Anda di halaman 1dari 2

Definisi Hands On

Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara


hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat
meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary
Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, OH pula
mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara
suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat
berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam
kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk
menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut
pandangan dan pendapat masing-masing. Karen Worth, Education Development
Center Inc., Newton, MA mendefinisikanpembelajaran hands on bukan sekadar
memanipulasi alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan,
fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-
pengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department,
producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara
hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta
meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang
dijalankan secara amali.
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang
mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar
mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk
tujuan penyiasatan
Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On
Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on.
Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah
difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami
sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran
pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan.
Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah
memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru
juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains
yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk
mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan
arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang
perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus
dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak
telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan
sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan sepanjang masa

KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON
Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya.
Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk
belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang
untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk
belajar.
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang
dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih
lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang
dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan
terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi
aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam
situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan
pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah
guru terbaik.
Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan
menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan
dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut
meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan
keupayaan untuk menginterpretasi data.

Anda mungkin juga menyukai