Anda di halaman 1dari 6

SIFAT KENDIRI DALAM KOMUNIKASI MANUSIA (THE SELF

IN HUMAN COMMUNICATION)



1. Konsep kendiri (Self-Concept) ia adalah imej diri anda. Bagaimana konsep
kendiri berkembang? Menurut Jospeh A. DeVito konsep kendiri berkembang
melalui empat aspek (rujuk gambar rajah) berikut:

a. Imej diri anda yang berada di dalam minda orang lain (others image) anda
akan membina imej diri anda berdasarkan daripada pandangan orang lain
terhadap diri anda. Contoh, sekiranya semua orang menganggap anda seorang
yang sangat bertimbang rasa, maka anda akan membina imej kendiri sebagai
seorang yang sangat bertimbang rasa.

b. Membandingkan diri anda dengan orang lain (comparing) perbandingan
yang anda lakukan boleh dilihat daripada sudut material dan bukan material.
Anda akan selalu melihat apakah kelebihan atau kekurangan orang lain daripada
kedua-dua sudut ini berbanding dengan diri anda. Contoh, anda merasakan diri
anda seorang yang sangat pandai berbanding dengan orang lain kerana anda
sering mendapat markah tertinggi di dalam kelas sedangkan rakan-rakan lain
tidak pernah mencapai markah setinggi anda.

c. Pengaruh budaya dan pengalaman (culture & experience) budaya dan
pengalaman boleh memupuk sikap kendiri seseorang. Budaya dan pengalaman
yang baik sering membentuk konsep kendiri yang baik, begitu juga sebaliknya,
budaya dan pengalaman negatif akan membentuk konsep kendiri yang negatif.

d. Terjemahan diri sendiri dan menilai diri sendiri (interpretation & evaluation)
anda akan membuat suatu terjemahan atau interpretasi mengenai diri anda
melalui penilaian yang anda buat terhadap diri anda sendiri. Bagaimana anda
menilai diri anda akan menghasilkan suatu konsep kendiri. Contoh, anda
membantu seorang warga emas melintas jalan raya dan selepas anda memberi
bantuan itu anda berasa sangat lapang dada. Perasaan berkenaan membuat
anda mula menilai peribadi anda. Anda mula membuat suatu terjemahan
bahawa anda adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Inilah konsep
kendiri anda iaitu seorang yang baik hati dan suka menolong.



SELF-CONCEPT
Gambar rajah : Unsur-unsur yang mempengaruhi pembentukan self-concept
SELF
CONCEPT
Others
image
Comparing
Culture and
experience
Interpretation
and
evaluation







2. Kesedaran diri (Self-Awareness) pengetahuan tentang diri anda yang
sebenarnya, iaitu kelebihan anda, kekuatan anda, kelemahan anda, emosi anda,
sikap dan nilai individualistik anda. Kesedaran diri boleh dilihat dengan
menggunakan Johari Window.


a. Open-self merujuk kepada maklumat diri anda yang diketahui oleh individu lain.
Contohnya nama anda, tempat tinggal, negeri kelahiran dan sebagainya. Open-
self sangat bergantung kepada kepercayaan anda terhadap individu yang anda
kenali. Sejauh mana anda mahu membuka maklumat peribadi anda itu
bergantung kepada kepercayaan anda terhadap individu terbabit.

b. Hidden-self Sifatnya bertentangan dengan open-self. Ia melibatkan perkara-
perkara yang individu lain tidak tahu. Lebih tepat lagi ia adalah berkenaan rahsia
diri ini. Semakin anda tidak percaya kepada seseorang itu, maka semakin kuat
hidden-self anda terhadap individu terbabit.


c. Blind-self merujuk kepada maklumat atau perlakuan diri anda yang anda tidak
tahu tetapi individu lain menyedari atau mengetahuinya. Anda menjadi tidak peka
kepada diri anda sendiri terutama sekali perkara yang ada melibatkan orang lain.
Contohnya anda suka mencelah percakapan orang lain dan menyebabkan
rakan-rakan tidak selesa apabila bersembang dengan anda. Semua rakan-rakan
menyedari sikap anda tetapi anda sendiri buta dengan sikap anda itu.

d. Unknown-self melibatkan maklumat mengenai diri anda yang anda sendiri tidak
tahu dan orang lain turut tidak tahu. Biasanya perkara ini sangat rumit dan amat
berkaitan dengan masalah psikologi. Contohnya anda sering menghadapi
ketakutan yang melampau apabila didekati oleh orang yang berlainan jantina.
Anda mahupun orang lain termasuklah ahli keluarga anda tidak tahu punca anda
menghadapi masalah berkenaan.


3. Maruah diri (Self-Esteem)- melihat sejauh mana anda merasakan diri anda
bernilai. Golongan yang mempunyai nilai maruah diri yang tinggi mempunyai
semangat yang positif untuk berjaya. Sebaliknya pula golongan yang mempunyai
nilai maruah diri yang rendah, sentiasa berfikiran negative.
Adalah amat penting untuk setiap individu berusaha untuk meningkatkan nilai
maruah diri kerana ia membantu untuk membentuk satu kemahiran
berkomunikasi.


4. Pendedahan diri (Self-Disclosure) memberitahu tahu kepada orang lain
mengenai perkara yang anda sembunyikan. Dengan kata mudah, memecahkan
rahsia diri anda.

Implikasi pendedahan diri yang positif dan negatif
Positif: i. untuk lebih memahami situasi, diri anda dan diri orang lain
ii. meningkatkan keupayaan untuk menghadapi kenyataan
iii. memperbaiki cara berkomunikasi
iv. menjadikan perhubungan interpersonal lebih bermakna

Negatif: i. risiko peribadi orang lain akan memandang serong kepada anda.
ii. risiko terhadap perhubungan hubungan dengan orang lain mungkin
terjejas terutama dengan ahli keluarga.
iii. risiko terhadap perkerjaan orang lain boleh menggunakan rahsia
anda untuk menggugat kedudukan anda di tempat kerja.
Berkemungkinan juga akan dibuang kerja.

Bagaimana menangani pendedahan diri
1. keputusan untuk mendedahkan atau pun tidak
i. melihat kepada kesannya terhadap perhubungan
ii. cari masa dan tempat yang sesuai
iii. ambil tahu dan nilai pendedahan diri pihak lain
iv. menilai hasil atau akibat pendedahan tersebut (beban yang
mungkin akan timbul)

2. maklum balas terhadap pendedahan diri
i. mendengar dengan baik praktikkan kemahiran mendengar
secara efektif dan aktif
ii. bersikap empati, elakkan daripada membuat penilaian
iii. beri maklum balas dan bersedia untuk berkongsi pengalaman
iv. hormati rahsia pihak lain. Jangan bocorkannya.
v. jangan guna rahsia tersebut sebagai senjata untuk
menundukkan atau melemahkan pihak lain.

3. menolak tekanan/paksaan pihak luar
i. jangan benarkan pihak lain memaksa anda mendedahkan rahsia
diri. Ingat! Andalah yang mengawal maklumat tentang diri anda.
ii. cuba alihkan topik perbincangan atau mengalihkan perhatian
individu berkenaan.
iii. bersikap tegas! Anda perlu menegaskan pendirian anda yang
tidak suka untuk berbincang mengenai isu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai