meneruskan majlis dengan sesi bersalaman dengan ibubapa dan guru-guru tahun 6.
Diminta para bapa dan guru lelaki untuk berdiri di sebelah kiri dewan dan para ibu dan
guru perempuan untuk berdiri di sebelah kanan dewan.
Diminta murid lelaki untuk bersalam dengan bapa dan guru lelaki dan murid
perempuan untuk bersalam dengan ibu dan guru perempuan.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga dewan atas kerjasama yang diberikan.
Dengan berakhirnya sesi bersalaman tadi, majlis pada pagi ini telah sampai ke
penghujungnya.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci Wabillahitaufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Majlis menjemput Yang Berbahagia, Dr. Norazuna diringi Yang Berusaha, Tuan Guru
Besar, En. Sharkawi Bin Hamdan serta Guru-guru Penolong Kanan dan warga guru
sekalian menikmati jamuan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai