Anda di halaman 1dari 3

Makrifat Dan Syariaat Selalu Berlaku Bertentangan

Filed under: Uncategorized makrifattokkenali @ 10:30 pm


Tidak mampu untuk sy mengajak tuan2 memahami ilmu makrifat. Biar apapun kata saya, tuan-tuan tetap
menakan dengan berbagai-bagai penaan. Malahan menuduh saya tidak benar!.
Sebelumnya saya nak bertanya kepada tuan-tuan, apakah Allah tidak tahu yang Iblis itu akan engkar
kepada perintah Allah?. Perintah engkar itu, apakah iblis sendiri yg menciptanya?. Bolehkan iblis
mencipta kehendak dan kemahuannya dirinya sediri, tanpa diketahui Allah?.
Allah menjadikan iblis itu, adalah bertujuan supaya menjalankan perintah dan ketetapan Allah, iaitu
perintah tidak patuh. Ketidak patuhan iblis itu juga, adalah perintah Allah!. Iblis bukan engkar kepada
perintah Allah. Sebenarnya iblis patuh kepada perintah ketetapan azali,sebagaimana tercatat.
Bila saya kata iblis patuh, org syariaat menuduh saya salah!. Org makrifat tidak memandang atau
menuduh iblis engkar. Sebaliknya org makrifat itu memandang bahawa keengkaran iblis itupun juga,
adalah dari ketetapan Allah (ketetapan engkar). Iaitu iblis menjalankan ketetapan ingkar!.
Ketetapan engkarnya iblis itupun juga, adalah dari karangan atau dari tulisan Allah juga!. Patuh kita
katakan dari Allah, apakah engkar itu, ada Allah lain yang buat!. Cuba jawab?
Banyak daripada ilmu makrifat itu, tidak diterima oleh oranng syariaat. Pertentangan serta percangahan
ini, tidak akan habis sehingga kiamat!. Biar apa yang kita luahkan dalam ilmu makrifat, akan selalu
mendapat tentangan.
Orang makrifat tidak melihat kepada patuh atau engkar tetapi melihat kepada pemilik patuh dan pemilik
engkar!. Engkar dan patuh itu, Allah bukan suruh kita lihat kepada perkara buruk atau perkara baik.
Buruk dan baik itu, adalah bagi tujuan Allah menyatakan diriNya disebalik buruk dan baik!
..
Apa-apapun yg mereka tuduh, saya telan dengan rasa manis. Asal saja mereka tidak meyentuh
kebesaran Allah.
Mulai dari hari ini, wahai sekalian yg berfahaman ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah). Jangan sekali-
kali kita terlihat atau terpandang ciptaan tetapi lihat, tilik dan pandannglah kepada PENCIPTANYA!
.drp hj shaari
Apakah
Ada Yang Menuduh Saya Syiah..
Filed under: Uncategorized makrifattokkenali @ 11:18 pm
In reply to Iskandar Ahmad.
Terima kasih kepada tuan Iskandar Ahmad, kerana memaklumkan kepada saya tentang tuduhan Syiah
terhadap saya!. Penglihatan org makrifat itu, tidak sama dengan pandangan org awam, sebagaimana yg
menuduh saya sesat itu.
Saya ada menceritakan tentang kisah Iblis (malaikat Azazil) yang tidak sujud kepada Adam. Dari kiasan
penceritaan saya itu, telah disalah ertikan oleh golongan awam sebagai syiah!.
Org makrifat memandang bahawa yg bertiup itu, adalah angin. manakala org awam melihat yg
bergoyang itu pokok. Mereka tidak nampak yg batin, itulah makanya org awam selalu menuduh ilmu
makrifat itu salah!.
Asal iblis itu, adalah drp Malaikat Azazil (ketua sekalian Malaikat). Setelah Malaikat Azazil tidak mahu
sujud kpd Adam, baru bertukar ia kpd Iblis!.
Ketua Malaikat, telah mengajar kepada anak buahnya supaya tidak sujud kpd selain Allah. Kemana
perginya sifat seorang guru, bilamana dia sendiri yg sujud kepada makhluk!. Kemana hilangnya taraf
seorang guru yg mengajar supaya anak buahnya jangan sujud kepada makhluk, bilamana dia sendiri
selaku ketua malaikat, tiba-tiba harus sujud kepada Adam (makhluk).
Iblis terjadi, setelah Malaikat Azazil tidak sujud kepada Adam, baru berlakunya perubahan Malaikat
bertukar kpd Iblis. Bukannya Iblis dulu baru jadi malaikat, tetapi asalnya Malaikat dulu, baru berubah jadi
Iblis. Menjadi Iblis, setelah berlaku engkar sujud, baru jadi iblis!.Tidak ikut perintah atau engkar itu, adalah
semasa masih lagi bergelar malaikat, Perkara ingkar itu, bukannya berlaku semasa sudah menjadi iblis
tetapi sebelum menjadi Iblis!.
Engkar perintah Allah atau tidak sujud kepada Adam itu, adalah semasa masih lagi bergelar Malaikat
Azazil. Azazil tidak mahu sujud kepada Adam semasa itu, adalah kerana pada pendapat seorang ketua
malaikat diketika itu, mereka merasa mereka tidak layak untuk sujud kepada Adam, kerana Adam itu,
adalah malkhluk yg diciptakan dan Malaikatpun makhluk diciptakan. Mana mungkin, makhluk meyembah
makhluk!.
Inilah inti pati dari kisah Adam dan Iblis!. Azazil mengajar anak buah (malaikat yg lain) supaya sujud
hanya kepada Allah, tiba-tiba guru besar sendiri (Malaikat Azazil), menyembah makhluk, tidakkah itu
bertentang dengan ajarannya selaku guru besar!.
Sebenarnya cerita Malaikat Azazil tidak sujud itu, adalah cerita yang sudah siap ditulis, direka, dirancang,
ditetapkan dan dicadangkan oleh Allah didalam kitab Luh mahfuz sedari dulu!. Bukan saja-saja ketua
Malaikat (Azazil) tidak mahu sujud, jika tidak dari rancangan atau cadangan Allah sedari awal!. Tidak
sujudnya ketua malaikat semasa itu, adalah diatas dasar patuhnya kepada ketetapan Allah yg sudah siap
tertulis.
Ketua malaikat (Azazil) ketika itu, adalah hanya sarung parang yang dicipta oleh parang. Tidak bergerak
walau sekecil zarah, jika tidak diizinkan Allah, jadi ketidak patuhan Malaikat Azazil selaku ketua kepada
sekalian Malaikat-Malaikat uintuk menyembah Adam itu, adalah kerana berlandaskan atau berdasarkan
kepada ketetapan Allah yg siap tertulis. Azazil tidak berkuasa menulis atau mengarang karangan riwayat
cerita hidupnya sendiri. Allah sudah siap tulis SKRIP ini, sebelum Iblis tercipta!. Segala-galanya telah
ditetapkan Allah sebelumnya!.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, siapakah yg menulis kitab Luh hul mahfuz?. Siapakah yg
menetapkan sujud atau tidak sujudnya Iblis (malaikat Azazil)?. Apakah Malaikat Azazil (iblis) atau Allah
yg karang cerita ini. Sila jawab pertanyaan saya. Sebelum Malaikat, sebelum Iblis dan sebelum Adam
tercipta, siapakah yg mengarang isi kitab Luh mahfuz?
Perkara sujud atau perkara tidak sujudnya Malaikat Azazil (iblis) itu, sebenarnya bukan perkara baru
yang dilakonkan oleh Iblis atau Azazil, tetapi ianya adalah perkara yang datangnya dari SKRIP atau
karangan dari cerita Allah yg telah ternukil sedari sebelum kejadian Malaikat atau iblis!.Engkar atau
patuhnya Azazil atau iblis itu, adalah diatas landasan ketetapan tulisan Allah.
Org awam, hanya tahu melihat Malaikat tetapi tidak melihat tuan pencipta malaikat. Org awam hanya
tahu melihat Iblis, tetapi tidak pernah lihat pencipta iblis. Org awam hanya tahu syurga dan pahala tetapi
tanpa melihat kepada pencipta syurga atau pencipta pahala. Mereka org awam, hanya tahu ibadah yang
memberi kita syurga sedangkan org makrifat itu melihat, bahawa yg memberi syurga atau neraka itu,
bukan ibadah tetapi Allah.
Yg menyembah (sujud) dan yang tidak meyembah (tidak sujud) itu, bagi suluhan org makrifat itu, bukan
datangnya dari kehendak sujud atau bukan datang dari kehendak tidak sujud. Tetapi yang menjadikan
Azazil atau Iblis itu tidak sujud, adalah datangnya dari yang maha Pencipta. Yg mencipta karangan
ciptaanNya itu, adalah Allah!. Datangnya ciptaan itu, adalah dari tangan yg mencipta! dan bukan ciptaan
itu datangnya dari tangan iblis atau tangan Malaikat.
Segala cerita itu, buka dituju kepada Malaikat atau Iblis tetapi segala cerita itu, adalah dikias atau dituju
kepada diri kita, supaya mengambil kir!
Tuan, biarlah mereka tuduh saya sesat, salah, Syiah, Wahdatul wujud, Syek Siti Jenar, Al-Halaj atau apa-
apa yug mereka nak kata!. Mereka itu hanya tahu tuduh sahaja, sedangkan mereka itu tidak pernah
sampai ditempat yg saya sampai.
Tuan ajukan pertanyaan seperti yg saya karang diatas kepada mereka yg tuduh saya Syiah. Cuba tuan
cal dia dan tanya sebagaimana yg saya tanya, bolehkan mereka jawab dan bolehkah mereka kata yg
perbuatan Azazil atau Iblis itu datangnya dari kehendak Iblis atau Azazil sendiri, tanpa Allah tahu
sebelumnya atau tanpa tertulis didalam kitab Luh Mahfuz dan apakah Iblis itu bergerak diatas kuasa atau
kudrat iblis itu sendiri, seolah-olah Allah tidak ada kuasa?.
Saya ini selalu dituduh sesat, salah dan berbagai tohmahan, sehingga mereka rasa, tidak ada sedikit
kebaikan dari tuliasan air tangan saya. Keluhan dan kehampaan dari dada seorang guru makrifatdrp
hj shaari

Anda mungkin juga menyukai