Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN

BIL
1

PERKARA
PENDAHULUAN

HALAMAN

PENDAHULUAN

Tafsir al Quran adalah satu perkara yang amat diperlukan oleh umat islam pada setiap masa
dan ketika, terutama bagi umat islam yang bukan dari bangsa Arab , atau yang tidak
menguasai bahasa Arab. Mentafsir Al quraan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dimbil
mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaj yang ingin mentafsir atau melakukan
pentafsiran, ini kerana bagi yang ingin melakukan pentafsiran , seseorang itu perlu memenuhi
syarat-syarat dan perlu mengikut peraturan yang tertentu. Peraturan tersebut perlu dipatuhi
dan diikuti dan wajib dikuasai ketika melakukan pentafsiran, juga memenuhi adab-adab yang
telah digariskan oleh ulama.
Definisi Tafsir
Tafsir dari sudut bahasa ( ) atas wazan ( ) perkataan ini berasal daripada kata akar
yang bermaksud menjelaskan (al idah), menyingkap (al- kasyf) dan menampakan (izhar) .
Di sini bolehlah dikatakan bahawa tafsir itu bermaksud penerangan serta menjelaskan
sesuatu. sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Furqan ayat 33:
Maksudnya: dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaikbaiknya 9untuk menagkis segala yang mereka katakana itu )
Maksud firman Allah SWT dengan kadar kemamapuan manusia.
Imam az Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut: Maksudnya Ilmu untuk
memahami Kitabullah yang diturunkan kepada nabiNya Muhammad SAW serta
mengeluarkan hokum hakam dan hikmah-hikmahNya. Imam Jalaluddin as Suyuti pula
mendefinisikan tafsir sebagai Ilmu yang membahskan maksud Allah SWT sesuai dengan
kadar kemampuan manusia yang mencakupi segala sesuatu yang berkaitan dengan
pemahaman dan penjelasan makna.
Pembahagain Tafsir dari sudut metodologi dan cara mentafsir.
Al Syeikh Muhammad Ali al Sabuni (1985) telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian
mengikut aliran yang wujud dalam perkembangan tafsir Al Quran iaitu:
1. Tafsir bi al Mathur atau juga dikenali dengan Tafsir Bi al Riwayah dan tafsir Bi alNaqli.
2. Tafsir Bi al Rayi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al dirayah atau tafsir bi alaql.
3. Tafsir Sufi atau Al Tafsir Al Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

Perbezaan Metodologi Antara Tafsir Bil MaThur Dan Tafsir Bil-Ryi.


3.1 Metode Tafsir Bi Al Mathur atau Tafsir bi al-Riwayah.
Tafsir bi al- Mathur ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, as sunnah dan
pendapat para sahabat dan tabiin untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat
al quran. Sehubungan dengan itu , tafsir dari jenis ini hanya berpegang pada riwayat
yang sahih iaitu penafsiran Al-Quraan dengan al Quraan sendiri atau mentafsirkan al
quraan berpandukan hadis kerana fungsi

hadis itu sendiri menerangkan serta

menjelaskan isi kandungan al-Quraan, atau riwayat para sahabat yang menafsirkan al
Quraan memendangkan golongan para sahabat merupakan golongan yang paling
mengetahui tentang al Quraan al-Karim.
Mufassir yang mengambil metodologi seperti ini biasanya mengkaji terlebih dahulu
athar-atahar atau riwayat yang ada mengenai makna ayat, kemudian athar tersebut
dikemukakan sebagai tafsir ayat yang bersangkutan. Dalam hal ini , ia tidak boleh
melakukan ijtihad untuk menjelaskan sesuatu makna tanpa ada dasar. Ia juga
hendaklah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna untuk diketahui selama tidak ada
riwayat yang sahih.
Tafsir bi al- Mathur berkembang melalui dua caraiaitu:
1. Secara lisan. Ia juga disebut sebagai periwayatan.
2. Secara penulisan atau pembukuan(tadwin)
Tafsir bi al-Mathur memerlukan kepada beberapa syarat:
a) Seorang mufassir perlu mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah.
b) Seorang mufassir perlu mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, juga perlu
mengetahui kata-kata sahabat dan tabiin.
c) Seorang mufassir mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang
bercanggah.
d) Seorang mufassir perlu tahu mengenai tentang asbab al nuzul dan nasikh mansukh.
e) Seorang mufassir tidak boleh bersandar kepada riwayat israiliyyat sebagai hujah.
Sumber tafsir bi al Mathur.
Tafsir bi al Mathur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu ;
1. tafsir al Quraan dengan Al Quraaan,
2. tafsir al Quran dengan hadis Rasululllah SAW
3. Tafsir dengan pendapat dan ijtihad para sahabat dan tabiin.

1. Bentuk tafsir seperti ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Hal ini kerana tidak ada
seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah SWT selain daripada Allah.
Penafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas.
Terdapat ayat-ayat yang ringkas di dalam al Quraan, namun telah ditafsirkan dengan lebih
jelas dan lengkap pada ayat yang lain.
1. Contohnya ialah firman Allah SWT dalam surah Al fatihah ayat 4.




Maksudnya: yang menguasai pemerintahan hari pembalasan(hari akhirat)
Perkataan ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah Al In fitar ayat 17-19

Maksudnya: dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (hari itu
ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan
segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
2. Contoh yang lain ialah firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 1:


........
Maksudnya: dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan kepadaMu.
Dalam ayat ini , al Quraan menyatakan secara ringkas bahawa Allah SWT menghalalkan
binatang ternakan kecuali binatang tertentu yang diharamkan memakannya dengan
menyatakan pengecualian iaitu

bermaksud kecuali binatang yang akan

dibacakan kepada kamu. Binatang tersebut disebut secara terperinci di dalam ayat yang lain
iaitu firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 3 yang bermaksud: ..Diharamkan
bagimu
(memakan) bangkai, darah, daging babi (daging binatang) yang disembelih atas nama selain
Allah. Yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan ( diharamkan bagimu) yang disembelih
untuk berhala..

Selain itu ayat tersebut juga terdapat tafsirannya dalam ayat 145 surah Al Anam, ayat 115
surah Al Nahl dan ayat 173 surah al baqarah.

Anda mungkin juga menyukai